CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN by Ruhil Amani

   Close [Copy link]
Post time 28-7-2010 07:39 PM | Show all posts
Reply 299# bunick


syoknya la kalo smua jd rakyat msia pnya smangat cam bunick ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 11:59 PM | Show all posts
Enchik housemate akak abg aji gak...
TAPI bkn le Haji Wahi Or haji Bakhil
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 07:11 AM | Show all posts
assalamualaikum & monin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 05:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 29-7-2010 17:14

Miko tarik beg AF dengan laju. Dia dah lambat. Kalau dia terlepas train ERL yang ini, maknanya dia harus tunggu lagi dua jam. Sambil melangkah atau lebih tepat lagi berlari anak, dia sempat mengerling jam di tangan kanannya. Lagi lima minit train akan berlepas dari stesen ERL KLIA. Dia dah tak peduli dengan nasib begnya yang terhuyung hayang mengikut langkahnya yang sedikit gelong itu.


Miko akhirnyaberjaya sampai di kaunter tiket pada waktu kecederaan train nak berlepas. Petugas di kaunter tiket yang seolah-olah faham dengan keadaan Miko yang nak kejar train cepat-cepat ambil tiket dan hulur kat Miko lepas Miko bagitau nak turun KL Sentral. Miko main rentap je tiket dari petugas tu, sekarang bukan masanya untuk berbudi bahasa. Lagipun bulan budi bahasa budaya kita lambat lagi nak tiba.


Miko angkat begberoda dan terus lari mengalahkan Watson Nyambek. Bezanya Watson Nyambek lari kat atas trek balapan manakala Miko pula lari turun tangga untuk kejar train. Nasibnya memang baik sekali, sebaik shaja dia meloloskan diri ke dalam train itu, pintu train tertutup rapat dan train meluncur perlahan dan kemudian semakin laju membelah pekat malam.


“Yes! Yes! Yes!” Jerit Miko sambil senyum lebar. Berjaya jugak dia kejar train ni. Lagaknya dah macam menang larian pecut 50m je sekarang ni. Menyedari yang telatahnya diperhatikan oleh penumpang lain dalam train itu, Miko cepat-cepat jatuhkan beg beroda ke lantai train dan tarik beg itu untuk cari tempat duduk.


“Mana aku nak duduk ni, semua seat dah penuh.” Rungut Miko perlahan. Pandangan jatuh pada sebuah kerusi yang dihuni oleh sebuah beg beroda berwarna hitam. Sekali pandang, beg itu kelihatan sama saja design dan warna dengan beg yang ditarik olehnya. Kelihatan seorang lelaki yang memakai kemeja putih dan slack hitam sedang membaca majalah di kerusi sebelah.


“Mesti beg mamat pilot tuh.” Miko cakap sorang-sorang. “Sedara, beg sedara ni ada tiket jugak ke?” Dengan penuh selamba Miko tanya mamat pilot yang sedang baca majalah.


“You cakap dengan I ke?” Mamat pilot tu tanya Miko balik.


“Saya tanya sedara, beg sedara tu pun ada tiket jugak ke?” Miko memang dah angin dengan gaya mamat pilot ni. You I you I konon, muka sah-sah orang Batang Kali je, tak pun orang Kuala Kubu Bharu. Miko kutuk mamat pilot tu dalam hati.


Ek eleh, kereknya minah ni. Hijjaz Amin tengok je Miko yang masih belum mengalihkan pandangannya dari beg beroda yang ada kat atas kerusi sebelah. Lambat-lambat dia turunkan beg itu ke atas lantai.


“Tak ada tiket rupanya beg sedara ni.” Miko cakap sambil duduk kat atas kerusi sebelah Hijjaz Amin.


“Memang la tak ada tiket, tapi sedari tak boleh cakap elok-elok ke?” Hijjaz dah panas dah tengok Miko yang masih belum puas menyindir dia.


“Sedara, saya cakap elok-elok la tadi. Ada saya tengking sedara ke, jerit kat sedara ke tadi?” Mata Miko mencerlung tengok Hijjaz Amin yang dah pusingkan badan dia menghadap Miko.


“Mental!” Hijjaz Amin cakap kat Miko sambil pusingkan jari telunjuknya kat dahi.


Ewah, mamat pilot ni sesuka hati je cakap aku mental ye. Dengus Miko dalam hati. Dia malas nak gaduh dengan mamat perasan bagus ni. Dah la badan penat, dua jam setengah dalam flight tadi dia tak tidur pun. Macam mana nak tidur kalau kapal terbang asyik langgar awan je. Cuaca memang tak elok sangat tadi, jadi kapal terbang sesekali akan bergegar dengan kuat setiap kali melanggar kepulan awan.


Miko pejam mata dan buat-buat tidur. Hijjaz Amin pula yang hairan bila tak dengar apa-apa balasan dari Miko. Sah, minah ni memang mental. Hijjaz buat kesimpulan.


Sampai je kat Stesen KLIA, Hijjaz Amin terus berdiri walaupun train masih belum berhenti sepenuhnya. Dia dah tak sabar-sabar nak keluar dari train ni. Makin pening kepalanya yang berdenyut dari tadi lagi kalau dia tak cepat-cepat beredar dari sebelah minah mental ni. Dia tarik beg beroda dan terus tunggu di hadapan pintu train.


Sebaik sahaja pintu train terbuka, Hijjaz Amin terus keluar dari train. Miko hanya mencebik tengok mamat pilot yang eksyen tu tarik begnya di celah-celah orang ramai. Bunyi telefon bimbit Miko mematikan pandangannya dari terus memerhatikan mamat pilot.


“Kau dah sampai ke?” Kedengaran suara Bunick di hujung talian.


“Dah, kau tunggukat mana?”


“Aku tunggu kat luar, kau keluar ikut kiosk Mc D. Lepas tu ke kanan pusing, aku ada kat sini. Cepat sikit, nanti tak pasal-pasal kena saman pulak.” Bunick bagi arahan kat Miko.


“Baik boss.” Miko tolak slide telefon dan terus berjalan keluar dari stesen yang masih riuh rendah dengan suara manusia. Benarlah bumi Kuala Lumpur ni tak pernah suram baik siang mahupun malam.


“Macam mana KK? Best?” Bunick tanya Miko sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di seat penumpang.


“Aku tak sempat nak pusing-pusing la Bunick. Seminar padat sangat dua hari tu, aku nak meronggeng pun tak boleh.” Miko rendahkan suhu penghawa dingin. Panas la!


“Sayang la kalau macam tu. Takpe, nanti kita ajak Chengkeh dengan Kia pergi cuti-cuti Malaysia kat sana.” Bunick bagi cadangan bagaimana untuk menghabiskan duit.


“Orait, aku okey je.” Malas je Miko jawab kat Bunick. Dia masih bengang lagi kat mamat pilot yang berlagak tadi.


“Kau ni okey ke tak? Aku tengok macam ada masalah je…” Bunick tepuk perlahan bahu Miko.


“Tak okey, tadi aku terjumpa dengan mamat perasan bagus kat dalam train.” Miko pejamkan mata dia. Memang dia penat, tambah pulak dengan peel mamat pilot dalam train tadi, dia jadi tambah lelah.


“Kenapa pulak? Dia usha kau ke?”


“Huh…tak ingin aku kat mamat yang eksyen macam tu. Dah la cakap pasal dia. Aku nak tidur jap, nanti sampai rumah kau kejut aku tau.”


“Kau tidur la, nanti dah sampai rumah aku kunci je kau dalam kereta.” Bunick cakap sambil gelak. Miko ni pun satu, takkan la Bunick nak biar dia tidur dalam kereta pulak.


“Miko, bangun! Dah sampai dah ni.” Bunick kejutkan Miko sebaik sahaja dia mematikan enjin kereta. Terpisat-pisat Miko buka mata.


“Dah sampai ke? Aku rasa baru lima minit aku tidur..” Miko buka seat belt dan menggeliat dengan sepenuh hati. Tak senonohnya anak dara ni….


Bunick tinggalkan Miko dalam kereta, dia keluarkan beg AF Miko dari dalam but. Miko beli beg baru ke? Desis Bunick sendirian. Rasanya lain sikit design beg Miko ni. Bunick tarik beg Miko masuk dalam rumah lepas Kia tolong buka pintu depan. Miko masih lagi terkial-kial nak keluar dari kereta.


“Miko, cepatlah masuk! Aku nak kunci kereta pulak!” Bunick jerit dari dalam rumah.


“Ye la, ye la. Aku nak masuklah ni.” Miko cepat-cepat tutup pintu kereta dan serentak Bunick tekan remote untuk kunci kereta kesayangannya tu.


“Aku nak masuk bilik lah. Mengantuk tahap cipan bara dah ni. Aku nak tidur.” Miko tarik beg dan bila sampai kat tangga, dia junjung beg tu atas kepala. Macam-macam la Miko ni.


Bunick dengan Kia hanya geleng kepala tengok telatah Miko. Namun gelengan mereka berdua terhenti bila dengar jeritan nyaring Miko dari tingkat atas.


“TIDAKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Macam nak pecah dinding rumah bila Miko jerit macam tu.


Tanpa bertangguh, laju je Kia dengan Bunick lari naik tangga ke tingkat atas. Miko histeria ke? Chengkeh yang dah tertidur pun boleh terjaga bila dengar jeritan Miko yang  menggegarkan seisi alam.


“Kenapa Miko?” Tanya mereka bertiga serentak.


Miko buka beg rodanya dan keluarkan kemeja putih, slack hitam dan sehelai boxer. Kia, Bunick dan Chengkeh berpandangan sesama sendiri. Miko ada skandal ke?????

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 05:15 PM | Show all posts
Miko tarik beg AF dengan laju. Dia dah lambat. Kalau dia terlepas train ERL yang ini, maknanya dia h ...
bunick Post at 29-7-2010 17:07


aduii.. nama dah sedap, tp kerek pulak.....
mati laa mamat pilot tgk "adik" aku yg pelbagai color dlm luggage tu nnt....  maluuuu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 05:18 PM | Show all posts
aduii.. nama dah sedap, tp kerek pulak.....
mati laa mamat pilot tgk "adik" aku yg pelbagai col ...
mikoodette Post at 29-7-2010 17:15



kerek la br mencabar...kalo x, x sesuai ngan karakter ko
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2010 05:23 PM | Show all posts
kerek la br mencabar...kalo x, x sesuai ngan karakter ko
bunick Post at 29-7-2010 17:18


mmg mencabar "kesabar'iah'an" aku betol... x tau laa kalo mmg mamat mcm nie wujud dpn mata aku mcm yg ko cite tu.... silap2 mendidih air kat dapur umah mak aku tuu.... :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 05:26 PM | Show all posts
mmg mencabar "kesabar'iah'an" aku betol... x tau laa kalo mmg mamat mcm nie wujud dpn mata aku m ...
mikoodette Post at 29-7-2010 17:23



kalo mendidih air kt dapur umah mak ko tu, boleh la kita pakat buat air neskape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 05:29 PM | Show all posts
kalo mendidih air kt dapur umah mak ko tu, boleh la kita pakat buat air neskape
bunick Post at 29-7-2010 17:26


kalo stakat jd air neskape x ape... aku takut x sempat buat jd air langsung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 05:39 PM | Show all posts
kalo stakat jd air neskape x ape... aku takut x sempat buat jd air langsung...
mikoodette Post at 29-7-2010 17:29



kalo x jd air tu, idok le aku tau miko dia jadi ape
miko, ko imejin la sdiri hijjaz amin tu muke nye cam sape. aku x campo
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 05:43 PM | Show all posts
kalo x jd air tu, idok le aku tau miko dia jadi ape
miko, ko imejin la sdiri hijjaz amin tu ...
bunick Post at 29-7-2010 17:39


nnt aku konpem dgn mak aku akan jd ape dgn air tu...
mmg aku nak imejin pun mlm nie... dah 2 org dah yg agak2 sesuai dgn karekter hijjaz amin tu... nnt aku ltk gmbrnye ye,,,,
ok, aku dah nak balik nie.... jmpe nnt..... assalammualaikum semuaaaa....  
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 08:26 PM | Show all posts
waaa.. chengkeh dan miko dah ade skandal.. aku nye skandal tak lama lagi la nih???
bunick.. aku nak hero yg kat avvy aku ni tau!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 08:29 PM | Show all posts
waaa.. chengkeh dan miko dah ade skandal.. aku nye skandal tak lama lagi la nih???
bunick.. aku nak ...
Kia_picanto Post at 29-7-2010 20:26



errrr...sape kt pic avvy ko tu kia????ampun aku x kenal...kekeke
aku br ingat nk buat pakwe ko nih ostad....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 08:37 PM | Show all posts
errrr...sape kt pic avvy ko tu kia????ampun aku x kenal...kekeke
aku br ingat nk buat pakwe k ...
bunick Post at 29-7-2010 20:29


ni pakwe jejans kpop idol aku... tak pe.. ko wat dianye keje ostad pon tak pe.. tapi aku nak imejin muka dia cam mamat jejans nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 08:39 PM | Show all posts
ni pakwe jejans kpop idol aku... tak pe.. ko wat dianye keje ostad pon tak pe.. tapi aku na ...
Kia_picanto Post at 29-7-2010 20:37



sapo namo jejans tu kia?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 08:44 PM | Show all posts
lawak je citer ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2010 08:48 PM | Show all posts
lawak je citer ni
amandaatika Post at 29-7-2010 20:44



cte ni hanyalah rekaan semata....x ada kena mengena dgn perwatakan & karakter sbnr pon...kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 08:53 PM | Show all posts
sapo namo jejans tu kia?
bunick Post at 29-7-2010 20:39



   kalau ko taip kat gugel Kim Jaejoong mesti ko jupe nye.. cuba tgk kat google image.. melambak muka diaaku nak bayangkan ostad aku muka dia ok tak bunick???
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 08:54 PM | Show all posts
cte ni hanyalah rekaan semata....x ada kena mengena dgn perwatakan & karakter sbnr pon...kekek ...
bunick Post at 29-7-2010 20:48



   ya betul... tak de kene ngene ngan karekter sebenar.. hanye la imaginasi penulis dan rakan2 nye sahaja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 08:56 PM | Show all posts
kalau ko taip kat gugel Kim Jaejoong mesti ko jupe nye.. cuba tgk kat google image.. melamb ...
Kia_picanto Post at 29-7-2010 20:53



ok jek...cantek sungguh pojaan ati ko nih kia....kekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.113199 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list