CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

Puteri Sarah tak henti-henti aib rumah tangga? Berlagak seperti mangsa pula

[Copy link]
 Author| Post time 6-1-2023 09:13 PM | Show all posts
Semoga Allah Gantikan ‘Ayah’ Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya’ – Ibu Syamsul Yusof


Berita pernikahan Syamsul Yusof dan Ira Kazar mengejutkan ramai orang apabila pengarah sensasi itu mengumumkan menerusi akaun Instagram (IG), hari ini.


Doa untuk cucu




Ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail memberi respon mengenai isu yang hangat diperkatakan.

Menerusi hantaran menantu kesayangannya, Puteri Sarah di IG, Patimah mendoakan agar cucu-cucunya dikurniakan pengganti figura ayah yang lebih baik daripada Syamsul.

Semoga Allah gantikan ‘Ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya.

Dalam pada itu, Sarah turut memberitahu dia akan memberi penjelasan lanjut mengenai berita pernikahan Syamsul dan Ira menerusi rakaman video.

Pada sebelah petang tadi, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Terdahulu, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.

Sumber: Instagram
https://ohbulan.com/semoga-allah ... a-ibu-syamsul-yusof

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2023 09:15 PM | Show all posts
‘Ayah Yang Banyak Kali Keluar Rumah Tinggalkan Mama, Abang & Adik..’



Isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof tampil memberi respon selepas suaminya mendedahkan sudah bernikah dengan anak pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar.



Puteri Sarah ucap tahniah



Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Sarah mengucapkan tahniah buat Syamsul dan Ira atas ikatan perkahwinan mereka. Dakwa Puteri Sarah lagi, suaminya itu sudah berkahwin lain sejak beberapa bulan lalu.

Ujar Puteri Sarah lagi, isteri kedua Syamsul Yusof dikatakan telah melanggar injuction order dan menghina mahkamah. Puteri Sarah juga seakan memberi bayangan mahu memfailkan saman terhadap Ira Kazar sebanyak RM10 juta.

Terdahulu, Syamsul Yusof membuat pendedahan sudah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Kazar.


Respon Puteri Sarah








Sumber: Instagram Puteri Sarah
https://ohbulan.com/ayah-yang-ba ... kan-mama-abang-adik


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2023 09:20 PM | Show all posts


Ralat Syamsul simpan rahsia empat tahun – Yusof Haslam

PETALING JAYA – Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak tahu menahu tentang pernikahan anaknya, Syamsul Yusof dengan Ira Kazar di Thailand, seperti diumumkan hari ini.

Sebagai bapa, Yusof hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantunya, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, namun berasa ralat apabila Syamsul menyembunyikan perkara tersebut sekian lama.

“Saya hanya tahu mengenai pernikahan Syamsul selepas dimaklumkan seorang kakitangan Skop Productions. Dia memang tak bagi tahu apa-apa kepada saya dan ibunya.

“Siapa saya untuk menolak qada dan qadar, sebaliknya hanya dapat mendoakan yang terbaik untuk Syamsul dan Sarah. Mana-mana ibu bapa pun tentu melakukan perkara serupa.

“Cuma saya rasa ralat dengan tindakan Syamsul menyimpan rahsia perhubungannya sejak empat tahun lalu, selain enggan berterus terang kepada isterinya sehingga Sarah pula dituduh cuba buka aib suami.

“Kalau dia berterus terang lebih awal, isu ini tidak berpanjangan dan tidak diperkatakan masyarakat, tapi benda (pernikahan) sudah berlaku. Saya tak boleh cakap apa,” katanya kepada Kosmo! Online.

Begitupun sebagai orang tua, Yusof menerima perkhabaran yang bukan diluahkan secara berhadapan dengannya itu dengan berlapang dada.

“Paling penting adalah beri semangat kepada Puteri Sarah kerana sebagai isteri, dia yang menanggung segala rasa. Dia juga punya hak untuk membuat sebarang keputusan yang dirasakan wajar,” katanya lagi.

Yusof turut meninggalkan pesanan kepada Syamsul supaya jangan melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak andai berlaku sesuatu kepada rumahtangga dengan Puteri Sarah.

Perkahwinan pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Sumayyah, 3,

Petang tadi pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mendedahkan sudah mengahwini Ira berwalikan ayah mertuanya yang juga pelakon terkenal, Kazar Saisi.

Pengumuman tersebut secara tidak langsung menamatkan spekulasi hubungan Syamsul dengan Ira yang didakwa berlangsung sejak empat tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... tahun-yusof-haslam/

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
awex^returns replied at 6-1-2023 11:37 AM
skandal ngan bighah 4 tahun, tapi sumayyah 3 tahun
maknanya soley soley memang jenis tak cukup soran ...

Adakah Ik n Sol dah terlanjur..kalau terlanjur nasib baik tak kena penyakit kelamin. Sian PS. All this time dia mmg provoke Sol untuk mengaku sebab dah setahun Sarah kena blok, Sol pun dah abaikan Sarah 4 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nozot replied at 6-1-2023 09:26 PM
Adakah Ik n Sol dah terlanjur..kalau terlanjur nasib baik tak kena penyakit kelamin. Sian PS. All  ...

Kalau tengok IG PS dia ada cakap masa dalam pantang tengok video soley soley ngan bighah

So memang adalah video tu kan

Syaithonnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2023 10:02 PM | Show all posts
hmmm mcm2 la mereka ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2023 02:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.092820 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list