Edited by ulrika at 21-11-2017 01:53 PM
Saya nak kongsi sesuatu tapi bukanlah kata kata hikmah, tapi satu kisah benar yang saya ambil dan jadikan inspirasi. Maaf kalau dah ada yang kongsi sebelum ni.
Dashrath Manjhi, man who moved the mountain.
Manjhi adalah seorang buruh miskin di India. Isterinya meninggal kerana tidak mendapat rawatan di hospital yang jaraknya hampir 70 kmdari kampungnya. Setelah kematian isterinya, dia membuat keputusan untukmemotong sebuah gunung bagi mendekatkan jarak kampungnya ke hospital. Manjhi telah memotong gunung tersebut dengan hanya menggunakan tukul dan pahat.Setelah 22 tahun memahat, Manjhi berjaya membina jalan yang telah menyingkatkanperjalanan antara pekan terdekat dengan hanya 1 km berbanding 75 km sebelumini. Manjhi nekad melakukannya agar tiada orang lain yang mengalami nasib sama seperti isterinya yang tidak mendapat rawatan kerana masalah perjalanan jauh kehospital. "Ketika saya memulai memahat bukit, orang-orang mengatakan bahawasaya gila, tetapi itu menguatkan lagi keputusan saya." - Manjhi
He never give up and keep on doing what he feels right todo regardless of what others say. Moral of the story; when you have something worthy of working, youneed to have determination, courage and consistency & do not underestimatesmall things that you or others do as it may lead to greater things.
"The man who moves the mountain begins by carrying away small stones" - confucius
|