|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: SUNRISE PALM
[Copy link]
|
|
|
nak menolak ni
xsabar
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
setel sinun dulu
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti masuk lagi
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ok jom
page 16
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Februari 5, 2026, Khamis - 10:19am
BUTTERWORTH: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita yang ditemukan mati, dipercayai dibunuh di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata kedua-dua lelaki itu ditahan beberapa jam selepas kejadian di sekitar daerah itu.
“Kedua-dua suspek direman hari ini bagi membantu siasatan kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa yang dijalankan di Hospital Kepala Batas hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, media melaporkan mangsa berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik dalam rumah berkenaan dengan kesan kelar pada lehernya.
Difahamkan, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh jiran pada 1.40 tengah hari selepas mangsa, yang juga seorang ibu tunggal tidak memberi sebarang respons meskipun pintu rumahnya didapati terbuka manakala pagar jeriji berkunci.
Mangsa dikatakan mengambil upah menghantar beberapa pelajar yang tinggal di flat berkenaan ke sekolah dan menetap di rumah itu bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Februari 5, 2026, Khamis - 9:39am

Johari Abdul Ghani (lima,kiri) melancarkan Majlis Perasmian Proton e.Mas 7 PHEV di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) semalam. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Proton memperluas strategi elektrifikasinya dengan menceburi segmen kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV), meletakkan Proton e.MAS 7 PHEV baharu sebagai tawaran utama untuk meluaskan pasaran melangkaui kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya.
Pengerusi Proton Tan Sri Syed Faisal Albar berkata langkah syarikat menceburi segmen PHEV mencerminkan pendekatan pelbagai laluan terhadap elektrifikasi, yang bertujuan menangani keperluan mobiliti yang praktikal sambil menyokong peralihan negara ke arah pengangkutan yang lebih bersih.
“Teknologi PHEV berfungsi sebagai penghubung yang berkesan antara kenderaan enjin pembakaran dalaman konvensional dan kenderaan elektrik bateri sepenuhnya, terutama apabila infrastruktur pengecasan terus dibangunkan di seluruh negara,” katanya pada majlis pelancaran Proton e.MAS 7 PHEV di sini hari ini.
Proton e.MAS 7 PHEV dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Walaupun tiada sasaran jualan khusus ditetapkan untuk model PHEV itu, model berkenaan dijangka menerima sambutan pasaran yang positif, disokong oleh permintaan kukuh terhadap penawaran kenderaan elektrik yang terdahulu oleh Proton.
“Kenderaan EV kami, e.MAS 7, telah menunjukkan prestasi yang sangat baik. Lebih 9,000 unit e.MAS 7 telah terjual, menjadikannya model EV tunggal paling laris di Malaysia,” katanya.
Proton e.MAS 7 PHEV ditawarkan dalam tiga varian iaitu Prime, Premium dan Premium Plus, masing-masing berharga RM109,800, RM123,800 dan RM129,800, dengan perbezaan utama tertumpu kepada kapasiti bateri, jarak pemanduan elektrik dan kemudahan pengecasan.
Dikuasakan oleh gabungan enjin petrol dan motor elektrik, model itu menawarkan jarak pemanduan keseluruhan sehingga 1,000 kilometer, manakala varian Premium Plus mampu mencapai sehingga 1,065 kilometer.
Berdasarkan perspektif reka bentuk, model ini menampilkan gaya kenderaan utiliti sukan (SUV) moden dan ditawarkan dalam lima pilihan warna luaran iaitu Obsidian Black, Lithium White, Mercury Silver, Galena Grey dan Aquamarine Blue.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Februari 5, 2026, Khamis - 8:20am
KUALA LUMPUR: Jumlah transaksi yang dijana menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kes penipuan melibatkan transaksi jual beli dan inisiatif terbaharu dalam memperluas skop perlindungan sosial adalah antara isu yang bakal dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengajukan soalan kepada Menteri Kewangan berhubung jumlah peruntukan program SARA melalui sistem MyKasih yang dibelanjakan sepanjang 2025, serta nilai sebenar transaksi dijana dalam pasaran tempatan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Dr Zaliha juga ingin tahu status baki bantuan tidak dibelanjakan penerima hingga tarikh luput 31 Dis 2025 dan pelan penambahbaikan sistem bagi 2026.
Dalam sesi sama, Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan jaminan kerajaan bahawa penempatan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah kementerian itu tidak akan menjejaskan kepentingan, kebajikan serta keberkesanan pelaksanaan agenda berkaitan kaum India.
Sementara itu, V. Ganabatirau (PH-Klang) bertanyakan kepada Menteri Perpaduan Negara sama ada kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu mekanisme atau badan penyelarasan pada peringkat nasional bagi mengurus dan menyelaras hal ehwal agama selain Islam, khususnya berkaitan isu tadbir urus rumah ibadat, pematuhan undang-undang, mediasi konflik komuniti dan keharmonian antara agama.
Pada sesi soal jawab, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tentang jumlah kes penipuan melibatkan transaksi jual beli yang dilaporkan sejak 2023 hingga kini, dan jumlah kes yang dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh itu serta jenis hukuman dikenakan.
Turut tersenarai ialah soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) kepada Menteri Sumber Manusia berhubung inisiatif terbaharu dalam memperluas skop perlindungan sosial kepada pekerja termasuk golongan pekerja gig, kontrak dan separuh masa yang masih terpinggir.
Usai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh kementerian-kementerian berkaitan.
Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac ini.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar autistik berbakat hasilkan lukisan akrilik
Februari 4, 2026, Rabu - 3:47pm

Ainul Syeefa dari Sekolah Model Khas Bukit Jenun, menunjukkan potret harimau dihasilkannya yang kini diabadikan di dalam kalendar sebuah syariikat korporat ketika di temui di sekolah berkenaan hari ini. - Gambar BERNAMA
PENDANG: Sesetengah individu melihat Ainul Syeefa Zamrol, 15, mempunyai kekurangan namun remaja autistik itu ternyata cukup istimewa kerana dianugerahkan bakat dan kebolehan melukis yang luar biasa yang mungkin tidak dimiliki insan normal lain.
Buktinya, hasil lukisan akrilik pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Model Khas Bukit Jenun (SMoKBJ) itu semakin mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk sebuah syarikat perbankan yang mahu mengabadikan karya seninya dalam bentuk kalendar dan poskad korporat.
Ibunya, Suraya Abdul Rahman, 54, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu mula menunjukkan minat dan bakat melukis sejak berusia tujuh tahun sebagai medium mengekspresikan imaginasi serta perasaannya.
Beliau berkata Ainul Syeefa gemar melukis pelbagai subjek termasuk watak puteri, cerita rakyat, bunga, hidupan liar, kupu-kupu serta elemen seni dan kebudayaan.
“Biasanya dia akan melukis pada waktu malam berdasarkan imaginasi yang tercetus daripada bahan bacaan serta tontonannya di YouTube. Sebagai contoh, sekiranya dia membaca kisah Puteri Lindungan Bulan, dia akan menghasilkan lukisan puteri dalam karakter kartun.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Ainul Syeefa dari Sekolah Model Khas Bukit Jenun, menunjukkan sebahagian lukisan yang dihasilkan mengikut imaginasinya ketika ditemui di sekolah berkenaan hari ini. - Gambar BERNAMA
“Ketika melukis dia tidak boleh diganggu dan jika ingin menegur perlu dengan cara yang lembut. Setiap lukisan mengambil masa antara dua minggu hingga dua bulan untuk disiapkan, bergantung kepada saiz kanvas,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Suraya yang juga guru Matematik di sekolah tersebut berkata lukisan yang kaya dengan warna dan bentuk itu bukan sahaja membina keyakinan diri malah berfungsi sebagai terapi emosi buat golongan istimewa seperti Ainul Syeefa.
“Sejak usia 12 tahun, dia aktif menyertai pelbagai program dan pameran seni melibatkan pelajar autistik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Kami sekeluarga banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan kewangan untuk memastikan bakat istimewanya tidak disia-siakan,” katanya yang mula menyedari bakat anaknya itu selepas lawatan ke sebuah galeri seni di Alor Setar ketika Ainul Syeefa berusia tujuh tahun.
Suraya berkata hingga kini hampir 300 lukisan telah dihasilkan Ainul Syeefa, termasuk karya terbaharu Puteri Lindungan Bulan serta merancang menghasilkan lukisan Dang Anum memakan buah nangka inspirasi daripada cerita rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Ainul Syeefa dari Sekolah Model Khas Bukit Jenun (duduk) menunjukkan kemahiran melukis ketika ditemui di sekolah berkenaan hari ini. - Gambar BERNAMA
Sementara itu, Pengetua SMoKBJ Jamkhuriyati Hussain berkata pihak sekolah merancang untuk menubuhkan Galeri Ainul Syeefa bagi menempatkan ratusan karya lukisan pelajar tersebut sebagai tanda sokongan dan penghargaan.
Beliau berkata galeri itu bakal menjadi simbol perjalanan bakat seorang pelajar autistik serta sumber inspirasi kepada pelajar lain untuk berkarya.
“Insya-Allah sebelum Mac ini galeri berkenaan akan direalisasikan dan sebuah blok bangunan kosong akan dihiasi mural menggunakan hasil lukisan Ainul Syeefa,” katanya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengaku bayar murah RM350 sebulan, tapi ibu sedih pengasuh kerja sambil lewa... Biar lampin anak penuh air kencing sampai petang
1 jam lalu
MUNGKIN upah tu agak murah, tapi janganlah abai kebajikan budak-budak.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga langgar janji, cincai siapkan tempahan! Wanita malu hantar makanan ke pusat tahfiz, harga boleh tahan mahal |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Murid Tahun 5 menangis tepi pagar, tuduh cikgu Matematik punca tak suka ke sekolah - “Tapi hari aku tak mengajar pun dia ponteng!” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Layak diberi peluang kedua... Sultan Selangor peluk erat bekas banduan PhD |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayahanda Rani Kulup ditidurkan... Raja Report alami jangkitan bakteria dalam paru-paru |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dihantar ke sekolah agama, anak dedah sikap keji bapa! Popular sebab alim, sebenarnya kaki porno - "Dia tak bagi aku keluar maahad"
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemuda resah bapa nak guna nama buat pinjaman beli kereta keluarga... Manis mulut janji kongsi bayar bulanan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba untuk tidak menjadi seorang yang berjaya, tetapi cuba untuk menjadi seorang yang bernilai. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|