CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V138'

 Close [Copy link]
 Author| Post time 16-3-2022 05:34 PM | Show all posts
amiraira replied at 16-3-2022 05:30 PM
ni br balik amik dia keje la

mira masuk lewat sikit tadi

tak apa mira
biarkan slow janji mira tetap masuk juga



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 16-3-2022 05:28 PM
kalau macam nov jangan lagi berkawan dengan dia
bukan matt ajar untuk memutuskan silaturahim sesam ...

Mmg nov terpaksa let go. Sbb nov rs gagal nk guide kawan nov tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 05:38 PM | Show all posts
alhamdulillah. mod yg lg sorang dah diremove.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 05:39 PM | Show all posts
langit dah gelap kt sini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 05:54 PM | Show all posts
Dapatkan nasihat sebelum buat pengeluaran khas KWSP

Mac 16, 2022 @ 5:37pm



Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 menunjukkan tanda prihatin terhadap isu yang melanda rakyat -NSTP/Aswadi Alias



KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada mana-mana agensi berkaitan, sebelum membuat keputusan mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka.

Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata ini penting, bagi memastikan golongan itu membuat keputusan sewajarnya terutama tidak menjejaskan simpanan hari tua mereka.

"Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 menunjukkan tanda prihatin terhadap isu yang melanda rakyat, terutama membabitkan pencarum KWSP.

"Walaupun ekonomi semakin pulih, ada beberapa kumpulan masyarakat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19, termasuk musibah banjir baru-baru ini.

"Namun, kerajaan perlu memastikan ada ruang dan peluang untuk pencarum mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan kewangan secara berterusan, sebagai contoh melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), bagi memastikan pengeluaran secara optimum dan tidak disalahgunakan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000, bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak, dan berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Sementara itu, pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata pencarum juga perlu memikirkan keperluan sebenar, sebelum membuat pengeluaran kerana ia membabitkan kesan jangka panjang kedudukan kewangan mereka selepas bersara.

Beliau berkata, di Malaysia, 35 peratus rakyat kurang pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, manakala 65 peratus langsung tiada pengetahuan berkaitan aspek berkenaan.

"Ada pencarum yang merasakan pengeluaran (KWSP) adalah hak mereka tanpa memikirkan masa hadapan...mereka fikir jangka pendek sahaja. Kalau boleh, elaklah keluarkan. Cuma realitinya memang ada kumpulan rakyat yang amat memerlukan (pengeluaran KWSP).

"Justeru, kerajaan perlu melihat perkara ini dengan lebih terperinci, termasuk menyediakan khidmat nasihat sama ada secara formal atau pun tidak formal, termasuk memberi khidmat kaunseling kepada pencarum, bergantung kepada keperluan mereka," katanya.

Bagi pekerja swasta, Mariam Abdul Rahman, 38, 'khabar gembira' itu sudah lama dinantikan bagi menjelaskan tunggakan pinjaman perumahan, yang gagal dijelaskan akibat kekangan kewangan.

"Tambah menyukarkan, suami juga kehilangan pekerjaan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), selain nama disenarai hitam," katanya.

Pengumuman itu turut mendapat reaksi positif orang ramai yang membanjiri ruangan komen Facebook Perdana Menteri, dengan ucapan syukur dan terima kasih.

Pengguna Facebook dengan nama akaun Hasni Abd Ghani, menzahirkan rasa lega dengan kebenaran itu yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesusahan dan keperitan hidup mereka yang terkesan.

"Moga langkah ini memberikan nafas baharu bagi mereka yang betul-betul kesempitan untuk menempuhi kehidupan seterusnya," katanya.

Monica Leong Peik See pula menyatakan "Akhirnya ia dibenarkan! Syukur pada Tuhan."
-BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 05:58 PM | Show all posts
35 peratus dewasa belum ambil dos penggalak

Oleh K Mohana Priya - Mac 16, 2022 @ 4:42pm   [email protected]




Warga emas menerima suntikan dos penggalak. - Foto fail NSTP




KUALA LUMPUR: Sebanyak 35 peratus orang dewasa di negara ini belum mengambil suntikan dos penggalak, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau menerusi akaun Twitter memaklumkan, dos penggalak adalah cara terbaik bagi melindungi daripada kesan teruk jangkitan COVID-19 seperti kematian, khususnya bagi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas serta golongan komorbid.

Berikutan itu, beliau menggesa orang ramai supaya segera mendapatkan dos penggalak bagi melindungi diri mereka daripada wabak itu.

Laman web COVIDNOW menunjukkan seramai 15,357,069 individu dewasa atau 65.3 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini sudah menerima dos penggalak COVID-19, setakat semalam.

Data juga menunjukkan seramai 22,937,707 orang atau 97.5 peratus daripada populasi sama sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,213,875 orang atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun, seramai 1,197,667 individu atau 33.7 peratus kumpulan itu sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun, sejumlah 2,839,254 individu atau 91.3 peratus daripada populasi itu sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,938,900 orang atau 94.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ia menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan kepada rakyat negara ini sebanyak 68,275,177 dos.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2022 06:04 PM | Show all posts
mattzzx replied at 15-3-2022 04:27 PM
terima kasih dan selamat check in SP..

tima kasih sudi menjemput...
seru la selalu



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 06:05 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 15-3-2022 04:14 PM
kaka kurang sihat sikit.mlm td dah ok tp pagi ni kena balik.
kt sini pagi td mendung. skrg panas.  ...

kat sini pagi tadi hujan lebat gila
sampai terlewat bangun

dah petang ni rasa berbahang pula panasnya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ciksurie at 16-3-2022 06:08 PM
mattzzx replied at 15-3-2022 10:05 AM
hola ciksu

terima kasih sudi check in


selamat petang matt..
mlm nie dinner nasi kerabu...lama tak makan..sambil teman ma mkn..dia nak bukak posa
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 16-3-2022 05:54 PM
Dapatkan nasihat sebelum buat pengeluaran khas KWSP

Mac 16, 2022 @ 5:37pm

ada syarat syarat ker kaka..kalu nak keluarkan caruman?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 09:14 PM | Show all posts
ciksurie replied at 16-3-2022 06:25 PM
ada syarat syarat ker kaka..kalu nak keluarkan caruman?

tak pasti riri. nti kaka tepek berita lg. td ada nmpk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 09:17 PM | Show all posts
Permohonan pengeluaran khas KWSP bermula 1 April
MOHD HAFIZ ISMAIL | | 16 Mac 2022


Permohonan tersebut juga akan ditutup pada penghujung bulan depan dan tempoh pembayaran akan dilaksanakan sebelum 20 April 2022. Foto hiasan


SHAH ALAM - Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April nanti.


KWSP dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, permohonan tersebut juga akan ditutup pada penghujung bulan depan dan tempoh pembayaran akan dilaksanakan sebelum 20 April 2022.


"Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.


"Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak," maklum kumpulan tabungan pekerja itu.


Ismail Sabri dalam Sidang Media Khas mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.


Dalam sidang akhbar khasnya, Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.


"Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.


"Justeru, hari ini (Rabu) kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... WSP-bermula-1-April
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 09:20 PM | Show all posts
KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan: Tengku Zafrul
NURUL HUDA HUSAIN | | 16 Mac 2022


Tengku Zafrul


SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memastikan pengeluaran khas RM10,000 yang baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipermudahkan.


Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perbincangan mengenai perkara tersebut juga telah selesai dilakukan.


“Saya baru habis berbincang dengan KWSP. Mereka akan memastikan agar pengeluaran khas KWSP ini dipermudahkan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.


Pada Rabu, kerajaan mengumumkan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.


Bagaimanapun katanya, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ahkan-Tengku-Zafrul
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 09:29 PM | Show all posts
RON95 kekal, RON97 naik 25 sen

Mac 16, 2022 @ 6:33pm



- Foto hiasan



KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik 25 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 23 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit baharu petrol RON97 naik daripada RM3.75 seliter kepada RM4 seliter.

"Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar meningkat melebihi paras harga siling," kata kenyataan itu.

MOF berkata, harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 09:45 PM | Show all posts
mattzzx replied at 16-3-2022 04:12 PM
itu desakan org politik

semoga rakyat yg mengeluatkan duit epf tu berbelanja lah dengan hikmah

zura pun berharap mcm tu juga. biarlah sesapa pun nk keluarkan duit epf tu. masalah org kita tak tau.
semoga duit tu digunakan sebaik yg mgkn.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 09:53 PM | Show all posts
mattzzx replied at 16-3-2022 04:13 PM
mungkin matt kaya raya dengan tacang jer nanti...heheee

zura skrg dah kaya raya dgn kedit tp masih lg masuk lubuk kedit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 09:55 PM | Show all posts
mattzzx replied at 16-3-2022 04:15 PM
matt tak tentu makan nasi tu brapa kali
kadang2 1, 2 atau 3 kali
tengok hari juga lah

org lelaki setiap hari mesti cari nasi kan.
klu org perempuan tak kisah sangat. makan benda lain pun ok asalkan kenyang.

kena ajar juga sikit2 buat keje rumah.
jgn dah besar nti apapun tatau.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 09:57 PM | Show all posts
mattzzx replied at 16-3-2022 04:17 PM
dah dapat dedak tu terpaksa lah sokong sampai bila bila..

betul. sb dah rasa terhutang budi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 09:58 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 14-3-2022 05:05 PM
alhamdulillah. terima kasih matt
baru nk tanya pic makanan. klu dah letak sana kaka dah rate dah rasanya td,
ms kaka reply tu kaka dah rate
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 10:00 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 14-3-2022 05:05 PM
alhamdulillah. terima kasih matt
byk lg tu 178 bulan. nape tak friendly lak antara rhb dan bank rimau.
nov buat 15thn
kan bole buat 30 thn tp nov target umur 50 atau 55 nk buat full settlement
lg lama loan lg tgg interest
klu buat 30 thn bulanan rm100++
mcm nov buat 15thn rm300++

interface x friendly
klu kaka ade guna dua2 apps ni kaka akan pasan satu rs mudah satu lagi x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.372329 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list