|
lama tak nampak?..
terima kasih masih setia membaca karya terakhir ipo ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
memang sesuatu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 20-10-2015 01:16 PM
oh..iols tak reti nak buat fantasi macam @Nicki_Meow
fantasi yang seram mistik boleh la..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah baca bab 1...
hujan lebat...
bagus jugak cerita tu...nanti nak baca bab seterusnya..
kalau ada persamaan dgn cerita aku tu..mungkin kebetulan la tu..
even cerita novel cinta yang ada pun, lebih kurang sama je storyline..
|
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
masih di sini @Ipo ... agak busy sedikit... so hanya sempat jd SR saja... hanya sempat membaca saja nak komen tak berkesempatan... walaupun jarang menyampuk tp masih mengikuti perkembangan setiap ahli di sini...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru jengah, tarikh first published September 2014.
Not bad jugak ceritanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah dibukukan ke?
kalau ada, nak juga cari..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah masuk sini, ipo sambung sikit..
BAB 12
FAIL yang dihulur Helmi minggu lepas dibelek lagi. Sudah jelas ASP Poh Chai meluluskan siasatannya dulu dan tiba-tiba sahaja Dato Hassan memintanya menghentikan siasatan. Tampak lain di muka Dato Hassan sewaktu berbicara tentang kes rompakan itu. Komputer riba dibuka. Mawar membuka fail yang mengandungi maklumat yang telah dikumpul sebelum ini. Tiada satu pun yang berkaitan dengan jenayah sindiket jongkong emas. Satu persatu maklumat diteliti.
"Jadi..siasatan aku selama ni sia-sia?" Skrin komputer ditatap lama. Dia cuba mencari kaitan antara satu sama lain.
Ligat jari jemarinya mencari maklumat Dato Hassan. Setahunya, lelaki itu hanyalah seorang penasihat sahaja dan tiada kaitan dengan kerja polis. Pelik juga tiba-tiba saja ada penasihat yang dilantik dari orang luar dalam jabatan polis. Skrin di komputer diperhatikan yang memaparkan beberapa maklumat mengenai Dato Hassan.
"Hmm..biasa je. Dia seorang ahli perniagaan. Memang tak hairan.." Mawar klik pula pada maklumat lain.
Nampaknya tiada satu pun yang boleh mengaitkan lelaki lebih separuh abad itu dengan mana-mana jabatan polis. Mawar bingkas bangun. Dia perlu mencari maklumat mengenai Dato Hassan. Langkahnya diatur kemas ke bilik simpanan fail.
"Seri!"
Langkah Mawar terhenti. Helmi berlari anak ke arahnya. "Kau tak balik lagi?"
"Belum..aku ada hal nak cakap dengan kau." terus saja tangan Mawar ditarik dan mereka berdua masuk ke dalam bilik semula. Pintu ditutup rapat.
"Ada apa?"
"Pasal hal tadi. Maafkan aku kerana diam tadi. Aku rasa Dato Hassan ada sesuatu.." Helmi merenung muka Mawar yang sudah berkerut seribu.
"Maksud kau?"
Helmi tidak menjawab. Matanya liar memandang sekitar bilik Mawar di balai itu. Dia tahu, mungkin ada perakam suara diletakkan di mana-mana. Dari riak Tuan Kadir merangkap ketua jabatan, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin Dato Hassan memberi amaran atau arahan kepada Tuan Kadir.
"Aku tak boleh cakap di sini." Helmi menulis sesuatu di atas sekeping kertas dan dihulur kepada Mawar sebelum dia meminta diri keluar dari bilik Mawar. Dia tidak boleh berlama bersama Mawar. Ada mata yang memerhati gerak gerinya sekarang ini. Maklumat yang diterima dulu dan sudah dihantar melalui emel itulah yang menjadi punca dia merasa tidak selesa sekarang ini.
"Wait Helmi!" Mawar tarik semula tangan Helmi. "Nah!"
Helmi menyambut sekeping kertas berlipat dari tangan Mawar dan dia kemudian keluar dari bilik itu.
Mawar pula kembali ke meja.Tidak jadi dia ke bilik simpanan fail. Maklumat tentang Dato Hassan akan dicari juga nanti. Dia perlu segera ke restoran itu semula. Lelaki yang selalu diperhatikan akan datang lagi waktu petang nanti. Lelaki itu perlu dijejaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
adoiiiii... tergugat iman
|
|
|
|
|
|
|
|
MAWAR melangkah keluar dari perut teksi sebaik membayar tambang. Dari balai polis tadi, dia bergegas pulang dan menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapan balai. Helmi pula seperti teragak-agak untuk menawarkan diri menghantarnya ke restoran itu semula. Faham dengan situasi yang dihadapi Helmi sekarang ini. Kertas yang dihulur Helmi tadi dibaca.
'Jumpa di tempat biasa. Jam lapan malam'
"Gila..macam mana aku nak jumpa waktu malam? Karang tak pasal-pasal Arisha dan Ezzie syak kat aku.." Keluh Mawar. Dengan keadaan sekarang dia perlu mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Mungkin dia akan berpindah dari rumah Arisha. Ikram ada beritahunya dulu tentang itu.
Di bawah sebatang pokok rendang, Mawar memerhati dari jauh kelibat lelaki yang sering diperhatikan itu sedang menikmati juadah di satu meja di sudut kiri ruang makan restoran. Dia menunggu penuh sabar. Wajah lelaki itu ditenung lama. Dari siasatannya, lelaki itu dilihat oleh penduduk kampung tetapi apa yang menjadi tanda tanya, kenapa lelaki itu lepas bebas?? Sesekali Mawar melihat jarum jam. Setengah jam menunggu. Lenguh berdiri, dia mengubah posisi duduk dan bersandar di perdu pokok.
"Lambat pulak mamat tu makan.." Bebel Mawar, mata tidak lekang dari menghala ke arah lelaki tadi.
Mawar tercegat bangun. Lelaki itu kelihatan bangun dari situ menuju ke kaunter bayaran. Lelaki berbaju hitam dan bertopi itu dilihat melayan mesra juruwang di kaunter. Langkahnya diatur perlahan, lelaki itu sudah menapak ke arah kereta. Liar Mawar memerhati sekeliling. Dia akan pastikan tiada sesiapa di ruang letak kereta yang dikelilingi pokok tanjung. Langkah kaki semakin laju mendekati kereta berwarna kelabu. Pesona.
"Jangan melawan!!" Sebilah pisau diacu pada belakang tubuh lelaki itu yang sedang membuka pintu kereta. Tangan lelaki itu dikilas kuat ke belakang.
"Kau siapa??"
"Masuk!!" Mawar menolak kasar tubuh lelaki itu ke dalam kereta dan satu tumbukan dilayangkan ke pipi. Bersembur darah pekat dari mulut lelaki itu. Terus saja tangan digari.
"Weh!! Kau siapa hah??"
"Kau tengok betul-betul muka aku!" Mawar menuding jari telunjuk ke mukanya sendiri, bibir mengetap kuat. Mata merenung tajam lelaki itu yang sudah rebah di kerusi sebelah pemandu.
"Kau...kau perempuan yang..."
Mawar senyum sinis. "Tengok betul-betul!!" Rambut lelaki itu dicengkam kuat sehingga terdongak kepala. Dia tahu, dengan memiliki wajah yang agak seiras dengan Cempaka Sari, memudahkannya mengaburi mata lelaki itu.
"Tapi perempuan tu dah mampus!!"
Dush!!! Satu lagi tumbukan singgah di pipi lelaki itu yang untuk kali kedua rebah di kerusi, kepala terhantuk di cermin kereta. Mawar menarik rambut lelaki itu sekali lagi. Dalam keadaan kepala terdongak, dia cengkam pipi pula.
"Kau dengar sini! Kau adalah antara penyangak yang merompak jongkong emas di sebuah rumah dua tahun dulu!" Mawar ingatkan semula memori itu kepada lelaki tadi.
Lelaki itu terbeliak memandang Mawar. Atas bawah perempuan berseluar jeans dan memakai blaus itu diperhatikan. Rasanya sudah dua kali dia menikam perut perempuan itu ketika rompakan itu berlaku. Mustahil dia masih hidup!!
"Kau dah mati!!"
"Aku belum mati dan aku akan cari kau dan geng kau sampai ke lubang cacing!! Kalau kau tak beri kerjasama, kau tahulah nasib kau nanti!" Ugut Mawar. Bibir bawah diketap semakin kuat. Ikut hati, ingin saja dia tamatkan riwayat lelaki itu.
"Aku tak lakukan semua tu!!"
Mawar ketawa berdekah-dekah. Mudahnya lelaki itu menukar pengakuan. " Dengar sini, aku akan buat kau mengaku sampai aku dapat apa yang aku nak!"
Lantas kedua kaki lelaki itu diikat. Satu suntikan di lengan membuatkan lelaki itu mula tidak sedarkan diri. Telefon bimbit dicapai dari dalam poket seluar dan nombor Helmi dihubungi. Kereta Pesona kelabu itu dipandu keluar dari kawasan parkir restoran itu menuju ke destinasi yang telah ditetapkan oleh Helmi.
HELMI menunggu di bawah sebatang pokok kelapa di tepi sebuah rumah rehat di Pantai Bagan Lalang. Di situlah selalunya dia dan Mawar akan bertemu untuk berbincang jika ia membabitkan perkara sulit. Kalau tidak, mereka hanya akan bertemu di lobi hotel saja. Sudah setengah jam berlalu. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak rokok dan diketuk-ketuk. Mata masih liar melihat ke arah jalan besar. Kereta Pesona kelabu yang ditunggu belum muncul lagi.
Rokok dinyalakan dan disedut rakus. Selama ini dia tidak pernah merokok depan Mawar dan ketika turut sama dalam operasi. Asap rokok dihembus perlahan. Bibirnya menguntum senyum sebaik terpandang kereta kelabu yang ditunggu sudah mula membelok ke arah jalan masuk ke rumah rehat. Puntung rokok dicampak ke tanah dan ditenyeh dengan tapak kasut. Cepat-cepat Helmi mengunyah gula getah bagi menghilangkan bau asap rokok. Langkahnya segera diatur menuju ke kereta kelabu itu yang sudah mula diparkir di bawah sebatang pokok Rhu. Tersenyum manis Helmi melihat Mawar yang sudah melemparkan senyuman padanya. Baginya itu senyuman yang paling manis pernah diberikan oleh gadis itu.
"So, mamat ni dah mengaku?" Helmi menundukkan sedikit kepalanya menjenguk lelaki yang pengsan di sebelah pemandu.
"You guess?" Mawar senyum sinis. Lawak pula dengan pertanyaan Helmi tadi. Pintu kereta dibuka dan kunci dihulur kepada Helmi. "Boleh kau angkut mamat tu masuk?"
Helmi sengih. Dia tahu sangat sikap Mawar yang tidak suka pada jenaka yang menyindir. Pintu sebelah pemandu dibuka dan lelaki itu diangkat. Terasa senget bahu. Entah berapa kilo berat badan lelaki yang pengsan itu. Entah apa yang Mawar kerjakan sampai lelaki itu begitu mudah pengsan!
Mawar sudah sedia membuka pintu dan membiarkan Helmi mengangkat masuk lelaki itu tadi. Lelaki itu diikat di kerusi dengan kaki dan tangan diikat ke belakang.
"Kau buat apa kat mamat tu sampai pengsan macam tu sekali?" Helmi ketawa melihat lelaki itu seperti tidur lena. Langsung tidak bergerak!
"Aku tak ada masa nak jawab soalan kau. Sekarang ni, dia anggap aku ni Cempaka Sari. Jadi, aku akan gunakan semua tu untuk korek rahsia dari dia." Mawar berkata tegas.
"Hmm..maknanya, muka kau dan adik kau tu..benar-benar sama?" Helmi berkerut kening. Tidak pernah dia melihat gambar atau wajah Cempaka Sari sebelum ini. Hanya cerita dari mulut Mawar saja yang dia tahu tentang rupa paras gadis itu. Dari maklumat rompakan dulu, tidak banyak yang tinggal. Semuanya seperti dihapuskan dengan terancang! Hanya wajah kedua orang tua Mawar saja yang ada dalam simpanan polis.
"Mungkin..kalau tengok pada foto, ada iras muka aku." Mawar duduk di tepi dinding dekat dengan tingkap. Pintu sudah ditutup rapat. Dia mengintai dari cermin tingkap kalau-kalau ada yang mengekorinya tadi.
"Kau pasti yang adik kau masih hidup?" Soal Helmi kembali.
"Mungkin..kubur dia tak ada. Hanya ada kubur arwah mak dan ayah aku saja. So, aku rasa, adik aku mungkin masih hidup tetapi tak tahu di mana. Aku rasa mamat ni ada jawapannya." Mata Mawar menala pada lelaki yang masih pengsan di atas kerusi. kepala terlentuk ke bahu kiri.
"Kalau masih hidup..boleh aku berkenalan?" Gurau Helmi. Mawar ditatap dengan senyuman manis, kening terangkat.
Mawar menjeling tajam. Memang dasar lelaki! Gatal! Getusnya dalam hati.
"Cemburu ke?" Usik Helmi, sempat dia mengenyit mata pada gadis itu. Nampak lembut di wajah tetapi keras di hati.
"Jealous? No way! Kau tu yang gatal. Apa..kau dah putus asa dengan aku?" Mawar turut menyoal perkara yang sama.
"Kau yang bermain tarik tali dengan aku. Obvious tadi, kau pun ada rasa yang sama pada aku kan? kalau tak, kau tak akan cakap macam tu! Itu tandanya kau pun ada rasa tu. Kau saja buat keras kepala, buat degil. Cinta aku masih sama. Masih pada kau...tak akan pernah berubah.." Ketawa Helmi mula pecah. gelihati melihat riak Mawar yang sudah mencebik.
"Aku salute lelaki macam kau ni Helmi. Still staying put. No matter how hard I push you away!" Mawar turut sengih. Dia tahu ketawa Helmi tadi hanya untuk menutup rasa kecewa di hati. Biarlah waktu yang menentukan semua itu.
Helmi melemparkan senyuman kelat. Tidak dinafikan kata-kata yang keluar dari dua ulas bibir merekah milik Mawar. Pertama kali bertentang mata dulu, hatinya sudah berdegup laju. Sinar mata gadis itu seolah menembusi anak matanya terus ke hati. Semua itu dipendam untuk sekian waktu kerana dia dan Mawar masih lagi dalam sesi latihan. Sebaik sahaja selesai semua latihan dan diberi tugas rasmi, dia mula berterus terang tentang rasa hati tetapi sehingga ke hari ini Mawar tetap menolak.
"You know me.." Perlahan suara Helmi saat menutur.
"Erghh...arr.."
"Tuh! dah sedar mamat tu!" Helmi mendekati lelaki tadi yang sudah mula sedar dari pengsan.
Mawar turut merapati kerusi lelaki itu dan dia mengadap betul-betul di depan lelaki tadi yang sudah mula membuka kelopak mata. Lelaki itu seperti berada dalam keadaan khayal. Berpisat matanya memandang sekeliling.
"Bagus kau dah sedar. Sekarang jawab soalan aku. Siapa ketua kau?" Soalan pertama terus dilontarkan Mawar. Dia pandang lelaki itu yang masih keliru.
"Aku..aku kat mana.."
"Jawab soalan aku!!" Tengking Mawar. Kedua pipi lelaki itu dicengkam kuat.
Helmi hanya melihat tindakan Mawar yang sememangnya begitu sikapnya bila menyoal pesalah. Itu yang diajar ketika sesi latihan dulu. Jika pesalah enggan atau berdegil untuk menjawab sebarang pertanyaan, tindakan seperti itulah yang akan digunakan.
"Kau...masih hidup?"
Helmi hanya senyum. Nampaknya lelaki itu masih mamai. Mungkin Mawar sudah menyuntik sesuatu ke tubuh lelaki itu. Dia merapati Mawar dan memberi isyarat. Dia kemudian duduk di kerusi dan mula memandang tajam pada lelaki itu.
"Aku tahu..kau salah seorang yang merompak pada malam itu dan mencuri jongkong emas milik tuan rumah. Kau bernasib baik kerana terlepas dari hukuman. Syabas!" Helmi tepuk tangan lambat lambat.
"Kau mungkin pelik sebab kawan aku ni dapat mengecam dan memburu kau kan? Dan kau mungkin pelik macam mana kawan aku ni kenal kau dan tahu kau yang merompak pada malam itu? Kau yang membunuh kedua orang tua di rumah itu termasuk seorang perempuan muda. Jadi..kalau kau tak nak mati di tangan dia, baik kau jawab soalan dia." Bicara Helmi penuh hikmah. Dia tahu, jika kekerasan yang digunakan, kekerasan juga yang mereka akan dapat dan tiada jawapan yang dikehendaki.
"Kau siapa?"
Mawar mengetap bibir. Soalan lelaki itu yang memandang tepat kepadanya tadi seperti menyindirnya sekali lagi. "Kau jawab soalan aku!! Siapa ketua kau??"
Lelaki itu ketawa berdekah-dekah. Dia menggeleng beberapa kali. Langsung tidak dijawab pertanyaan Mawar.
Pang!!
Terjelepok jatuh bagai nangka busuk. Mawar menahan geramnya. Terasa pedih tapak tangan dengan satu penampar jitu singgah di pipi kiri lelaki itu. Dia merapati lelaki itu yang sudah terbaring di atas lantai dengan keadaan masih terikat di kerusi.
"Kau dengar sini! Aku tak akan teragak-agak tikam kau sebagaimana kau tikam adik aku dulu!!"Ugut Mawar.
"Apa? Adik??" Lelaki itu sempat membeliakkan matanya. Mawar dipandang tidak berkelip. Seolah dia melihat hantu yang begitu menakutkan.
"Aku ada bukti yang kau salah seorang penyangak tu!"
"Sudahlah..mamat ni nampaknya tak nak beri kerjasama. Kita biarkan saja dia di sini tanpa makananan dan minuman." Helmi pegang tangan Mawar yang ingin menampar lelaki itu sekali lagi.
"Aku tak puas hati. Aku nak ajar dia ni!"
"Sudah! Aku tahu macam mana nak buat dia buka mulut!" Helmi semakin kuat memegang tangan Mawar yang sudah merenung tajam lelaki itu. Dia tahu perasaan gadis itu sekarang ini. "Let me do it."
Mawar menapak ke tepi. Dia hanya melihat Helmi mencengkam pipi lelaki itu dan mengajukan soalan. Pisau diletakkan di leher lelaki itu. Cuba menggertak. "Siapa ketua kau? Aku bagi masa satu minit. Jawab atau leher kau aku kelar!"
Lelaki itu menahan rasa pedih. terasa hirisan pisau itu sudah mula merobek kulit lehernya. Terasa darah mula meleleh. Cuba ditahan rasa sakit tetapi dia tidak sanggup mati katak. "Ok..aku akan jawab. Aku dapat arahan dari seorang kaya. Dia tauke emas."
"Siapa??" Mawar tengking sekali lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
wah xblk blk mawar..mesti arisha n ezzie plik.. |
|
|
|
|
|
|
|
uishhh.. ganehnye mawar
teringat ana dahlia yg brutal dan scene adam membantai penyangak kat rumah atok die.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu diaaa....
Mawar yang lembut dah tukaq ganah..
tapi mokcun suka..
emm..rahsia lagi...tauke emas tu adakah Dato Hassan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam pagi Jumaat semua... |
|
|
|
|
|
|
|
apakah akan ada mr. X mencapup dalam ini cerita? |
|
|
|
|
|
|
|
busy sikit @Ipo ... jgn mengada @Ipo ... jgn pernah berhenti utk berkarya... Ur gifted...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 26-10-2015 10:18 PM
BAB 13
MAWAR pulang dengan perasaan bercampur baur. Lelaki yang ditahan dan disoalsiasat bersama Helmi tadi ternyata tidak mahu memberi kerjasama bila ditanya siapa tauke emas yang dimaksudkannya. Dia membuang pandang ke luar tingkap teksi yang dinaikinya. Sengaja dia menolak pelawaan Helmi untuk menghantarnya balik ke rumah. Sudah hampir waktu maghrib sedangkan dia masih dalam perjalanan pulang.
"Pakcik, boleh cepat sikit tak?" Mawar yang duduk di kerusi belakang mula menyuruh pemandu teksi melajukan pemanduan. Dia membebel sendiri.
Fikirannya kembali melayang pada siasatan tadi. Helmi masih menjaga lelaki itu di rumah rehat di Bagan Lalang. Harap Helmi dapat mengorek siapa tauke emas itu. Sudah bengkak dan berdarah muka pun, lelaki itu masih degil. Setiap kali ditanya, dia hanya menggeleng.
"Ish! Susah macam ni!" Mawar tepuk kuat kusyen kereta.
"Err..cik ada masalah ke?"
Mawar menoleh pada pemandu teksi yang melihatnya melalui cermin pandang belakang. Mungkin tindakannya tadi yang menyebabkan pemandu teksi itu bertanya begitu. "Maaf...saya ok. Boleh laju sikit tak pakcik? Saya kena sampai rumah sebelum Isyak."
Pemandu itu mengangguk, terasa kereta berdesup laju membelah lebuhraya Elite menuju ke bandar Kuala Lumpur.
TIBA di rumah, Mawar berdiri di tepi pagar. Matanya tertancap pada sebuah kereta yang amat dikenalinya yang diparkir di sebelah kereta Arisha. Bermakna, Arisah dan Ezzie sudah berada di rumah.
"Haru macam ni.." Keluh Mawar. Dia cuba mencari alasan yang logik dek akal agar kedua gadis itu tidak menyangka atau syak yang bukan-bukan. "Ikram buat apa kat sini?"
Langkahnya diatur perlahan mendekati kereta Ikram. Dia jenguk kalau-kalau Ikram berada di dalam kereta. Kosong. Tiada kelibat Ikram di dalamnya. Matanya beralih pada pintu utama rumah. Ada dua pasang kasut lelaki di atas tangga.
"Siapa? Ikram dengan Badrul ke?" Telah Mawar, langkahnya mula diatur kembali ke muka pintu rumah yang terbuka agak luas.
"Assalamualaikum!" Salam diberi. Senyuman manis dilemparkan pada Arisha dan Ezzie yang sedang melayan Ikram dan seorang lelaki asing padanya. Memang betul telahannya. Ikram dan seorang lagi lelaki berada di rumah Arisha. Tapi buat apa? Tujuan apa mereka datang ke sini? Dan lelaki di sebelah Ikram pula, siapa lelaki itu?
"Ehem..Assalamualaikum semua.." Sekali lagi Mawar memberi salam. Terlopong semuanya melihat dia tercegat di muka pintu. Seolah melihat hantu pontianak. Tambah lagi lelaki yang duduk di sebelah Ikram.
"Cempaka Sari??"
Mawar yang melangkah masuk dan ingin duduk di sebelah Ezzie terhenti aksinya. Lelaki itu tercegat bangun. Bulat mata melihatnya. Aku perlu berhati-hati. Bagaimana lelaki ini kenal dengan Cempaka Sari? Dan bagaimana Ikram kenal lelaki itu? "Maafkan hamba. Siapa tuan hamba?"
Borman yang masih dalam keadaan bingung tidak menjawab soalan Mawar. Tidak lepas walau sesaat matanya menala ke arah Mawar. Dia menelan liur berkali-kali. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Memang benar seperti apa yang Ikram beritahunya. Wajah gadis itu seiras Cempaka Sari. Adakah pelanduk dua serupa? Atau wajah itu antara tujuh wajah yang serupa di dunia ini? Atau...adakah gadis itu benar-benar Cempaka Sari?
"Borman..duduk." Ikram tarik tangan Borman yang terlopong berdiri di depan Mawar. "Sekarang kau dah tengok sendiri.."
"Err...maaf, aku tak faham. Apa yang sebenarnya berlaku?" Arisha mula mencelah. Dari tadi dia pelik dengan sikap Borman yang bagai terkena renjatan elektirk sebaik ternampak Mawar melangkah masuk.
"Mawar, kau dari mana? Aku pergi restoran tadi. Abang Bidin cakap, kau kerja separuh hari. Kau ke mana?" Soalan beralih pula pada Mawar. Arisha merenung wajah Mawar yang sudah menunduk.
"Err..maaf Arisha. Hamba...err..dompet saya hilang. Saya pulang semula ke rumah tetapi tidak berjumpa. Kebetulan, ada seorang perempuan tua menegur saya dan dialah yang menyuruh saya ke balai polis." Tutur Mawar perlahan.
"Laa...kenapa tak beritahu saya? Habis, ada duit ke nanti?" Arisha sudah faham.
"Ada..abang Bidin yang kasi."
"Maaf...awak ni Mawar? Kenapa awak cakap macam orang zaman dulu? Sebenarnya awak ni siapa??" Borman tidak sabar. Dari tadi tidak lekang matanya dari menatap Mawar. Kali ini pertuturan gadis itu agak pelik bunyinya.
"Borman..itulah yang aku nak ceritakan pada kau. Mawar ni hilang ingatan lepas aku terlanggar dia." Jawab Ikram, menyambung ceritanya yang tidak habis semasa di dalam kereta dalam perjalanan ke rumah Arisha tadi.
"Kejap, macam mana Borman ingat Mawar tu Cempaka Sari?" Ezzie pula mencelah.
Borman dan Ikram saling berpandangan. Tiada jawapan untuk soalan Ezzie. Borman tunduk memandang lantai. Ikram pula faham apa yang bermain di benak lelaki itu. Kalau cerita pada Arisha dan Ezzie sekalipun, masalah tidak akan selesai. Namun, memandangkan tujuannya ke rumah Arisha adalah atas desakan Borman untuk melihat sendiri wajah Mawar, dia terpaksa ikut saja. Ini bermakna Mawar akan tahu siapa Borman dan siapa Cempaka Sari pada Borman.
"Mawar...Borman ni adalah kekasih Cempaka Sari. Dia banyak tahu tentang Cempaka Sari." Ikram berterus terang. Itulah juga yang dia ingin bertiahu pada Mawar.
"Jadi..maksudnya..tuan hamba kenal Cempaka Sari?" Mawar terkejut. Borman ditenung tajam. Jadi, lelaki inilah yang dimaksudkan oleh Helmi dulu dan ia ada kaitan dengan Ikram.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|