CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: milanhawkin

Kusimpul Mati

 Close [Copy link]
Post time 12-3-2007 01:07 PM | Show all posts

Reply #299 shah_jehan's post

lllooorr ye ke...umah aku xdak tenet...susah ler....aku kena tenet time opis jer le...
aku pun mcm 2 gak...arap2 aqim baik sokmo ngan mila...erk ape kata tambah 'n' satu kat blakang...jd.......................














milan.....
uahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2007 05:31 PM | Show all posts
  mana hang tau nih thah.. aku siap ugut lagik si thydiva tuh, kalu tak letak nama aku jadik heroin, aku tanak post citer dia... tu yg takde 'n' tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 07:13 PM | Show all posts
makin musykil ni..naper amirul tu tetiba baik ngan mila ni..apa dah jadi niiiiiiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 08:32 AM | Show all posts
milan..sambung lah cepat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 08:40 AM | Show all posts

Reply #302 milanhawkin's post

syg ooo...smbg ler...hehehehe

cik chantry...
nak tahu nape mirul 2 baik ngan milan???agak2 dia mereng kot...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 10:34 AM | Show all posts
ekekkee...mereng pun tak pe lah..janji mirul baik ngan mila...ekekeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2007 10:50 AM | Show all posts
tapi,knapa mcm mila  tak suka amirul,saya harap mila x suka pada danilah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 01:13 PM | Show all posts

Reply #307 aina_shaira's post

bkn xsuka cik adik...agak nya fobia kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2007 03:04 PM | Show all posts
sambung lagi eh milan
smbg byk2 skit
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 03:56 PM | Show all posts
seronok membaca..keep going dear!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 10:24 AM | Show all posts
sambung lg yek milan..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 02:39 PM | Show all posts
en. milan....sambung la cepat ckit ek...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 03:09 PM | Show all posts
milan,
cepat2 sambung tau
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 08:34 AM | Show all posts

Reply #308 thah's post

klu aku jd mila pon, aku nak si mirul tu, melutut segala baru aku akan pikirkan nak timer balik ke tak...

but, ati tetap sayang. its the punishment time.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 08:37 AM | Show all posts

Reply #314 shah_jehan's post

kalu mirul dah btul2 insap...aku timer....tp mgkin amik masa yg lama...ngan syarat jgn luka kan hati aku lgi...kalu x...aku say gud bye...n aku akan anggap dia xpenah wujud dlm hidup aku...even sbg kwn skalipun
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 08:47 AM | Show all posts

Reply #315 thah's post

pindah obersi ler napak gayanyer thah...
huahahhahhaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2007 09:30 AM | Show all posts

Reply #316 shah_jehan's post

xpayah pindah obersi pun..aku merantau pun dah xperlu jmp dia lgik...hahaha..

p/s : pindah over the sea...ok x???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 12:28 PM | Show all posts
Bab 31

Amirul memerhatikan jam dinding rumahnya. Sudah pukul 8.30 malam, dan Mila masih belum pulang dari pejabatnya. Amirul semakin gelisah. Adakah Mila sengaja pulang lewat untuk menghindari dirinya atau memang ini rutinnya semasa ketiadaannya?

"Yang kamu ni macam kucing nak beranak je ni kenapa Mirul?" soal Pn Meriam dengan sedikit geram. Hatinya cuak bila melihat Amirul mundar mandir di hadapannya.

"Entahlah Abang Mirul ni, orang nak tengok tv pun tak senang" Alia menyampuk. Tingkah Amirul itu sememangnya mengganggu kosentrasinya menonton rancangan kegemarannya.

"Err... Mama, kenapa Mila tak balik lagi? Dah lewat sangat ni" Amirul bertanya sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Pn Meriam. Dahinya berkerut seribu. Adalah tu benda yang dia tak puas hati tu.

"Hmm... Mmg selalu pun dia balik lewat. Kalau jam tu tak berdenting 11 kali, belum tentu lagi dia balik" jelas Pn Meriam. Dia sedar Amirul mmg tak mengetahui rutin harian isterinya sendiri. Tapi siapa yang nak disalahkan?

"Tapi hari tu dia balik awal je?" rungut Amirul lagi. Tangannya melurut2 rambutnya yg lurus.

"Hari tu mama yang suruh dia balik awal, sebab dah tahu kamu ada kat rumah. Biasanya dia mmg lewat sampai rumah. Mungkin dia makan dulu kot"

"Makan? Dengan siapa? Malam2 macam ni?" Amirul berdiri. Dia kembali berkawat di depan ibu dan adiknya. Perasaannya benar2 tidak tenang.

"Tu la.. sapa suruh tinggal bini lama2. Kan dah nak kena kebas dengan orang" Alia pula mencelah, mencebik bibirnya. Amirul merengus kasar sambil menjeling tajam ke arah adiknya. Alia mengalihkan perhatiannya pada program di kaca tv, langsung tidak menghiraukan sorotan mata abangnya.

"Mirul nak gi ambil dia la, mama" akhirnya Amirul membuat keputusan.

Pn Meriam dan Alia hanya memerhatikan langkah Amirul yg panjang keluar dari rumah. Kemudiannya mereka saling berpandangan dan tersenyum penuh makna.

Tak sampai setengah jam, kereta BMW milik Amirul sudah terparkir di hadapan pejabat MeshTechO. Dia memerhatikan bangunan tersebut, mencari kelibat Mila. Nak naik mencari, dia sendiri tak tahu di tingkat berapa Mila bekerja. Akhirnya dia terpaksa menunggu dengan sabar di dalam kereta.

Seketika kemudian, sebuah kereta Honda CRV berhenti betul2 di hadapan bangunan tersebut. Hati Amirul berdegup kencang. Dia kenal pemilik kereta itu. Terlalu kenal!. Perasaannya makin membara apabila melihat Mila yang tidak lama selepas itu muncul dari bangunan tersebut dan terus saja mendekati kereta berkenaan. Amirul dengan pantas keluar dari kereta dan meluru ke arah Mila yang baru saja mahu membuka pintu kereta.

"Aqim?!" Mila kelihatan begitu terkejut dengan kehadiran Amirul. Wajahnya sedikit pucat. Matanya beralih dari Amirul kepada Dani yg sudahpun keluar dari keretanya.

"Kita balik!" suara Amirul kedengaran tegas. Tangannya menarik lengan Mila yg sudahpun memegang pintu kereta Dani.

"Mirul, lama tak jumpa" tegur Dani dengan segaris senyum di bibir. Senyuman terpaksa. Sedetik tadi, sungguh dia tak menyangka Amirullah lelaki yg sedang memegang tangan Mila. Apalagi untuk menyangka lelaki itu akan kembali ke dalam hidup mereka.

"You, stay away from my wife!" Tangannya dituding ke arah Dani. Wajah Amirul jelas sedang marah. Dani mengertap bibir. Mahu dilawan, dia tahu ini bukan masanya. Juga dia tak mahu bergaduh di hadapan Mila.

Mila dilihatnya hanya mengekori langkah Amirul ke kereta tanpa bantahan. Keluhan dilepaskan setelah kereta Amirul berlalu dari situ.

"Apa Mila buat dengan jantan tu? Menggatal ye!" tuduh Amirul sebaik saja keretanya dipandu keluar dari kawasan bangunan tersebut. Keretanya dipandu dengan laju. Emosinya menguasai tahap pemanduannya sekarang ini.

"Buat apa pula. Dani kan kawan awak jugak. Saya cuma keluar makan dengan dia jer" jawab Mila, kurang senang dengan persoalan itu. Dia tak nampak di mana salahnya dia keluar dengan Dani. Selama ini pun, tiada siapa yg melarang. Amirul? Ah, bukankah lelaki itu mmg anti dengannya? Kenapa sekarang nak sibuk2 pula?

"Sanggup Mila keluar dengan lelaki lain dan tinggalkan suami sendiri kat rumah? Isteri jenis apa Mila ni?" kali ini nada suara Amirul sudah meninggi. Mila sedikit tersentak, namun cepat2 dia menenangkan perasaannya. Satu keluhan dilepaskan.

"Saya baru tinggalkan awak sekejap je. Awak tu tinggalkan saya sampai setahun, saya tak pernah marah pun." Mila membalas. Amirul terdiam.

Tahu pun sendiri salah. Ini nak tengking2 aku lagi. Kot ye pun nak marah, cubalah cermin diri tu dulu. Ini yg aku nak mengungkit ni, Mila mengomel.

"Pasal tu..."

"Dahlah, I really dont need any explanations. Lagipun, saya tahu saya siapa pada awak. Mungkin kita patut selesaikan hal kita ni secepat mungkin. Saya rasa kita patut berbincang tentang masa depan kita. Lagi cepat lagi bagus. Kalau tunggu lama2, lagi banyak hati yg akan terluka" Mila memotong percakapan Amirul.

"Abang tak makan lagi tau. Abang tunggu Mila balik. Kita makan dulu?" nadanya kembali lembut, malah seolah2 tiada pergaduhan yg pernah terjadi antara mereka. Seolah Mila tak pernah bersuara.

"Jangan nak lari dari tajuk OK"

"Tapi abang mmg lapar sangat ni. Mila pun tak makan lagi kan? Kita makan ekk" kali ini Amirul mula merengek. Kening Mila bertaut, pelik dengan perangai Amirul. Sekejap marah, sekejap manja. Memang sah ada yg tak kena ni!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 01:10 PM | Show all posts

suka aku tengok Amirul dah nak kat Mila..

Thanks Milan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 02:21 PM | Show all posts


lorr...tersesat kat board ni..& terus jatuh chenta kat sini...best cite ni...jawabnya hari hari ler kaypo datang sini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.057257 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list