CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mziskandar

[Dunia] Maklumat Rasmi KEHILANGAN MH370 [Hari ke X]

[Copy link]
Post time 12-3-2014 07:15 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 07:17 PM | Show all posts
Juruterbang MH370 beri respons baik sebelum hilang

Juruterbang pesawat MH370 Zaharie Ahmad Shah (gambar) tidak menggambarkan situasi cemas sebelum pesawat itu gagal dikesan, kata Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC).
Penolong pengarahnya, Siti Sarah Lebai Abu berkata Zaharie kali terakhir dihubungi sewaktu kod talian menara kawalan Ho Chi Minh mahu diberikan kepadanya.
"Ketika mahu menyerahkan kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang, beliau memberi respons yang baik.
"'OK roger, good day (Baik. Sekian, terima kasih)', itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum radar kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari," katanya dipetik daripada Sinar Harian.
MH370 sewaktu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada Sabtu lalu hilang daripada radar kira-kira 1.30 pagi di pantai timur Malaysia dan selatan Thailand.
Nasib pesawat yang membawa 227 penumpang yang terdiri daripada 14 negara dan 12 krew kabin masih belum diketahui.
Sarah berkata 40 minit pertama penerbangan semuanya kelihatan lancar selepas pesawat itu berlepas dari KLIA pada jam 12.40 pagi.
"Bagaiman
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:31 PM | Show all posts
DEWAN RAKYAT KECOH ISU KEHILANGAN PESAWAT MALAYSIA AIRLINES

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Dewan Rakyat kecoh seketika apabila
beberapa anggota pembangkang mendakwa kerajaan gagal mengendalikan insiden
kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Sabtu lepas selain memberi kenyataan
bercanggah.
Mohamad Imran Abd Hamid (PKR-Lumut) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak datang ke dewan esok bagi memberi penjelasan tentang apa sebenarnya
yang berlaku di sebalik kejadian itu.
"Selepas lima hari, apa yang berlaku..kemungkinan kapal terbang itu berada
di dasar laut. Beri penjelasan, kalau boleh perdana menteri dan Pemangku Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein datang ke dewan esok," katanya
ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Diraja di sini hari ini.
Khalid Samad (PAS-Shah Alam) ketika mencelah perbahasan itu berkata kerajaan
perlu bertanggungjawab dan menerima teguran pelbagai pihak di atas kelemahan dan
kekurangan ketika mengendalikan kes kehilangan pesawat itu.
Beliau turut mendakwa kerajaan dan pihak berkuasa lambat bertindak sebaik
sahaja menerima laporan kehilangan pesawat itu menyebabkan masyarakat
antarabangsa mengkritik kemampuan negara.
-- LAGI
PARLIMEN-BAHAS (MAS) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Tuduhan dan dakwaan bertubi-tubi itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah di
antara pembangkang dan penyokong kerajaan yang meminta semua anggota Parlimen
khususnya pembangkang agar tidak menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak.
Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata adalah lebih baik semua
pihak tanpa mengira perbezaan latar belakang politik untuk bersama-sama
memikirkan penyelesaian terbaik dalam mencari pesawat yang hilang itu.
"Ini masalah negara, masalah bersama, sepatutnya perkara seumpama ini tanpa
kita kira latar belakang politik kita mesti selesaikan secara bersama dan tidak
ada masa untuk kita tuding menuding dan salah menyalah.
"Ini mana boleh sebut kemungkinan (pesawat) jatuh, kemungkinan itu,
kemungkinan ini, kerana ia soal krisis jadi mana boleh kita buat andaian, mesti
ada bukti yang sahih baru boleh buat pengumuman," katanya.
Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) pula mengingatkan semua wakil rakyat
pembangkang supaya berhenti mempersoalkan cara kerajaan bertindak dalam insiden
itu sebaliknya bersama-sama bermuhasabah diri dan berdoa untuk kebaikan semua
pihak.
-- BERNAMA
SFA HAZ AZE NH
03/12/2014 19-10ST
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:51 PM | Show all posts



In Search for MH370: Malaysia Chief of Armed Forces said all possibilities are taken in the search and rescue #MH370 at the press conference today. Watch @tv3malaysia @7edition @8tv @tv9malaysia for more news tonight. #PrayForMH370


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:52 PM | Show all posts




Acting Transport Manager Datuk Seri Hishammuddin Hussein - "Until today we are still confirming the details of the investigation. The point of our press conference today is to clarify and make sure that the info that we are sending out is consistent, that we are being as transparent as we can be."  
#prayforMH37 ntv7 7Edition


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 08:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2014 08:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 09:04 PM | Show all posts
Air Force chief urges daily to rectify report on MH370



                
Royal Malaysian Air Force (RMAF) chief Rodzali Daud has to step into the limelight today to deny a Berita Harian’s report quoting him confirming that the missing flight MH370 was last detected by the air control tower was in the vicinity of Pulau Perak in the Strait of Malacca at 2.40 in the morning before the signal disappeared without any trace.


The report also claimed Rodzali had confirmed that RMAF Butterworth airbase had detected the location signal of MH370 indicating it had turned back from its original heading towards Beijing to Kota Bharu, Kelantan.

The Malay daily’s report somewhat tallied to claim by certain few residents in the east coast of Peninsular that they heard loud voice and a plane flying at some 1,000 metres above sea level off Kota Bharu.

However, Rodzali had denied the report today and urged the daily to amend the report.

“I wish to state that I did not make any such statements as above. What occurred was that the Berita Harian journalist asked me if such an incident occurred as detailed in their story. However, I did not give any answer to the question,” Rodzali stressed in a statement issued today.

Instead, he said he told the journalist to refer to his statement dated March 9, 2014, where “RMAF has not ruled out the possibility of an air turn-back on a reciprocal heading before the aircraft vanished from the radar, and this resulted in the search and rescue operations being widened to the vicinity of the waters off Penang.”

“I request this misreporting be amended and corrected to prevent further misinterpretation of what is clearly an inaccurate and incorrect report,” he added.

Rodzali also stressed that it was not appropriate for RMAF to issue any official conclusion on the aircraft’s flight path “until a high amount of certainty and verification is achieved.”

“All on-going search operations are at the moment being conducted to cover all possible areas where the aircraft could have gone down in order to ensure no possibility is overlooked.

In addition, I would like to state to the media that all information and developments will be released through official statements and press conferences as soon as possible and when appropriate. Our current efforts are focused upon on finding the aircraft as soon as possible,” he said.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 09:24 PM | Show all posts
Video dari keluarga China yg kata dpt call hfon anak dia


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 09:42 PM | Show all posts
Malaysia Airlines Flight MH370: US Kidnapped Missing Plane, Says Iran Lawmaker

A prominent Iranian lawmaker has blamed the US for the disappearance of Malaysian flight MH370, claiming Washington wants to cause "psychological warfare"  between Iran and China.
Hossein Naghavi Hosseini, the spokesman for Iran's Parliament National Security and Foreign Policy Committee, said the missing plane has been "kidnapped" by the US in order to "sabotage the relationship between Iran and China and South East Asia".
Hosseini was responding to the news that two of the 239 passengers on board the flight were Iranians with forged passports. This lead to some speculation the plane may have been involved in a terrorist attack or a botched hijacking.
Hosseini described this as a "plot" against Iran initiated by the US.
"Documents published by the Western media about two Iranians getting on the plane without passports is psychological warfare," he told the Tasnim news agency.
"Americans recruit some people for such kinds of operations so they can throw the blame on other countries, especially Muslim countries."
Officials said that the two men who used forged documents to board the flight had no links to terrorist organisations.
Iran's foreign ministry said it was ready to cooperate in the investigations.
"We have received information on possible presence of two Iranians among the plane's crews. We are pursuing the issue," said Marzieh Afkham, the Iranian foreign ministry spokeswoman.
"We have informed our embassy in Malaysia that we are ready to receive further information about the issue from Malaysian officials. We have announced that we were ready for cooperation."
Confusion still reigns over where MH370 could be, spurred on by Malaysian officials being unable to clarify the plane's last known movements.
There were reports the plane was tracked flying over the Malacca Strait by a military radar – far to the west of its planned route. This would have proved the plane was in the air for more than an hour after it vanished from radar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 09:56 PM | Show all posts
aku rasa menarik utk dibaca..

Frost & Sullivan Lihat Kehilangan MH370 Kes Terpencil
Penganalisis penerbangan Frost & Sullivan melihat kehilangan pesawat MH370 adalah antara kes terpencil dalam sejarah hitam industri penerbangan global.
Dan setakat ini, ianya bukan diklasifikasikan kemalangan berbanding yang banyak dihadapi oleh syarikat penerbangan lain dalam tempoh 20 tahun.
Amartya De / Jururunding Kanan Aeroangkasa & Pertahanan Frost & Sullivan Apac
“Dalam tempoh 20 tahun lalu, MAS hanya mengalami satu kemalangan berbanding syarikat penerbangan lain di rantau ini menerusi statistik yang dibuat.”
Tambah Amar, MAS mempunyai rekod cemerlang dari segi MRO iaitu penyelenggaraan atau baik pulih pesawat di rantau ini.
Piawaian MAS yang tinggi itu menyebabkan banyak syarikat penerbangan lain bergantung kepada MRO MAS di Subang.
Antara pesawat yang banyak dibaik pulih adalah pesawat Boeing dari Eropah dan negara asia lain.
Sumbangan MRO kepada perolehan kumpulan agak signifikan seperti operasi kargo.



Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 09:59 PM | Show all posts
#MH370Hilang: Enam Sebab Kehilangan Misteri Pesawat – Pakar Penerbangan #PrayForMH370 #DoaUntukMH370                                                                                                                                        - Wednesday: 2014-03-12 12:00:06'.                               


                                                                               
“Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku,” jelas beliau.

Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.
Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu.
Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.
Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.
Dalam satu kenyataan di sini hari Selasa, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.
“Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku,” jelas beliau.
Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan.
“Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.
Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.
Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas.
“Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU),” katanya.
Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya.
Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang.
Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.
“Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air,” kata beliau.
ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini.
“Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh tersebut, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur,” kata beliau.


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 10:35 PM | Show all posts
Bomoh guna ‘permaidani ajaib’, air zam-zam, kelapa cari pesawat hilang
Sekali lagi, bomoh, Ibrahim Mat Zin mengadakan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih gagal ditemui sejak hilang awal pagi Sabtu lalu.
Mstar Online melaporkan, Ibrahim yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP  dengan gelaran Datuk Mahaguru mengadakan sesi ritual buat kali kedua itu semalam.
Beliau diiringi beberapa pembantu dan menggunakan air zam-zam, dua kelapa, tongkat serta permaidani yang dikatakan ajaib.
Portal itu turut melaporkan sesi yang diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai dan video  sesi kedua ritual Ibrahim berdurasi 25 saat tersebar.
"Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia terhempas," katanya kepada pemberita, dipetik daripada Mstar Online.
Ibrahim berkata, ritual simbolik digunakan untuk banyak generasi.
Katanya, apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin negara mengundangnya.
Pada Isnin, Ibrahim dilaporkan mengguna teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.
Bernama melaporkan Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy. – 12 Mac, 2014.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 10:37 PM | Show all posts
APMM tidak jumpa petunjuk baru di lokasi pesawat terbang rendah
Tiada penemuan terbaru selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan tinjauan udara hari ini di lokasi didakwa penduduk melihat pesawat terbang rendah sekitar Pulau Kapas, kata Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish.
Ketua pengarah APMM itu berkata, sepanjang tinjauan dan operasi yang bermula jam 8.30 pagi, mereka tidak mendapati sebarang petunjuk dan penemuan baru.
"Tiada petunjuk dan penemuan baru sepanjang operasi hari ini," katanya pada sidang media di pangkalan APMM, Tok Bali, Pasir Puteh petang ini.
Beliau berkata, operasi hari ini meliputi perairan Laut Cina Selatan termasuk sekitar Pulau Kapas di mana beberapa penduduk mendakwa melihat kelibat pesawat terbang rendah.
Awal hari ini, media melaporkan lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di Marang mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.
Penduduk berkenaan juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
"Apa saja laporan yang kita lihat sekarang ini, makin lama makin banyak yang keluar.
"Yang kita dengar terdahulu di Pulau Kapas, kita menurunkan kapal sampai ke pantai untuk mencari petunjuk yang ada. Cuma saya harap lepas ini biar laporan yang sahih sahaja," katanya.
Amdan berkata, hampir semua aset APMM diturunkan mencari sekitar lokasi yang didakwa penduduk melihat pesawat terbang rendah tetapi masih gagal menemui sebarang petunjuk.
Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)pada 12.41 pagi Sabtu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 10:38 PM | Show all posts
Bloomberg cadang pasang pengesan transmisi elak kejadian pesawat hilang
Akhbar antarabangsa, Bloomberg dalam ruangan editorialnya hari ini mencadangkan setiap pesawat dilengkapi data rakaman dan transmisi pesawat untuk mengelak insiden kehilangan pesawat seperti MH370 berulang.
Penggunaan alat tersebut, kata akhbar berkenaan adalah saranan yang dibuat oleh biro penyiasat nahas udara Perancis selepas insiden kehilangan pesawat Air France pada 2009, namun tidak dilaksanakan kerana kos yang tinggi untuk penghantaran dan penyimpanan data.
"Secara spesifik, biro berkenaan mencadangkan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa secepat mungkin menjadikan ia keperluan untuk pesawat awam di kawasan maritim atau pedalaman, mengeluarkan transmisi data bagi bantu mengesan lokasi sebaik sahaja situasi kecemasan dikesan dalam pesawat.
"Sistem berkenaan wujud, namun halangan yang terpaksa dialami syarikat penerbangan adalah kos pemasangan (dengan pengeluar meletakkan sekurang-kurangnya US$100,000 bagi setiap pesawat) dan kos memindahkan dan menyimpan data yang besar.
"Namun biro itu tidak mencadangkan pemindahan berterusan, sebaliknya "pindahan transmisi yang mengejut" iaitu apabila terdapat keadaan yang pelik berlaku terhadap pesawat, contohnya kelajuan ataupun jarak dari daratan," kata Bloomberg.
Bloomberg berkata, sekumpulan 150 tenaga kerja daripada pengeluar ke penguatkuasa menyimpulkan sistem seumpama itu berupaya mengesan anomali apabila ia berlaku, dan "gangguan penghantaran"  seperti penggera palsu boleh dimatikan.
"Melalui aliran data ia bukan sahaja menjadikan perjalanan lebih selamat, tetapi membantu syarikat menjimatkan dana dan penggunaan bahan api.
"Murah namun masih mampu menjadi yang terkemuka dalam teknologi penghantaran data berterusan, dalam keadaan singkat, kedudukan pesawat dan halaju apabila di air atau hilang daripada radar," katanya.
Katanya, Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa bagaimanapun masih belum lagi menjadikan transmisi mengejut sebahagian daripada standard dan amalan yang dicadangkan mereka.
Bloomberg berkata, cadangan penggunaan alat berkenaan turut digugurkan daripada laporan selain daripada mengkoordinasi latihan mencari dan menyelamat atau mengkehendaki isyarat menyelamat bawah air menghantar transmisi untuk 90 hari.
"Persoalan seterusnya selepas pesawat MH370 ditemui ialah berapa banyak lagi pesawat akan hilang sebelum ia berlaku,” katanya.
MH370 masih gagal ditemui selepas hilang pada 8 Mac daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pesawat berkenaan membawa sejumlah 239 penumpang termasuk krew.
"Namun misteri yang masih lagi menyelubungi kehilangan pesawat itu mungkin boleh dicegah jika cadangan daripada insiden nahas sebelumnya diikuti," kata Bloomberg. - 12 Mac, 2014.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 12:12 AM | Show all posts
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lalu.
Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais, Hardi Mohd Sadali, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.
Katanya, pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang itu.
Sepasukan 15 pegawai dan anggota Jais melakukan pemantauan di Anjung Tinjau, KLIA selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam ini.
Pasukan penguatkuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada jam 10.15 malam.
Tengah hari tadi, Ibrahim yang mendakwa dirinya sebagai "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.
Pada Isnin lalu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
Hardi berkata, jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
"Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum  ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama, 12 Mac, 2014.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2014 12:28 AM | Show all posts
Jet Li Antara Penumpang Pesawat MH370 Yang Hilang

Jet Li Antara Penumpang Pesawat MH370 Yang Hilang | Pelakon lagak ngeri, Jet Li telah dilaporkan telah menjadi salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden misteri kehilangan pesawat MH370.

“Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini,” dipetik dari Netflix dan The Weinstein Company.

Jet Li dikatakan baru sahaja menghabiskan tugasannya di Pinewood Studios, Johor Bahru dan telah mengambil penerbangan ke Beijing untuk pulang ke rumah.

Seorang pakar seni pertahanan diri, pelakon lagak ngeri dan juga merupakan pembantu koreografer yang sangat berpengalaman ini telah berada di Malaysia untuk siri Marco Polo oleh John Fusco dan terbitan dua syarikat berkenaan yang dijangka memulakan penggambaran dalam tempoh tiga minggu lagi.

“Kami semua di Malaysia sangat sedih dengan penantian ini. Ju Kun adalah seorang yang penting dan disayangi oleh keluarga Marco Polo dan bagi pihak Harvey Weinstein dan Netflix, kami sangat terkejut dengan berita ini.

“Buat masa sekarang kami akan bersama isterinya, Li Ping yang berada di Kuala Lumpur bagi memberi sokongan. Doa kami juga diberikan kepada semua penumpang lain dan keluarga mereka,” kata Fusco.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jet Li...??perghhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke jet li? Owh my...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 01:24 AM | Show all posts
jet li punya stunt double la..
ju kun nama dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.555072 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list