|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36
[Copy link]
|
|
macm mana dugaan yana kali ini?? |
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 23-8-2013 09:47 AM
Mariam kan wife pada cikgu wahid. sepupu dia tu....akak baca awal2 bab 24
OH YE KER....X IGT LAK AKAK...BANYK BENOR WATK...AHAKS...OK, OK DAH FAHAM...
YG ABG SEPUPU DIA LAK APA CER?
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 23-8-2013 10:19 AM
OH YE KER....X IGT LAK AKAK...BANYK BENOR WATK...AHAKS...OK, OK DAH FAHAM...
YG ABG SEPUPU DIA ...
banyak watak ek. yg abg sepupu dia...tngu je....mungkin sambung pada buku akan datang...begitu jugak dengan Fahim...hehehe. saje bg hint awal
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 23-8-2013 10:26 AM
banyak watak ek. yg abg sepupu dia...tngu je....mungkin sambung pada buku akan datang...begitu jug ...
Kalu dah terbit bgtau tau...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 23-8-2013 10:59 AM
Kalu dah terbit bgtau tau...
hehehehe.....Insya Allah...doakan saya kak
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 23-8-2013 11:11 AM
hehehehe.....Insya Allah...doakan saya kak
MUSTI ADA YG NAK TERBITKN TUH...AKAK SENTIASA DOAKAN...INSYA ALLAH...
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Terasa longlai langkah kakiku. Aku gagahi jua langkahku menuju ke arah ibu angkatku yang sedang duduk di kerusi di ruang menunggu. Sedaya upaya aku cuba memaniskan muka ketika memandangnya.
“Macam mana dengan kandungan kamu Lily? Ibu harap semuanya okey.”
Terus sahaja dia ajukan soalan sebaik aku duduk disebelahnya. Aku cuba memaniskan wajahku dan menghadiahkan senyuman yang manis untuknya.
“Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik setakat ini ibu.”
Terasa berdosa pula kerana membohonginya. Aku tidak tergamak untuk menceritakan perihal sebenar. Ibu, maafkanlah Lily. Lily berdosa kerana membohongi ibu. Ampunkan Lily ibu. Ibu bertegas mahu menemani aku setiap kali menjalani pemeriksaan di sini. Perlukah aku memberitahunya tentang keadaan kandunganku ini? Perlukah aku terus menyusahkan hatinya?
Aku bingung...tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Hanya kepada Allah S.W.T aku berserah. Biarlah aku merahsiakan tentang keadaan kandunganku ini untuk sementara waktu. Tak sanggup pula aku, menyampaikan berita sedih ini pada ibu yang sememangnya teruja sebaik mengetahui aku mengandung.
Ibu bangun lalu menarik tanganku. Kami kemudiannya, meninggalkan ruangan hospital itu. Dalam hati aku, sarat dengan macam-macam perasaan. Semuanya bercampur aduk. Bagaimana agaknya dengan penerimaan ibu dan kak Mariam jika mereka tahu akan hal sebenar? Sampai bila aku harus menyembunyikan perkara ini?
Aku harus menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu mereka…….
Last edited by wipers81 on 23-8-2013 12:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 23-8-2013 04:21 AM
Terasa longlai langkah kakiku. Aku gagahi jua langkahku menuju ke arah ibu angkatku ya ...
alaaa fendeknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
BAB 26
Aku tetap memulakan tugas seperti biasa. Sejak mengetahui akan keadaan kandunganku, fikiranku agak terganggu. Namun sebagai seorang Muslim, doa tidak pernah ku putuskan dari rutin harianku. Kerana itu adalah senjata orang mukmin. Itu, kata ustazah Halimah yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.
“Lily, mailah ikut kak Pah pi makan. Hang tak lapaq ka?” soal kak Pah atau nama sebenarnya Sharipah Binti Abdul Kareem dengan loghat Penangnya yang piau.
Di sini, mereka memanggilku dengan nama Lily. Aku agak senang dengan kak Pah selain kak Maria, merangkap setiausaha ayah angkatku yang mereka panggil Tuan Haji. Mereka melayanku seperti aku ini keluarga mereka.
“Yelah kak Pah. Lapar juga perut saya ni. Marilah kita pergi.”
Terus sahaja aku menarik tangannya. Dia menurut. Perutku sebenarnya tidaklah lapar sangat. Namun, demi anak dalam kandunganku ini, aku perlu makan juga. Kami berjalan menuju ke kedai makan yang terletak berhadapan dengan bangunan pejabat kami.
Sampai sahaja di kedai makan yang berdekatan dengan tempat kerjaku, kami mula mengambil tempat. Aku menyuruh kak Pah mengambil makanannya terlebih dahulu sementara aku menjaga tempat. Panorama biasa bila tiba waktu tengahari di sini. Ramai pelanggan yang bersesak dalam kedai ini di waktu begini. Selepas Kak Pah mengambil makanannya, tiba pula giliranku.
Sebaik aku bangun sahaja dari kerusi itu dan memusingkan tubuhku, secara tidak sengaja aku telah telanggar seseorang. Mujurlah tidak tumpah segala apa yang dipegang oleh orang itu. Kalau tidak, habislah baju aku mandi segala kuah yang ada dalam pinggannya itu…..
Last edited by wipers81 on 23-8-2013 04:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia ...
“Maaf encik saya tak sengaja….Subhanallah….”
Tergamam seketika aku jadinya. Hampir terkeluar biji mataku yang terbeliak sebaik melihat ke arah lelaki yang aku langgar itu.
“Yana! Adakah awak Lily Dayana Binti Hamid. Wah….tak sangka saya akan jumpa awak di sini! Aw…awak mengandung ke Dayana?”
Terkeluar nada terkejut dari mulutnya. Terkejut apabila dia terpandang ke arah perut gadis itu yang nampak agak besar. Gadis di hadapannya kelihatan sangat berbeza sekarang. Dia hampir tidak mengenali gadis yang pernah menarik perhatiannya dulu.
Kulit gadis itu semakin cerah dan yang pastinya gadis itu semakin cantik sekarang. Mungkin seri ibu mengandung. Cara pemakaian gadis itu juga banyak berubah. Kalau dahulu, gadis itu bergaya sempoi sahaja sekarang gayanya lebih feminine. Hari ini, gadis itu memakai blaus labuh yang sesuai untuk ibu mengandung berwarna oren yang tidak terlalu terang warnanya dipadankan dengan tudung yang agak labuh berwarna hitam.
Dia masih ingat, bagaimana gadis itu lebih selesa mengikat rambut ikalnya setiap kali mereka menyertai aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Dia juga masih ingat beberapa pelajar berbangsa Cina suka membelai dan menarik rambut ikal gadis itu. Gadis itu hanya memakai tudung hanya ketika waktu sekolah sahaja. Tidak pada waktu lain.
“Apa awak buat di sini Zaki? Ya, saya sedang mengandung, dah rezeki saya akan mendapat anak dalam usia muda begini.”
Walau pada mulanya aku terkejut dengan pertemuan ini, namun mendatar sahaja jawapan yang aku berikan. Buat apa lagi aku menyembunyikan hakikat yang sebenar. Bimbang juga aku jika Fahim bersamanya sekarang. Mereka adalah kawan karib.
“Saya belajar di USM. Kalau awak nak tahu, saya sama kursus dengan kawan baik awak tau. Dia pun ada dengan saya. Mari, saya ambilkan makanan untuk awak. Awak datang dengan siapa ni?”
Kasihan pula Zaki dengan gadis di hadapannya itu.
“Eh…tak payahlah susah-susah Zaki. Saya masih boleh ambil sendiri. Zaki, boleh saya tahu, siapa kawan yang awak maksudkan tu? Kalau Fahim, saya minta jasa baik awak supaya rahsiakan pertemuan ini. Saya tak nak dia tahu akan keadaan sayani.”
Last edited by wipers81 on 23-8-2013 04:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia ...
Sungguh, aku tidak tahu bagaimana reaksi kami bila bertemu nanti. Hati aku resah. Mahu saja aku cabut dari sini tapi mengenangkan rakanku kak Pah yang sudah menantidi meja berdekatan pintu hadapan restoran ini, terbantut hasratku.
“Bukan Fahimlah. Nampaknya, awak tak tahu lagi ke yang Fahim...”
Tak sempat dia menghabiskan ayatnya itu, tiba-tiba kedengaran suara yang amat ku kenal dan aku rindui…..
“Hesy...apasal awak lambat sangat ni Zaki. Cepatlah, karang nak pergi library pula cari bahan. Asyik nak mengurat awek…Ya Allah, Dayana!! Aku ingat anak mami manalah tadi. Yana…kau dah mengandung!! Wah tahniah Yana. Tak sangka aku jumpa kau kat sini. Rindunya aku dengan kau..”
Terus sahaja dia memelukku. Aku juga tidak sangka akan bertemu dengan rakan baikku disini. Pelanggan lain yang di dalam kedai itu turut memandang kami. Malu aku. Mana taknya, kawan baik aku si Azreena ni, volume suara langsung tak reti nak diperlahankan. Zaki hanya menggeleng kepala melihat telatah kami.
“Aku tengok kau ni makin berseri-serilah sekarang. Maklumlah seri orang mengandung. Mana suami kau? Macam tak percaya boleh jumpa kau kat sini? Kau belajar katmana? Atau kau ikut suami kau yang hensem tu ke?”
Soalan Azreena kepadaku yang bertalu-talu itu membuatkan aku tidak tahu yang mana satu aku nak jawab? Aku terkedu, bila soalan mengenai suamiku turut diajukan. Bagaimana agaknya reaksi dia jika aku menceritakan kisah pahit aku padanya nanti?
“Entahlah Azreena, aku tak tahu nak mula dari mana? Aku sebenarnya dah malas nak fikir akan nasib diri aku ni. Eh…macam mana kau dengan Zaki boleh jadi rapat ni? Sejak bila pula korang bercinta ni? Sampai hati kau Azreena tak cerita langsung kat aku masa kau datang majlis aku hari tu…”
Sengaja aku buat nada merajuk pada sahabat ku. Aku juga sengaja mengubah topik perbualan kami. Kini, aku telah duduk semeja dengan mereka. Lamanya tidak makan bersama dengan sahabat yang sangat aku rindukan ini. Aku meminta izin dari kak Pah untuk makan bersama rakanku. Mujurlah kak Hana dan kak Mila makan bersama dengan Kak Pah.
Terima kasih kak Pah….
Last edited by wipers81 on 23-8-2013 05:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Takdir yang telah menemukan kami semula di saat aku dalam kedukaan. Aku amat berterima kasih dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan apa yang telah direncanakan untukku. Dia telah menghantar peneman untukku di kala kedukaan mula bertandang kepadaku.
“Sebenarnya Dayana, susah juga nak dekat kawan baik awak ni. Bukan awak tak tahu mulut laser dia ni. Pantang berjumpa, asyik nak bertekak saja dengan saya. Lama- kelamaan saya rasa seronok pula. Bila sehari tak bertekak dengan dia, tak senang duduk pula saya dibuatnya. Jadi tunggu apa lagi, saya berterus-teranglah dengan dia. Ingatkan saya bertepuk sebelah tangan, rupanya sebelah tangan lagi pun bertepuk juga.”
Zaki ketawa kemudiannya…lucu barangkali. Apabila teringat kembali bagaimana dia meluahkan rasa hatinya kepada Azreena, terasa kelakar pula. Memang dahulu, dia pernah menyimpan perasaan pada Dayana. Namun, dia akur bahawa Fahim sangat menyukai gadis itu dan hingga hari ini Fahim masih menanti gadis pujaannya ini.
Zaki tidak tahu apa agaknya reaksi Fahim bila mengetahui keadaan gadis pujaannya sekarang? Zaki sudah mengetahui tentang perkahwinan Dayana melalui kekasih hatinya itu. Namun, dia terpaksa memegang amanah kerana telah berjanji dengan Azreena untuk menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Fahim. Tambahan pula, gadis itu mengandung sekarang.
“Macam ada sesuatu yang kau sedang sembunyikan dari aku Yana? Tak sudi ke kau nak kongsi dengan aku ni? Kau masih tak jawab lagi soalan aku Yana, mana suami kau? Macam mana kau boleh ada di sini?”
Azreena kembali dengan pertanyaannya tadi. Aku mengeluh, ingatkan dia dah lupa. Yelah, perkara macam ni manalah boleh dilupakan Yana…
“Sebenarnya, aku dengan dia dah berpisah. Dia dah ceraikan aku. Aku dah tiada sesiapa lagi sekarang. Keluarga aku juga dah buang aku. Kerana salah faham yang ditimbulkan oleh abang sepupu aku, aku di hina, di keji tanpa mereka tahu sebab sebenar. Di mata mereka, akulah perempuan hina. Kalau kau nak tahu Azreena, peristiwa pahit tu berlaku tiga hari selepas kenduri kahwin aku. Nantilah aku cerita lagi. Malas aku nak ingat semua tu kembali.”
Aku sebak untuk meneruskannya.
Last edited by wipers81 on 23-8-2013 05:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Air mata mula terbit dari kolam mataku dan aku memandang ke muka mereka berdua silih berganti. Mereka berdua saling berpandangan. Riak muka mereka berubah tatkala melihat juraian air mataku. Azreena mengenggam erat tanganku.
“Sabarlah Yana. Walaupun, aku tidak tahu lagi keseluruhan cerita kau. Namun, sebagai sahabat kau Insya Allah aku akan sentiasa menyokong kau begitu juga dengan Zaki, betul tak awak?”
Dia menoleh ke arah kekasih hatinya. Zaki sedikit tersentak.
“Ya, saya juga akan bersama awak dan selagi terdaya saya akan sentiasa menolong awak Dayana. Kitakan kawan. Er…perlukah saya inform pada Fahim pasal ni? Oh...saya terlupa nak beritahu awak Yana yang Fahim sekarang sedang melanjutkan pelajaran ke luar negeri.” Kata Zaki.
Bukan apa, Zaki nampak seperti ada peluang untuk Fahmi kembali menambat hati gadis pujaan sahabatnya itu. Mesti beritahu Fahmi tentang semua ini. Teringin Zaki melihat mereka berdua kembali bersatu.
“Alamak...kenapalah dia ni ungkit soal Fahim pula? Apa kata Dayana nanti?”
Azreena berdialog dalam hati. Sedikit bengang Azreena dengan kekasihnya itu. Dia menjegilkan matanya ke arah Zaki. Apalah Zaki ni?
Zaki mengerutkan keningnya. Mengangkat sedikit kepalanya isyarat pada Azreena apa salahnya???
“Saya mohon jasa baik awak Zaki, tolong jangan libatkan Fahim dalam hal ini. Saya tak nak dia tahu tentang saya. Biarlah dia dengan kehidupan dia. Untuk apa saya mahu menyusahkan dia. Saya doakan dia bahagia walau di mana dia berada.”
Sedikit tegas permintaanku padanya. Buat apa aku mahu melibatkan Fahim? Harapan aku,semoga dia berjaya mendapat jodoh yang lebih baik dari aku. Aku terpaksa meminta diri kerana waktu rehatku hampir tamat. Sempat lagi kami bertukar nombor telefon. Dengan berat hati aku melangkah meninggalkan mereka.
Sungguh tak disangka, hari ini menjadi hari yang membahagiakan aku dengan pertemuan kami ini. Sekurang-kurangnya, aku mendapat sedikit kekuatan untuk menempuh hari yang mendatang bersama mereka berdua. Terima kasih Allah kerana menghadirkan mereka berdua untukku di saat hatiku sedang berduka…..
Last edited by wipers81 on 23-8-2013 05:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
yoozara posted on 23-8-2013 02:11 PM
alaaa fendeknya
yoozara.....dah tepek lagi. nanti kita sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
yoozara posted on 23-8-2013 05:45 PM
tak cukup la awak
air mate kite x rembes lagi nie
tngu bab 28 nanti
sekarang amik feel dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Alhamdulillah…syukur ke hadratMu Ya Allah….
Selepas perjumpaan semula kami bertiga tempoh hari, hubungan aku dengan Azreena dan Zaki kini semakin rapat. Kami selalu berjumpa di rumah keluarga angkatku. Ibu sangat senang menerima kehadiran mereka. Kata ibu, suasana rumahnya sekarang bertambah ceria dengan kehadiran mereka dan sebab itulah ibu tidak membantah setiap kali Azreena bermalam di rumahnya.
Sekurang-kurangnya dengan kehadiran mereka berdua, maka terubatlah sedikit rindu di hatiku terhadap semua insan yang pernah ada di sekelilingku sebelum ini. Kadangkala, tidak tertanggung rasa rinduku pada keluargaku. Acapkali, aku teringatkan Liana dan keluargaku yang lain. Bagaimana agaknya keadaan mereka di sana? Pastinya mereka bahagia tanpa aku disisi mereka. Doa tidak pernah putus ku utuskan untuk mereka.
Semoga mereka berbahagia selalu……..
**********************
Seperti yang telah ditetapkan oleh doktor Haryani, aku kini menjalani pemeriksaan selang dua minggu. Dan seperti biasa, aku menunggu giliran untuk berjumpanya. Setelah nama ku dipanggil, aku segera masuk. Kali ini, aku datang dengan Azreena dan buah hatinya setelah ibu meminta mereka menemani aku. Kebetulan, mereka tiada kuliah hari ini. Terasa kurang sedikit kerisauan aku dengan adanya mereka disisi.
Azreena turut menemaniku masuk ke dalam bilik doktor. Doktor Haryani mengarahkan aku berbaring di atas sebuah katil terletak di tepi dinding biliknya itu. Kemudian, dia mengarahkanku menyelak sedikit bajuku hingga menampakkan perut buncitku. Begitulah rutin setiap kali aku diperiksanya.
Dia memicit botol plastik yang berisi gel berwarna biru muda ke perutku dan mengambil ‘kamera’ yang bergerak seperti roda lalu diletakkan di atas perutku. Terasa dingin perutku dan sedikit berlendir. Terpapar imej di dalam perutku di skrin komputer di sebelah kiriku. Asyik Doktor Haryani memerhatikan skrin itu.
Last edited by wipers81 on 25-8-2013 08:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Setelah hampir beberapa minit, dia menghulurkan beberapa helai tisu kepadaku. Aku dengan pantas mengelap lendir-lendir di perutku dan turun dari katil itu.
“Kandungan puan sudah masuk dua puluh lima minggu. Nampaknya sekarang, kes puan agak complicated. Saya dapati anak puan yang normal itu semakin mengecil saiznya dan yang satu lagi semakin membesar. Inilah yang saya risaukan dari awal lagi. Sekarang, anak puan yang normal sedang bekerja keras menyalurkan ‘makanan’ kepada yang satu lagi. Saya takut, lama kelamaan anak puan yang normal itu akan mengalami masalah jantung dan beberapa masalah lain jika ianya berterusan. Banyak-banyakkanlah berdoa ya puan, semoga keadaan ini tidak berterusan.” Kata doktor Haryani.
Diluahkan segala kerisauan yang terbuku di hatinya. Inilah perkara yang ditakuti olehnya sedari awal dan dia juga sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan menimpa pesakitnya ini.
“Apa yang perlu saya lakukan doktor? Selamatkanlah anak saya doktor. Sudah tiada jalan penyelesaian yang lainkah doktor?” soalku.
Ya, aku sanggup melakukan apa sahaja asalkan anak aku dapat diselamatkan.
“Buat masa sekarang, kita hanya boleh tunggu dan lihat perkembangannya. Risikonya terlalu bahaya jika kita melakukan sebarang pembedahan sekarang. Macam yang saya katakan tadi, senjata kita orang Islam adalah dengan berdoa. Perbanyakkanlah berrdoa. Mohon dari Allah S.W.T semoga semuanya dalam keadaan terkawal.”
Aku cuba menahan air mataku dari jatuh. Aku cuba cekalkan hati menerima segalanya. Azreena memaut bahuku. Dia cuba menenangkan aku.
***********************
“Yana, kau kenalah banyak bersabar. Pandai betul kau simpan rahsia dari aku selama ni. Apa yang penting sekarang Yana, kau kena kuat. Insya Allah, semuanya akan kembali seperti biasa. Janganlah banyak berfikir, tak elok untuk kau dan baby dalam perut kau tu. Aku kan ada dan akan selalu ada di samping kau. Aku nak tanya kau ni? Ibu kau dah tahu ke belum pasal semua ni?” Soal Azreena.
Sekarang, dia sudah pun mengetahui satu lagi ujian hebat yang sedang dihadapi oleh sahabatnya. Dia amat kagum dengan sahabatnya yang masih mampu bertahan dalam menghadapi segala cabaran dalam hidupnya. Tidak dapat dibayangkan oleh Azreena jika dia yang menghadapi semua ini. Adakah dia akan sekuat sahabatnya Lily Dayana?
“ Aku tak sanggup nak beritahu dia Azreena. Aku tak tahu macam mana nak berterus terang dengan ibu kerana aku takut dia kecewa dengan berita ini. Kau tak nampak ke selama ini, bagaimana gembiranya ibu angkat aku tu? Kau nampak kan, bagaimana layanan yang dia berikan pada aku. Cuba kau cakap, macam mana aku nak beritahu dia berita sedih ini? Aku buntu Azreena…aku tak tahu nak buat apa.” kataku pada sahabat baikku itu.
“ Aku pun tak tahu Yana. Aku pun buntu juga bila fikirkan semua ini. Betul kata kau, aku takut ibu akan sangat kecewa. Tapi, dia akan lagi kecewa jika dapat tahu perkara ini dari orang lain. Biarlah dia kecewa sekarang dari kemudian hari Yana. Masa itu menyesal pun sudah tiada guna lagi. Kau fikirkanlah dengan tenang. Aku akan bantu kau apabila kau betul-betul dah bersedia.”
Azreena mengenggam erat tangan rakannya itu, cuba memberi semangat padanya.
*********************
Akhirnya, aku terpaksa berterus-terang juga dengan ayah, ibu dan Mak Nah tentang keadaan sebena rkandunganku. Mereka semua sangat terperanjat dengan berita yang ku sampaikan. Tanggapanku terhadap ibu selama ini ternyata salah. Rupa-rupanya, dia dapat menerima kenyataan ini dengan hati yang terbuka.
“ Ibu sayangkan Lily seperti anak ibu. Ibu doakan semoga Lily dan anak selamat. Walau apa pun yang terjadi, ibu tetap akan bersama Lily. Lily tidak keseorangan dalam hal ini. Ingatlah, kami semua ada bersama Lily.”
Tenang sahaja ucapan ibu angkatku dan hatiku juga menjadi setenang itu. Aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi. Walau sehebat mana dugaan yang menimpaku, tetap ada orang yang sudi memberiku semangat. Walau seteruk mana ujian padaku, tetapi ujian pada hambaNya yang lain lagi hebat. Untuk apa aku selalu mengeluh. Mengeluh akan nasib diriaku ini. Terasa naifnya diri aku selama ini. Di saat begini aku cuba muhasabah diri aku supaya menerima semua ini. Bukan aku sahaja yang malang di dunia ini.
Sememangnya kuasa Yang Maha Esa amatlah besar ke atas setiap makhluknya. Hanya Dia yang berhak menghidupkan dan mematikan hamba-hambaNya….
******yang ni panjang sikit...*********
Last edited by wipers81 on 25-8-2013 08:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
BAB 27
Nampaknya hari ini, aku terpaksa mengambil cuti kecemasan. Entah mengapa tiba-tiba, badanku rasa kurang enak. Pinggangku terasa sangat ngilu dan perutku juga meragam. Kekadang terasa keras semacam saja perutku ini.
Keadaan bayiku masih sama. Doktor Haryani banyak memberi motivasi padaku. Aku redha dan hanya bertawakkal pada Allah S.W.T dengan apa yang bakal berlaku kelak. Aku harus kuat menghadapinya. Kini, usia kandunganku sudah masuk tujuh bulan.
Barang-barang bayi hanya ala kadar sahaja aku siapkan. Mood aku untuk menyediakan segala keperluan benar-benar hilang sebaik mengetahui keadaan bayiku ini. Semuanya aku serahkan pada Allah S. W.T tentang nasib aku kelak.
“Hati-hati sikit jalan tu Lily. Risau ibu tengok kamu ni. Dengan perut besar kamu tu, jalan pula laju macam orang tak mengandung. Buatnya tersadung apa-apa nanti, kan susah?”
Sedikit risau Puan Sabariah dengan anak angkatnya ini. Dia sedih apabila anak angkatnya menceritakan tentang keadaan kandungannya. Gadis semuda itu telah melalui pelbagai dugaan yang hebat. Dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana gadis muda itu tidak mudah berputus asa.
Semakin hari, dia semakin sayangkan anak angkatnya itu. Dia bersyukur kerana Lily Dayana hadir dalam keluarganya. Memang dia inginkan anak perempuan. Tetapi hajatnya tidak kesampaian kerana selepas melahirkan anak tunggalnya, rahimnya terpaksa dibuang kerana ketumbuhan. Dia pasrah dan redha dengan ketentuan yang telah disuratkan atasnya.
Dia mengalihkan pandangannya ke arah gadis itu yang sedang duduk di kerusi di ruang tamu rumahnya. Dengan perut yang memboyot seperti orang yang sedang menunggu hari, sedangkan kandungan gadis itu baru sahaja masuk tujuh bulan. Risau dia dengan keadaan anak angkatnya itu. Lain macam pula dia lihat gadis itu hari ini. Dari tadi, dia melihat berkerut muka gadis itu seolah sedang menahan kesakitan. Takkan dah nak bersalin kot? Awal lagi ni….
Last edited by wipers81 on 25-8-2013 08:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|