Auna Auli ke dapur. Dia membuka peti sejuk. Ermm.. penuh stock makan. Sayur, buah dan macam-macam lagi. Dia mencapai sayur dan lobak merah. Begitu juga dengan bahagian sejuk beku. Ikan di capai di letakkan di dalam bekas dan di curahkan air untuk melembutkannya.
Auna Aulia mula menyiapkan bahan-bahan untuk memasak. Dia bercadang untuk masak asampedas, sayur campur dan sambal belacan. Dalam masa sejam setengah Auna Aulia berjaya menyiapkan juadah. Dia berharap Khaleel Zachry suka kerana dia masih lagi belajar tentang kesukaan Khaleel Zachry. Tak ada cintan cintun dulu maa..semua kene belajar lepas itu.
Auna Aulia melangkah naik ke atas. Bila dia buka pintu bilik kelihatan Khaleel Zachrytengah tidur lena. Ingatkan tengah buat apa rupanya tengah sedap tidur.
Dia masuk kedalam bilik air. Mandi dan bersolat asar. Selepas itu Auna Aulia mengejutkan Khaleel Zachry.
“abang..abang..bangunlah waktu asar dah masuk lama dah. Tak baik tidur petang-petang macam ni”Auna Aulia mengejutkan Khaleel Zachry.
Khaleel Zachry masih lagi memejamkan mata. Diamahu melihat sejauh mana usaha Auna Aulia mengejutkannya. Auna Aulia geram lalulaju saja tangannya menggeletek pinggang Khaleel Zachry. Satu rumah riuh dengan suara gelak tawa mereka.
“okey stop..stop..stop.. abang surrender..please..” kata Khaleel Zachry. Boleh tahanganas bini dia ni.
“Tulahh jangan nak notty..notty..” marah Auna Aulia.
“Alaaa..abang gurau dengan sayang pun tak boleh..” nada Khaleel Zachry seakan merajuk.Now dah pandai merajuk dah sebab ada saja orang yang sudi nak pujuk.
Sementara Khaleel Zachry mandi Auna Aulia menyiapkan pakaian untuk dipakai oleh Khaleel Zachry.
“abang nak minum petang dulu atau abang nak makan nasi terus? Auna Aulia bertanya sewaktu Khaleel Zachry keluar dari bilik air. Jika mahu minum petang dia akan gorengkan cucur udang yang telah di bancuh tadi.
“Abang nak makan nasi lah, lapar pulak rasanya. Sayang siap lah kita makan dekat luar.” Kata Khaleel Zachry.
“Tak payah lah abang, Auna dah masak tadi. Cuma tak tahu lah kena atau tidak dengan selera abang.”
Khaleel Zachry menyarung baju dan kain pelekat yang telah di siapkan oleh isterinya.Sejadah pun sudah tersedia terbentang. “Sayang masak apa pun abang makan. Yang penting ia adalah air tangan sayang. Baru lah ada keberkatan” jawab Khaleel Zachry menuju kesejadah untuk bersolat.
Auna Aulia membuka pintu bilik dan turun ke dapur untuk menghidangkan juadah yang telah dimasak tadi. Lima belas minit kemudian Khaleel Zachry duduk di meja dapur mengadap hidangan dari air tangan Auna Aulia. Berselera sungguh diamakan. Malam itu Auna Aulia menyiapkan baju kerja Khaleel Zachry sementaraKhaleel Zachry sibuk memeriksa kertas – kertas lukisannya.
“Sayang, nanti sabtu ni kita ada outdoor photo shoot tau..” Khaleel Zachry memberi tahu tentang photo shoot yang telah di tempah.
“perlu ke? Bukan macam cara kita jer..” jawab Auna Aulia matanya masih pada buku yangsedah di bacanya bertajuk Allah Tak Pernah Jauh. Buku itu amat menarik.
“Perlu sangat tu tidak lah..at least kita ada kenangan untuk itu. Boleh simpan sebagai kenangan hari tua. Boleh kan.. Sayang fikirkanlah apa yang sesuai..” jelasKhaleel Zachry lagi.
“Kalau naik motor boleh?” tanya Auna Aulia lagi. Matanya tetap menatap buku.Sebenarnya dia takut untuk melihat reaksi Khaleel Zachry. “ehhhmenarik tu. Kita naik motor. Abang bawak sayang.. okey jugak tu..”
“Errmm apa barang abang bawak Auna, kita bawak motor masing-masing lah baru best..baru ada feeling.. ada berani..” tanya Auna Aulia lagi. Hatinya berdebar-debar menanti jawapan daripada Khaleel Zachry.
Auna Aulia menurunkan sedikit bukunya. Dia melihat Khaleel Zachry sedang memandangnya dari meja tulis. Errmm memang macam tak ada harapan. Auna Aulia sudah cuak dia takut Khaleel Zachry marah.
“yes..yes..yes..” jerit Khaleel Zachry.
Auna Aulia terkejut buku yang di pegangnya pun terlepas. “abang ni kenapa?”
“Okey jugak idea sayang tu.. puas abang fikir. Macam mana nak buat. But I still wantto see you in dress..” Khaleel Zachry menyatakan hajatnya. Auna Aulia termenung seketika. “What about mula-mula kita ambil gambar kita tengah ride motorbike. Lepas tu kita ambil gambar dengan wedding dress. Errmm Auna suka dekat bangunan KTM punya view cantik. But please jangan over sangat. But in stead of pakai dress bagai why don’t we selit sikit budaya arab. Mybe we cando it that in any mouseqe. Abang pakai baju arab with igga. Auna pakai abaya with niqab something diffrent. Bosan lah dress..dress ni. Segan lagipun Auna tak berapa minat sangat. Abang okey ke?” Auna Aulia memberikan pendapat.
“Kalau jubah arab tu abang ada complete set don’t worry. Sayang tu ada ke abaya hitamwith niqab bagai ni?”
“Errmm apa pulak tak adanya. Hello Auna duduk Dubai lama okey. Dah lupa ke?”
“Taklupa pun. Tahu orang tu merajuk sampai Dubai bawak dirikan kononnya..”
“Manaada, cari pengalaman okey.”
“yerlahh cari pengalaman. Yer lahh kan siapa kita ni.. macam pungguk rindukanbulan. Dah lah tak hensome mana pun nak compare orang tu. Apa lah yang ada..”usik Khaleel Zachry.
“Aikklain macam jer bunyi..”
“ehhtak ada yang lain. Betul apa. Orang tu merajuk sampai ke Dubai tak nak balik.Nak kena hantar bala tentera datang pujuk baru nak balik..kan..”
“Haruslah..kena ada bala tentera.. orang sana tu lagi teruk dok terintai-rintai..”
“Orang kat sini jaga adab. Bukan nak aci redah. Nanti kena soal dengan hulubalangsusah..”
“Banyaklah hulubalang..”
“Betul..apa orang tua kata, kalau nak anak kene ambik hati keluarganya dulu..”
“ooo kiranya orang sana main taktik tipu lah ni..”
“Bukan tipu.. itu namanya strategi.”
Auna tergelak di sebalik buku yang dia baca. Orang di sana, orang disini.. hahaaaa memang tak sesuai.
“Abang Auna minta izin tidur dulu yaa..” kata Auna Aulia.
“Laa nak tido dah.. abang pun nak tidur lah macam ni. Boleh jugak mencurahkan kasih sayang..” laju tangan Khaleel Zachry menutup lampu dengan remote control. Dia menuju kekatil Auna Aulia tergelak besar.
Pagi itu Auna Aulia menyediakan sarapan yang ringkas kerana Khaleel Zachry tidakmahu mengambil sarapan yang terlalu berat di waktu pagi. Auna Aulia menghantar Khaleel Zachry ke pejabat pada pagi ini.
“Take a good okey..” pesan Khaleel Zachry.
“Okey. Abang nak balik makan tengahari?”
“I don’t think so. Anything will let you know dear.”
“errmm..be good okey notty boy..” Auna Aulia mengusik. Dia tahu Khaleel Zachry akan baik-baik saja. Dia kenal sikap Khaleel Zachry waktu bekerja cuma sebelum inidia tidak tahu bahawa Khaleel Zachry adalah anak kepada bosnya.
“I always be good. Sayang tu jangan nakal-nakal. Let me know bila dah sampai rumah bonda” pesan Khaleel Zachry.
Auna Aulia bersalam dan mencium tangan Khaleel Zachry menghadiahkan ciuman di kiri dan kanan pipi suaminya. Khaleel Zachry juga melakukan perkara yang sama selepas itu Khaleel Zachry memeriksa seatbelt Auna Aulia sebelum mereka berpamitan.
Selepa smenghantar Khaleel Zachry di pejabat Auna Aulia memandu BMW X6 dengan tenang menuju ke rumah keluarga Khaleel Zachry kerana awal pagi bonda telah telefon berpesan supaya Auna Aulia menemaninya membeli belah untuk persiapan majlis mereka nanti. Kehadirannya sudah dinanti oleh Datin Sharifah Addawiyah. Auna Aulia bersalaman dengan mentuanya.
Last edited by mrsT on 19-7-2013 08:11 AM
|