ereka fesyen rahsiakan pernikahan Nad demi 7 tahun persahabatan
Teka-teki perkongsian video perkahwinan pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail terjawab selepas pereka fesyen terkenal, Seth & Luna membongkar ‘rahsia’ tentang majlis pernikahan pasangan terbabit. Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya, demi menjaga hubungan persahabatan selama tujuh tahun , Seth & Luna mengakui terpaksa menyimpan rahsia terbesar majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin itu. “Bermula sebagai klien Seth & Luna dan seterusnya diberi kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan di atas tujuh tahun kami beliau (Nad Zainal) mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dirinya dan bakal suami (kini suami). Antara rahsia yang kami simpan dengan enuh rasa hormat. Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu kepada Nad dan Ungku Ismail Aziz. Semoga mahligai perkahiwnan yang dibina bahagia dan berkekalan sehingga ke Jannah (syurga),” tulisnya. Dalam hantran berbentuk video, kelihatan Nad Zainal atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin dan Ungku Aziz dirias oleh jurusolek dan pengasas produk terkenal, Datuk Alha Alf Mempelai turut digayakan oleh jurugaya terkemuka, Tym Fatimah. Bahkan, turut dikongsikan video Nad memeluk erat suaminya dengan penuh rasa cinta selepas kedua-duanya selamat disatukan dipercayai pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Untuk rekod, Nad, 32, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Faliq Amiruddin, namun bercerai pada 3 September lalu selepas tujuh tahun hidup bersama. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun. – KOSMO! ONLINE
netijen yang derma ....agak2 bila kawin nanti, mampu tak gunakan datuk alpha dan tym fatimah
|