CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
 Author| Post time 29-10-2013 02:53 PM | Show all posts
semeta ya.... tengah draft..
kang kita share, baca sama-sama ek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2013 08:42 PM | Show all posts
assalammualaikum..

CIK LANG LEPAK MINUM

ini kisah pendek-pendek yang pernah aku alami dan kisah dari orang lain yang pernah diceritakan dekat aku. sekali lalu je.

kisah ni masa aku kat kedai makan. aku masa tu keluar makan berempat. mak aku,  akak aku, adik aku dan aku. so kat kedai makan ni aku duduk menghadap kedai makan. kerusi dengan meja dia yang bersambung macam kedai makan majlis tu. tau kan... so aku duduk menghadap kedai makan, sebelah aku, adik aku. depan aku, mak aku dan sebelah mak aku, kakak aku.. haa.. complete set!

masa tu dah order. tengah tunggu order tu borak-borak la kan. fyi, kedai makan ni sebaris panjang tau. so ada banyak pilihan kedai makan la kat situ. sebelah kedai aku makan ni ada kdai makan lain jugak. sebelah kedai makan dia tu ada satu lorong terus menghala ke pokok besar. berdekatan pokok besar tu ada jalan/lorong kecik untuk laluan motor. tapi bertar jalan nya. oke sambung, tengah borak-borak tu aku terpandang la lorong yang menghala ke pokok besar kedai sebelah. aku pandang pun sebab bila perasan ada seseorang jalan keluar dari lorong tu.

masa aku pandang tu, macam nak tersembur air teh o ais aku. masa tu air dah sampai dulu. aku nampak dengan jelas, tak tau nak namakan apa benda alah yang keluar tu, langsuir atau pontianak tengah berjalan keluar dari lorong tu. yang membuat aku pelik, kat situ memang ramai orang yang duduk makan. plus cik lang tu betol-betol jalan dan berdiri dekat belakang sekumpulan budak-budak lelaki yang melepak kat situ.

kondisi cik lang tu yang aku sempat tengok, rambut kusut masai sebijik macam hantu kak limah tu. baju dia warna putih, besar. baju dia tu macam kalau kita nak gunting rambut kan ada baju kena pakai kan.. yang terus cekak dekat leher tu.. haa macam tu la baju cik lang tu. dia sedikit bongkok dan tak tinggi pun. itu je yang sempat aku tengok. lepastu terus aku paling ke mak aku.

masa tu berpaling tu aku siap mendengus ''huisshhh!!'' agak kuat kot sampai mak aku dengan orang yang makan meja sebelah terus pandang aku. pandang tak puas hati. pikirnya aku mengeluh kat dia kot. jangan salah faham bang...! gitteww. so mak aku dah pandang aku lain macam. itu pun lepas aku sikit-sikit jeling dekat area lorong tu, mak aku pun terus berpaling pandang lorong tu jugak. terus mak aku dapat agak apa yang aku mungkin nampak. mak aku cuma pesan ''cerita kat rumah'' itu je. aku terus angguk.

sebenarnya kedai makan yang keluar cik lang tiba-tiba tu pun ada kisahnya. jiran aku ni ada sixth sense. dia ni boleh nampak makhluk yang kita sendiri tak boleh nampak. dan dia juga pernah offer aku untuk mendalami bidang-bidang ilmu batin ni untuk aku since dia tau aku ni kadang-kadang dapat lihat apa yang dia boleh lihat. tapi aku tak seterer dia la.. tapi aku refuse! aku tak nak. oke sambung, dia ni cerita one day dia nak tapau makanan dekat kedai area situ. sekali semua tutup. yang bukak cuma kedai cik lang ni je lah. so dia pun pergilah ke kedai itu. elok dia jejak je kaki dia kat kedai tu, tiba-tiba hidung dia menangkap bau hanyir yang teramat hanyir sangat.macam bau darah bersepah kat lantai. dia pikir darah ikan ke, ayam ke.. tapi dia rasa lain macam sangat bau hanyir tu. dia sendiri pernah bekerja kat hospital, maka dia kenal lah bau darah-darah tertentu samada darah ikan,ayam atau manusia. so bila difikir balik memang bau darah ni macam bau darah manusia.

so tak sempat dia nak order makanan masa tu sebab terbau benda hanyir yang super duper hanyir tu. terus dia keluar lari-lari anak dari kedai tu. sambil menekup mulut. sambil lari tu sempat dia toleh ke kedai tu. masa tu dia perasan tokey kedai tu pandang dia dengan tangan pegang kertas nak amibil order tetapi bukan setakat tokey tu je yang nak layan dia. kat belakang tokey tu tertonggok seekor makhluk besar berdiri belakang dia sambil lambai-lambai tangan suruh masuk balik. mengucap panjang jiran aku masa tu. dan last, tobat sangat dia nak makan or tapau kat kedai area situ.. sanggup dia keluar ke bandar cari kedai lain..
sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 29-10-2013 08:42 PM
assalammualaikum..

CIK LANG LEPAK MINUM

org ramai x nampak ke cik lang tu berposing kat sana?tapi kan kalau ada yg perasan pun cik lang buat pose model kat sana,maunya dorang tercirit..lari x cukup tanah gtu..huhu..
Yg makhluk besar berdiri belakang tokey kedai tu,adekah benda tu pelaris kedai?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 12:26 PM | Show all posts
cmf_blanco posted on 30-10-2013 09:26 AM
org ramai x nampak ke cik lang tu berposing kat sana?tapi kan kalau ada yg perasan pun cik lang bu ...

ramai.. kedai yg ada cik lang tu tak penah tak ramai. ramai saje.
tapi rasanye mcm aku sorang je perasan cik lang ada kat situ. sebab mamat2 yang lepak kat situ buat bodo je siap gelak2..
yang cik lang tu elok je parking kat belakang mamat yang gelak siap tepuk2 meja..
aku pun tak pandang lama kat area situ masa tu.

yang tu aku tak sure.. maybe jugak pelaris kedai. adalah biasa kalau pelaris kedai itu melambai-lambai suruh masuk balik setelah melihatkan tuan kedai dah siap sedia nak amik order.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 04:10 PM | Show all posts
nona sari..
aku nk nyampuk gak pengalaman dari aku sdirik
tp x la seram..

pernah terjadi kat aku di mana
sekian beberapa ketika..
aku mengalami sakit bahu yg amat sangat..
sakit lengoh sengal segala...

pada satu mlm aku bermimpi
didatangi seorg mcik
komunikasi antara aku & makcik tu lebih kurang mcm ni..

makcik : anak ni sakit bahu ke
aku : ye makcik sakit sgt!

makcik : meh cni makcik nk tgk..
              hmmm... ada 'benda' tu yg tgh bertenggek ni..
              nak mcik buangkn?

aku : nak makcik.. sakit sgt ni x tahan rsnye

makcik : baiklah.. anak baring meniarap ye.. makcik nk urut buangkn ni..
              ni makcik bukak tingkap luas2 supaya 'benda' ni leh trus kluar

makcik tu pon tekumat-kamit membaca ayat2
tp ayat apa yg dia baca aku x tahu.. x dpt dgr
pastu makcik tuh kata..

makcik : ok skang makcik nk kuarkn 'benda' tu skang..

aku dapat merasakan ada sesuatu yg aku x reti nk describe cane
ada mcm satu mende kuar dr badan..
ye aku dapat rasa dlm mimpi tu

pas abeh benda tu kuar
makcik tu pun ilang

sesedar aku dr tdo mmg aku rasa bahu aku x sakit lagi
sangat lega...

tapii.. apakah sumenye ini smp skang aku x tahu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 30-10-2013 12:26 PM
ramai.. kedai yg ada cik lang tu tak penah tak ramai. ramai saje.
tapi rasanye mcm aku sorang je  ...

bila tt cakap pasal hantu berdiri sebelah org tapi org x perasan ni kan..dulu sy pernah juga ternampak macam ni..
Waktu tu sy,ayah dgn kawan ayah pg makan kat 1 restoran ni..restoran tu ada 2 bahagian tempat makan,1 kat dalam,yg 1 lg drg buat kat luar restoran..jadi kami bertiga decide nak makan kat bhgian luar..ada angin sikit, fresh la kengkonon..
Pastu,kat sebelah meja kami..ada la satu lelaki ni duduk sorang jer..tempat sy duduk tu setentang dgn lelaki ni,waktu ni lelaki tu tengah makan..kami tengah menunggu order,sy pandang la sana-sini..mencuci mata tengok kedai lain,tengok org yg lalu lalang dan order pun sampai..
Tengah syok-syok makan skali sy rasa sejuk seluruh badan,sejuk sampai sy jadi pening.. Mcm nak demam gtu..waktu tu sy sihat jer,demam pun xder..sy cakap dalam hati 'apa pulak menatang yg nak datang ni'..sy spontan tertengok kat lelaki yg duduk berdepan dgn sy..
Haaa ko..sekali ada 1 menatang dah siap berdiri kat belakang lelaki tu,x tau la tu cik lang ka,cik pon ka..'dia' pandang jer lelaki tu..yg lelaki tu pulak x sedar langsung yg dia d perati oleh something,dia sedap jer makan..sy terkejut sikit,makan pun terstop..
Ada dalam 2-3 minit la perkara ni jadi, kebetulan lelaki tu pun dah nak abis makan..dia bayar makanan dan blah dr situ pun menatang tu tetap ikut lelaki tu juga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-10-2013 09:06 PM | Show all posts
addicted posted on 30-10-2013 04:10 PM
nona sari..
aku nk nyampuk gak pengalaman dari aku sdirik
tp x la seram..

uitt! tu berubat dalam tido ke..
ko ada jumpa sesape ke sebelum ni untuk sakit belakang ko..
takut dia ubatkan ko time tido je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 09:08 PM | Show all posts
cmf_blanco posted on 30-10-2013 06:56 PM
bila tt cakap pasal hantu berdiri sebelah org tapi org x perasan ni kan..dulu sy pernah juga terna ...

haiyoohhh! ngerinya..
siap boleh ikut lagi tu.. kalo aku putus selera tiba-tiba. mula la tak senang duduk.
ngeri ngeri ngeri..

agak nya ape ek yg terjadi kat brader tu.. mesti sepanjang balik tu kene gangguan..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 30-10-2013 09:08 PM
haiyoohhh! ngerinya..
siap boleh ikut lagi tu.. kalo aku putus selera tiba-tiba. mula la tak sen ...

ha'ah kan..sy pun tertanya-tanya juga apa yg terjadi dgn brader tu..smoga dia selamat la hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 10:08 AM | Show all posts
non.sari posted on 30-10-2013 09:06 PM
uitt! tu berubat dalam tido ke..
ko ada jumpa sesape ke sebelum ni untuk sakit belakang ko..
tak ...

x de plak..
aku mintak tlg soh cik somi aku picit2 kn aje..
tuh la.. kiranye aku ni berubat dlm tdo
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 12:02 PM | Show all posts
finally, abis pun bace semua cite2 TT
best sgttttt.... tapi takut nak baca malam2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 12:19 PM | Show all posts
addicted posted on 31-10-2013 10:08 AM
x de plak..
aku mintak tlg soh cik somi aku picit2 kn aje..
tuh la.. kiranye aku ni berubat dlm  ...

untung laa..
free of charge gittewww...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 12:20 PM | Show all posts
woobin^^ posted on 31-10-2013 12:02 PM
finally, abis pun bace semua cite2 TT
best sgttttt.... tapi takut nak baca malam2

Alhamdulillah...
terima kasih ye...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 12:21 PM | Show all posts
non.sari posted on 31-10-2013 12:19 PM
untung laa..
free of charge gittewww...

hahahahha...untung tuh untung la
tpp..jgn la kot in future ntah hape yg datang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 03:09 PM | Show all posts
TOYOL MAIN TINGTING

oke, ni berkenaan dengan toyol pulak. masih jiran yang sama. jiran yang dilambai-lambai makhluk dekat kedai makan tu. memandangkan dia ni ada sixth sense, makanya dia mampu la menggunakan keistimewaan dia ni tak kira masa dan tempat.

so, ada satu pagi tu dalam pukul 2-3 pagi, dia baru balik dari kampung. cerita ni bukan pengalaman perjalanan dia balik dari kampung. tapi cerita ni berlaku bila dia dah tiba di rumah. rumah dia dengan rumah aku ni selang 1 rumah je. so memang diakui, taman rumah aku ni agak angker gitu.

oke sambung. setibanya dia diperkarangan rumah dia, dah parking kereta semua, maka dia pun berjalan la ke bonet untuk loading keluar barang-barang dia dari kampung. masa ni dia berdua dengan laki dia. masa nak ke bonet tu, dia terdengar seolah-olah ada orang memanggil dia 'woit! woit..woit!'' gittew. maka dia tercari-carilah dari mana datangnya arah suara yang memanggil-manggilnya itu. dicari-cari tak jumpa. so dia sambung balik. malas nak pikir sangat, dah lewat kann.. ngantok.

tetiba terdengar lagi suara orang memanggil dia ''uit! uit! woit..'' giteeeww kann.. so dia agak curious la. jadah apa tengah malam-malam buta ni yang memanggil dia umpama mahu mengurat dirinya. so dia pandanglah sekeliling. mendongak, menoleh. pandang ke kiri rumah jiran tak ada. atas bumbung tak ada. beralih ke kanan rumah jiran, dari situlah dia terperasan sesuatu. ada 6 ekor kanak-kanak lingkungan umur 4-6 tahun bermain-main dekat depan rumah jiran kami dihujung jalan.

budak-budak tu dia cakap main lompat-lompat atas kereta. depan rumah. pastu lompat-lompat lagi atas kereta, naik atas bumbung, lompat pulak ke bawah. alaa.. macam budak-budak main lompat-lompat, main tingting. gitu la permainan dia. tapi yang dia pelik budak tu berbogel, kepala bulat.macam togel-togel je. hijau-hijau, kilat-kilat badan dia. sambil main tu sambil berbunyik mulut budak-budak tu..''oit! oit..woit..woit! uitt..uitt..oit!'' giteww.. baru lah dia tau agak yang berbunyik tadi tu diorang lah. jiran aku bagitau masa tu dia terkejut tak terkejut sangat lah. kalau dah jin tanah, cik lang, kak pon segala mak nenek jin semua dia dah jumpa, apalah sangat dengan toyol coet macam tu kan.. katanyaaa...

dia cakap masa dia dah nampak anak-anak toyol tu sakan main depan rumah orang, dia baca-baca sesuatu mungkin ayat-ayat suci lah kan. dah setel baca dia terus tunding jari kat anak-anak toyol tu, then dia jerit ''hoi! ko balik! balik. ko pergi sekarang sebelum aku bunuh ko. ko balik!'' masa dia ceritakan kat aku tu siap tuding-tuding jari buat lakonan semula. cara dia tu aku boleh faham umpama dia marahkan budak-budak degil. dengan tudung jari tunjuk ke depan, mata terjegil, mulut ketap-ketap.macam tu lah.. so bila dia dah marah-marah macam tu, budak-budak tu cuma senyum menyeringai. lari-lari zuuuppp hilang.

rumah hujung jalan tu pulak sebelum ni dah banyak kali cerita duit asik hilang je. yelah dekat jalan tu rumah beliau paling besar. paling kaya. janda pulak tu. duduk sorang. kurang penjagaan. kesian dia....
sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 03:57 PM | Show all posts
KISAH CIK LANG YANG KURANG AJAR ; MAIN AJUK-AJUK PULAK!

oke cerita ni berkenaan dengan makcik aku sebelah ayah. makcik bongsu aku lah ye. bende ni berlaku dekat kampung yang aku penah cerita tentang ARWAH RINDU. peristiwa ni berlaku dekat salah sebuah bilik yang ada laluan suram tu. kalau tak dapat imagine, cer tengok balik kat cerita ARWAH RINDU. ada link kat 1st page.

oke makcik aku masa ni anak baru seorang. anak sulung dia masa tu. tido sorang dekat salah satu bilik dekat laluan suram tu. ikut asal itu memang bilik dia pun. kebetulan husband dia tak ada. kerja malam. yang tinggal atok aku, dengan makcik aku je. then anak kecik dia. baby lagi kot masa tu. sebelum nak tido tu dia bergurau-gurau dengan anak dia. main gelak-gelak semua. main peek a boo. main geletek-geletek. main..apa-apalah permainan kalau dengan baby tu kann..

sebelum tu, dekat luar rumah atok aku ada 3 batang pokok kekabu besar-besar dan tinggi-tinggi. ketiga-tiga nya di seberang jalan berhadapan dengan rumah atok aku. pokok kekabu ni lah menghasilkan bantal rumah atok aku yang kesemuanya empuk-empuk belaka. kalau kata tido tu, letak kepala terus hanyut kau. oke sambung.pokok kekabu biasalah kan... alangkan pokok pisang pun ada penunggu, apalagi pokok kekabu yang tinggi lampai, dahan bercabang, besar pulak tu.. pokok ni memang banyak kali orang kampung bagitau, selalu nampak cik lang main juntai-juntai kaki atas dahan. sambil humming. suka main sakat-sakat orang kampung yang balik malam.

oke, bila makcik aku ni dah main gurau-gurau dengan anak dia. makanya siap bergelak-gelak lah. seronok katanya.. bila time gelak tu tiba-tiba ada orang ikut dia gelak kat luar..''ha hah haha!'' suara orang ajuk dia gelak. suara perempuan la yang pasti. makcik aku cerita time ni dia macam dengar tak dengar la ada orang ajuk dia gelak. so dia diam kejap. nak pastikan betol-betol dengan apa yang dia dengar. tapi tak ada. senyap, sunyi je..

so pikir dia cuma khayalan semata lah. dia pun sambung bergurau lagi dengan anak dia. main gelak-gelak lagi. cuit-cuit perut anak dia. ''hah..ha..haha..''makcik aku gelak. kemudian terdengar lagi ''hah..ha.haha'' suara perempuan mengajuk dia gelak dari luar. masa tu makcik aku baru perasan ada sesuatu sedang menyakat dia. lepas tu dia tengok anak dia pun tiba-tiba asik mendongak je sambil mulut mengomel sorang-sorang. terus makcik aku tarik selimut.selimutkan anak dia. selimut badan dia sekali. baca-baca apa yang patut.

tiba-tiba dia terdengar suara dia sendiri bergelak ketawa dekat luar, sebijik sama macam suara dia bergurau dengan anak dia tadi.''hah..ha..hah..ha..'' gittew. masa tu makcik aku cerita dia dah blank. nak panggil atok aku konfem dah tido. nak jerit panggil pun dia tak berani. lepas tu sekali lagi benda dekat luar tu berbunyik ''ha..ha..hahah..hah'' mengajuk balik suara makcik aku. makcik aku masa tu dah menangis mengigil dalam selimut. dia cakap dia tak tau nak buat apa. paling seram makcik aku cakap, ada satu part tu cik long or kak pon tak tau lah yang mana, mengajuk makcik aku ketawa '''hah..hah..ha..ha..hah...haaa...aaaaaaaa,.....eeeeeee.......aaaa.....eeeeeee..ekekekekek'' dan-dan tu terus mengilai kau! masa tu makcik aku kata dia menangis kuat-kuat, pegang yassin lepastu baca ayat kursi kuat-kuat mcam musabaqah kata dia. dia sendiri yang cakap macam musabaqah.

anak dia masa tu dah melalak-lalak sakan dah. dia pulak bantai musabaqah. aku agak masa tu atok aku dah terbangun terkejut. tak tau terkejut sebab apa. sebab bunyik mengilai ke, sebab cucu dia menangis ke or sebab makcik aku musabaqah. masa tu atok aku mencicit masuk bilik makcik aku. amik cucu dia yang tengah menangis tu terus peluk dan baca-baca something dekat telinga dia. kat luar masa tu cik lang tu tengah menjerit lagi tu. siap berdentum jejak atas bumbung mencakar-cakar lagi. kurang ajar sangat kan.. kalut sekejap la masa tu. atok aku masih peluk lagi cucu dia tapi mulut dia tak putus recite ayat-ayat alquran. mata siap melilau tengok bumbung.

lama-lama benda tu terus senyap. dah blah kot.. cucu dia pun senyap dan tido. kira masa dorang cerita ni dekat aku, aku membayangkan umpama dorang melakonkan babak cerita hantu. sangat teruja dan real. tak sangka dorang mengalami benda yang selalu kita nampak dalam tv. apepun, pokok kekabu tu pun dah tak ada lagi. dah ditebang. sekarang rumah tu masih ada didiami tapi pakcik aku yang lain yang duduk kat rumah tu dengan famili dia. atok aku (ni atok perempuan, jangan salah sangka) pun dah pindah dekat rumah baru tapak kebun koko sebelah rumah yang pakcik aku tinggal sekarang. dah cantik dah. batu semuanya. makcik aku ni pun dah pindah ke keluar ke tempat lain, ikut suami dia. maka. tiada lagi bantal kekabu yang baru dan empuk.
sekian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 11:16 AM | Show all posts
aduii Cik Non....da lame aku tgglkan cite ko nih.....arini memandangkan 1/2 day & esok deepavali...so aku pun beronline bace cite antu ko nih....best2....ko kumpul cite lg pstu tepek cni....aku ni die hard fan cite antu ko wei....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 11:26 AM | Show all posts
non.sari posted on 22-10-2013 03:08 PM
SEBENARNYA JU-ON ADA KAT MALAYSIA. percayalah.....

oke, masa ni aku still kat kampung lagi. cerit ...

kelakar weih yg nih....bab yg potong2 q tu mmg slalu trjadi bile da brkumpul reramai....abes konklusion kanak2 rebina yg ko nmpk tu sape? ke anak ju_on nak befriend ngan ko ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 12:25 PM | Show all posts
CincinKristal posted on 1-11-2013 11:26 AM
kelakar weih yg nih....bab yg potong2 q tu mmg slalu trjadi bile da brkumpul reramai....abes konkl ...

kannn... tadi tak nak mandi, bru pasang niat berdesup die dah smpai depan pintu bilik air..
anak ju-on tu smpai skang aku tak tau dia ni sape sebenarnye dalam cerita aku masa tu. watak tempelan kot..
1st and last la aku terserempak dgn bnda tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 12:32 PM | Show all posts
non.sari posted on 31-10-2013 03:09 PM
TOYOL MAIN TINGTING

oke, ni berkenaan dengan toyol pulak. masih jiran yang sama. jiran yang dila ...

budak2 kecik wane ijau ni mmg suka main2 mcm tue kan.  berapa thn dulu, kat kg iols pun penah kecoh cite mcm ni. kat kg ade ramai la jgk bdk2 kilang yg balik pkl 2-3 pg tue. ade 1 mase tu, kerap jgk derang terserempak dg 2 budak ijau ni main2 kat jln or laman org. mase mula2 nmpk tue, mgigil la jgk tp pastu rasa annoyed la kan, derang esp. yg boys tue selambe je sound2. nsb la iols balik pg2 mcm tue tak penah tserempak... kalu tak....pengsannnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.282582 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list