|
|
Sembang Santai Episod 8 Malaysia Tanah Pusaka Bertuah
[Copy link]
|
|
|
PETUA PECAHKAN BATU KARANG YANG SANGAT MUDAH
Bahan yang diperlukan:
1. Segenggam gula batu
2. Sebiji mentimun
3. Segelas air masak
Caranya:
1. Bahan di atas dikisar
2. Tak perlu ditapis
3. Minum pagi ketika perut kosong
Amalkan selama 3 hari berturut-turut insya Allah batu karangnya akan hancur dan keluar bersama air kencing
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ku Mohon
Setiap hari kumohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kala ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah cekalkanlah diriku
Oh Tuhan dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Oh Tuhan oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
???? “Barcode Injury” Luka Halus, Kisah Berat
Dalam prosiding inkues kes Zara Qairina semalam, saksi perubatan ditanya:
“Doktor, adakah anda menemukan sebarang kecederaan berbentuk kod bar pada tubuhnya?”
Jawapan doktor jelas: TIADA.
Pemeriksaan hanya mendapati kelainan pada tangan kiri yang patah, tetapi tiada tanda luka berbentuk jalur selari seperti kod bar direkodkan.
.
Apa sebenarnya maksud “barcode injury”?
Ia merujuk kepada kecederaan jalur selari di kulit, menyerupai corak kod bar.
Ia boleh merujuk kepada Self-harm (kecederaan sendiri) potongan halus berulang, selalunya di lengan atau paha. Ia tanda tekanan emosi yang cuba dilepaskan melalui kesakitan fizikal.
.
Kenapa individu melakukan self-harm dalam bentuk “barcode” (garisan selari)?
Ia biasanya tanda jiwa yang sedang rapuh. Sesetengah remaja memilih garisan selari kerana ia kelihatan konsisten, dan mereka fikir ia cara untuk melepaskan tekanan.
Namun hakikatnya, self-harm tidak menyelesaikan kesakitan emosi ia hanya meninggalkan luka di tubuh, sedangkan luka di hati masih belum terubat.
.
Adakah ini trend ikut ikutan remaja?
Dalam kes self-harm berbentuk “barcode”, memang wujud unsur ikut-ikutan (copycat / contagion effect) terutama di kalangan remaja.
Ada remaja yang berkongsi gambar luka mereka di platform tertentu. Bila rakan sebaya nampak, ada yang terikut untuk cuba “meluahkan” rasa sakit dengan cara sama.
Sebahagian buat kerana rasa ingin tahu atau ingin mencuba selepas melihat kawan melakukannya.
.
Apa yang ibu bapa & guru perlu buat jika ternampak luka begini?
1. Jangan marah atau menghukum ,itu hanya buat mereka lebih menyorok.
2. Tanya dengan lembut , tunjukkan anda peduli, bukan menghakimi.
3. Dengar tanpa cepat memberi ceramah, kadang-kadang mereka hanya mahu didengari.
4. Dapatkan bantuan profesional , bawa jumpa doktor, kaunselor atau psikologis.
.
???? Luka berbentuk “barcode” bukan sekadar garisan di kulit. Ia adalah jeritan senyap daripada jiwa yang sedang menderita..
???? Kanak-kanak dan remaja tidak sepatutnya menanggung derita seorang diri. Kitalah mata, telinga, dan suara mereka.
???? Jika anda atau orang terdekat sedang berdepan tekanan emosi, hubungi Talian HEAL 15555 untuk bantuan dan sokongan
#PublicHealthMalaysia
#fblifestyle
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Public Health Malaysia
Seorang wanita muda menjalani rawatan kesuburan kerana sukar hamil. Doktor mengambil sampel cecair daripada folikel, iaitu kantung kecil dalam ovari tempat telur wanita terbentuk dan membesar.
Hasil ujian sangat mengejutkan. Bukan sahaja sel normal yang ditemui, tetapi juga serpihan microplastik!
.
Kajian terkini menunjukkan kes ini bukan satu kebetulan. Hampir 7 daripada 10 wanita yang diuji didapati cecair folikelnya sudah tercemar microplastik, manakala lebih separuh lelaki pula mempunyai microplastik dalam air mani mereka
Satu lagi kajian di Itali mengkaji pesakit strok. Apabila plak arteri mereka diperiksa, saintis menemui partikel microplastik tersangkut di dalam salur darah.
Penemuan ini amat membimbangkan kerana ia menunjukkan plastik halus bukan sahaja masuk ke sistem pembiakan, tetapi juga boleh menempel di arteri lalu meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.
Bukan itu sahaja, Microplastik nano berjaya menembusi hati, buah pinggang, malah otak, menyebabkan keradangan dan kerosakan sel.
.
Tuan puan,
Plastik yang kita guna hari ini tidak pernah hilang. Ia tidak reput, tidak lenyap, hanya pecah menjadi serpihan kecil dipanggil microplastik.
Serpihan ini terapung di sungai dan laut, jadi makanan ikan ikan, melayang di udara, masuk ke paru paru hinggakan akhirnya masuk semula ke tubuh kita.
.
Apa Yang Boleh Kita Lakukan?
• Kurangkan plastik sekali pakai seperti beg, straw, botol dan bekas makanan jernih tu.
• Pilih bekas makanan dan botol dari kaca, seramik atau keluli tahan karat.
• Elakkan memanaskan makanan dalam plastik. Ya walaupun dalam microwave
• Gunakan pakaian daripada kapas atau bahan semula jadi. Baju jersi Polyester, Nylon antara yang boleh bebaskan mikroplastik
• Jaga kebersihan rumah, gunakan penapis udara untuk kurangkan habuk mikroplastik.
#fblifestyle
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Public Health Malaysia
Tak cukup dengan mak ayah yang kadang memilih kasih,sekarang muncul pula “hukum tak rasmi” anak sulung mesti tegas, anak tengah terpinggir, anak bongsu manja.
Lebih parah bila ada mak ayah yang mula tanam dalam kepala anak sendiri,
“Ini sebab kau anak kedua lah macam ni…”
“Biasalah, bongsu memang manja…”
“Abang sulung, kena jadi contoh…”
Tanpa sedar, kata-kata itu menjadi beban yang anak pikul setiap hari,seolah-olah hidup mereka sudah ditentukan hanya kerana turutan lahir.
Hakikatnya, sains sudah lama buktikan –
personaliti anak tidak ditentukan oleh turutan lahir. Ia dibentuk oleh cara asuhan, kasih sayang, pengalaman hidup, dan sokongan sekeliling.
Bila kita percaya pada generalisasi,
kita sebenarnya sedang menyekat anak daripada jadi diri mereka sendiri.
Anak-anak tak perlukan label. Mereka perlukan mata yang benar-benar melihat siapa mereka,dan hati yang sudi menerima keunikan mereka tanpa bandingan.
Anak akan berubah ikut fasa umur. Yang manja masa kecil boleh jadi matang bila dewasa, dan yang pemalu mungkin jadi sangat yakin diri selepas melalui pengalaman tertentu.
.
Kerana setiap anak adalah istimewa bukan kerana nombor kelahiran,tapi kerana jiwa mereka yang tak sama dengan sesiapa.
#fblifestyle
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Astronomi & Sains
"Ubur-Ubur Di Langit: Kilat Merah Diatas Atmosfera"
Fenomena sprite sering dianggap seperti lukisan cahaya di langit. Ia muncul sekelip mata di atas ribut petir, berwarna merah terang dengan bentuk menyerupai ubur-ubur atau tiang bercabang. Walaupun sains sudah mengenalinya sejak lebih tiga dekad, setiap kemunculannya tetap mengundang rasa kagum.
Sprite ialah sebahagian daripada kumpulan Transient Luminous Events atau TLE. Fenomena ini merangkumi sprite, jet biru, elf, halo dan bentuk lain yang berlaku di atmosfera atas. Ia terbentuk jauh lebih tinggi daripada kilat biasa yang kita lihat di awan.
Kilat biasa berlaku di troposfera, iaitu lapisan udara sehingga 20 kilometer dari permukaan bumi. Sprite pula terbentuk di mesosfera pada ketinggian 50 hingga 90 kilometer. Ada juga yang merebak sehingga ke ionosfera, lebih 100 kilometer dari tanah.
Saiz sprite luar biasa besar. Ia boleh melebar sehingga 40 hingga 80 kilometer, bersamaan jarak antara Kuala Lumpur hingga Seremban. Walaupun saiznya gergasi, tempoh hidupnya hanya beberapa milisaat sahaja.
Fenomena ini terlalu singkat untuk dilihat dengan mata kasar. Biasanya ia hanya dapat dikesan dengan kamera berkeupayaan tinggi yang sensitif terhadap cahaya malap. Astronomi moden membantu kita memahami corak dan strukturnya secara lebih jelas.
Punca utama sprite ialah kilat positif yang sangat kuat. Apabila kilat memindahkan cas elektrik dari awan ke bumi, ia menghasilkan medan elektrik gergasi di atmosfera atas. Medan ini mencetuskan ionisasi udara nipis yang menghasilkan cahaya merah terang.
Warna merah sprite datang daripada molekul nitrogen. Apabila nitrogen teruja oleh tenaga elektrik, ia mengeluarkan cahaya kemerahan yang bercahaya seperti plasma sejuk. Sebab itu sprite kelihatan berwarna merah dengan hujung bawah kadangkala berwarna biru atau ungu.
Bentuk sprite berbeza-beza. Ada yang menyerupai lobak panjang dengan akar halus menjulur ke bawah. Ada juga yang kelihatan seperti ubur-ubur dengan kepala bulat dan ratusan filamen cahaya merah berjuntai.
Sprite ubur-ubur ialah antara yang paling menakjubkan. Ia boleh meliputi kawasan selebar puluhan kilometer dengan ratusan cabang bercahaya yang menyerupai tentakel. Dari jauh, pemandangannya bagaikan bunga api gergasi yang muncul di langit.
Rakaman dari angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa pernah menunjukkan sprite bersaiz hampir 80 kilometer. Dari orbit, ia kelihatan seperti letupan merah raksasa di atas ribut tropika. Fenomena ini hanya berlangsung beberapa milisaat, tetapi kesannya menakjubkan.
Selain sprite, terdapat juga jet biru yang memancar dari puncak awan ke arah atas. Jet ini berwarna biru kerana terbentuk pada lapisan atmosfera lebih rendah berbanding sprite. Walaupun lebih jarang dirakam, jet biru membuktikan bahawa ribut petir mempunyai hubungan terus dengan lapisan udara atas.
Fenomena lain ialah elf, iaitu lingkaran cahaya merah yang merebak secara mendatar dengan kelajuan cahaya. Elf boleh membesar sehingga 400 kilometer dalam diameter dalam sekelip mata. Ia berlaku apabila gelombang elektromagnetik daripada kilat melanda ionosfera.
Semua fenomena ini membentuk satu keluarga misteri yang baru mula difahami sains sejak tahun 1989. Ketika itu saintis berjaya merakam sprite pertama secara tidak sengaja. Kini, teknologi kamera berkelajuan tinggi membolehkan kita mengenal pasti pelbagai jenis TLE.
Walaupun jarang dilihat, sprite sebenarnya berlaku dengan kerap. Di seluruh dunia, ribut petir menghasilkan ribuan sprite setiap malam. Hanya sahaja ia terlalu singkat dan terlalu tinggi untuk diperhatikan mata biasa.
Sprite juga memberi kesan penting dalam kajian atmosfera. Ia menunjukkan bahawa kilat di bumi boleh mempengaruhi lapisan udara sehingga ke ionosfera. Hal ini membuktikan wujudnya hubungan elektrik yang kompleks antara bumi dan angkasa.
Beberapa kajian menyatakan sprite boleh mempengaruhi komunikasi radio dan sistem navigasi. Gangguan kecil di ionosfera akibat sprite boleh menjejaskan gelombang radio jarak jauh. Walaupun kesannya tidak besar, ia tetap menarik perhatian penyelidik.
Ini juga memberi peluang kepada ahli fizik plasma mengkaji sifat gas pada tekanan rendah. Sprite ibarat makmal semula jadi di langit yang menunjukkan bagaimana plasma terbentuk. Ilmu ini boleh digunakan dalam teknologi tenaga dan kejuruteraan.
Masyarakat dahulu mungkin melihat sprite sebagai tanda mistik di langit. Dalam catatan sejarah, ada laporan tentang cahaya aneh di atas ribut yang tidak pernah dijelaskan. Sains moden akhirnya membuktikan ia adalah fenomena elektrik sebenar.
Untuk merakam sprite, jurugambar perlu berada jauh dari ribut petir dengan langit yang gelap. Kamera sensitif digunakan untuk menangkap cahaya malap di ufuk. Hasilnya sering kelihatan menakjubkan seperti seni kosmik yang tergantung di langit.
Setiap kali sprite muncul, ia mengingatkan kita bahawa bumi dan atmosfera masih menyimpan banyak rahsia. Ribut yang kita lihat di permukaan hanyalah sebahagian daripada cerita. Di atasnya wujud fenomena lain yang lebih besar dan lebih misteri.
Penyelidik masih mencari jawapan penuh tentang bagaimana sprite terhasil dengan begitu teratur. Walaupun kaitannya dengan kilat positif sudah jelas, masih banyak persoalan tentang corak bercabang yang kompleks. Misteri ini terus mendorong saintis memerhati langit malam.
Dengan semakin banyak satelit dan kamera berkelajuan tinggi, pengetahuan kita tentang sprite semakin berkembang. Setiap rakaman baharu membawa data yang boleh membantu menjawab soalan lama. Fenomena ini kini menjadi salah satu bidang aktif dalam kajian atmosfera.
Bagi masyarakat umum, sprite ialah keindahan alam yang jarang dapat disaksikan. Ia seakan gabungan sains dan seni yang muncul sebentar lalu hilang. Keindahannya membuatkan sesiapa yang melihatnya terasa kecil di hadapan kebesaran ciptaan Tuhan.
MasyaAllah, sprite ubur-ubur di langit memberi kita peluang merenung kebesaran alam. Dalam sekelip mata, fenomena ini mengingatkan bahawa langit bukan sekadar gelap, tetapi penuh dengan rahsia. Ia adalah tanda bahawa ciptaan Tuhan tidak pernah berhenti memukau mata manusia.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Astronomi & Sains
Kadangkala jalan mudah sesak (jammed) walaupun di depan tiada kemalangan, tiada kereta masuk dari lorong lain atau tidak hujan. Apabila jalan mula tak sesak, kita pelik kenapa awal-awal tadi boleh sesak sedangkan tidak ada apa-apa pun.
Ini fenomena "phantom jam" disebabkan hanya kereta terlalu banyak.
Apabila kereta banyak, satu cara untuk pastikan kereta berjalan lancar ialah dengan memastikan setiap kereta kekalkan kelajuan yang sama dan berada dalam jarak optimum (tidak terlalu dekat atau tidak terlalu jauh) antara kereta lain.
Kalau kereta semua ikut rapat-rapat, dan satu kereta mula perlahan secara tiba-tiba akan mengakibatkan kereta-kereta di belakang pun akan ikut perlahan, lalu mengakibatkan kesesakan. Kesan domino.
Memperlahan kereta tiba-tiba boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor seperti memotong, ada orang masuk lorong dan sebagainya. Kalau kereta banyak, tidak sesuai sebenarnya memotong kerana akan bertambah sesak dan berlakunya "phantom jam".
Ada kemalangan di seberang jalan pun boleh akibatkan "phantom jam". Lorong anda tak ada kemalangan, tapi lorong sebelah sana ada kemalangan. Mesti ada yang perlahankan kereta tiba-tiba sebab nak tengok kemalangan itu.
Baru satu kereta. Kalau banyak kereta macam ini? Bertambah teruk kesesakannya.
Menariknya, ada kajian dibuat cuma semut sahaja yang dapat elakkan "phantom jam" ini. Dalam satu lorong kecil, semut dapat bergerak dengan lancar walaupun mereka banyak.
Sebabnya apa? Sebab mereka mempunyai tujuan yang sama, mereka bekerjasama dan ada koordinasi.
Manusia tidak sebegitu. Setiap individu di atas jalan raya mempunyai tujuan masing-masing, mempunyai kecemasan masing-masing dan kita berkecenderungan mementingkan diri sendiri di atas jalan raya. Yang penting urusan kita selesai dulu, urusan orang lain kita tak peduli.
Ada orang cakap, kalau semut pandu kereta, kesesakan pun berlaku. Tidak betul kerana manusia yang tidak memandu kereta pun boleh sesak seperti keluar stadium dan keluar masjid sewaktu solat Jumaat. Masuk ke dalam kereta api boleh sesak sebab berebut-rebut.
Maka, untuk selesaikan masalah trafik ini sebenarnya semudah mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi dan banyak gunakan pengangkutan awam terutamanya kereta api. Sebab apa?
Sebab kereta api dapat membawa individu-individu pentingkan diri ini dalam satu koordinat yang tersusun.
Kita nak cepat ke, ada kecemasan ke, mahu tenang-tenang pergi Bulan ke, pergi mampus ke semua akan bergerak dengan kelajuan yang sama.
Namun, pengangkutan awam kita pun tidak begitu efisyen.
Sebab itulah ramai lebih suka menggunakan kenderaan sendiri. Teapi kalau efisyen, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan sebab orang akan mengutamakan kenderaan awam. Kenderaan atas jalan raya dapat dikurangkan.
Di masa hadapan, antara tujuan utama penciptaan kereta pandu sendiri (autonomous car) adalah untuk meningkatkan kecekapan pemanduan dan melancarkan arus di jalan raya selain daripada untuk menurunkan kadar kemalangan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|