CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
Post time 13-3-2015 02:47 PM | Show all posts
ala
saya suka muaz
NO! zhafran is no no no
ahahhaa
ala sian pulak muaz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 03:27 PM | Show all posts
talak 3???? uisshhhhhhhh makan hati la muaz nt kalau dh sedar...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 04:17 PM | Show all posts
talak 3 kau...hambik..
aku suka muaz....muaz...muaz..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 09:17 AM | Show all posts
UsuFie replied at 13-3-2015 09:59 AM
kan....Zhafran blh dpt janda berhias gitu..

jgn harap la qayyum boleh dapat guna taktik kotor ...

tu la nama dh ckup cantik Qayyum..
tapi perangaiiii....

biar je dgn abg Zhaf.....

tapi malu la nk tulis kat borang nikah..status "Janda Berhias"...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:20 AM | Show all posts
TT, nak ending nek yah ngan tok mamat jugak boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:47 AM | Show all posts
kuciwa ngan mamat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2015 12:09 PM | Show all posts
bagilah ending che yah ngan mamat. tak mau yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 10:25 AM | Show all posts
atau sebenarnya cik yah mimpi?

jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2015 02:37 PM | Show all posts
Rasanyaaaaaaaaaa mimpi kot.

tak sanggup talak 3
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:12 PM | Show all posts
dah lama tak masuk sini...  smiley, masih terus menulis; terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 11:19 PM | Show all posts
Astaghfirullahal'azim.  Aiseyman.  Cepat benar mulut Che Mamat bg talak 3 tanpa usul-periksa.   Semoga Che Mamat berubah le lepas ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 12:48 PM | Show all posts
Edited by sang_arjuna at 18-3-2015 12:50 PM
Ipo replied at 13-3-2015 04:17 PM
talak 3 kau...hambik..
aku suka muaz....muaz...muaz..

ramai plak suka muaz yg poyo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 12:49 PM | Show all posts
awanjingga replied at 14-3-2015 09:17 AM
tu la nama dh ckup cantik Qayyum..
tapi perangaiiii....

kena tulis camtu ke kat borang?
janda saja tak boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 12:50 PM | Show all posts
asnida replied at 15-3-2015 12:09 PM
bagilah ending che yah ngan mamat. tak mau yang lain.

tengok lah camner

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 12:51 PM | Show all posts
greyiskelabu replied at 16-3-2015 10:25 AM
atau sebenarnya cik yah mimpi?

jeng jeng jeng

he he he.... dia tidur tak basuh kaki kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 12:52 PM | Show all posts
cmf_azure replied at 16-3-2015 05:12 PM
dah lama tak masuk sini...  smiley, masih terus menulis; terbaik

tulis bila ada masa & takde keghoje
sebab tu lambat nak habis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2015 01:00 PM | Show all posts
Edited by sang_arjuna at 18-3-2015 01:14 PM

Bab 25

Beberapa Bulan Kemudian


Datin Azwa sedang  menonton ceramah Ustaz Kazim di Astro Oasis bila  loceng pintu pagar berdering. Awal pula tetamunya sampai. Dia bergegas membuka pintu dan menyambut seorang wanita yang sebaya dengannya.

“Assalamualaikum Datin”

“ Waalaikumsalam. Eh, sejak bila pula you berdatin datin dengan I? Jemput lah masuk. Lama kita tak jumpa.”

“ Betul. You faham faham lah. I sibuk dengan kerja, Ibrahim pula tak berapa sihat. You sihat? Seorang saja di rumah?”  

“ A’ah. Razali main golf. Sekarang I ni dah jadi golf widow. Tapi nak larang dia pun tak boleh, he needs the exercise.” Puan Dalilah mengangguk tanda setuju. Sebab kurang riadah lah suami sendiri kini kerap sakit.

Datin Azwa mempersilakan Puan Dalilah ke ruang tamu.  Pembantu rumahnya Ipah tampil menghidangkan minuman petang. Teh, cucur udang dan pudding caramel.

“ Aduh, gemuk lah I macam ni”

“ Takkanlah sebab satu hari makan kuih boleh gemuk. I tahu lah you pakar pemakanan tapi tak payah lah strict sangat.  I pun bukan selalu minum petang, sebab bila dah tinggal seorang tak lalu nak makan.”

“ Lea pun tak ada di rumah? Dia kerja kah? Takkan hari Sabtu pun kerja?”

“  Sebenarnya Lea ada di UK. Dah sebulan dia pergi”

“ Oh, lama nya holiday. Seronoknya orang muda sekarang. Bila dia balik?” Puan Dalilah terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan Azalea.

“ Bukan holiday. Dia buat Masters di Leeds, insyaallah setahun dia di sana” Walaupun rindunya membara pada si anak , Datin Azwa teramat lega bila Azalea berjaya mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di bawah skim pensyarah muda. Dia tahu anaknya ingin belajar di luar negara, sekaligus  meninggalkan segala kenangan pahit.  Walaupun  keluarga Datuk Zaki akur yang Azalea di aniaya dan tak bersalah, tapi maruah keluarganya tetap tercemar. Perkahwinan bukan main meriah tapi tak sampai setengah tahun kena cerai. Memang jadi buah mulut orang lah.

Puan Dalilah kecewa. Perancangan terpaksa di tangguhkan. Di bawah sedar dia melepaskan keluhan.

“ Kenapa Dalilah? Mustahak sangat kah you nak jumpa Lea? Dia tak balik cuti sampai habis belajar. Kalau ada perkara penting I boleh bagi phone number dia dengan email.”

“ Let me get straight to the point. I nak tanya kalau Azalea dah ada calon. Kalau tak ada,  I nak pinang dia untuk Zhafran. Itupun kalau you dengan Datuk sudi nak berbesan dengan I dan Ibrahim. Kami sedar yang Zhafran tu engineer biasa saja dan I tahu your family mesti marah sebab dia tinggalkan Lea masa di university. Tapi Zhafran dah sedar kesilapan dia dulu. Dia betul betul nak kahwin dengan Lea. Zhafran tak pernah pandang perempuan lain, sampai sekarang dia tunggu Lea.”

Datin Azwa tersentak. Sungguh tak di jangka ini tujuan kawannya bertandang. “Laku” nya anak aku.
“ Dalilah… you tahu yang anak I janda?”

“Please lah Azwa, status Lea is not a problem.  Zhafran tak kisah, apa lagi I. I pun janda juga sebelum kahwin dengan Ibrahim. Kami sekeluarga tak nak ambil tahu apa yang berlaku antara Lea dengan bekas suaminya. The past is the past. I dah lama kenal Lea, yang penting Lea budak baik dari keluarga yang baik. Kalau boleh Zhafran nak kahwin cepat. Dia tak nak melepas lagi sekali.” Puan Dalilah ketawa kecil.

Datin Azwa mendiamkan diri. Naluri seorang ibu boleh menebak yang Azalea juga masih ada perasaan pada Zhafran dari bahasa tubuh dan kerlingan mata ketika Zhafran menghantarnya pulang waktu dia hampir di langgar depan kafe dulu. Tapi Datin Azwa nekad tidak akan campurtangan dengan soal jodoh anaknya lagi. Dalam diam dia bersyukur yang Muaz menjatuhkan talak tiga sebab tak ada peluang untuk rujuk semula.

“ I’m sorry Dalilah. Kali ni kalau Lea nak kahwin, biarlah dengan pilihan dia sendiri. I dah serik dengan apa yang terjadi. Taubat! I tak nak atur hidup dia. Razali dengan I rasa bersalah bila perkahwinan Lea dulu tak bahagia. Lagipun dia baru nak mula belajar di tempat yang asing. Biarlah dia tenangkan fikiran dulu “
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 01:12 PM | Show all posts
Wajah Puan Dalilah hampa. Puding caramel rasa pahit di tekaknya. “  Bagilah Zhafran peluang. I tahu dia akan jadi suami yang baik untuk Azalea. Kami bukan orang berharta tapi insyaallah Zhafran mampu tanggung Lea. Dia baru dapat kerja di Qatar. Sebab itulah dia nak kahwin dengan Lea dan bawa Lea ke sana. I tak tahu pula yang Lea dah ke UK.”

“ You pun tahu I tak kisah pasal harta. Lea pun sama. Kalau duit jadi penentu kebahagiaan, mesti Lea bahagia dengan perkahwinan dia dulu. Its not about money. Lea masih rapuh.  I harap you dengan Zhafran faham. Kalau ada jodoh Lea dengan Zhafran, I restu . Tapi sekarang I tak nak paksa Lea untuk terima mana mana lelaki pun. Sebagai Mak, I pun rasa apa yang Lea dah lalui.” Lirih suara Datin Azwa.

“ I tak suruh you paksa dia. Cuma bagi tahu Lea yang Zhafran melamar dia jadi isteri ,kalau dia sudi. Anak I tak nak dating dating , dia nak bercinta dengan isteri yang halal dan bina baitul rahmah. Dulu I dengan Ibrahim tak bagi Zhafran belajar ugama di Mesir  sebab bimbang tentang keselamatan dia  tapi I bersyukur dia masih menuntut ilmu dengan Ustaz di sini. Bukan I nak canang kebaikan anak sendiri tapi dia pandai bimbing kami sekeluarga. I dah tak payah menjerit suruh adik adik dia untuk sembahyang. Sejuk hati bila  Zhafran  jadi imam solat di surau dekat rumah. Kalau dia ada masa, dia ajar anak anak jiran.”

Hati Datin Azwa jadi lembut tiba tiba. Pegangan agama yang teguh adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Siapa yang tak nak tengok anak cucunya menjalani hidup mengikut syariat demi mencari keredhaan Allah.

“ Macam ni lah, I akan bagi tahu Lea. Tapi setakat itu saja, keputusan 100%  terletak di tangan dia. “

“ Alhamdulillah. Terima kasih Azwa. I tak minta lebih dari itu, Azwa. Itu saja usaha I dan Zhafran, selainnya biarlah Allah yang menentukan. “ Puan Dalilah meraup muka.

“Okay Azwa, I kena minta diri dulu sebab Ibrahim teringin nak makan mee udang malam ni. Kalau  I tak balik sekarang, tak siap  nanti.”

Datin Azwa mengiringi Puan Dalilah ke kereta dan belum sempat dia masuk kembali ke rumah, tetamu lain pula tiba. Datin Azwa mengeluh bila Jaguar kepunyaan Datuk Zaki berhenti di depan rumah. Sejak perceraian Azalea dan Muaz, ada jurang antara kedua keluarga. Persahabatan mereka tak se akrab dulu. Dia rasa janggal setiap kali Datin Sakinah cuba berbaik seolah tak ada apa yang berlaku. Hel-lo, anak aku di perangkap oleh Qayyum dan di ceraikan oleh Muaz, takkan aku tak berhak nak sakit hati?

“ Azwa, apa khabar? Boleh I masuk? I need someone to talk to. “ Muka Datin Sakinah kelihatan sembab seolah banyak menangis. Hati Datin Azwa terdetik. Mungkinkan sesuatu berlaku pada Datuk Zaki? Atau Muaz?

“ Jemputlah masuk Kinah. I ke dapur kejap.” Datin Azwa meminta Ipah menyediakan minum petang buat kali kedua. Elok pun masih ada baki pudding caramel. Dia kembali ke depan ketika Datin Sakinah sedang mengesat mata.

“ Kenapa Sakinah? Datuk sakit ke?”

Datin Sakinah mengangguk. “ Datuk punya BP makin tinggi, nasib baik cepat ke hospital.  Dia ada di Damansara Specialist. Doktor kata dia tak boleh di ganggu jadi I keluar kejap.”

“ Datuk tak boleh kerja kuat sangat. Kita ni dah berumur, kena take it easy. Razali pun pernah kena stroke , you tahu kan? Tapi you tak payah risau. The doctors know what to do.”

“ BP dia naik bukan sebab kerja. Ini semua  Muaz punya pasal.  Muaz kawin lari dengan si Zahira! Dia tak bagi tahu kami pun.”

Dah agak dah, macam mana sekalipun Muaz akan tetap kahwin dengan Zahira. Azalea pun sudah lama tahu tentang cinta sejati Muaz. Kalau sudah jodoh, tak siapa boleh menghalang.

" Tahniah!  Muaz dah dapat apa yang dia hajati selama ini. Bila nak buat reception?” Selamba Datin Azwa bertanya.

“ Azwa! I tak  mengaku perempuan murah tu menantu I. Entah ubat senyonyong apa dia pakai sampai Muaz tergila gila kan dia. I  nak bawa Muaz pergi berubat tapi tak sempat. Mereka bernikah di Lombok minggu lepas. Sampai hari ini Muaz tak balik. Dia cuma telefon Zaki bagi tahu dia dah nikah. Sampai hati!”

“ Sabarlah....dah jodoh mereka. I rasa Muaz dan Zahira kahwin senyap senyap sebab perkahwinan kedua. Asalkan dah sah dan mereka tak buat maksiat.”

“ Sepatutnya I ikut rancangan Datuk. Minta mahkamah syariah declare yang perceraian Muaz dengan Azalea tak sah sebab Muaz mengalami gangguan mental masa melafaz talak. Datuk sanggup nak bayar psikiatris dan hakim.”
Datin Azwa menggeleng dan berdecit. Begini lah kerja orang kaya, sanggup mengenepikan hukum hakam demi kepentingan diri. Busuk betul perangai!

“ Datuk tak takut dosa? Kita di dunia ni sekejap saja, akhirat yang kekal. Yang sudah tu sudahlah, Kinah. Ada sebabnya semua ini berlaku. Allah dah tetapkan jodoh Muaz dengan Zahira. Sepatutnya you dengan Datuk terima Zahira dan doakan rumahtangga mereka bahagia. “

Datin Sakinah mencebik. “ I thought you are my friend. I tak sangka you berpaling tadah. ”

“ Berpaling tadah apa nya? I cuma cakap apa yang benar. Kalau you rasa Muaz kena ubat guna guna, you buat solat hajat dan berdoa. Insyaallah doa seorang ibu akan makbul”

Datin Sakinah  mencicip teh yang terhidang. “ Azwa, apa khabar Lea? I really miss her. Rumah I sunyi  bila dia tak ada. Semua orang rindu dia.”

“ Dia sihat, Alhamdulillah. Nampaknya dia seronok di sana.”

“ Dia menantu yang baik. Anak anak I yang bersalah. Zaki dengan I rasa terkilan, lebih lagi pasal Qayyum.” Qayyum mengalami tekanan perasaan  dan di hantar ke Perth untuk tinggal dengan Amy sambil menjalani rawatan psikiatri. Bukan salah sesiapa dia jatuh cinta dengan kakak ipar sendiri. Soal hati tak boleh di jangka.

“ Sudahlah Kinah, tak guna fikir benda yang dah lepas. Kita doakan lah kebahagiaan anak anak kita. Azalea  dah mula hidup baru di UK. Dah ada orang masuk meminang pun. ” Datin Azwa senyum.

Datin Sakinah tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya. Pipi nya basah kembali.
……………………………………………………………………………………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 01:23 PM | Show all posts
Bab 26

Buku rujukan di tutup dan di letak kembali di tempatnya. Azalea menyimpan alat tulis dan menyandang beg lalu keluar dari perpustakaan menuju ke rumah yang di kongsi bersama kawan baru bernama Sufiah. Nasib menyebelahi mereka bila bertemu dalam penerbangan KL- London . Sampai di Leeds mereka di bantu oleh kumpulan pelajar Malaysia untuk mencari rumah sewa yang tidak jauh dari kampus. Setakat ini mereka berdua memang“ ngam” dan tak ada masaalah tinggal bersama. Menyesuaikan diri dengan kehidupan di Leeds pun agak mudah sebab penduduk tempatan di situ baik belaka dan komuniti Islam pun ramai. Cuma cuaca dia ……sejuknya mak kau! Ini baru bulan Oktober, bila musim sejuk nanti mesti beku sel sel dalam badan. Tangan di masuk ke dalam poket dan langkah di percepatkan. Azalea berhenti di depan kedai  Costa Coffee. Nak masuk untuk memanaskan badan atau tidak?

“ Azalea! “ Nama nya di laung. Seorang lelaki berkaca mata melambai padanya.  Imran, pelajar tahun akhir jurusan senibina. Salah seorang Exco Pertubuhan Pelajar Malaysia di Leeds.

“ Ya, Imran. Ada apa?”

“  Let’s have coffee”

“ Boleh juga. I tengah kesejukan ni”.
Imran terus ke kaunter untuk membeli Cappucino. Tidak  ramai pelanggan waktu itu. Mereka memilih meja tepi tingkap.

“ So, how’s life?  Rumah  you okay tak?”

“ Alhamdulillah, rumah kita selesa. Landlord pun tak banyak songeh. Sufiah dengan I suka tempat tu”

“ Apa khabar Sufiah? Bila nak ajak I makan kat rumah you?” Imran tersengih.

“ Sufiah is fine. Memang kita  pun plan nak ajak a few friends datang makan. Nanti lah I bagi tahu bila.” Azalea menghirup Cappucino. Imran tekun memerhatinya. Tak dapat di nafi, dia tertarik pada gadis cantik yang peramah itu. Ada sesuatu pada diri Azalea yang membuat dia ingin mengenalinya lebih rapat.

“ I tengok you sentiasa happy. Tak rasa homesick?”

Azalea senyum nipis. Mahunya tak. Hatinya sentiasa di landa rindu pada Mak, Ayah, Abang , Kerina , Kak Ann dan rakan rakan lain. Muaz dan Qayyum? Isyyyy, buang masa saja nak fikir pasal dua orang pembawa musibah itu. Aku lagi rindu Miskiah dan Mak Jah.

“ Mestilah rasa homesick. Tapi I yang pilih untuk sambung belajar di luar negara, jadi tak boleh lah mengada ngada. Anyway, setahun saja I di sini. Pejam celik dah sampai masa nak balik.”

“ Sama lah macam I. Setahun lagi I habis, insyaallah. You asal dari mana?”

“ I dah lama tinggal di KL tapi kampung my mother di Ipoh, my father orang Pahang. You orang mana?”

“ I pun dari Ipoh.  Entah entah family I kenal family your mother”

“ Ya lah. Ipoh tu  kan ada 20 orang penduduk saja”  perli Azalea. Tawa mereka terletus. Azalea menghabiskan minuman dan menggalas semula beg.

“ Imran, thanks for  coffee. I balik dulu, kesian Sufiah seorang diri kat rumah.”

“ Okay, terimakasih sebab sudi temankan I. Jangan lupa jemput I makan nanti , ya. Kirim salam kat Sufiah.”

“ In sya Allah.” Ada apa apa ke ni? Kirim salam ni taktik biasa. Azalea mengangkat tangan tanda pamit.
Imran menghantar Azalea dengan ekor matanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 01:35 PM | Show all posts
Sebaik sampai ke rumah dia masuk ke bilik untuk mandi dan solat. Doa di panjatkan agar di permudahkan segala urusan nya di sini dan di lindungi dari segala bahaya. Dia juga tidak lupa mendoakan semua ahli keluarganya.  Syukur dia di beri kekuatan untuk mengharungi semua dugaan. Telekung di lipat sebelum dia ke dapur.

Sufiah sedang minum hot chocolate sambil bermain Candy Crush.  Azalea menuang air panas untuk membuat teh

“ Aku ingat nak buat nasi lemak besok. Kita ajak Aishah dengan Huda makan, nak?” Aishah dan Huda pelajar Malaysia yang banyak menolong mereka ketika baru sampai. Azalea terus setuju.

“ Good idea. Aku buat dessert. Ajaklah sekali jiran kat atas, Joe dengan Elis.” Joe  dari Hong Kong sedang menyiapkan tesis Phd sementara Elis pelajar medik dari Indonesia.

“ Boleh juga. Jarang kita jumpa dia orang walaupun tinggal satu bangunan.  Kasihan pula kalau Joe seorang saja lelaki. Aku jemput Imran lah”

Azalea menepuk dahi. “ Aku terlupa nak cakap. Dia kirim salam kat kau”

“ Mana kau jumpa dia?”

“ Aku terserempak masa balik dari library tadi. Kita borak lah kejap. Dia tanya bila nak ajak dia makan. Aku rasa dia suka kat kau” Azalea mengenyit mata. Sufiah menjegil dan membaling tisu yang di gumpal ke arahnya.

“ Entah entah dia suka kau kot. Atau kau suka dia?”

“ Suka setakat kawan se negara. He is not my type. ” Lagak lelaki yang memandu kereta Fiat itu macam anak orang kaya. Cukuplah sekali.

“ Lea, kau tak risau kah kalau tak kahwin? Aku risau. Umur dah meningkat, emak aku dah bising.” Sufiah menukar topik. Setakat ini Azalea belum membuka mulut tentang statusnya. Tiada siapa di Leeds yang tahu dia seorang janda.

“ Aikk… ke situ pula. Jangan risau lah Suf. Kau tu comel, kecil molek. Mesti ramai yang suka. Kalau nak jodoh cepat, rajin rajin lah pergi usrah. Aku dengar dari Kak Yati yang kalau ada yang berminat, dia boleh aturkan taaruf.”

“ Pelajar perempuan undergrad ramai. Kita dah tua, takkan ada yang nak kat kita. ” Mulut Sufiah muncung.

“ Belum cuba belum tahu. Alaa… tak payah lah peningkan kepala fikirkan soal jodoh. Baik kita fikir pasal assignment yang berlambak.  “

Azalea kembali ke bilik tapi sebelum sempat membuka buku telefon bimbit nya berdering. Dia segera menjawab panggilan LINE dari ibunya. Hampir setiap hari mereka akan berhubung melalui telefon atau Facetime.

“ Assalamualaikum Lea. Lea sihat? Buat apa tu? Lea kat rumah atau di kampus?”

“ Waalaikumsalam Mak. Lea sihat. Lea di rumah, baru lepas berborak dengan Sufiah. Mak okay?”

“ Ya, kita semua okay. Ada satu benda yang Mak nak cakap” Jeda.  Datin Azwa tak pasti bagaimana hendak membuka bicara. Bimbang anaknya akan melenting.

“ Cakaplah Mak. Apa dia?”

“Ehem… macam ni, tadi Aunty Dalilah datang.”

“ Aunty Dalilah? “ Nama yang sudah lama tidak di dengar. Degupan jantungnya melaju.

“ Dia… dia … nak pinang Lea untuk Zhafran. Tapi kali ni Mak tak nak paksa Lea. Mak cuma sampaikan hajat Zhafran dan emak dia. Terpulanglah pada Lea. Kalau Lea rasa tak nak terima, Mak akan bagi tahu mereka.”

“ Dia tahu tak yang Lea janda?”

“ Ya, tapi Aunty Dalilah kata dia dan Zhafran tak kisah. Zhafran dah lama tunggu Lea”

Azalea menggigit bibir. Wrong timing lah Zhafran. Kalau lah ini berlaku tiga tahun lalu, tentu dia gadis yang paling bahagia sekali. Tidak perlu dia lalui segala kepahitan bersama Muaz. Sekarang dia telah membuka lembaran baru di negara asing sebagai pelajar. Ini bukan masanya untuk  menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk kali yang kedua. Tapi yang melamar kau Zhafran, Lea. He is the one that you always loved. Bila lagi nak dapat suami yang cukup pakej. Jangan jual mahal, okay. Suara suara dalam kepalanya saling bertingkah.

“ Lea…Lea dengar tak? Lea tak payah terima kalau tak nak. “ Aku dah agak dah, mesti Lea tak setuju, Datin Azwa berkata dalam hati.

“ Mak.. er..er.. bagi Lea masa. Lea nak buat solat istikharah. Kalau dapat jawapan, Lea bagi tahu.”

Di hujung talian riak wajah Datin Azwa berubah. Dia tersenyum.  Rupanya selama ini Azalea juga masih menaruh harapan. Harap harap adalah jodoh mereka.

“ Okay, kalau macam itu Mak bagi tau Aunty Dalilah. Lea jaga diri baik baik di sana. “ Talian di matikan. Azalea meraup muka. Tak sangka aku dapat peluang kedua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.056337 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list