CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: myra316

Temerloh Bandar Ikan Patin

 Close [Copy link]
Post time 25-3-2008 12:19 PM | Show all posts

Reply #300 tangopapa's post

Mok koi selalu buat pekasam patin nih.... popalih sedapnya kalau makan dengan sayur labu masak lemak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 03:34 PM | Show all posts

Reply #301 bulat's post

uiks? patin buat pekasam? sedap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 04:58 PM | Show all posts

Reply #302 tangopapa's post

Popaleh weeh sedapnye... pendeknye memang gecor le koi nok makan pekasam patin nih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 09:49 PM | Show all posts

Reply #303 bulat's post

pekasam ikan lampam pun koi tak lalu nak mkn, apetah lg ikan patin.....

mcmn rasa nya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 10:33 PM | Show all posts
patin masak tempoyak peveret koi..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 10:04 AM | Show all posts

Reply #305 tangopapa's post

nenek suka masak patin masak tempoyak ni.  tapi dia dah jemu makan. dia masak khas utk cucu kesayangan aje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2008 12:41 PM | Show all posts

Reply #306 humaira08's post

owh....kan best klu bleh dtg umah nenek ira....

semalam mkn tgh hari kat benteng, sedap betul ler gulai ketam tu, rasa mcm nak pegi lg je hari ni........
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 03:53 PM | Show all posts

Reply #307 tangopapa's post

nenek masak utk cucu je lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2008 04:33 PM | Show all posts

Reply #307 tangopapa's post

benteng mana tu? Temeloh ke Kuantan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 04:58 PM | Show all posts
nak join borak2 pasal pahang tapi angel tak tau sgt la....cuma tau tmpt2 pelancongan jeh.....teluk chempedak...cameron hland....mersing...pulau2 kat mersing.....air terjun...tu jeh...huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 01:33 PM | Show all posts
Penduduk gempar mayat tergantung di kedai makan

TEMERLOH 6 April - Penduduk Kampung Tanjung Keramat di sini gempar apabila menemui mayat lelaki tergantung pada palang bumbung sebuah kedai makan di kampung itu awal pagi ini.

Mayat itu ditemui beberapa penduduk yang sedang berjalan kaki menuju ke Masjid Abu Bakar di kampung itu untuk bersembahyang subuh pada pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, mayat lelaki tersebut yang dipercayai berumur antara 20 hingga 30 tahun memakai seluar jeans biru ketika ditemui.

''Polis tidak mempunyai cukup maklumat kerana tiada dokumen pengenalan diri pada mayat. Mayat yang mempunyai ketinggian 160 sentimeter serta berambut pendek dan berkulit gelap.

''Sesiapa mempunyai saudara lelaki yang hilang diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Fadzillah memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat daripada jemaah masjid berkenaan.

Menurutnya, hasil bedah siasat, pihak Hospital Temerloh mendapati mangsa meninggal dunia akibat jerutan di leher dan dipercayai meninggal dunia empat jam sebelum ditemui.

Polis bagaimanapun menolak sebarang unsur jenayah berhubung kejadian itu.

**  AD boleh agak2 tak kat kedai area mane???
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 10:40 PM | Show all posts
                                                


Bahan utama:-
1 Ekor Ikan Patin

Bahan untuk di kisar:-
10 Biji Cili Padi
1 Inci Kunyit Hidup
2 Sudu Besar Tempoyak.

Lain-lain bahan:-
Daun Kesum Secukupnya
2 Kuntum Bunga Kantan
Air
Garam Secukup Rasa
5 Biji Limau Nipis
2 Biji Mentimun

Cara membuatnya:
Ikanpatin yang siap di potong di basuh dan dibersihkan dengan limau nipissupaya hilang bau. Isi air ke dalam periuk dan masukkan bahan yangdikisar, bunga kantan, daun kesum beserta dengan ikannya sekali.Apabila ikan hampir masak masukkan mentimun dan garam secukup rasa.Setelah masak bolehlah di hidangkan.


Kredit untuk patintemerloh.net...:victory:

[ Last edited by  adly26 at 17-4-2008 10:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 11:59 AM | Show all posts

Reply #308 humaira08's post

koi pun bakal cucu dia.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 12:03 PM | Show all posts

Reply #309 bulat's post

benteng kuantan.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 12:04 PM | Show all posts

Reply #312 adly26's post

sedap'e ad........
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 10:21 AM | Show all posts
300 penduduk desak pindah kilang pasir

Penduduk Kampung Bangau Parit, Temerloh, mendesak kerajaan negeri campur tangan dalam isu kilang pasir dalam tunjuk perasaan secara aman di Kampung itu, kelmarin.

TEMERLOH 4 Jun - Seramai 300 penduduk Kampung Bangau Parit, dekat sini semalam mengadakan demonstrasi secara aman membantah kewujudan sebuah kilang pasir yang didakwa menjadi punca pencemaran sehingga menjejaskan kesihatan mereka sejak enam tahun lalu.

Menerusi demonstrasi itu, penduduk mendesak campur tangan kerajaan negeri supaya kilang pasir terbabit dipindahkan ke tempat lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Seorang penduduk, Ramli Mat Lela, 52, berkata, demonstrasi itu diadakan kerana penduduk tidak tahan lagi dengan pencemaran yang ditimbulkan daripada kilang pasir tersebut.

Menurutnya, mereka berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas dengan memindahkan segera kilang berkenaan ke kawasan lain.

''Kami bukan mahu menutup rezeki sesiapa, tetapi ini soal kesihatan yang semakin terjejas disebabkan debu dari kilang pasir tersebut.

''Wang bukan jalan penyelesaian. Kami mahu kilang pasir itu dipindahkan ke kawasan yang jauh dari kawasan penduduk,'' katanya ketika ditemui selepas mengadakan demonstrasi itu di kampung tersebut.

Berikutan kewujudan kilang terbabit, kata Ramli, penduduk terpaksa setiap hari bernafas dalam debu yang berpunca daripada kerja memunggah pasir itu.

Seorang lagi penduduk, Shar Rizan Mahamud, 25, meminta isu itu diselesaikan segera kerana bukan sahaja kesihatan penduduk terjejas, malah menyebabkan air Sungai Pahang tercemar.

Beliau bimbang jika operasi kilang pasir itu diteruskan, hakisan tebing Sungai Pahang di kampung itu menjadi lebih serius kerana premis tersebut dikatakan turut mengambil pasir dari sungai berkenaan.

Seorang pengusaha ternakan ikan sangkar, Norsirat Abdul Aziz, 29, mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM200,000 sejak kilang pasir itu beroperasi sejak enam tahun lalu.

Beliau mendakwa, pembuangan minyak enjin ke Sungai Pahang daripada kilang tersebut mengakibatkan kira-kira 300 ikan patin sangkar yang diternak di sungai berkenaan mati.

''Saya mempunyai 80 sangkar ikan. Dengan kos makanan yang meningkat, saya terpaksa menanggung kerugian yang banyak sebelum dapat memasarkan hasil ternakan.

''Saya mempunyai bukti kilang pasir terbabit membuang minyak enjin ke dalam Sungai Pahang dan saya juga telah memfailkan saman kepada pengusaha kilang pasir terbabit,'' katanya yang tinggal kira-kira dua kilometer dari lokasi kilang pasir itu.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Osman, 48, berkata masalah itu telah dikemukakan beberapa kali kepada pihak berkuasa, tetapi sehingga kini, tidak ada tindakan susulan diambil.

Selain pencemaran alam sekitar, katanya, setiap hari penduduk terpaksa 'menutup telinga' berikutan bunyi bising yang dihasilkan daripada kilang pasir tersebut.

''Sekiranya mereka (pihak berkuasa) peka dengan masalah ini, isu ini telah lama diselesaikan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2008 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 26-3-2008 10:33 PM
patin masak tempoyak peveret koi..........



patin lepas ni naik rege....sbb minyak naik...rege makanan ikan naik....patin pun naik rege le....:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 11:45 PM | Show all posts

Reply #317 I-chi-ban's post

makan patin sangkar je lah lepas ni aki ye.....

patin buah mau dekat 200 sepinggan dah sekarang........
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 08:54 AM | Show all posts

Reply #318 tangopapa's post

patin sangkar pun sedap jugak
koi dapat pree je.........
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 09:56 AM | Show all posts

Reply #312 adly26's post

huiiih....lapo tingok gulai ni...
lama doh koi tak dtg temerloh..
kalau dok sana...ikan patin2 ari2 pun takpe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.395741 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list