|
[Makanan & Minuman]
Western & Fast Food Vol 1
[Copy link]
|
|
Mesmerize,
Baked potato/Kentang bakar
• 5 biji kentang besar dibelah 4-tak perlu buang kulit
• 2 sudu kecil lada hitam kasar
• 1 sudu serbuk oregano
• 1 sudu serbuk rosemerry
• 5 ulas bawang putih, diketuk tak perlu buang kulit
• sedkit garam
• sedikit minyak zaitun
Caranya:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat
2. Masukkan bawang putih dan kentang dan taburkan herba rosmerry, oregano dan lada hitam.
3. Gaulkan hingga kentang 1/4 masak
4. Pindahkan kedalam mangkuk tahan panas dan bakar dalam oven dengan sehu 170 darjah celcius selama 30 minute atau sehingga kentang nasak. |
|
|
|
|
|
|
|
want2bhappy,
Coslow resepi
Bahan-bahan ( untuk 4 orang )
2 cawan kobis bulat mentah yang dipotong halus2 (dikeringkan dengan tisu)
1 cawan carrot yang dipotong halus2 (dikeringkan dgn tisu)
1/2 cawan mayonis - @ ikut masing2 nak banyak atau sikit pun boleh
5 sudu besar susu segar
sedikit garam
lada hitam serbuk (jika suka)
Cara-cara
Potong halus2 kobis bulat dan carrot, basuh dan tos kan dan keringkan dengan tisu.
Campurkan dengan mayonis, susu segar dan sedikit garam. Boleh letak sedikit lada hitam serbuk jika suka
Gaul sebati dan simpan dalam peti ais dalam 1-2 jam, kemudian boleh dimakan. |
|
|
|
|
|
|
|
want2bhappy
Pancake Pisang
Bahan-bahan ( 8 keping )
1 cwn tepung naik sendiri
2 sudu besar gula
secubit garam
1 biji telur
1 cwn susu segar
2 sudu besar minyak masak/mentega
2 biji pisang rastali, dilenyek
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk yang besar.
Campurkan telur, susu, minyak, pisang dan esen vanilla dan kaca sehingga sebati.
Masukkan bahan2 basah ke dalam bahan2 kering dan kacau sehingga tiada ketulan tepung.
Panaskan non stick pan dan ambil 1/4 cwn adunan untuk bentukkan satu lempeng.
Biarkan atas lempeng itu berbuih2 dan kelilingnya kecoklatan barulah pusingkan dan biarkan selama seminit lalu angkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Garlic rolls
Bahan
3 cup tpg roti
1 cup air (lebih kurang)
1 sd besar instant yis
1 tsp salt
2 sd besar gula pasir
3 sudu besar minyak zaitun/ shortening/minyak masak
Garlic spread
Bahan
50gram butter bergaram ,suhu bilik
4 ulas bawang putih ,cincang halus
daun parsley atau coriander , cincang halus
Campur semua bahan ini dan kacau rata.Bahan ini boleh disimpan selama seminggu dalam fridge.
Masukan semua bahan dan bread mesin. Tekan button doh. Biarkan bread machine menguli doh dan menjalankan proses mengembangkan doh .Proses ini ambil masa satu setengah jam.
Setelah siap keluarkan doh dari bread machine. Letak atas papan pencanai. Gelek doh ketebalan ½ inci. Sapu garlic spread di permukaan doh tersebut. Gulung ketat-ketat dan potong 10 keping. Susun dalam Loyang yang telah digriskan. Sapu baki garlic spread diatas doh itu dan tabor bijan. Biar doh mengembang sekali ganda.. Spray air dan bakar sampai perang. Hidangkan panas panas dengan sup cendawan |
|
|
|
|
|
|
|
Mushroom soup
bahan
1/2 keping dada ayam, potong kecil
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum
Cara-cara
masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn garlic rolls. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 282# Noyen
Ko patut try Ribeye.. Tu menu Tony Romas yg agak special.. Harga pun sedap juga.. Kalau wagyu lagilah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|