CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Untold Story.

  [Copy link]
Post time 12-7-2010 02:25 PM | Show all posts
best1000x
x sabar nak tau lg
next n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 02:37 PM | Show all posts
aku geram lak kat Hafizz..cakap je laaaaa...minah tu dah la blur!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 02:40 PM | Show all posts
aku geram lak kat Hafizz..cakap je laaaaa...minah tu dah la blur!
tzaraz Post at 12-7-2010 14:37



    jgn marah tzar....  apiz simpan tuk malam pertama tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 03:43 PM | Show all posts
nak lagi....nak lagii....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 03:50 PM | Show all posts
next..next baby
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 10:54 AM | Show all posts
BABY pun hilang entah kemana......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2010 10:56 AM | Show all posts
ari xde ker baby
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 12:12 PM | Show all posts
wah..best..blur betul minah ni..aduyai..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2010 12:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 13-7-2010 12:29

Episod 34

“Nah, ini hadiah hari perkahwinan kau dari aku.” Hafizz menyerahkan sebuah kotak yang dibungkus rapi dengan pembalut hadiah berwarna ungu penuh dengan ayat ‘On Your Wedding’. Apalah mimpi si Hafizz bagi aku hadiah awal-awal ni? Bukankah majlis itu lambat lagi…iyer ker lambat…kurang dari 3 bulan tu, tapi tak adalah orang nak bagi hadiah seawal si Hafizz ni.

“Apasal awal sangat?” Bungkusan itu bertukar tangan. Aku letakkannya di atas meja sementara menunggu makanan yang telah kami pesan sebentar tadi.

“Saja jer…manalah tahu.” Maksudnya?   

“Bukalah…”
“Tak nak aaar…”
“Bukalah.” Dia pula yang teruja. Aku dalam keadaan teragak-agak tapi dia nak juga aku buka hadiah itu kat depan mata dia. Aku pun mengoyakkan kertas pembalut dengan hati-hati lalu membuka kotak hadiah itu. Bila aku nampak jer isi dia…air muka aku terus berubah….nak terbeliak mata aku memandang dress malam berwarna ungu cair yang seksi dan nipis materialnya itu. Siapa punya idea, tak senonoh betul….

“Wei, agak-agaklah bagi aku night dress cam ni…” Terus aku ‘sembur’ dia. Nasib baiklah tempat kitorang makan tu terlindung sedikit daripada orang ramai.

“Jangan lupa pakai masa wedding night nanti…” Euwww!! Aku jegil mata aku kat dia sebelum menyepak perlahan kaki dia kat bawah meja. Nakal sungguh si Hafizz ni!  
“Apa pula kata bakal suami aku kalau dia dapat tau kau yang bagi dress ni.”
“Dia mesti berterima kasih pada aku…ahahaha…” katanya tertawa sambil mengenyitkan mata… Gatal! Mengada-ngada!

“So, hadiah untuk kau macamana pula?” Tanya aku setelah tawa dia reda. Dah dia bagi aku hadiah kan, macam tak manis ler pula kalau aku tak membalasnya. Tiba-tiba aku teringatkan cerita kawan aku yang dapat jam loceng sebagai hadiah hari perkahwinan. Jam loceng itu dah siap kena kunci untuk berbunyi tepat pukul satu pagi. Kebetulan pula kawan aku dengan suami tak sempat nak buka hadiah-hadiah pemberian orang yang datang meraikan mereka itu lagi. Maklumlah selepas tamat majlis, kena dera mengemas dapur dan pinggan-mangkuk pula. Maka hadiah-hadiah itu cuma sempat diletakkan dan dibiarkan di dalam bilik pengantin. Bila jam loceng berbunyi tepat jam 1 pagi, apalagi mereka yang sedang nyenyak tidur terjaga dan bagai nak rak mencari jam loceng dalam timbunan bungkusan hadiah yang mereka terima. Hahaha….Isyh! Isyh! Isyh! Tak dapat aku bayangkan jika…..Eeuww!

“Kau nak apa?” Sambung aku.      
“Aku nak apa?” Nada suara itu. Heh! Aku tau sangat bila dia simpan niat hendak mengenakan aku. Jari telunjuk aku naikkan.
“Haa…jangan nak kenakan aku.” Dia sudah tersenyum-senyum.
“Aku nak dua benda jer…” Aku angkat kening. Sepatutnya aku tak bertanya…..sebab aku sepatutnya sudah boleh menjangka yang permintaan Hafizz kadang-kadang boleh kedengaran mengarut.
“Jangan minta yang bukan-bukan dan yang tak mampu aku nak bagi.” Pantas aku memberi amaran sebelum dia keluar dengan idea-idea luar alam dia tu.
“Tak…kali ini, aku gerenti yang ianya sesuatu yang boleh diterima pakai.” Aku mencebik melihat senyuman yang tak lekang dibibirnya.
“Tapi…..kau kena janji yang kau akan tunaikan permintaan aku.” sambung Hafizz lagi.
“Boleh…tapi kau kena janji dengan aku terlebih dahulu yang ia bukan sesuatu yang mengarut.”
“Aku janji!”
“Iyalah tu?”
“Betul, aku janji.” Hafizz angkat tangan siap mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Okey, aku berjanji yang aku akan tunaikan permintaan kau.” Akhirnya aku bersetuju.
“So…apa dia?” Soalku kemudian setelah dia berdiam diri. Aku nak tau juga apa yang dia nak sebagai hadiah perkahwinan.
“Aku akan minta bila sampai masanya.” Huh! Buat saspen aje…

Itu cerita seminggu yang lepas sebelum Hafizz berlepas ke Sabah. Hari ini lain pula kisahnya…..

“Kahwin?” Riuh pejabat aku bila tahu aku ambil cuti tiga minggu berturut-turut.
“Kurang dari sebulan tu…”
“Lagi seminggu tu, wei?”
“Mak aih, cepatnya…”
“Senyap-senyap jer…tak ada angin tak ada ribut….tiba-tiba dah nak kahwin?” Bertalu-talu soalan keluar menerpa aku, rasa macam artis kena serbu dek paparazzi jer layaknya.

“Dengan Hafizz ker?” Rasa macam nak nangis jer bila dorang sebut nama Hafizz. Aku senyap jer macam selalu aku buat, menidakkan tidak, mengiyakan pun tidak.

“Kad kahwin mana?” Haila! Ada orang minta kad kahwin pula. Minta maaflah dik non, aku pun tak tahu ada ker tidak kad kahwin dicetak untuk majlis ekspress ini.
“A’ah. Majlis buat kat mana?”
“Kat Sabah.” Jawabku perlahan.
“Buat kat Sabah, camana kitorang nak datang…?”
“Sudahlah bagi short notice.” Aku pun dapat short notice jugak! Nak jer aku jerit macam tu.
“Kalau ada rezeki nanti aku buat kat sini ler pulak untuk korang.” Memandai jer aku, sekadar menyejukkan hati kengkawan aku tu.
“Bila kau start cuti?”
“Lagi dua hari.”
“Apa-apa pun tahniah, Ika.” Farah dan Syila mengucapkannya, aku membalas dengan senyuman.
“Iya, tahniah Ika.” Kata Rozaini. Kemudian dua tiga orang lagi datang mengucapkan benda yang sama.

Semalam kat apartment aku. Agak-agak lepas Isyak.

“Hah?! Biar betul mak?” Perbualan dengan mak yang mendera perasaan aku sepanjang malam.
“Raya Haji ‘kan lagi seminggu lagi, mak?” Terkejut sungguh aku dengan berita itu. Majlis akad nikah ditukar tarikhnya pada minggu hadapan, dua hari selepas Hari Raya Haji. Aku memang tidak merancang untuk balik ke Sabah untuk cuti Hari Raya tersebut. Nak selamatkan cuti kononnya.  

“Nak buat macamana Ika, keluarga pengantin yang minta dipercepatkan.”
“Kenapa mak?” Aku sedikit kesal sebab tidak ada disana untuk membantah.
“Kenapa dipercepatkan?” Aku ulang sekali lagi. Ketika itu ingin saja aku meminta nombor telefon pihak pengantin lelaki untuk mendapatkan penjelasan.
“Menurut besan mak…” Belum jadi besanlah mak, baru bakal jer…
“Bapa mertua kamu perlukan rawatan segera yang memakan masa tiga-empat bulan.” Hasrat aku untuk menelefon bakal suami terus mati begitu sahaja. Sakit apa ya? Sampai rawatannya mengambil masa yang agak lama.

“Sakit apa, mak?”
“Entahlah, mak pun kurang pasti. Khabarnya, rawatan itu akan dijalankan diluar Negara. Dua tiga hari selepas selesai majlis bersanding, mereka kena bertolak.” Ketika itu juga aku terfikir akan tanggapan mereka terhadap aku. Apa punya bakal menantulah yang tak ambil tahu tentang hal-hal yang melibatkan keluarga bakal suami sendiri. Rasa bersalah itu terus bersarang dihati.

“Tiket semua sudah diuruskan. Biar Adli yang bagitahu, mak tak reti benda ni semua. Ika cuma perlu ambil cuti jer…” Senang jer mak cakap, yang kena menghadapi itu semua aku. Mana nak settle kerja-kerja aku yang melambak-lambak, itu tak campur nak hand over lagi. Heh! Macamlah aku nak berhenti kerja, nak hand over-hand over ‘bagai’. Tapi sebetulnya aku memang kena buat handover, sebab cuti tiga minggu itu agak lama.

“Adli, cakap dengan kakak kamu ni.” Boleh dengar suara mak memanggil Adli. Seketika kemudian telefon bertukar tangan.

”Salam kak.”
“Salam.”
“Ini nombor rujukan penerbangan akak. XW345789J. Nanti masa akak nak check-in, akak pergi jer kat kaunter. Jangan lupa dua hari dari sekarang, pukul 10.25am. Adli jemput kat air-port.” Terang Adli satu persatu.

“Iyerlah, akak faham.” Macamlah aku tak pernah naik kapal terbang. Walaupun tak puas hati, aku tak sampai hati nak membuat alasan. Lagipun semua sudah siap diuruskan, bagaimana mampu aku hendak mengelakkan diri. Nampaknya semua ini akan berakhir dengan segera. Bila aku kembali semula ke sini, aku sudah jadi isteri orang.      

Tiba-tiba aku teringatkan Hafizz dan hadiah perkahwinan yang diberikannya tempohari.

“Apasal awal sangat?”
“Saja jer…manalah tahu.”   

Nampaknya Hafizz lebih bersedia daripada aku untuk menghadapi saat-saat itu. Masin betul mulut dia. Fikir aku sendirian. Tiba-tiba aku rasa gementar untuk menghadapi semua ini. Sudah bersediakah aku?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 12:42 PM | Show all posts
mesti IKA kawan ngan HAFIZ kan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 12:50 PM | Show all posts
thank baby,smbg lagi part kawen xsabar nak tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 01:08 PM | Show all posts
next..next...next....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 01:10 PM | Show all posts
yuhuuuuuuuuuuu
x sbar nak tggu dorang kawennnnn
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 01:36 PM | Show all posts
tak tahu lagi ke si ika ni kesian betul lah dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 02:11 PM | Show all posts
huhuhuhu dah nak kawin
x sabar rasanya
cepat ler baby bg n3
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 03:39 PM | Show all posts
wah.... bestnyer... first time baca... marathon nih.... nak lagi... nak lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 04:01 PM | Show all posts
dah nak kawin pun dia org...cepat la baby next n3
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 04:08 PM | Show all posts
wah..xsabr nk tggu ari kawin..baby...next..hehee
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 04:17 PM | Show all posts
ko ni baby,,, suka sangat ciput-ciput jeee bagi kat kite orang yeee..ishh
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 04:50 PM | Show all posts
cerita baru, best...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.075173 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list