|
MERGED : All About Sabah Part II (everyone)
[Copy link]
|
|
Reply #300 kinokuniya's post
bila nak datang? hahahhah entahlah....
aku cuma menghantar kawan aku yang nak ke sana je minggu depan...
aku tengok gambar ko pi simpang menggayau tu....cun lar tempat tu.
aku nak pi la nanti |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya skit, apa yang best if pergi ke Semporna, apa yang ada area tuu yang harus di kunjungi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #299 nenektua's post
uit ye ke nek.... kino aku nak hanta keta aku p bengkel next week.... so boleh le aku charter kenderaan angkut mengangkut ko ek... ngan kawan2 mana le berkira hehehe....
by the way kino, bila nak jumpa ni.... buah tangan korea dari nenek tak pass lagi sampai sekarang kat ko.... kalau aku jeruk boleh beranak tak pe le juga |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #303 sorceress's post
bila ko free?ko yg busy.....aku ajak lunch tengahari tadi pun ko tak sudi....keciwa i....
so, bila lah?wiken susah sket...sebab hubby tak balik minggu ni....so susah nak kuar bawak dedua budak tu seniri |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #302 purbez's post
semporna tu pekan kecik je....takde pape sangat la...cuma kalo ko pi sana....kino cadangkan stay kat seaface ke ape tah....hotel ni atas air....selalunya org pi semporna sebab nak pi pulau2 dia yang cantik....org yg nak pi sipadan pun akan naik bot dari semporna....err pulau mabul pun ikut semporna kot kalo tak silap....errr tanya org sabah yang lain...kino tak biasa pi pulau2 kat area semporna tu...paling2 pun pulau bum bum je..dekat giler...takde pape kat sana...cuma kalo kat area semporna or bumbum tu batu nisan dia lain dari tempat lain...batu nisan dia besar...dan berukir2 gitu....heheheheh takkan la ko nak pi sana sebab nak tengok batu nisan kan?
mutiara patutnya kat sana murah..tapi masa kino pi tak le pulak gi cari mutiara sebab kino dah ada lubuk kat kk....ehehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #304 kinokuniya's post
ko free tu waktu lunch hour je ke? ko tau la opis aku tu jauh dr kk. aku pun yg ok sikit masa khamis ja lah... tapi tu pun bergantung lah ada meeting ka ndak da.... week end so far aku free lah... ermmm mlm lak susah sikit... aku balik malam bah. maghrib d opis dulu baru balik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #307 sorceress's post
wiken leh kuar....tapi ko kene singgah amik aku n anak2 kat umah....sebabnya aku takleh kuar bertiga je ngan dorang....ribut weih! |
|
|
|
|
|
|
|
boring lah sabah ni...asyik hujan je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #309 gitu2's post
ko org sabah ke datang sabah?sape soh dtg sabah time ujan....macam la sabah je yg ujan....at least ujan2 pun better dari some states tu yg hujan n banjir...alhamdulillah setakat ni sabah takde la banjir teruk... |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau Lelaki Tua Tidur
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
'Pu' Mattoa Lalla Atoli' dipercayai kisah kasih sayang tiga beranak
PULAU Lelaki Tua Tidur di Laut Sulawesi berhampiran pesisirpantai pekan Semporna, Sabah menyimpan seribu misteri dan kononnyamuncul sebagai bukti cinta sejati atau persahabatan yang berakhirdengan permusuhan.
Pulau yang turut dikenali sebagai 'The Sleeping Old Man' ataudalam bahasa Bajau Semporna 'Pu' Mattoa Lalla Atoli' itu dipercayaiwujud sejak lima juta tahun lalu.
Ia merangkumi tiga pulau iaitu Pulau Gaya diutara (kaki), Pulau Bohay Dulang (tengah (badan) dan Pulau Tetangan(selatan (kepala).
Ada dua mitos popular mengenai asal-usul pulau itu - cintasejati tiga insan iaitu ibu, bapa dan anak yang sukar dipisahkan sertapertarungan dua sahabat baik yang berpunca daripada fitnah disebarkanmasyarakat setempat.
Dari aspek penyelidikan saintifik, kajian Universiti SainsMalaysia (USM) mendapati pulau itu adalah sisa tinggalan letupan gunungberapi besar, kira-kira lima juta tahun lalu.
Pulau terbentang luas mirip manusia berbaringitu boleh dilihat dengan jelas dari tengah dan puncak Bukit Tengkorak,dekat pekan Semporna. Tiada penduduk mendiami pulau berkenaan.
Bagaimanapun, Pulau Bohay Dulang dimajukan sebagai destinasipelancongan oleh Taman-taman Sabah, sebuah agensi kerajaan negeri dibawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar.
Cerita lisan yang diperoleh daripada penduduk setempatmendakwa pasangan suami isteri, Tetangan dan Gaya, sangat menyayangianak tunggal mereka, Bohay Dulang, sehingga tidak sanggup berpisahwalaupun menyedari hidup akan berakhir kematian.
Ketika usia meniti senja, pasangan itu khuatir tiada siapabakal menjaga Bohay Dulang yang dikatakan berusia 18 tahun dan belumberumahtangga.
Pelbagai ikhtiar dijalankan termasuk mahu mengahwinkan Bohay Dulangtetapi ditolak si anak dengan alasan tidak mahu membahagikan kasihsayang kepada orang ketiga.
Bohay Dulang yang kononnya mempunyai paras menawan menjadikegilaan ramai wanita tetapi anak muda itu mengabadikan cinta hanyakepada ibu bapanya.
Alasannya, kasih sayang ibu bapa tidak seharusnya dikongsidengan orang lain dan jika beliau berumahtangga, sudah pasti iamenyebabkan mereka berpisah untuk membina hidup baru.
Hari berganti, tiga beranak itu cuba mencari penyelesaianterbaik untuk bersatu selamanya dengan apa cara sekali pun.Bagaimanapun, mereka menolak pilihan untuk membunuh diri kerana iaadalah pantang larang nenek moyang.
Ketika itu, Islam belum sampai ke Semporna atau dikenali Tongtalun dan penduduk mengamalkan kepercayaan animisme.
Tetangan dan Gaya hanya dikurniakan cahaya mata selepas 10tahun mendirikan rumah tangga, sekali gus mahu hidup lama untukmembesarkan anak kesayangan mereka dan melihat perkembangan hidupnya.
Mengikut cerita, pasangan itu nekad menemui bomoh supaya mereka dapat diubah menjadi pulau.
Sebelum ketiga-tiganya bertukar menjadi pulau, Tetangan danGaya menyerahkan semua harta kepada Bohay Dulang sebagai bukti kasihsayang serta mengharapkan anak mereka masyhur pada masa depan.
Dipercayai kerana itu, pulau Bohay Dulang memilikikeistimewaan tersendiri menerusi pemandangan cantik di darat dan dasarlaut dan kini menjadi tarikan pelancong.
Ia hanya mitos yang dihikayatkan penglipurlara lebih 100 tahun lalu dan kini cerita 'Pu' Mattoa Lalla Atoli' sukar ditemui.
Sebuah lagi cerita popular adalah persahabatan dua sahabat sejati yang berakhir dengan pertarungan dahsyat.
Si Bohay dan Si Buun kononnya bersahabat baik dan mempunyai ilmu mempertahankan diri sihir setara.
Bagaimanapun, akibat perselisihan faham yang berpunca daripadaperkara kecil berbentuk fitnah, kedua-duanya bermusuh dan bertarunguntuk membuktikan kegagahan menjadi ketua masyarakat.
Pertarungan itu memakan masa lebih 10 tahun dan berakhirdengan keduanya diisytiharkan tewas kerana Si Bohay menjadi Pulau BohayDulang manakala Si Buun menjadi Pulau Sibuun yang masih wujud di LautSulawesi.
Ada juga pendapat mengatakan Si Buun menjadi batu karang yang boleh ditemui di dasar laut berhampiran Pulau Lelaki Tua Tidur.
Biarpun tiada bukti saintifik, cerita keunikan pulau itu bolehdimanfaatkan untuk tarikan tambahan pelancong ke pulau 'The SleepingOld Man'.
Paling penting, Pulau Lelaki Tua Tidur menjadi aset sektorpelancongan Semporna yang diharap memberi pulangan ekonomi kepadapenduduk daerah berkenaan.
Ketika ini, pulau itu adalah pakej tambahan kepada merekayang mengunjungi destinasi pelancongan arkeologi, Bukit Tengkorakdengan menyaksikan keunikan pulau itu dari bukit berkenaan.
Bagaimanapun, fakta sains tidak boleh diabaikan bagimemastikan kita tidak ketinggalan zaman dan dapat menyesuaikan diridengan apa juga keadaan kesan kemajuan teknologi.
Biarpun hanya mitos, banyak pengajaran di sebalik peristiwaitu terutama hubungan ibu bapa dan anak yang memerlukan ikatan cintasejati dan sebarang perselisihan perlu diselesaikan secara bijak.
Mereka yang tidak mengetahui sejarah pasti hairan mengapapenduduk setempat memilih untuk berumah di dalam laut dan bukannya diPulau Lelaki Tua Tidur yang terbentang luas tetapi terbiar sepi tanpapenghuni.
Hakikatnya, mereka adalah masyarakat Bajau Laut yang sukardipisahkan dengan laut dan memilih membina kediaman seiring alunanombak atas nama mempertahankan budaya warisan turun-temurun.
Jika nenek moyang adalah masyarakat nomad yang memilih untuktinggal dalam perahu, ada suntikan perubahan di kalangan generasisekarang yang mendiami rumah dibina dalam laut.
Ada juga mitos mengatakan, mereka takut kepada sumpahankerana 'The Sleeping Old Man' kononnya adalah jasad manusia yangdisumpah menjadi pulau, justeru menerbitkan kebimbangan kalau-kalaubadi sumpahan menyusup ke dalam kehidupan harian.
FAKTA: Pulau Lelaki Tua Tidur
Pulau Lelaki Tua Tidur di Semporna, Sabah merangkumitiga pulau iaitu Pulau Gaya di utara, Pulau Bohay Dulang (tengah) danPulau Tetangan (selatan).
Ada dua cerita paglipurlara mengenai pulau itu iaitucinta sejati Tetangan, Gaya dan Bohay Dulang serta pertarungan duasahabat iaitu Si Bohay dan Si Buun.
Penyelidikan saintifik oleh Universiti SainsMalaysia (USM) mendapati pulau itu adalah sisa tinggalan letupan gunungberapi besar, kira-kira lima juta tahun lalu.
Pulau turut dikenali 'Pu' Mattoa Lalla Atoli'menjadi pakej tambahan kepada pelancong yang mengunjungi destinasipelancongan arkeologi, Bukit Tengkorak dengan menyaksikan keunikanpulau itu dari bukit berkenaan.
Bagaimana ke Pulau Lelaki Tua Tidur?
Ada penerbangan terus dari Lapangan TerbangAntarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tawau atau dari Kota Kinabalu.Untuk ke Semporna, anda boleh menaiki teksi dari lapangan terbangTawau.
Bas mini turut disediakan dari bandar Tawau dan perjalanan 105 kilometer ke Semporna mengambil masa kira-kira sejam.
Untuk ke 'Pu' Mattoa Lalla Atolli', pelawat bolehmendapatkan bot dari Jeti Seafest, Semporna dengan perjalanan kira-kirasetengah jam
Anda juga boleh menaiki bas ekspres dari Kota Kinabalu ke Semporna dengan perjalanan kira-kira sembilan jam. |
|
|
|
|
|
|
|
mutiara n kristal....
tapi ni yg mak kino jual....ehehehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
pasar malam kampung air....tak ramai org sebab dah nak tutup |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang sabah masih hujan hari2 ke..nak pegi sabah 23hb ni...pegi ke tip of borneo dgn kereta biasa bole sampai ke..or nak kena sewa 4wd? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitequeen at 13-1-2008 04:54 PM
sekarang sabah masih hujan hari2 ke..nak pegi sabah 23hb ni...pegi ke tip of borneo dgn kereta biasa bole sampai ke..or nak kena sewa 4wd?
Boleh - kereta biasa boleh sampai. Seperti kata Kino - kancil kat sini 'teror'.
Kino,
Kirim beli mutiara hitam boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #310 kinokuniya's post
aku kat sabah...kenapa?
gambar2 kristal, kg air tu tak best...
ko letaklah gambar maliau basin the lost world tu ke, atau lembah danum yg cantik tu..
balik2 sekitar kk je...boring beb |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling suka sabah ni nature dia, klu tak haram aku nak datang...
bangun pagi2 je nampak banjaran berkabus2...CANTIK bebeh...
sabah paling best sapa yg suka nature... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #318 gitu2's post
dah aku dok kat kk....gambo2 area kk la yang aku letak
sape yg dok kat area sana....dorang la letak
ko kat sabah kan?so ko la letak...aku seniri pun tak pernah sampai sana |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #316 uda's post
mutiara hitam?bentuk apa?beras?potato?jagung?size?8mm?6mm?berapa string? |
|
|
|
|
|
|
| |
|