wahai sang kunci
mohon hamba bertanya seikhlas hati
kenapa hari ni puisinya menyanyat hati
hing ...
assafdiyah Post at 4-10-2010 15:10
Di ruangan ini
kunci menggarap kata bertinta hati
jemarian mengetuk mengikut rentak hati
iramanya bertukar-tukar pelbagai melodi
tiada kaitan dengan emosi kunci
hanya curahan ilham ke lebaran ini
jika terkesan itulah kualiti kata puisi.
buatlah hamba rasa gembira
hingga terubat hati yang luka
atau sang kunci sendiri sedang sengsara ...
assafdiyah Post at 4-10-2010 15:12
Buat orang ketawa bukan kerja mudah
lawak tak menjadi, jadi bahan tak berfaedah
mengubat luka bukan kerja susah
cuma parut yang tinggal buat kita parah.
kunci biasa begitu
jika menulis jadi berhantu
terus menerus macam buat buku
sedar-sedar mata dah layu.
Aku hanya kunci
aku logam disaluti emas
diberikan sifat-sifat manusia
punya hati
punya perasaan
bersuara dalam sepi
mendengar dari kejauhan
inginku membuka setiap pintu hati
agar dapatku tatapi diari sanubari
jadi aku lebih mengerti
kehidupan yang berduri.
II - status
Aku sangat popular
siapa yang tak kenal kunci
setiap orang punya kunci
nak guna kenderaan kena ada kunci
nak bukan komputer kena ada kata kunci
nak menaip di komputer kena ada papan kekunci
nak masuk rumah kena ada anak kunci
nak buka peti besi kena ada nombor kunci
pendek kata semua pakai kunci!!!
III - Pengalaman
Aku cukup banyak pengalaman
banyak berjalan
luas pandangan
sentiasa di lapangan
meskipun
adakala aku hanya simpanan.
IV- Jangka hayat
Aku bergantung kepada persekitaran
jika tangan-tangan tidak berperi kemanusiaan
aku musnah jadi barang buangan
begitulah nasib kalau tiada pegangan.
Cinta itu datang tanpa diundang Inginku lari sembunyikan diri Namun cinta yang datang tidak bisa dihalang Terperangkap aku dalam mainan perasaan Aku lelah berlari mengejar sebuah impian
Ya Allah lindungi aku dari ujian ini Aku berserah kepada-Mu yang maha mengetahui Namunku cuba meredhai Gagalnya aku menolak kepalsuan
Dalam kedukaan Ingin aku meluahkan Dilema membuat keputusan Untuk menentukan Segala yang berlaku Tidak merosakkan jiwa Aku pasrah dan bertawakal Kepada-Mu Ya Allah Anugerakanlah Nasib yang baik kepadaku.
Kau datang padaku
pada malam yang kian membisu
kau begitu ghairah mencariku
kulit gebuku kau cium bertalu
kau menjalajah disegenap badanku
kakiku
belakangku
semua kau serbu
kau menyedut di setiap inci kulitku
mulus kulitku buat kau bernafsu melulu
kau memang buat aku bernafsu!!! "Pap"!!! mati kau nyamuk.
"Abang.."
uu manjanya bisikan singgah ke telingaku
"tengoklah bang dah meleleh air kat kepala ni"
aik!!! takkan la baru saja abang keringkan tadi
"entahlah bang banyak sangat keluar airnya"
oklah sayang nanti abang tukar kepala paip baru.
Jika kita menyayangi
belum pasti ianya akan berkekalan
sayangilah diri leb ...
Goldkey Post at 4-10-2010 11:48
Ketika rasa sayang mula menyiksa
saya atasi dengan rasa benci
lalu rasa itu kian terbunuh
walaupun setitik demi setitik.
Tapi saya merasakan tidak selamanya benci itu jahat
karena kadang benci itu berlogik juga
logik yang melawan perasaan sayang
sayang yang tak berwujud
hanya ada dalam angan semu.