|
redsentra posted on 11-6-2014 01:56 PM
jap gi kompom kudin plak ngaku ana dahlia bini dia sebb tak mau orang bunian ngorat ana
hahah speku bagus jugak tu..kan orang bunian ni berkenan dgn manusia ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 11-6-2014 02:06 PM
kebarangkalian jd mcm tu 99.99%... berlakon je kan... tp kalau betul untung si kudin... hehehehe.. ...
memang betul la tu zamzam.. sejak dulu Kudin dan Ana berlakon jek..
|
|
|
|
|
|
|
|
jamilah posted on 11-6-2014 03:33 PM
ok tak jadi aku nak mengarang.. si kalut kata tunggu jab. citer kebaya ni berhantu betul hehehehehe
misteri masih menyelubungi ni..
ala cik kalut tu jangan biar dia relaks..kena kalut jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 11-6-2014 04:24 PM
Ya allah....berdebar2 sungguh..
tukang tulis pun terasa berdebar dah ni
Last edited by Ipo on 11-6-2014 11:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 11-6-2014 08:43 PM
Puan ipo....mlm ni ade sambungan tak....
Ketagih dh ni..
ada..jgn risau..
Ipo nak habiskan citer ni sebelum posa...kalau sempat..
kalau tak sempat...tunggu lepas raya je la..
|
|
|
|
|
|
|
|
TOK IMAM NGAH bersama Kudin, Chad dan Ana Dahlia mula menelusuri jalan kecil yang ditabur dengan batu sungai yang sungguh cantik. Warna putih dan coklat batu sungai itu kelihatan berada di sepanjang jalan menuju ke setiap rumah penduduk di situ. Chad pula tajam memerhati sekitar kampung bunian itu. Matanya tertancap pada satu susuk tubuh milik seorang perempuan yang sedang mengayam tikar di atas pangkin diterangi dengan cahaya bulan. Pada firasatnya tentu gadis itu adalah Senah ataupun Anum. Sebaik gadis itu berpaling, Chad terus tersenyum. Namun, bukan Anum atau Senah tetapi seorang puteri bunian yang sungguh cantik pada pandangan matanya ketika itu. Walaupun dia tahu dan pernah dengar tentang rupa paras orang bunian yang sebenarnya adalah tidak begitu cantik tetapi apa yang terbentang di depan matanya adalah berlainan sama sekali. Gadis itu dilihat turut tersenyum kepadanya di sebalik selendang putih.
"Chad..kau tengok apa?" Kudin tepuk bahu Chad yang sudah berhenti melangkah. Tadi dia, Tok Imam Ngah dan Ana Dahlia sudah jauh ke depan. Bila dia sedar Chad masih berada di belakang, dia segera berpatah semula.
"Cantik sungguh orang-orang kat sini." Chad masih menatap gadis bunian itu.
"Kau jangan Chad. Buatnya nanti dia terpikat dengan kau, kau akan dipaksa nikah dengan gadis tu. Kau nak ke tinggal di alam bunian ni?" Kudin mengingatkan Chad tentang pesanan Tok Imam Ngah tadi sebelum melangkah ke alam bunian.
Chad terdiam. Dia mungkin tidak sedar dia telah melihat anak dara orang bunian tadi. Terpesona dengan kecantikan gadis itu membuatkannya terhenti langkah sebentar. Dia segera menyambung langkahnya dan berjalan beriringan dengan Kudin.
"Syy.." Tok Imam Ngah memberi isyarat supaya berhenti melangkah. Dia terdengar bunyi tapak kaki kuda berjalan perlahan ke arah mereka.
"Ada apa tok?" Kudin pandang Tok Imam Ngah yang tiba-tiba berhenti.
"Tok dengar sesuatu." Tok Imam Ngah masih menadah telinga mendengar bunyi tapak kaki kuda sedang berjalan. Bunyi itu semakin dekat dengan mereka.
"Apa?" Chad pula bertanya.
"Tapak kaki kuda sedang berjalan ke arah kita sekarang. Ingat! Jangan sombong dan kurang ajar. Kita kena hormat dan cuba bersikap sebaik mungkin." Tok Imam Ngah sekali lagi memberi pesan. Dia dapat mengagak bunyi tadi tentu datangnya dari kuda orang bunian yang digunakan untuk mengawal kampung bunian itu.
"Tok! Lihat!" Ana Dahlia menuding ke arah kuda putih yang ditunggang seorang lelaki yang juga memakai baju putih dengan sebilah pedang tersarung di belakang badannya, lagak seorang panglima perang zaman dahulu kala.
Semua mata tertumpu pada kuda putih dan lelaki itu. Tok Imam Ngah sekali lagi memberi isyarat pada Kudin, Ana Dahlia dan Chad. Kuda putih itu dilihat semakin menghampiri mereka.
"Kamu semua ada hajat apa datang ke tempat kami?" Suara lelaki itu yang keras dan kasar mula bertanya. Dia masih di atas kuda sambil melihat gelagat manusia yang sudah tembus ke alamnya.
"Kami datang dengan niat baik wahai saudaraku. Kawan kami ada di perkampungan ini. Kami ingin membawa pulang ke dunia kami. Itu sahaja niat kami, tidak ada maksud lain." Ujar Tok Imam Ngah dengan berbahasa zaman dahulu kala.
"Apa kamu tidak tahu tempat ini tidak boleh dilalui waktu begini?" Suara lelaki itu semakin tinggi.
Kudin dan Chad saling berpandangan. Ana Dahlia pula dari tadi tidak berani memandang lelaki berkuda itu. Dia masih ingat pesan Tok Imam Ngah, jangan pandang atau tenung lelaki bunian.
"Maafkan kami wahai saudaraku. Kami tidak tahu arah tuju. Sudilah kiranya saudaraku tunjuk jalan atau arah yang betul kepada kami semua ini." Tok Imam Ngah berkata lagi. Kali ini dengan nada lembut. Bimbang mereka dianggap penceroboh oleh lelaki berkuda itu.
"Ke mana kamu semua ingin pergi?"
"Kami ingin berjumpa kawan kami yang sudah dua hari tinggal di sini." Kudin beranikan diri menjawab.
"Baiklah. Ikut saya." lelaki berkuda itu mula terjun dari atas belakang kuda dan berjalan bersama Tok Imam Ngah dan yang lainnya menuju ke arah rumah penduduk di situ.
Sepanjang perjalanan, mereka tidak banyak bicara. Bila sampai di sebuah taman bunga mawar putih dan melati, lelaki itu pandang Tok Imam Ngah seraya berkata. " Sampai di sini sahaja. Kamu carilah di sini. Saya masih ada kerja."
Tok Imam Ngah mengangguk tanda faham. Lelaki berkuda putih itu dilihat sudah meninggalkan mereka di taman bunga itu.
"Tok..dia buat apa menunggang kuda malam-malam ni? Macam rukun tetangga je?" Kudin sengih.
"Lebih kurang macam tulah. Lelaki berkuda tadi tu adalah pengawal di kampung ni. Dia sebenarnya garang tetapi sebab kita berbahasa sopan dengannya tadi, dia tidak marah kita. Tadi, apa yang dia tegur masa kita kat situ tadi sebenarnya dia tahu kita baru melepasi sempadan kampungnya. Sebab tulah dia tegur supaya kita tidak boleh berada di situ." Jelas Tok Imam Ngah lagi.
Semua yang lain mengangguk-angguk. Apa yang dikatakan oleh Tok Imam Ngah diiakan saja kerana ilmu mereka juga terbatas, tidak seperti ilmu Tok Imam Ngah.
"Sekarang ni, kita berada di tengah-tengah kawasan rumah ni. Yang mana satu rumah yang Jo dan Jai duduk?" Kudin garu kepala. Dia pandang sekitar. Semua rumah dilihat seakan sama, ada kayu lorek dan ukiran pucuk rebung seperti rumah zaman dahulu kala.
"Hmm...kita kena siasat satu persatu nampaknya ni.." Tok Imam Ngah mula mengusap dagu.
"Eh..kejap. Itu bukan ke Jai tu?" Chad tuding ke arah seorang lelaki yang memakai baju putih sedang berbual dengan seorang gadis di anjung rumah.
Semua mata tertumpu pula pada lelaki yang ditunjukkan oleh Chad tadi. Ana Dahlia masih memerhati dengan teliti. Dia berkerut kening. Kudin pula menjeling Ana Dahlia yang sudah teruja mencari kelibat Jai.
"Ha'ah..betul la! Itu Jai!" Ana Dahlia sudah teruja. Akhirnya dia berjaya juga menemui Detektif Jailani di situ.
Mereka berempat melangkah laju ke rumah yang ditunjukkan oleh Chad tadi. Sebaik tiba di depan rumah, Kudin terus memberi salam. Dia berani memberi salam kerana dia yakin itu adalah Jai dan bukan lelaki bunian.
Jai berpaling, terkejut melihat apa yang terbentang di depan mata. Dia genyeh mata berkali-kali. Ternyata dia tidak bermimpi. Apa yang dilihat di depannya ini adalah benar-benar realiti. Kudin, Chad, Tok Imam Ngah dan matanya jatuh pada gadis di sebelah Kudin. Ana Dahlia??
"Alhamdulillah!" Jai terus peluk Kudin. Dia begitu ingin pulang ke alam nyata. Ternyata Allah mendengar doanya.
"Kita kena cepat. Kita kesuntukan masa. Tadi, lelaki berkuda itu sudah beri amaran kepada kita supaya tidak berada di sempadan itu waktu begini. Mana yang lain?" Tok Imam Ngah mengingatkan lagi.
Senah turut terkedu di anjung rumah itu. Wajah lelaki yang dirindui selama ini kini ada di depan mata. Namun perasaan gembiranya tidak lama, gadis di sebelah Kudin itu yang membuat hatinya kembali terusik.
"Senah..syukurlah awak selamat." Kudin melemparkan senyuman pada Senah.
Senah hanya diam membisu. Dia pandang pula Jai yang tidak berkelip melihat Ana Dahlia di sebelah Kudin. Riak Jai sudah lain. Dia cemburu ke? Ada apa-apa ke dengan gadis itu??
"Mana Jo dan Anum?" Chad mula bertanya setelah diam seketika tadi. Dia perasan, Jai asyik melihat Ana Dahlia dan sesekali pandang Kudin. Senah pula asyik pandang Kudin. Sesekali menjeling Ana Dahlia.
"Err..dia ada di rumah sebelah tu. Sebenarnya kami tengah bersiap untuk keluar dari sini. Kami sudah tahu jalan keluar dari sini. Tak sangka pula korang boleh masuk ke sini. Macam mana korang masuk?" Jai pula terasa pelik.
"Kami ikut Tok Imam Ngah ni. Dia arif tentang hal ni tapi kita kena cepat keluar dari sini sebelum hari semakin malam." Kudin pandang sekitar. Keadaan semakin gelap, mungkin sudah tengah malam agaknya. Jam tangan memang tidak boleh dipakai tadi.
"Sudah berapa lama korang masuk sini?" Jai tanya lagi Kudin.
"Baru setengah jam yang lalu.Ayuh cepat! Kalau lebih dari sejam, kita mungkin payah untuk keluar semula. Ingat, dunia mereka berbeza. Sejam di sini, bermakna kita hilang dari alam nyata lebih dari empat jam!" Tok Imam Ngah berpesan lagi.
Jai berkerut kening. Jika benar apa yang dikatakan oleh Tok Imam Ngah tadi, bermakna dia sudah berhari-hari tinggalkan alam nyata.
"Sudahlah..cari Jo dan Anum cepat. Kita sama -sama keluar dari sini." Tok Imam Ngah segera menyuruh Jai ke rumah Jo dan Anum.
Jo dan Anum kembali bersama Jai semula ke rumah Jai. Kudin terkesima melihat Anum yang semakin cantik dan berseri-seri. Masih seperti dulu. Tidak berkelip dia melihat gadis yang disukainya dulu, sejak zaman sekolah. Jo pula terkejut melihat Ana Dahlia turut sama berada di situ. Ingin saja dia tanya gadis itu yang kelihatan asyik melihat ke arah Jai.
Sekarang ini, mereka semua sudah berkumpul di taman bunga sekali lagi. Mereka masih mencari idea untuk ke sempadan itu tanpa penegetahuan penduduk di situ terutama penagwal berkuda putih tadi.
"Macam mana tok?" Kudin mula risau.
"Kalau semua sudah bersedia, cepat kita bergerak. Berjalan dalam kumpulan kecil supaya tidak nampak ketara kita akan meninggalkan tempat ni." pesan Tok Imam Ngah lagi.
Masing-masing saling berpandangan. Senah merapati ke arah Kudin. Jai hanya menjeling. Jo pula menghampiri Ana Dahlia, gadis yang sudah lama berada dalam hatinya sejak di kampus lagi. Kudin pula menjeling Jo. Ana Dahlia mula tergamam bila melihat Jai akhirnya merapati Anum. Mereka berdua dlihat sudah beriringan berjalan. Tok Imam Ngah pula sudah ke depan bersama Chad.Sepanjang berjalan itu, mereka tidak banyak bicara. Kudin dan Senah berdua berjalan dekat dengan Tok Imam Ngah. Ana Dahlia pula berjalan di tepi sedikit bersama Jo. Jai dan Anum yang terakhir sekali.
"Anum...syukurlah awak selamat." Jai melemparkan senyuman. Kata-katanya tadi agak perlahan. Itu pesan Tok Imam Ngah supaya tidak terlalu kuat bila bercakap.
"Betul ke abang dah nikah dengan Senah?" Anum mula bertanya soalan cepu emas.
"Kenapa?" Jai pandang sekilas pada Anum sambil kaki melangkah mengikut rentak Tok Imam Ngah. Dia tidak mahu tertinggal jauh di belakang.
"Anum tengok abang macam suka pada Senah. Abang cintakan dia ke?" Sekali lagi Anum bertanya.
"Cinta abang tidak bersambut..." Jai melepaskan keluhan kecil.
Anum diam seketika. Memang sejak dulu, Senah hanya sukakan Kudin. Asyik-asyik Kudin, seolah tiada lelaki lain lagi. Dia pula serba salah untuk menerima cinta Kudin dulu kerana dia tidak perasaan itu pada Kudin tetapi kini dia mula sedar, Kudin adalah lelaki yang baik untuknya.
"Ok, kita dah sampai di sempadan." Tok Imam Ngah berhenti melangkah.
Semua yang mengikut dari belakang juga turut berhenti. Chad pula dilihat berdiri agak jauh dari orang lain. Dia terjenguk-jenguk sesuatu. Kudin faham apa yang dicari oleh Chad ketika ini. Dia geleng.
"Tu sempadan perkampungan bunian. Kita kena segera menyeberangi sempadan itu sebelum pengawal berkuda itu lalu di kawasan ini. Cepat!" Tok Imam Ngah mengarahkan Senah dan Kudin pergi dahulu. Kemudian disusuli pula Jo dan Ana Dahlia. terakhir adalah Jai dan Anum.
"Mana Chad?" Tok Imam Ngah melihat sekitarnya. Kelibat Chad tidak ada di situ.
"Ish! Budak ni menyusahkan saja!" Tok Imam Ngah berpatah semula mencari Chad yang tiba-tiba tidak ada di situ. Sesekali dia intai kelibat pengawal berkuda putih tadi. hendak melaung memanggil Chad, bimbang suaranya didengar oleh pengawal berkuda itu nanti. Akhirnya, Tok Imam Ngah terpaksa juga melangkah ke sempadan.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:42 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
SEBAIK melangkah ke alam nyata, keadaan sekitar sudah hampir maghrib. masing-masing tercengang dengan perubahan sekitar. Tiada lagi perkampungan indah dan menarik. Tiada rumah papan zaman dahulu kala, yang ada hanyalah bunyi unggas dan deruan air sungai yang mengalir. Masing-masing terpinga-pinga sekali lagi.
"Kita kat mana ni? Anum pandang sekitar kawasan situ. terdapat sebatang sungai yang deras airnya mengalir ke muara. Suara burung dan unggas lain jelas di telinga. Dia lihat lagi sekeliling. Semuanya adalah hutan!
"Kita sudah kembali ke dunia kita. Lihat, itu senduduk putih yang aku patahkah rantingnya dulu. Mungkin itulah pintu masuk ke alam sana." Jo masih ingat pada pokok senduduk putih itu yang sengaja cuba dicabutnya dulu dan tidak semena-semena dia telah masuk ke alam bunian dan sempat mengheret Jai sekali. Kudin pula tertinggal di alam nyata.
"Oh..alhmadulillah.." Anum meraup muka.
"Eh! Mana Chad?" Kudin pandang seorang demi seorang.
Semua yang ada di situ juga turut mencari kelibat Chad dan Tok Imam Ngah. Seketika kemudian, muncul Tok Imam Ngah dekat dengan pokok senduduk putih tadi.
"Tok! Chad tak ada!" Kudin sudah risau.
"Tok sudah cari tadi tapi tak jumpa. Nampaknya Chad ingin kenal dunia bunian. Biarlah..dia pun bukan masuk dengan tangan kosong." Tok Imam Ngah senyum. Dia tahu Chad ada ilmu sepertinya tentang alam ghaib, cuma Chad menyalahgunakan ilmu itu untuk tujuan balas dendam.
Semua yang ada di situ tercengang mendengar kata-kata Tok Imam Ngah.
"Saya rasa tok..Chad sudah terpikat pada perempuan bunian tu." Teka Kudin.
"Apa-apa pun, ayuh kita beredar dari sini dengan segera. Sekarang ni dah senja. Tak elok kita berada di sini waktu begini. Banyak jin dan syaitan berkeliaran di sini." Tok Imam Ngah segera mengajak mereka semua pulang.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:42 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
diharap chad bertemu jodoh dgn maleficent versi bunian
barulah sepadan dgn chad yg ada ilmu2 magik puaka tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
chad ni bukan calang2 orang... |
|
|
|
|
|
|
|
Chad duk kt dunia bunian, so xde la dia kena tangkap ngn polis nnti.....
lol |
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 11-6-2014 06:51 PM
Zamzam...rasanya kita berdua yg over xcited sgt kan?...;-)
itulah pasal cegitu... hihihihihihi... harap di maaf ya TT... sabar jelah dgn kami ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 11-6-2014 10:02 PM
memang betul la tu zamzam.. sejak dulu Kudin dan Ana berlakon jek..
mcm lainlah plk rasanya TT... kudin dgn anum ke? Last edited by Zamzam2013 on 12-6-2014 07:52 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
untungla chad tak kena hukum sebab bunuh orang aha...
cinta 18 segi ni |
|
|
|
|
|
|
|
lina21 posted on 12-6-2014 12:05 AM
diharap chad bertemu jodoh dgn maleficent versi bunian
barulah sepadan dgn chad yg ada ilmu2 magik ...
haha setuju tu..mungkin pompuan yang dia nampak tu akan jadi malifecent?
|
|
|
|
|
|
|
|
nallepooh posted on 12-6-2014 03:01 AM
chad ni bukan calang2 orang...
senyap2 dia tuntut ilmu ghaib..semata-mata nak balas dendam punya pasal
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 12-6-2014 05:11 AM
Chad duk kt dunia bunian, so xde la dia kena tangkap ngn polis nnti.....
lol
terselamat....
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 12-6-2014 07:50 AM
mcm lainlah plk rasanya TT... kudin dgn anum ke?
speku jgn tak speku...
hujung cerita ada jawapannya nanti.. (walaupun belum ada apa2 idea..huhuhu..)
|
|
|
|
|
|
|
|
jamilah posted on 12-6-2014 09:04 AM
untungla chad tak kena hukum sebab bunuh orang aha...
cinta 18 segi ni
ingatkan kerat 18 je yg ada..cinta 18 pun ada gak?
|
|
|
|
|
|
|
|
ipo sambung lg...x puas baca..eheehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 12-6-2014 10:52 AM
speku jgn tak speku...
hujung cerita ada jawapannya nanti.. (walaupun belum ada apa2 idea..huhu ...
tak sabar sebenarnya nak tau ending cite ni TT... hopefully speku2 kami kena tempiaslah sikit2 kan u alls... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|