CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 26-3-2008 07:25 AM | Show all posts
Mayat budak tercampak ke Sungai Pahang ditemui


KUANTAN - Mohd. Nazri Nordin bersyukur apabila anaknya, Nousarah Syamimi (gambar), 4, yang hilang di Sungai Pahang tiga hari lalu, dijumpai di tepi kuala Sungai Mentiga pagi semalam walaupun sudah tidak bernyawa lagi.


"Syukurlah jasad anak saya akhirnya ditemui, walaupun rasa sedih tetapi saya reda dengan ketentuan ilahi ini," kata bapa kepada tiga orang anak itu ketika dihubungi semalam.

Gerakan mencari dan menyelamat Nousarah Syamimi dilancarkan sejak 23 Mac lalu apabila dia hilang dan dipercayai lemas bersama datuk dan neneknya yang dijumpai mati dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki selepas terbabas masuk ke Sungai Pahang di Kampung Mambang, Paloh Hinai.

Mohd. Nazri berkata, jenazah anak sulungnya itu telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sepaku, Paloh Hinai selepas solat Asar semalam.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anak saya itu, jika tidak saya pun tak pasti sama ada dia hidup atau mati jika jasadnya tidak ditemui," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi berkata, mayat kanak-kanak itu dijumpai terapung berhampiran rimbunan rumpun buluh di tepi sungai pukul 11.33 pagi.

Menurutnya, gerakan mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga berjaya menemui mayat mangsa kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

"Mayat mangsa ditemui oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) dalam keadaan terapung dengan kesan lebam di seluruh badan sebelum dibawa ke Hospital Pekan pada pukul 11.45 pagi untuk bedah siasat," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2008 07:45 AM | Show all posts
Adnan umum Portfolio Exco Pahang

KUANTAN 26 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 07:46 AM | Show all posts
Penduduk mahu menteri kerap 'turun padang'

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT 26 Mac - Penduduk pedalaman Hulu Tembeling mahu menteri yang dipilih menganggotai Kabinet baru-baru ini lebih kerap turun ke kawasan mereka bagi meninjau dan memastikan projek pembangunan dapat dilaksanakan segera.

Sambil menyatakan akan terus memberi kepercayaan dan berdiri teguh di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka berharap pemimpin-pemimpin terbabit tidak melupakan janji-janji yang dibuat pada musim pilihan raya umum lalu.

Kata mereka, senario yang berlaku sebelum dan selepas pilihan raya umum tidak menggugat pendirian mereka untuk tetap memberikan sokongan kerana yakin hanya BN dan UMNO sahaja mampu membawa pembangunan ke kawasan itu.

Salah seorang penduduk Kampung Bantai, Zulkefli Jamaluddin, 45, berkata, mereka mengharapkan kerajaan BN terus memimpin kerana banyak agenda pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) perlu direalisasikan mengikut jadual untuk faedah dan kepentingan orang ramai.

''Saya yakin senario panas di beberapa negeri tidak menghilangkan keyakinan penduduk luar bandar terhadap pemimpin BN. Kita tahu mereka boleh menangani situasi berkenaan dengan bijak," katanya.

Justeru kata Zulkefli, agenda pembangunan di pedalaman Hulu Tembeling wajar dilaksanakan segera sejajar dengan keyakinan dan harapan penduduk di situ.

Penduduk Kampung Pengau, Shahraddin Abd. Karim, 42, pula berkata, dia percaya pemimpin BN dapat menangani segala kemelut dan berhadapan pelbagai cabaran dengan matang berasaskan pengalaman dan sejarah lalu.

''Pemimpin berkenaan perlu memenangi hati penduduk menerusi pelaksanaan projek pembangunan yang lebih adil. Kami yang tinggal di pedalaman hanya mahukan sedikit keselesaan seperti tempat lain," katanya.

Sehubungan itu, kata Shahraddin, menteri yang dilantik mewakili kerajaan perlu lebih kerap meninjau ke kawasan-kawasan pedalaman seperti Hulu Tembeling kerana ia antara kawasan yang masih terpinggir daripada arus pembangunan.

Seorang warga emas Kampung Pagi, Muji Mohamad, 67, memberitahu, kawasan Hulu Tembeling mundur berbanding tempat lain kerana sistem perhubungannya sejauh 100 kilometer masih terpaksa menggunakan bot penambang.

''Selagi menggunakan bot penambang untuk ke kampung di sini, pembangunan tidak banyak dan kehidupan penduduk masih di takuk lama," katanya.

Walaupun tidak menafikan sudah ada kemudahan bekalan elektrik dan sekolah tetapi tegasnya, jalan raya penting untuk mempercepatkan arus pembangunan.

Penduduk Kampung Pagi, Abd. Hamid Dahaman, 72, berpendapat, penduduk Hulu Tembeling tetap setia serta yakin kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah pembangunan pedalaman Hulu Tembeling dan membasmi kemiskinan.

Pun begitu katanya, kerajaan perlu memikirkan mengapa pembangunan yang telah lama dirancang terbantut untuk dijayakan di kawasan berkenaan.

Aswad Manan, 26, meminta agar kerajaan memberi peluang yang saksama dalam apa juga projek dan rancangan ekonomi kepada belia di kawasan tersebut.

Soal perumahan dan keusahawanan berasaskan ekonomi katanya, perlu dizahirkan bagi mengelakkan penghijrahan berleluasa belia ke kawasan bandar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 07:47 AM | Show all posts
Pahang tiada cadangan hapuskan saman, bayaran letak kereta

Adnan Yaakob (duduk tengah) bergambar bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang yang baru di Wisma Seri Pahang, Kuantan, semalam.

KUANTAN 26 Mac - Kerajaan negeri tidak bercadang menghapuskan saman dan bayaran letak kereta yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan, ia boleh menimbulkan kerumitan dari segi undang-undang di samping tidak bersikap adil kepada rakyat yang telah membayar saman.

Menurut beliau, buat masa ini, kerajaan negeri Pahang tidak akan mengubah apa-apa dasar yang dilaksanakan sebelum ini termasuk mengekalkan polisi tidak meminta komisen daripada mana-mana pelabur yang beroperasi di negeri ini.

''Kita juga akan teruskan sistem tender terbuka seperti yang dijalankan sebelum ini, tarif air juga akan dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Adnan berkata, tidak seperti negeri-negeri lain yang membuat perubahan dasar, Pahang akan terus menumpukan kepada usaha membasmi kemiskinan di kalangan ibu tunggal, orang kurang upaya, warga emas dan anak-anak yatim.

Beliau berkata, Pahang juga boleh dianggap sebagai negeri kebajikan berikutan pelbagai bantuan yang disalurkan kepada rakyat negeri ini termasuklah bantuan bencana, pendidikan serta kebajikan.

Beliau dalam pada itu berkata, usaha juga akan ditumpukan kepada pembangunan negeri melalui pelaksanaan pelbagai projek yang telah dirancang sebelum ini.

Katanya, tanpa mengambil kira kawasan tersebut dimenangi pembangkang, setiap projek akan terus dilaksanakan berdasarkan pandangan masyarakat setempat di satu-satu kawasan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 07:47 AM | Show all posts
RM54j bangun Sungai Lembing jadi kawasan pelancongan

Oleh Siti Mariam Md. Zain

KUANTAN 26 Mac - Sungai Lembing akan dibangunkan menjadi sebuah kawasan yang lebih tersusun dengan tumpuan akan diberikan kepada usaha-usaha pembangunan dan pelancongan menerusi kos melibatkan RM54 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, pihaknya sedang mengkaji secara terperinci berkaitan perancangan bagi mengembalikan semula kegemilangan kawasan itu.

''Sungai Lembing pernah menjadi kawasan paling maju dan terkenal di Pahang suatu ketika dahulu. Kita berhasrat menghidupkannya semula sebagai kawasan yang menjadi tumpuan khususnya di bidang pelancongan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa kawasan yang berpotensi untuk dimajukan dari sudut pelancongan.

Menurut Md. Sohaimi, langkah untuk menjadikan Sungai Lembing sebagai destinasi pelancongan popular di negeri ini diharap dapat dilaksanakan segera.

''Saya yakin dan percaya usaha kita akan menjadi kenyataan kerana peruntukan ini akan disalurkan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)," katanya.

Antara yang akan dimajukan ialah kawasan peninggalan aktiviti perlombongan bawah tanah terbesar dan terpanjang di dunia berusia lebih 100 tahun.

Dalam masa sama, beliau meminta pihak-pihak berkuasa agar lebih kerap menjalankan pemantauan terhadap aktiviti perlombongan yang masih dijalankan di kawasan Sungai Lembing kerana dibimbangi memusnahkan alam sekitar.

Katanya, walaupun aktiviti perlombongan merupakan antara sumber ekonomi penduduk tempatan tetapi penjagaan alam sekitar amat perlu diberi keutamaan.

Md. Sohaimi berkata, antara kesan negatif terhadap alam sekitar akibat aktiviti perlombongan tidak terkawal ialah banjir besar seperti yang berlaku baru-baru ini.

''Walaupun dijalankan secara sah tetapi kalau ia terus menimbulkan masalah, kita akan meminta tindakan lebih tegas diambil termasuk tutup serta-merta," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 07:58 AM | Show all posts
Pastikan blog remaja KBS tidak terkubur

BERA 27 Mac - Cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membina laman blog sebagai medium untuk mendekati golongan remaja disambut baik di kalangan pemimpin pertubuhan belia negeri Pahang.

Presiden Majlis Belia Pahang, Datuk Abdul Fatah Abdullah berkata, laman blog itu akan membolehkan KBS mendapat maklum balas segera tanpa ada sebarang halangan dan protokol bagi mendengar suara belia secara langsung.

Katanya, secara tidak langsung mereka boleh membuat penilaian sendiri terhadap kesahihan sesuatu berita atau maklumat laman blog yang dilayari.

''Sekarang ini maklumat yang sampai kepada golongan belia melalui akhbar arus perdana agak terbatas dan lebih bersifat maklumat sehala.

''Mereka tidak mempunyai peluang secara langsung untuk mendapat jawapan balas dengan pantas," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan yang baru, Datuk Ismail Sabri Yaakub berkata, pihaknya akan mewujudkan satu laman blog sendiri bagi membolehkan KBS mendekati golongan belia dan mengetahui masalah mereka dari dekat tanpa sebarang protokol.

Abdul Fatah mengakui, laman-laman blog telah memainkan peranan yang cukup penting dan menjadi saluran alternatif kepada mereka yang tidak berpeluang mendapatkan maklumat kerana tidak disiarkan akhbar arus perdana.

Timbalan Presiden Majlis Belia Felda Wilayah Jengka, Abdul Rahman Basri yakin dengan wujudnya laman blog itu, ia akan dapat mengubah persepsi belia terhadap program yang dijalankan, tetapi perlu mengikut peredaran semasa.

''Bagaimanapun laman blog itu nanti perlu dibuat dengan cara yang betul dan penyampaian maklumat dengan persembahan yang mampu menarik minat belia untuk melayari laman blog.

''Kalau persembahan yang dibuat itu kaku, ia mungkin tidak akan mencapai matlamat untuk menarik golongan belia dan usaha KBS untuk mendekati golongan ini akan gagal," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bera, Mat Jidi Yaakub berharap laman blog KBS perlu dikendalikan oleh mereka yang mahir dengan kehendak belia masa kini.

''Laman blog itu perlu dikendalikan oleh mereka yang mahir dan boleh menjiwai perasaan golongan belia.

''Saya bimbang kalau laman blog itu nanti dikendalikan oleh mereka yang tidak mampu menyelami sentimen golongan belia, laman itu akan menjadi hambar.

''Akhirnya laman blog itu akan terkubur begitu sahaja dan ia akan menjadi seperti laman web agensi kerajaan yang hanya berbentuk penerangan sehala dan tidak diperbaharui setiap masa," kata Mat Jidi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2008 07:58 AM | Show all posts
5 lelaki disyaki terlibat pecah rumah ditahan

KUANTAN 27 Mac - Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah membabitkan kerugian RM24,000 di Taman Perumahan Tanjung Gemok, Rompin, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, kesemua lelaki berumur antara 30 hingga 43 tahun itu berjaya ditangkap di Mersing, Johor hanya beberapa jam selepas kejadian itu.

Katanya, kejayaan menjejaki suspek itu hasil laporan yang dibuat mangsa yang berusia 29 tahun setelah dimaklumkan jirannya yang kebetulan berada di rumah sewaktu kejadian.

''Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah kerana pergi ke sebuah kuil di Endau, Johor, namun jiran mangsa memberitahu, dia ternampak beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran rumah mangsa sebelum kejadian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Narenasagaran berkata, dalam kejadian pukul 9 pagi itu, suspek dipercayai memecah masuk dengan cara mengumpil pintu sebelum menggeledah rumah tersebut.

Katanya, antara barang berharga yang hilang adalah cincin, loket emas, jam tangan serta wang tunai RM4,000.

Bagaimanapun, jelasnya, jiran mangsa yang ternampak lelaki terbabit mengesyaki rumah jirannya dipecah masuk, lalu menelefon mangsa.

Beliau menambah, menurut laporan juga, jiran mangsa ternampak suspek cuba melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Toyota Camry yang turut dinaiki beberapa lelaki lain yang memakai topeng.

''Berdasarkan jiran mangsa, suspek yang berada di dalam kereta juga mempunyai parang," ujarnya.

Beliau berkata, berikutan itu mangsa yang bergegas pulang ke rumah kemudiannya pergi ke balai polis berdekatan bagi membuat laporan.

''Satu gerakan menjejaki suspek dibuat dan beberapa jam kemudian, polis berjaya menahan semua suspek di Mersing, Johor.

"Kita sedang melakukan siasatan lanjut ke atas lima lelaki yang ditangkap itu mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 07:59 AM | Show all posts
Dua beradik juara tilawah al-Quran

BANDAR JENGKA 27 Mac - Dua beradik muncul juara qariah tilawah al-Quran peringkat sekolah menengah dan rendah pada majlis tadarus al-Quran sempena sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Maran di sini semalam.

Syakirin Rasyida Muhamad Idris, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran mewakili Zon Chenor manakala adiknya, Syakirin Syafiqa, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir (Zon Luit) mengetepikan pesaing mereka pada majlis yang diadakan di SMK Jengka 18 di sini.

Setiausaha Jawatankuasa Induk, Abdul Rahman Ibrahim berkata, majlis tadarus al-Quran dan sambutan Maal Hijrah diadakan serentak membabitkan sekolah menengah dan rendah mengikut zon dalam daerah Maran.

''Selain tilawah, acara lain yang turut dipertandingkan termasuk tahfiz al-Quran, syarahan agama dan bahasa Arab, bercerita kisah-kisah dalam al-Quran, nasyid, kuiz agama, dan menulis jawi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.

Majlis perasmian majlis dan penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail.

Hadir sama, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Zamri Zakaria dan Pengetua SMK Jengka 18, Zainul Abidin Daud.

Sementara itu, bagi kategori qari, juara peringkat sekolah menengah dimenangi oleh Muhd. Hafizuddin Fuzil dari SMK Seri Jengka.

Pelajar SMK Al-Mahmudi, Firdaus Kamaruzaman muncul juara pertandingan tahfiz al- Quran kategori lelaki manakala Nurul Iffah Athirah Ismail (SMK Jengka Pusat) bagi kategori perempuan.

Pertandingan syarahan agama pula dimenangi Mohd. Zulkarnain Md. Saad (SMK Kampung Awah) bagi kategori lelaki dan dan Siti Aniyah Idris dari sekolah sama bagi kategori perempuan.

Pertandingan syarahan bahasa Arab bagi kategori lelaki dan perempuan didominasi peserta Sekolah Menengah Agama Addini Sultan Ahmad Shah, Jengka iaitu Muhammad Hamdan dan Yusra Ilyani Faridzul Izan.

SMK Desa Jaya pula muncul johan pertandingan kuiz manakala SMK Seri Jengka (naib Johan) dan SMK Tengku Ampuan Afzan,Chenor (tempat ketiga).

Pertandingan nasyid sekolah menengah dimenangi kumpulan Al-Ibrak dari SMK Jengka Pusat 2 manakala kumpulan Al-Ikhwan (SMK Seri Jengka) dan kumpulan Wildani (SMK Jengka 18) masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Pertandingan bercerita kisah-kisah dari al-Quran diungguli oleh murid SK Jengka 20, Mohd. Aniq Najmi Abu Nisa dan Siti Nooreliza Niryana Mohd. Ghazali (SK Jengka 20).

Muhamad Faris Fahmi Mohd. Ghazali dari SK Jengka 21 menjadi johan pertandingan menulis jawi bagi kategori lelaki manakala Nurul Amiza Nasri (SK Jengka 8) bagi perempuan.

Pertandingan nasyid sekolah rendah dijuarai kumpulan Soutul Imtias dari SK Bandar Pusat dan kumpulan Nurul Iman (SK Seri Keramat) serta kumpulan Raudhatul Amni (SK Kampung Awah) masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Johan keseluruhan zon sekolah rendah dimenangi Zon Jengka manakala Zon Chenor muncul johan keseluruhan zon sekolah menengah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2008 07:59 AM | Show all posts
24 tapak pembuangan sampah haram punca denggi

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUANTAN 27 Mac - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengenal pasti 24 tapak pembuangan sampah haram yang dipercayai menjadi punca kepada peningkatan kes denggi di sekitar bandar ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Azizan Ahmad berkata, tapak-tapak sampah tersebut dikesan di kawasan perumahan, premis perniagaan dan belukar.

''Kawasan-kawasan itu dikesan berdasarkan aktiviti pembuangan sampah yang berterusan walaupun selepas dibersihkan MPK," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Penuh MPK di sini hari ini.

Azizan berkata, selain mendatangkan bau busuk, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang turut membangkitkan masalah yang sama dan mengaitkan kewujudan tapak pembuangan sampah haram itu dengan peningkatan kes denggi.

Sehubungan itu, beliau berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, MPK akan menggiatkan unit risikan sedia ada dalam usaha membantu mengurangkan risiko denggi kepada warga Kuantan.

''Dalam kes ini, mana-mana individu yang ditahan ketika membuang sampah boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyuarakan kebimbangannya mengenai tapak pelupusan sampah di Jabor, di sini yang berada pada tahap kritikal apabila terpaksa menampung muatan sampah sebanyak 500 tan sehari.

Katanya, tapak pelupusan sampah seluas 60 hektar yang dikhaskan bagi sektor perindustrian di Gebeng itu, kini terpaksa diperluaskan bagi menampung sampah yang semakin bertambah.

''Tapak itu kita bahagikan kepada tiga zon iaitu A, B dan C. Buat masa ini, zon A sudah digunakan sepenuhnya manakala zon B pula berada pada tahap kritikal," ujarnya.

Justeru, beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam perancangan untuk memperluaskan tapak pelupusan sampah itu dengan penambahan satu sel iaitu zon C dengan kos RM2.5 juta.

Bagaimanapun, katanya lagi, sambungan sel itu hanya boleh menampung muatan sampah bagi tempoh setahun sementara menunggu pusat pelupusan sampah itu dinaik taraf.

''Kami diberitahu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan tender pada bulan September tahun lalu, jadi kami dijangka mendapat sel sambungan baru itu pada Jun ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 08:00 AM | Show all posts
TNB, Bank Rakyat bayar zakat sejumlah RM2.15 juta

KUANTAN 27 Mac - Dua entiti korporat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menyerahkan zakat berjumlah RM2.15 juta kepada Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) di sini hari ini.

Pada majlis itu, TNB membuat bayaran zakat sebanyak RM823,000.19 manakala Bank Rakyat sebanyak RM1.324,060.00 juta.

Timbalan Yang Dipertua MAIP dan Adat Resam Melayu Pahang, Datuk Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, kutipan zakat itu akan diagihkan kepada jabatan, persatuan dan individu yang layak.

''Setakat ini, sebanyak RM15,000 daripada wang itu telah kita serahkan kepada Persatuan Cina Muslim Malaysia Pahang (MACMA), Wakaf Permata Camar (RM10, 000) dan Desa Bina Diri Jerantut RM5, 000," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat pelarasan zakat dengan cukai dan penyerahan zakat badan korporat itu di sini hari ini.

Pengurus Besar Negeri Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Rumai Abdullah dan Pengurus Besar Sumber Manusia Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Tuan Haji Ahmad Fuad Mohd. Amin adalah antara 208 tamu yang hadir mendengar taklimat tersebut.

Wan Abdul Wahid berkata, selain menyerahkan wang zakat kepada persatuan dan individu yang layak, kutipan itu juga akan digunakan untuk membeli dua mesin hemodialisis bernilai RM15,000 yang akan diserahkan kepada Hospital Lipis bagi membantu pesakit buah pinggang menjalani rawatan.

Katanya, turut menerima bantuan ialah seorang pesakit talasemia, Junaidah Mohd. Yusuf yang akan digunakan bagi membeli peralatannya bernilai RM2,400 manakala sejumlah RM2,875 lagi akan diberikan kepada saudara baru, Nurul Iman Fatehah Abdullah bagi meringankan beban yuran pengajiannya di Institut Dakwah Islamiah PERKIM Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tambah beliau, pihaknya juga akan mengkaji dan menilai semula bantuan kepada para hafiz di seluruh Pahang yang menghafal al-Quran agar selari dengan peningkatan taraf hidup masa kini.

"Bantuan kepada hafiz yang menghafal satu hingga 10 juzuk kini hanya RM800, 20 juzuk RM1,600 dan untuk 30 juzuk ialah RM2,400, kita akan kaji dan nilai semula jumlah itu supaya selari dengan situasi semasa." katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 08:05 AM | Show all posts
Timur: Pahang tidak lakukan perubahan drastik dasar
Oleh Rosli Abdul Jalil

Sistem tender terbuka diteruskan bagi dapatkan kontrak cekap, tak berhasrat naikkan tarif air

KUANTAN: Kerajaan negeri tidak akan melakukan perubahan drastik pada dasar pentadbirannya, sebaliknya meneruskan dasar sedia ada termasuk dalam soal pemberian tender.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata kerajaan akan meneruskan sistem tender terbuka yang diamalkan selama ini.

"Cuma sekali dua, sebelum ini kita buat pemilihan tender bertujuan mendapatkan kontraktor yang cekap.

"Kalau kita ingin kerja kecekapan kontraktor... ini pun jarang. Anugerah terus hanya satu dua projek yang sangat mendesak, iaitu projek di Felda Tersang Satu dan Dua," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabatnya, di sini, semalam.

Menurutnya, bagi tender pembalakan Yayasan Pahang, kerajaan memberi tender kepada pihak yang menawarkan harga tertinggi.

"Kecuali sekali, kita berikan tender itu kepada pihak yang menawarkan kedua tertinggi kerana yang pertama tadi sudah mendapat peluang di tempat lain.

"Kemudian, pihak yang diberi tender itu diminta bayar pada harga tinggi seperti ditawarkan penender pertama kerana kita mahu berlaku adil kepada semua," katanya.

Adnan berkata, kerajaan negeri juga tidak bercadang untuk menaikkan tarif air pada masa ini, walaupun kadar itu sudah lama tidak dinaikkan.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Umno mengambil 15 peratus komisen daripada pelabur.

"Kerajaan negeri tidak pernah meminta komisen daripada pelabur yang datang ke Pahang, kita tidak buat seperti itu," katanya.

Malah, katanya, kerajaan negeri tidak bercadang menghapuskan saman dan caj bayaran letak kereta kerana ia bukan saja rumit dari segi perundangan tetapi tidak adil kepada mereka yang membayar saman.

Adnan berkata, kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha membantu golongan miskin meliputi ibu tunggal, anak yatim, orang tua dan orang kurang upaya.

Katanya, beliau terpaksa menyatakan semua itu kerana mahu rakyat tahu apa yang dilakukan kerajaan untuk kebaikan mereka.

"Kita tidak bekerja untuk menjadi popular tetapi untuk kepentingan orang ramai," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 01:11 PM | Show all posts
Kuala Krau lubuk pembiakan ikan sungai

Oleh ALI MAHMOOD

KUALA KRAU 28 Mac - Jabatan Perikanan Pahang berjaya mengenal pasti lapan lubuk di Sungai Pahang sekitar Kuala Krau dalam daerah Temerloh sebagai habitat pembiakan ikan air tawar sekali gus diwartakan sebagai kawasan larangan menangkap ikan.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said berkata, jabatan terbabit mengenal pasti kawasan tersebut sebagai lubuk pembiakan ikan air tawar menerusi pengunaan alat pengesan satelit tanpa pengetahuan para penduduk.

Penemuan lubuk itu katanya, adalah berita menggembirakan dan meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) serta penduduk bersama-sama menjaga lubuk terbabit dari diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

''Penggunaan teknologi dan satelit canggih oleh Jabatan Perikanan dapat memelihara kawasan pembiakan ikan air tawar daripada mengalami kepupusan.

''Selain itu, ia juga dapat mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab menuba dan menangkap ikan secara haram,'' kata Ismail kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Walaupun tidak menyebut lokasi sebenar lubuk berkenaan, beliau berharap, penemuan lubuk itu dapat membantu Jabatan Perikanan melaksanakan projek pembiakan ikan air tawar yang kini kian pupus.

Kata beliau, langkah Jabatan Perikanan melakukan proses pembiakan dan penetasan ikan di pusat pengembangan dan akuakultur Perlok, Jerantut adalah antara tindakan untuk memulihkan spesies ikan yang semakin terancam.

''Banyak spesies ikan air tawar yang bermutu tinggi semakin pupus apabila ditangkap secara berlebihan kerana mempunyai pasaran yang tinggi serta mahal seperti ikan jelawat, kelah, temelian, tengalan, kerai, gerahak, patin, belida, tapah dan sebagainya lagi.

''Mereka yang tidak bertanggungjawab ini telah melakukan penangkapan ikan secara salah dan melanggar undang-undang seperti mengunakan tuba dan bom. Jika tidak dikawal segera, kita tidak akan lagi jumpa spesies ikan-ikan jenis ini pada masa akan datang," katanya.

Menurut Ismail, ikan air tawar Sungai Pahang sentiasa mendapat pasaran dalam dan luar negara apabila harganya mencecah sehingga RM95 sekilogram.

Bagi ikan patin pula, harganya antara RM85 dan RM95 sekilogram bergantung kepada jenisnya manakala tapah atau kelah antara RM75 dan RM85 sekilogram.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 01:11 PM | Show all posts
Stadium Darul Makmur dinaik taraf, imej baru

Oleh YUSRI SAHAT

KUANTAN 28 Mac - Kerajaan Pahang akan menaik taraf Stadium Darul Makmur di sini bagi memberi imej baru kepada gelanggang sukan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, antara aspek yang akan diberi perhatian dalam kerja-kerja menaik taraf itu termasuk padang, trek, lampu limpah dan scoreboard.

Menurut beliau, pihaknya memerlukan kira-kira RM300,000 untuk kerja-kerja membaik pulih stadium yang berusia 37 tahun itu.

"Kali terakhir kita membaik pulih stadium berkenaan ialah ketika Pahang menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) pada 1996 sejak ia dibina pada 1973," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan 10 unit komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Thomas, di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau mengadakan lawatan ke Stadium Darul Makmur bagi meninjau masalah dan kerosakan yang dialami di stadium berkenaan.

Wan Adnan berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukan untuk membaik pulih Stadium Darul Makmur yang dijangka bermula selepas Ogos ini.

"Kita mungkin melaksanakan kerja-kerja menaik taraf stadium tersebut selepas kejohanan bola sepak Piala Juara-Juara Belia (CYC) pada Ogos ini.

"Kita akan pastikan kerja-kerja menaik taraf stadium tersebut tidak mengganggu sebarang kejohanan bola sepak sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa," jelasnya.

Beliau menambah, kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf stadium berkenaan dijangka mengambil masa selama tiga bulan.

Mengulas lawatannya ke Stadium Darul Makmur itu, Wan Adnan memberitahu, pihaknya mendapati padang di stadium itu semakin mendap, berlopak-lopak selain keadaan trek yang rosak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 01:11 PM | Show all posts
Kastam Pahang rampas kretek RM2.2 juta

BENTONG 28 Mac - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pahang berjaya merampas rokok kretek yang cukainya ditaksirkan kira- kira RM2.2 juta dalam tiga serbuan di Kuantan dan dua di Temerloh.

Pengarahnya, Datuk Hassan Ibrahim berkata, nilai keseluruhan rokok tersebut dianggarkan RM546,000.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama pada 29 Februari lalu, pasukan Bahagian Pencegahan KDRM Cawangan Temerloh menahan sebuah lori di Kilometer 133 Jalan Kuantan-Rompin dan merampas 182 peti mengandungi 145,600 peket rokok kretek Surya.

''Rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM189,280 dan cukai ditaksirkan sebanyak RM764,691.20,'' katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurutnya, dalam serbuan kedua pada 22 Mac lalu, KDRM telah merampas 188 peti mengandungi 150,400 peket rokok kretek daripada jenama sama di Kampung Ubai, Jalan Kuantan-Pekan.

Katanya, rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM195,520 dan cukai yang ditaksirkan RM789.800.

Tambah beliau, dalam serbuan ketiga, pihaknya berjaya merampas rokok kretek bernilai RM161, 200 dan cukainya yang dianggarkan RM651,248 di Persimpangan Jarbor-Jerangau, jalan pintasan Sungai Ular ke Kuantan pada 25 Mac pukul 3.30 pagi.

Menurutnya, Bahagian Pencegahan KDRM Pahang berjaya melakukan rampasan tersebut hasil risikan Unit Briged, Pasukan Gerak Am dan maklumat orang ramai.

Beliau berkata, KDRM akan menjalankan siasatan terperinci melalui ketiga-tiga lori yang disita dengan merujuk kepada pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pihaknya tidak menolak kemungkinan kenderaan curi digunakan dalam aktiviti tersebut.

''Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang belum mendapat kelulusan kastam," katanya.

Menurut beliau, ketiga-tiga kes penyeludupan tersebut dipercayai didalangi oleh sindiket yang bergerak aktif melalui perairan Pahang sepanjang Pantai Cherating sehingga Rompin.

Hassan meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada KDRM menerusi hotline 1-800- 88-8855, atau KDRM Kuantan 09-5163515, Temerloh 09-2960478 dan Bentong 09-2235905.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 01:12 PM | Show all posts
Felda bina 200 unit rumah generasi kedua

BANDAR JENGKA 28 Mac - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membina 200 unit rumah bagi generasi kedua di Felda Melati Jengka 11 dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, Felda memperuntukkan lebih RM8 juta bagi tujuan itu.

Katanya, kerja-kerja pembinaan projek perumahan itu akan dilaksanakan segera sebaik sahaja pelbagai urusan berhubung tapak diselesaikan.

''Rumah berharga antara RM35,000 hingga RM50,000 seunit itu bagi memenuhi permintaan generasi kedua dan ketiga yang memerlukan rumah kediaman yang selesa.

''Majoriti generasi kedua Felda telah berumahtangga memerlukan rumah kekal bagi meneruskan kehidupan mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wan Salman menambah, kesediaan kerajaan membina lebih banyak rumah di tanah- tanah rancangan sejajar dengan tuntutan generasi kedua Felda.

Katanya, kerajaan mempunyai perancangan sendiri dalam tempoh jangka pendek dan panjang untuk menjamin keselesaan anak peneroka meneruskan kehidupan di rancangan Felda.

Beliau menambah, keputusan membina lebih banyak rumah kediaman di rancangan Felda sekali gus dapat menghalang tenaga muda keluar dari tanah rancangan Felda.

''Jika ramai generasi muda berhijrah atas faktor tiada tempat kediaman, akan memberi kesan terhadap produktiviti tanah rancangan,'' katanya.

Wan Salman mengakui antara isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu ialah mengeksploitasi masalah rumah kepada generasi muda Felda.

Sehingga ini, katanya, lebih 2,000 permohonan diterima daripada generasi kedua Felda Jengka untuk mendapatkan rumah.

''Sambutan hebat generasi muda Felda itu membuktikan golongan itu amat memerlukan rumah kediaman sendiri tanpa terlalu bergantung kepada ibu bapa masing-masing,'' katanya.

Sementara itu, ADUN Kemayan, Mohd. Fadil Osman berkata, kerja-kerja membersih tapak di Felda Triang untuk projek 300 unit rumah akan dijalankan tidak lama lagi.

''Felda menyediakan peruntukan lebih RM10 juta bagi projek tersebut yang akan memberi kemudahan kepada 300 generasi muda wilayah Bera," jelasnya.

Beliau berkata, keupayaan Felda membina rumah tersebut membuktikan kerajaan peka terhadap masalah perumahan yang dihadapi generasi muda Felda itu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 01:12 PM | Show all posts
Felda bina 200 unit rumah generasi kedua

BANDAR JENGKA 28 Mac - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membina 200 unit rumah bagi generasi kedua di Felda Melati Jengka 11 dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, Felda memperuntukkan lebih RM8 juta bagi tujuan itu.

Katanya, kerja-kerja pembinaan projek perumahan itu akan dilaksanakan segera sebaik sahaja pelbagai urusan berhubung tapak diselesaikan.

''Rumah berharga antara RM35,000 hingga RM50,000 seunit itu bagi memenuhi permintaan generasi kedua dan ketiga yang memerlukan rumah kediaman yang selesa.

''Majoriti generasi kedua Felda telah berumahtangga memerlukan rumah kekal bagi meneruskan kehidupan mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wan Salman menambah, kesediaan kerajaan membina lebih banyak rumah di tanah- tanah rancangan sejajar dengan tuntutan generasi kedua Felda.

Katanya, kerajaan mempunyai perancangan sendiri dalam tempoh jangka pendek dan panjang untuk menjamin keselesaan anak peneroka meneruskan kehidupan di rancangan Felda.

Beliau menambah, keputusan membina lebih banyak rumah kediaman di rancangan Felda sekali gus dapat menghalang tenaga muda keluar dari tanah rancangan Felda.

''Jika ramai generasi muda berhijrah atas faktor tiada tempat kediaman, akan memberi kesan terhadap produktiviti tanah rancangan,'' katanya.

Wan Salman mengakui antara isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu ialah mengeksploitasi masalah rumah kepada generasi muda Felda.

Sehingga ini, katanya, lebih 2,000 permohonan diterima daripada generasi kedua Felda Jengka untuk mendapatkan rumah.

''Sambutan hebat generasi muda Felda itu membuktikan golongan itu amat memerlukan rumah kediaman sendiri tanpa terlalu bergantung kepada ibu bapa masing-masing,'' katanya.

Sementara itu, ADUN Kemayan, Mohd. Fadil Osman berkata, kerja-kerja membersih tapak di Felda Triang untuk projek 300 unit rumah akan dijalankan tidak lama lagi.

''Felda menyediakan peruntukan lebih RM10 juta bagi projek tersebut yang akan memberi kemudahan kepada 300 generasi muda wilayah Bera," jelasnya.

Beliau berkata, keupayaan Felda membina rumah tersebut membuktikan kerajaan peka terhadap masalah perumahan yang dihadapi generasi muda Felda itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2008 09:56 PM | Show all posts
Belia disaran ceburi ternakan lintah

Oleh Siti Mariam Md. Zain

KUANTAN 30 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 09:57 PM | Show all posts
UMNO bahagian digesa tubuh unit ICT

KUALA LIPIS 30 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 09:58 PM | Show all posts
Kekalkan Jengka sebagai bandar Melayu

ANDAR JENGKA 30 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 10:00 PM | Show all posts
Penguat kuasa palsu diburu

TEMERLOH 30 Mac - Polis melancarkan gerakan memburu sekumpulan lelaki dan wanita yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna (KPDNHEP) yang bergerak aktif di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, suspek terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 50 tahun.

Katanya, kumpulan terbabit yang menaiki Perodua Kembara berwarna perak, menyamar sebagai pegawai KPDNHEP sekitar Temerloh, Bera dan Maran sejak seminggu lalu.

憫Mereka berlagak sebagai pegawai penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan tanda harga, alat penimbang, lesen gas dan rokok keretek dan mencari pelbagai kesalahan peniaga.

憫Jika peniaga didapati melakukan kesalahan, mereka menawarkan penyelesaian mudah dengan meminta wang antara RM1,000 hingga RM1,500 supaya tidak diambil sebarang tindakan undang-undang,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.107416 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list