haiyoooo nyah rubi................ cedap ek sup n laporrrrrrrrr
teringat sahri dok tanya tempat makan best kat penang kat mana..
Sup Jalan PenangOleh MOHD. AZELI ALI
SUP Hameed dijual antara RM3 hingga RM20 semangkuk dan menu paling istimewanya - sup telur lembu.
Dicicah dengan roti ban, pastinya tidak cukup hanya menjamah semangkuk sup di Restoran Sup Hameed.
MENYUSURI lorong dan jalan di tengah kesibukan George Town, anda mungkin tidak akan terlepas daripada melalui Jalan Penang.
Pelbagai perkara yang mampu menambat hati pasti diperoleh di situ sama ada pusat hiburan, tempat makan ataupun bazar beli-belah.
Jika teringin untuk mencuba pelbagai jenis jeruk dan makanan asam, singgahlah ke tingkat bawah Bazar Chowrasta yang menampilkan pelbagai pilihan jeruk seperti buah melaka, pala, betik, mangga, salak, kedondong dan kabung.
Harga yang ditawarkan ialah RM5 bagi setiap kilogram. Pengunjung boleh memilih sendiri jeruk kegemaran sama ada satu jenis atau mencampurkan pelbagai jenis yang ada.