CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 3-4-2006 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by btho at 3-4-2006 12:09 AM

kalau bole sabar, sabar ajerlah.
anggap itu sebahagian dari dugaan kita.

tapi ada jugak yg melawan.
siap jawab.... 'KAMI NI BUKAN NABI MUHAMMAD'.
terdiam mutawif skejap!!!!


memang I sabar pun...

my mother lagi sabar, dia siap cakap 'co-ba-an'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2006 05:10 PM | Show all posts
When we want to do something good, mesti ada byk dugaan.. utk kita dpt lagi byk pahala..

Cite pasal umrah ni,.. terlalu byk experience sgt... good, bad, ugly,.. of course, the ugliest is always about VISA.
Pastu, org ARab,..

My 1st umrah trip, 1991. Time tu Gulf War I . Baru form 5. Paling best, tak ramai org yg berani nak travel region sana sbb takut missles Scud tersasar agaknya!.. imagine, dlm aeroplane cuma my family of four, another family, & beberapa kerat lagi.. adalah dlm 25  passangers kut! Itu je lah yg i ingat sbb dah lama sgt.. rasanya tak de la bad experience during the trip. oh yeah.. now i remember..masa lepas solat jumaat,.. i terpisah dgn my mom,.. then sesat.. tak tau pintu mana nak keluar.. in the end,.. keluar je la pintu mana2 pun, I was surrounded by sea of men! yeesshh! nampak la ada a small group of African women,.. but I avoided them sbb bauuuu... (what happened to me next,.. mmg la balasan fm Allah sb in a way, memandang hina hamba lain)
so i waked out with the group of men.. tiba2 rasa punggung kena raba,.. Aiikk?? biar betul! tak sengaja kut! what do u expect dah berhimpit2.. then... aiiik! raba lagi.. i pusing nk tgk sapa raba aku ni.. ini 1st time experience kena raba ni!! pastu bila dah keluar & nampak my hotel... i ran to find my mom.. pastu start nangis.. cite kat my mom kena raba.. & al because i tried to avoid the stinky African women.. ! tu lahh.. dlm hati tak baik pun Allah balas in cash! tak de credit2 dah..

My 2nd trip,..I was in my final dip course. kali ni my good friend ikut we all sama.. this time pegi dgn SMAS Travel. inclusive of ziarah to Jordan & Egypt & on our own, we went to Baitulmaqdis. Of course,.. kali ni lagi best sbb, i was in my early 20s,.. ada geng & visit tpt lain pulak.mesti la best!  There's another family yg we all can click jugak although tak leh click sgt sbb diorg boys.. ! heheh kat Mekah kena jaga pergaulan..time ni i had a major crush on! (haha sempat lagi!) NO!! not those boyss! but the SMAS travel agent yg ikut sekali..( lawak.. lawak..) During this trip, betull laa byk dugaan! flight delay,.. masalah immigration... you name it! masa we all sampai ke Egypt,.. my friend ni pulak kena tahan kat immigration.. we were wondering apsal laa lama sgt minah ni.. 2 hrs tau! rupa2nya,.. diorg suspect a Somali criminal yg nama dia sama dgn my friend! kitorang punya la gelakkan dia..! Camana boleh confuse identity rakyat Somalia dgn M'sia.. sah sbb dia rupa anakmami!

My 3rd trip, 2002.  Kali ni,.. dah ada anak 2. My father ada rezeki lebih so dia sponsor sema family pegi. My aunty, uncle & anak2 plus my maid pun my father bwk.. Time ni balik hebat sekali dugaan..  masa nk pegi visa x approve, so kena cancel.. dekat setahun baru finally dpt pegi.. paling leceh nk buat visa for my maid! dia baru keja so permit dia belum approve lagi! kita nak cepat.. time tu kami tinggal di Bintulu. Swk ni lain.. nasib baik Director Swk Immigration tu kwn lama my father. With just a phone call,.. next day terus siap! Padan muka pegawai Immigration yg byk songel tu! Bila dah 3 kali pegi umrah,.. kita pun dah tau pernagi arab mcm mana, so we 're quite prepared. kalau gaduh dgn arab, jgn kalah sbb diorg selalu intimidate kita sb org melayu very lemah lembut & biasanya level of tolerance tinggi! Paling suspense skali,.. kami masuk dlm lif ramai2, 12 of us dlm lif yg sempit & veryyy antik.. punyalah excited sgt seronok nak masuk ramai2.. sekali lif tu jatuh ke bwh terhentak! then we're stucked! panik semua org! but we told each other to remain calm & think what to do next! we pressed the emergency button to call for help, tp Arab tu x paham english sgt! (biasa la) nasib baik, ada 1 cousin, pandai ckp arab (sbb dia half morrocan) we asked him to speak dgn org hotel. bila diorg dtg rescue, lif tu rupanya stucked in between 2 floors & pintu lif pun dpt bukak sekerat je.. staff hotel tu bila dia kira kitorg dia terkejut & marah sbb ramai sgt!!  part kena rescue paling best! mcm dlm movies plak! mula2 my 2 yr old daughter dulu keluar,.. then her mommy,.. paling teruk my father la sbb dia paling besar & berat! lepas semua selamat,.. kitorang boleh gelak2 lagi.. but we said to ourselves.. " ni mesti sbb kita ngumpat another family member ni!"  again.. Allah kasi warning there and then!

Masa nak balik ke KL kat airport,.. ada pulak kutu2 cuba nak tipu my father! mintak duit lebih sbb bwk troli we all.. ye la.. kitorg ni ramai..dgn I pun sekali gaduh dgn diorg.. ikut hati nak tumbuk muka kutu ni.. tp my mom marah sbb nanti sia2 je buat umrah.. kalau tak boleh bersabar.. sabar apa kalau nak tipu org! my brother pun gaduh suara dia 1 airport terkejut.. I pulak suruh dia cool down tp kutu ni tak paham bahasa jugak.. last2 my father byr jugak b4 adik I tumbuk kutu tu..

sorry ye.. cite byk!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 11:07 AM | Show all posts

gambor ni Shima snap kat Muzium Mekah masa ngerja Haji tahun 2003. Pelik betul masa tengok gambar tu becoz 3 tiang kat tengah...Biasa tiang kat sudut.

[ Last edited by  shimakichi at 4-4-2006 11:10 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by shimakichi at 4-4-2006 11:07 AM

gambor ni Shima snap kat Muzium Mekah masa ngerja Haji tahun 2003. Pelik betul masa tengok gambar tu becoz 3 tiang kat tengah...Bias ...

zaman jahiliyah dulu, di situlah diorg letak mcm2x pesen patung berhala.......

thks shima for the pic!
Reply

Use magic Report

xmedia This user has been deleted
Post time 12-4-2006 02:34 PM | Show all posts
kak uda dah pergi umrah ker?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 05:03 PM | Show all posts
Belum, insyaallah ahad 16/4 ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2006 08:13 PM | Show all posts
Originally posted by uda at 14-4-2006 05:03 PM
Belum, insyaallah ahad 16/4 ni.

bestnyer hari ahad ni dah nak bertolak.
jeles dehhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2006 05:22 PM | Show all posts
Jom, pi sama.Mudah-mudahan u all dimurahkan rezeki dn dapat membuat umrah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2006 05:45 PM | Show all posts

Umrah on Budget

Assalamualaikum, menarik baca pasal pengalaman pegi umrah ni.  Masa saya pergi dulu, baru habis belajar kat uk.  Masa balik tu, ambik tiket Saudi Air transit kat Saudi (turun kat Riyadh, naik balik kat Jeddah) - transit 10 hari.  Flight cost sama je.  Kitorang pegi berempat, langsung takde pakej atau apa-apa - main redah je ikut cerita mereka yang dah pernah pegi.  Macam-macam hal tapi alhamdulillah generally memang dipermudahkan dan kitorang takde apa-apa masalah serius.

Yang kelakarnya, salah sorang member ni budak sekolah agama so bila kat imigresen bukan main lagi isi borang tulis jawi - bila sampai turn dia teruk kena marah dengan pak arab tu dan kena isi semula.

Sampai Riyadh, amik flight ke Madinah. Bila keluar dari airport tu, memang terkejut tengok bbrp orang muda muka cam melayu.  Kitorang pun tegur la... kata nak ziarah Madinah.  Rupanya students dari Patani tengah tunggu kawan-kawan yang baru nak sampai.  Ingat lagi pesan diaorang, "Ambik teksi, sebut Haram".  So, kitorang pun buat camtu le.  Alhamdulillah sampai betul ke depan masjid nabawi.  Yang kelakarnya, memang tak de book mana-mana hotel pun. So dengan barang-barang yang sangat byk (maklumlah... dlm perjalanan nak balik Malaysia for good), kitorang pun diturunkan kat tepi masjid.  So, dua orang tunggu beg, 2 orang lagi pegi round cari hotel - target yang paling murah.  Kitorang bahagi area nak cari tu ikut sebelah kanan dan kiri tempat kitorang berdiri; lepas 2 orang tu sampai balik dgn rate yang paling murah diorang jumpa, saya dan teman yang sorang lagi pulak pegi cari kat area sebelah satu lagi - last-last jumpa la hotel dgn cara ni. kitorang pun angkut beg ke sana.  Masa check-in, dia mintak passport - kitorang pun cuak jugak tapi last-last bagi je laa sebab memang dah tak larat nak cari tempat lain dah.  Masa tu dah tengahari - so lepas mandi sikit (terkejut sebab air paip panas cam masa mula-mula buka air waktu tengahri kat Malaysia, tapi sampai ke sudah tetap panas), kitorang pun keluar cari makan.  pekena nasik dengan ayam panggang; tiba-tiba tengok semua orang kelam-kabut sikit. rupa-rupanya nak masuk zohor; memang best pengalaman masa tu berjalan ke masjid sebab SEMUA orang menuju ke arah yang sama.  Masa tu saya nampak ada yang merangkak ke masjid - sayu gak.

Mula-mula kitorang plan nak tinggal kat Madinah 5 hari, lepas tu 5 hari kat Mekah.  Sekali kawan saya call pakcik dia, pakcik dia kata, "5 hari kat Madinah?  Itu dah macam orang datang sebulan" - so kitorang pun kurangkan ke 3 hari je.  Hari kedua teringin nak berziarah kawasan sekitar tapi yang ada hanya pemandu teksi cakap arab mintak bayaran yang tinggi.  Masa tu saya teringat sorang kawan ada beri contact no sorang ustaz melayu pattani yang selalu bawa org melayu berziarah kat sana.  Bila call dia, dia pesan, "esok pukul 12, tunggu kat depan hotel apa ntah, pastikan berwuduk".  Kitorang pun ikut je la... rupanya dia ada bawak satu group orang melayu hari tu.  Kitorang pun join le naik bas panjang.  Lepas ziarah semua (berserta dengan penerangan bahasa melayu dari ust ni), kitorang sampai balik dah dekat Asar.  Dlm pada tu, tertanya-tanya pulak, brp nak kena bayar ni.  Sekali bila semua dah turun bas, kitorang pun bersalaman dengan ustaz tersebut dan tanya, berapa kitorang kena bayar.  Sekali dia jawab "Takpelaa, saya memang nak bawak group ni pun hari ni dan bas kosong.  Lagipun anak-anak ni student lagi...."  Hah.... alhamdulillah.  Itu hari ke-2.  

Hari ke-3 kami ke Mekah.  Naik bas awam je.  Memang sayu bila perati keliling dan teringat camana susahnya Rasulullah SAW berjalan / naik unta sejauh tu... panas pulak tu.  

Kitorang sampai mekah pukul 12 malam.  Lepas check-in (mudah sikit sebab dah pre-book kali ni - belajar dari pengalaman kat Madinah) dan buat tawaf; kitorang makan KFC - maklumlaa, dah lama tak makan KFC kat UK.  Yang kelakarnya, kat resit tulis, KFC Haraam" - terkedu jugak mulanya....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 02:15 PM | Show all posts
seronok baca pengalaman u all gi Mekah dan Madinah rindu pula rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 02:49 PM | Show all posts
salam,

saya pergi umrah dah 3 kali and the last one was during ramadhan last year. agak panas la jugak coz masa tu baru penghujung summer. banyak cubaan tu tak payah cakap la and we have to accept it positively. Saya paling tak suka cerita2 dalam magazine pasal benda2 yang tak elok jadi kat mekah, contoh nya, demam sampai tak bangun or langsung tak nampak kaabah. in a way, cerita tu discourage orang lain buat umrah and menakutkan orang2 yang ada cita2 nak pergi mekah. Trust me, semua orang ada buat salah, be it dosa kecil and dosa besar cuma terletak kat orang tu pandai cover or tak. Tuhan tu Maha Pengampun, and Dia mmg dah cakap kalau hamba dia mintak maaf dengan dia walaupun dosa banyak buih dilaut, mesti dia ampunkan provided mmg taubat nasuha, so think positive. Macam saya, mmg saya sedar saya banyak dosa and banyak buat silap and mmg kat Mekah dapat punishment betol, Tuhan je la yang tau tapi sendiri mau ingat la, lagi elok terima balasan kat dunia dari dapat balasan di akhirat. Tuhan sayang kat kita sebabtu dia bagi ujian macam2 untuk menyedarkan kita. Tengok macam artis2 kita, balik Mekah dengan sombong dan bongkaknya kata, artis pun boleh buat umrah n diorang takde pun experience benda2 yang tak elok. The truth is, orang yang Tuhan duga kat dunia tu lagi beruntung coz at least diorang boleh sedar and insaf and balik to the right path.

Anyways, ive been to lots of places but i do still think dat those 2 holy cities are the best place in the world
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 06:19 PM | Show all posts
All Maha Penyayang.
yup!  agree with you.
Mekah and Madinah are the best places in the world.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 7-2-2006 12:33 PM


Assalamualaikum Kak Hannah,

Wah...banyak betul kiriman Kak Hannah. Saya akan cuba menjawabnya.

1) Tentang kiriman doa2 kepada orang lain.
Tidak salah untuk mengirim doa kita kepada oran ...



waalaikumsalam ustaz.. maaf kak hannah lama tak jenguk ke sini...

terima kasih atas kesudian ustaz menjawab soalan2 kak hannah... insyaallah, kalau Allah izinkan.. kak hannah mmg teringin sgt nak ke sana bersama suami.. semoga Allah makbulkan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 11:13 PM | Show all posts
Originally posted by wacayasamalula at 7-2-2006 01:17 PM
wa dulu pi umrah sorang2 je... tak pakai pakej... beli tiket MAS, buat visa.... sampai sana wa redah je... tapi bukan sebarang redah sebab wa dah buat research dulu.... selain tempat2 biasa, wa dap ...



wah.. bertuah lah lu... bukan semua org berani mcm lu.. hehehe... dan tak semua org pun boleh dpt peluang mcm lu.. wa juga caya sama lu.. hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by btho at 24-2-2006 05:44 PM
my mom nak gi umrah lagi with her 2 frens tis april.
tapi sorang xdpt pegi, sbb ada hal tak bole dielakkan.
terasa nak ganti jer tpt kwn dier tu....uhukkkk!!!!



so.. btho.. april dah habis.. u jadi pegi ke tak??
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 11:41 PM | Show all posts
seronoknya baca pengalaman u all... rasa nak sgt pegi la ni jugak.. hmm.. mudah2an Allah permudahkan..amin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2006 07:40 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 2-5-2006 11:17 PM



so.. btho.. april dah habis.. u jadi pegi ke tak??

last minute akhirnya kawan dier dpt gi.
kalo I yg gi, saper pulak nak jaga anak2x?
i'Allah, mmg niat nak bawa satu famili gi - jika ader rezeki.

anyway, my mom baru balik.
katanyer, di saner ramainyer umat mcm pi haji.
ingatkan time begini, kurang sket.
rupanya ramai jugak.
katanyer lagi, sepatutnya diorg dpt hotel new safa, tapi penuh.
dapat hotel yg lebih dekat dgn kaabah.
turun hotel terus masuk melalui pintu madinah.
rezeki......
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 09:56 PM | Show all posts
Alhamdulillah,kak uda dah selamat pulang pd hari ahad lalu.Memang cuaca di Mekah dan Madinah dan panah,panasnya perit dan kering (low humidity).Betullah,orang makin ramai disana terutamanya orang-orang Turki dan Iran.Masa mula-mula sampai tu taklah berapa ramar tapi makin lama makin ramai, tapi taklah seramai musim haji.

Alhamdulillah,dapat sembahyang di Raudah,mencium Hajarul-aswad,sembahyang dihijir Ismail,berdoa betul-betul didepan Multazam dan dapat setiap hari cium Kaabah.Dulu masa pergi Haji,taklah dapat buat semua ni sebab orang ramai,cuma dapat sembahyang diRaudhah aje.

Masa ziarah pula, dapatlah mendaki bukit Uhud,gua sejadah dan gua Hira'.Dapat tau dimana Darul-Arqam,batu yang beri salam kepada Rasulullah S.A.W,rumah rasulullah S.A.W dan Jabal Kubis. Pergi ziarah Mina,semua tempat melontar dah dirobohkan, hanya tinggal tiangnya aje,dia orang sedang buat tempat melontar baru (3-5 tingkat).Masjid lama di sanapun dia orang hendak  runtuhkan tapi tak berjaya.Mengikut kata Mutawif,pembawa jentolak yang hendak merobohkan mesjid tu mati semasa cuba hendak meruntuhkan mesjid tsb. Di Jabal Rahmah pula, batu yang tempat Rasulullah S.A.W membaca khutbah yang terakhir dulupun telah ditimbus dengan pavement -interlocking tiles.Teruk betul kerajaan Saudi ni, habis semua kesan sejarah dia orang nak hapuskan.Mwngikut kata Mutawif tu, dia orang cuba hendak cungkil dan keluarkan batu tersebut but gagal so dia orang timbus dengan in terlocking tiles.

Alhamdulillah, memang puaslah pergi kali ini.Mula masuk ofis semalam,rasa macam blank semacam sebab semasa di Tanah Suci memang talh melupakan semua kerja-kerja disini.Rasa tension pula bila start kerja.Kat sana tenang aje.balik mesjid,buat umrah,pergi mesjid, makan dan tidur sebentar.Semuanya tenang dan tak rushing.Insyaallah, kalau ada rezeki nak gi lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by uda at 3-5-2006 09:56 PM
Alhamdulillah,kak uda dah selamat pulang pd hari ahad lalu.Memang cuaca di Mekah dan Madinah dan panah,panasnya perit dan kering (low humidity).Betullah,orang makin ramai disana terutamanya orang-o ...

salam...
wah!  ini btol2x ziarah sampai panjat bukit dan sempat masuk gua.
pegi ikut pakej ker uda???

[ Last edited by  btho at 3-5-2006 10:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 11:56 AM | Show all posts
alhamdulillah uda selamat pergi dan selamat kembali....rajinnya ziarah sampai panjat bukit kami dulu tenguk dari bawah je.sbb ikut pakej jadual ketat.Kjaan arab saudi roboh dan runtuhkan tpt2 sejarah sbb ada beberapa golongan fanatik melebih2 dan menjadikan tpt2 tu spt tpt menyembah dan mengagung2kannya.Spt telaga Nabi muhammad saw meludah dulu,telaga ditutup.Bangsa2 lain ada mendewakan2 tpt tersebut lebih dari kaabah baitullah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.125374 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list