CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: harizs

[Tempatan] Wardina tegur Ustaz Don sbb selalu sebar kisah tak sahih utk tarik pdgr

[Copy link]
Post time 17-4-2014 05:40 PM | Show all posts


sekarang, siapa sudah termalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Santeira posted on 17-4-2014 01:01 AM
i now see the bigger picture of this case, and i refuse to be a part of it. LOL

cuma aku nak nyat ...

Perangai perasan bagus kakak ini masih tidak berubah nampaknya San?

Semenjak aku kenal beliau melalui nick Hotel di Forum Artis Melayu yang mana beliau penuh selamba masuk bakul angkat sendiri puji diri beliau setinggi langit di sebalik nick anonymous Hotel siap buat comparison "Wardina baik tak macam artis tersohor tuuuuuuu", aku memang sudah tak pernah positif pada beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 06:42 PM | Show all posts
chazey posted on 17-4-2014 06:33 PM
Perangai perasan bagus kakak ini masih tidak berubah nampaknya San?

Semenjak aku kenal beliau  ...

Perangai perasan bagus sheols nampaknya mmg tak berubah. Mana2 isu yang boleh menjadikan dia popular pastilah dia akan menyelit bagi meraih perhatian org ramai.

Iols sejak dia kata 'saya lagi cantik dr j.lo sebab saya dilahirkan islam' mmg juga dah tak boleh tgk positif kat dia.
Last edited by Santeira on 17-4-2014 06:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 06:52 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 17-4-2014 02:43 PM
maideen dah tak jual kitab kuning kat kedai maideen kat singapore ni???

Dulu ada... Banyak set set tudung laboh sampai ketumit yang cari kitab kuning ni. Depa nak belajar lebih lanjut tentang tafsir ayat Quran Ibn Khitr yang kata donya di terletak diatas belakang sapi dan gempa bumi berlaku apabila sang sapi bergerak gerak.....

Depa nak gunakan ia nya sebagai hujah bersumberkan al Quran semasa membimbing orang lain jadi macam depa mungkin.....

Selain dari itu, ada jugak kita jual kitab "Baharul Mazi" ka apa nama dia yang di rujuk oleh ulamak credible tersohor Ostad Derus semasa menjawab soalan ummah tentang fadilat membunoh cicak.....



Wallahualam.
Last edited by Maideen. on 17-4-2014 06:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 07:16 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 17-4-2014 04:47 PM
En. Don x yah la nak kambing hitam kan video edit pulak ... Org tgk isi nya ... Isi yg dlm video p ...

satu tuduhan yg berat ke atas Ikhwanul Muslimin.  bolehkah hanya berdasarkan alamat mimpi utk membuat keputusan, yg ustaz Don pun tak tahu bhw mimpi itu palsu. patut kaji dulu betul ke tidak.


"Doktor Mursi baguih, silakan. Tapi sapa pengikut dia. Tuan2 selidik dak yang tu? maafkan saya kalau saya sebut. Antara yang paling ramai yang mengikut Ikhwanul Muslimin adalah mereka yang berpegang dengan fahaman salafi wahabi. Dan sudah ada ura2 di kalangan mereka bila mereka dapat saja pegang Mesir, pertama sekali yang depa nak mansuhkan, pendidikan Universti Azhar. Tuan2 tau dak benda tu?"

http://www.youtube.com/watch?v=N1Vr6EmKee0&feature=share

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby posted on 17-4-2014 07:16 PM
satu tuduhan yg berat ke atas Ikhwanul Muslimin.  bolehkah hanya berdasarkan alamat mimpi utk memb ...

Selain kita salahkan Yahudi n Nasoro ... Sekarang trend kita salahkan Wahabi ..!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2014 07:46 PM | Show all posts
Jawapan tak langsung daripada Dr Asri tentang kisah telaga ajaib yg Ustaz Don bawa:

--------------------------------

JANGAN ‘MAIN CEDUK’ APA SAJA KE BAKUL AGAMA - http://drmaza.com/home/?p=2687

Menjadi satu masalah yang besar apabila penceramah ataupun penulis mengutip semua cerita yang dia jumpa dalam buku tanpa mampu menilai kemunasabahannya. Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu, menganggap setiap yang ada dalam kitab itu sahih. Terbaru kita dengar ada pihak mempopularkan cerita memanggil arwah di Telaga Barahut (Barahut atau disebut juga Burhut seperti yang dinyatakan dalam Lisan al-‘Arab). Kononnya, ada orang memanggil roh dari telaga berkenaan untuk mengetahui di mana hartanya di simpan oleh kawannya sebelum dia meninggal. Mungkin niatnya ikhlas, tapi cerita itu tak berasas dan ‘kartun’ sekalipun disebut dalam beberapa kitab. Saya terbayang, jika ini benar, bolehlah kita pergi panggil roh-roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Klo wardina betul2 ikhlas....pe salahnya klo dia PM kot ustaz tu.... dia pun normal human... cr tau dulu ma... sbg pembaca pun dpt rasa ley aibkan dia dgn cara teguran tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Patih posted on 17-4-2014 04:01 PM
Penjelasan Ustaz Don Isu Bani Tamim dan Ikhwanul Musli

Tq share video ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
c_antique posted on 17-4-2014 05:32 PM
adoii laa...yg menepek gambar2 aib wardina jaman tok kaduk pun sama hazab tempah murka Allah kt akhi ...

Apsal yu buat kesimpulan poremmer yg tepek gambor dina dedolu tu memoja ustaz don plak...ai rasa takde sape yg marah kat dina tu puja puji ustaz don sgt pun..ustaz don pun selalu suruh tegur dia kalau dia ada silap..cuma dia frust video sekerat sekerat ucapan dia tu org guna sebagai rujukan nak menyalahkan dia...and dina salah sorang darinya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 08:51 PM | Show all posts
magnus posted on 17-4-2014 08:47 PM
Apsal yu buat kesimpulan poremmer yg tepek gambor dina dedolu tu memoja ustaz don plak...ai rasa t ...

Sape suruh dia posing camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq posted on 17-4-2014 08:51 PM
Sape suruh dia posing camtu?

Zaman jahil tu..biaq pi lah..la ni dia dah byk berubah kpd yg lebih baik..walau kadang ai frust dgn perangai diva dina ni..kita doakan dia kuat and and and jgnla gedebe sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 08:57 PM | Show all posts
nist02 posted on 17-4-2014 08:32 PM
Klo wardina betul2 ikhlas....pe salahnya klo dia PM kot ustaz tu.... dia pun normal human... cr tau  ...

reply kepada jawaban ustaz don copy paste dari fb...

------------

Komentar saya selepas menonton video Don Daniyal ini:

1. Saya rasa asatizah dan ulama tidak benarkan ambil ilmu dari internet sebab adanya penceramah yang menyebarkan sesuatu yang dia tidak pasti. Saya dapati awak juga begitu dalam isu ini.

2. Isu video edit yang awak bangkitkan seolah kami yang menonton video itu tersalah faham maksud ceramah awak. Tapi di akhir video awak sendiri mengakui sememangnya teori awak tentang bani tamim itu betul dan awak kata ia hanya teori.

3. Awak kemukakan isu tabayyun (selidik). Video awak tersebar di youtube dan facebook. Ada versi edit dan ada versi penuh berdurasi sejam lebih. Tabayyun apa lagi yang diperlukan? Jika benar ada yang tersilap dalam tabayyun sila nyatakan.  Saya juga ingin bertanya di mana bukti awak tabayyun dalam isu ikhwan salafi wahabi nak runtuhkan sistem al-Azhar?

4. Awak kemukakan pandangan kita boleh berteori selagimana tidak bercanggah dengan syariat Islam. Tetapi awak tahu atau tidak teori awak bercanggah dengan hadis sahih tentang isu bani tamim?

5. Saya tidak pasti apa sebab awak kemukakan isu telur dan butterfinger di sini. Ia bukan isu nak ajak bergaduh tapi ia isu amanah dalam menyebarkan sesuatu yang berkaitan dengan Islam.

6. Kesilapan yang tersebar secara umum mesti diperbetulkan secara umum supaya masyarakat tidak mempercayai perkara yang salah.

7. Awak timbulkan isu berjumpa. Saya ingin juga bertanya adakah awak sudah berjumpa pimpinan ikhwan sebelum awak buat tuduhan terhadap mereka?

8. Bukankah baik jika kita berbeza pendapat kita kembali kepada quran dan sunnah?  Tengok nabi sallallah alaih wasallam kata apa dalam isu bani tamim ini. Tengok pula apa kata ulama silam tentang bani tamim ini. Sesiapa yang mengkaji hadis akan tahu bahawa bani tamim ialah qabilah yang terkenal di Hijaz pada waktu itu. Jika awak ingin kata orang Melayu dari keturunan bani tamim mungkinlah ia boleh diterima dan dikaji. Tetapi teori awak terlalu jauh kerana seolah-olah Nabi sallallah alaih wasallam bercakap bahasa melayu sehingga mentafsirkan ta= tanah, mim= melayu.

9. Jika isu fitnah yang menimpa Ummul Mukminin Aisyah ada kaitan dengan kisah awak ini sila nyatakan di mana fitnahnya.

10. Berdisiplinlah wahai Don. Anda berinteraksi dengan dalil-dalil syara'. Anda juga selebriti yang ajaran awak mudah tersebar.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:01 PM | Show all posts
obelisk posted on 17-4-2014 07:46 PM
Jawapan tak langsung daripada Dr Asri tentang kisah telaga ajaib yg Ustaz Don bawa:

------------- ...

itu la ... aku pun rasa pelik dgn riwayat yg disebar tentang kebolehan tok sheikh bertanya dan berbual dgn roh-roh. mcm al-kisah pengikut Arqam & Abuya pulak jadinya.


Menjadi satu masalah yang besar apabila penceramah ataupun penulis mengutip semua cerita yang dia jumpa dalam buku tanpa mampu menilai kemunasabahannya. Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu, menganggap setiap yang ada dalam kitab itu sahih. Terbaru kita dengar ada pihak mempopularkan cerita memanggil arwah di Telaga Barahut (Barahut atau disebut juga Burhut seperti yang dinyatakan dalam Lisan al-‘Arab). Kononnya, ada orang memanggil roh dari telaga berkenaan untuk mengetahui di mana hartanya di simpan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:17 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 17-4-2014 07:24 PM
Selain kita salahkan Yahudi n Nasoro ... Sekarang trend kita salahkan Wahabi ..!!!


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:18 PM | Show all posts
Analisis Video Kononnya Pendustaan Ustaz Don Daniyal Biyajid :

1. Kisah rambut asy syarif, Ustaz Don cerita tentang kisah Dato' Harun Din.

2. Kisah telaga pula, Ustaz Don ambil daripada cerita Dr Zulkifli Al Bakri. Ini ada dalam Kitab Ghiza' albab oleh As Safarini (si pembuat video ni kenal tak Imam As Safarini ?)

3. Kisah bani tamim, Ustaz Don ambil tafsiran badlishah - yang ini memang salah. Ustaz Don pun dah beritahu dalam video yang dikeluarkan dalam page : Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour - ia sekadar teori dan pendapat, boleh sahaja ditolak.

4. Kisah wudhuk - Ustaz Don petik dari Buku Dato' Ismail Kamus

5. Kisah niat - ini memang method Mazhab Asy Syafie.

6. Kisah doa ulama dalam berkumur, Ustaz Don tidak sebut hadith, maka tiada apa-apa halangan. Ia ada dalam kitab Imam al Ghazali dan lain-lain.

7. Kisah dhob / biawak - tiada kesepakatan ulamak ianya hadith palsu, Ikut kajian lebih terperinci ia hanya bertaraf dhoief. Maka ia boleh dipakai dalam bab fadha'il (juga tentang fadha'il Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam - jika siapa yang belajar ulum hadith akan tahu bahawa menggunakan hadith dhoief dibenarkan dengan syarat tertentu. Ramai alim ulamak gunakan hadith dhoief, Imam Bukhari pun ada koleksikan hadith dhoief dalam Al Adab al Mufrad) . Ia boleh diriwayatkan dengan menyebut ia hadith bersanad dhoief atau guna lafaz tamrih sahaja sebab ia berkaitan sirah dan dala'il nubuwwah, tak berkaitan aqidah dan hukum.

Sentimen kewahhabian agak jelas dalam video yang disebarkan itu.

PERHATIKAN, siapa yang juga kena serang dan dicop pendusta.

* Akhlak Ustaz Don - selalu mohon maaf tiap kali rancangan. Mereka yang bersalah dengan Ustaz Don agaknya bila akan mohon maaf ? via page Tahu Faham Dan Amal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 09:21 PM | Show all posts
magnus posted on 17-4-2014 08:53 PM
Zaman jahil tu..biaq pi lah..la ni dia dah byk berubah kpd yg lebih baik..walau kadang ai frust dg ...

Dia ni dah mintak izin suami ke nak cakap macam2 kat media?  Fikirlah, awak tu seorang isteri kepada seorang lelaki.

Kecik sungguh martabat suami mu kalo biarkan kamu mencabar seorang lelaki yang lain.  Patutnye kamu mengadu kat suami kamu aje.  Terpulang kepada dia nak tegur ustad don ni ke dak.  Man to man.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:36 PM | Show all posts
minyak posted on 17-4-2014 09:18 PM
Analisis Video Kononnya Pendustaan Ustaz Don Daniyal Biyajid :

1. Kisah rambut asy syarif, Ustaz  ...

antara soklan yg ditanya kpd ustaz Don...

7. Awak timbulkan isu berjumpa. Saya ingin juga bertanya adakah awak sudah berjumpa pimpinan ikhwan sebelum awak buat tuduhan terhadap mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:38 PM | Show all posts
tobby posted on 17-4-2014 08:57 PM
reply kepada jawaban ustaz don copy paste dari fb...

------------

Berdisiplinlah wahai Don. Anda berinteraksi dengan dalil-dalil syara'. Anda juga selebriti yang ajaran awak mudah tersebar.


pergh ayat dri vvardina k, sian suami dia ...

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:40 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 17-4-2014 09:38 PM
Berdisiplinlah wahai Don. Anda berinteraksi dengan dalil-dalil syara'. Anda juga selebriti yang aj ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.094259 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list