CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: si^etok

PANTUN

 Close [Copy link]
 Author| Post time 20-10-2003 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by Taries at 19-10-2003 11:06 AM:
Air takungan di dalam besen,
Dibiar berhari denggi pon mari,
Kalau kepala tengah tensen,
Forum Cari penawar hati.


Bab Latiff minta 20 sen,
Kalau kakaknya hendak dibawa,
apa barang sampai nak tensen ,
Join sini jer utk tenangkan jiwa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2003 11:46 PM | Show all posts
dari melaka sampai ke kedah
punye seronok berjalan-jalan
kalau dihati terasa gundah
cubalah baca ayat Al Quran
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2003 12:05 AM | Show all posts
ustazah sherrina sudah berkhutbah
harap etok mendengar khusyuk
memang elok bila berasa gundah
membaca Al Quran berjuzuk2..
Reply

Use magic Report

aweXgiloz This user has been deleted
Post time 21-10-2003 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by si^etok at 18-10-2003 14:26:
Mengharap jangan bulan jatuh keriba,
Nanti awak akan menyesal
Awex, bulan puasa menjelang tiba,
hutang lama sudahkah langsai.

Jangan sesekali memakan riba,
Jika termakan cepat  ...


aweX nih nampak jer brutal,
rock sana sini pusing kepala;
puasa lama yang aweX tinggal,
awal-awal sudah dibayar semuanya

sempena Ramadhan yang bakal tiba,
bersihkan hati, tenangkan jiwa;
kuatkan iman dan juga takwa,
menanti Ramadhan dengan ceria
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2003 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 21-10-2003 12:05 AM:
ustazah sherrina sudah berkhutbah
harap etok mendengar khusyuk
memang elok bila berasa gundah
membaca Al Quran berjuzuk2..


pisang emas di dalam peti,
buat belayar ke seberang selat,
kalau nak tenang resah dihati
ambillah wudu tunaikan solat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2003 07:11 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 20-10-2003 11:46 PM:
dari melaka sampai ke kedah
punye seronok berjalan-jalan
kalau dihati terasa gundah
cubalah baca ayat Al Quran


Senang hati dipelawa makan,
Rezeki jangan kita menolak,
Saranan Rina akan ku amalkan,
Agar tenteram jiwaku kelak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2003 07:30 PM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 21-10-2003 12:05 AM:
ustazah sherrina sudah berkhutbah
harap etok mendengar khusyuk
memang elok bila berasa gundah
membaca Al Quran berjuzuk2..


Dari kampung ziarah kepekan,
Lepas seminggu teringat ayah dan bonda,
Semuanya sudah Etok menghayatikan,
Sekarang tenang rasa didada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2003 07:43 PM | Show all posts
Originally posted by aweXgiloz at 21-10-2003 10:05 AM:
aweX nih nampak jer brutal,
rock sana sini pusing kepala;
puasa lama yang aweX tinggal,
awal-awal sudah dibayar semuanya

sempena Ramadhan yang bakal tiba,
bersihkan hati, tenangka ...


Datuk Azahar selamat belayar,
Rekod tak tercabar sehingga kini,
Bagusla kalau semua terbayar,
hadapi pula cabaran tahun ini.

Pergi muzium nak lihat seni,
Lukisan didiniding dihiasi padat,
Etok ucapkan kepada semua disini,
Selamat berpuasa dan selamat beribadat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


aweXgiloz This user has been deleted
Post time 22-10-2003 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by si^etok at 21-10-2003 19:43:
Datuk Azahar selamat belayar,
Rekod tak tercabar sehingga kini,
Bagusla kalau semua terbayar,
hadapi pula cabaran tahun ini.

Pergi muzium nak lihat seni,
Lukisan didiniding dihiasi padat,
E ...


dari Utara belayar ke Selatan,
kapal belayar di Selat Melaka;
adat manusia bernama pompuan
posa tak cukup halangan tiba

selamat berpuasa aweX ucapkan,
kepada sumer teman di CARI;
sama-sama ibadah ditingkatkan,
agar kita sentiasa dirahmati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2003 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by aweXgiloz at 22-10-2003 09:43 AM:
dari Utara belayar ke Selatan,
kapal belayar di Selat Melaka;
adat manusia bernama pompuan
posa tak cukup halangan tiba

selamat berpuasa aweX ucapkan,
kepada sumer teman di CARI;
...


Tempat ketiga mendapat gangsa,
Tempat pertama rekod dipecah.
jaga bahasa dibulan puasa,
jauhi dari perkataan yang lucah.

Minum air pelahan-lahan,
Tata susila harus dijaga.
Jangan nanti puasa sebulan,
Hanya mendapat lapar dan dahaga.
Reply

Use magic Report

aweXgiloz This user has been deleted
Post time 22-10-2003 04:05 PM | Show all posts
Bulan Ramadhan kita berpuasa,
jangan lupa membayar zakat;
bersama-sama kita berusaha,
agar mendapat pahala yang berkat

bukan setakat lapar dahaga,
iman dan takwa harus seiring;
sama-sama memelihara puasa,
kawal mata jangan menjeling

tingkah laku sentiasa dikawal,
jangan tersasar tutur dan kata;
Ramadhan mulia sebelum Syawal,
berlumba-lumba lah kita menambah pahala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2003 03:10 PM | Show all posts
Meriah Ramadhan kini dirasa,
Lebih meriah jamaah di Mekah,
Minggu depan kita berpuasa,
Lebihkan ibabat , lebihkan sedekah.
Reply

Use magic Report

aweXgiloz This user has been deleted
Post time 23-10-2003 07:54 PM | Show all posts
tak kira di mana sama sahaja,
Mekah dan Malaysia tiada beza;
yang penting amal dan ibadahnya,
penuh ikhlas dan hati mulia
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2003 09:07 AM | Show all posts
Pantun ciplak...hehheeheh..

Hari raya semua bagai nak gila
Bila puasa buat-buatlah lupa
Berpakaian semua harus sepadan
Tapi puasa tak cukup sebulan

Berpuasa rukun Islam ketiga
Wajib kita untuk menunaikannya
Tidak kira usia tua dan muda
Miskin dan kaya semua serupa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2003 12:26 AM | Show all posts
Sungguh popular lagu Julia,
Enak lirik serta irama,
Bulan Ramadhan Bulan yang mulia,
Marilah kita ibadat bersama.

Berjuta-juta manusia ke Mekah,
Menunaikan kewajipan bukannya mudah,
Banyak ibadat serta sedekah,
Mudah瞐n diberkati Allah.
Reply

Use magic Report

Robotic This user has been deleted
Post time 27-10-2003 01:07 PM | Show all posts
aku cuma nak kasik tau aku terlupa sahur..TENTION HUUUUUUK

Pandai monyet mencari kutu,
Kutu berlari mati tersungkur
Apa daya mataku kuyu,
Tertidur aku terlupa bersahur.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2003 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by Robotic at 27-10-2003 01:07 PM:
aku cuma nak kasik tau aku terlupa sahur..TENTION HUUUUUUK

Pandai monyet mencari kutu,
Kutu berlari mati tersungkur
Apa daya mataku kuyu,
Tertidur aku terlupa bersahur.




TERLUPA SAHUR TENTION  APA BARANG !!!!

Hang Tuah panglima mashyur,
Pertahankan Melaka dgn adik瞡ya,
Apa barang terlupa sahur,
Asal jangan terlupa niatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2003 04:08 PM | Show all posts
Mokhtar Dahari ahli sukan,
Berbakat besar bermain bola,
Selamat berbuka Etok ucapkan ,
Jangan lupa berterawih pula.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2003 01:06 AM | Show all posts
budak gengster memang jahat
tayar kete abis ditoreh
berterawih hanya 23 rakaat
lepas itu kita  bermoreh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2003 01:40 AM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 28-10-2003 01:06 AM:
budak gengster memang jahat
tayar kete abis ditoreh
berterawih hanya 23 rakaat
lepas itu kita  bermoreh



Dalam bas diisi padat,
Bas pelancung dan juga bas kilang
Terawih peluang utk kita beribadat,
Kerap 8 Etok dah hilang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.734240 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list