CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]
Post time 28-7-2016 11:25 AM | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 11:18 PM
Cerita ini selingan sebelum aku sambung semula cerita tentang pemutihan Aku dengan Tok Rom ya?

- ...

Dasyat2 ek hantu kat tempat kau sana. Suke2 dia je nak ajak org pegi jejalan la, ajak sidai baju la, meeting kt padang laa. Haishh. Nasib kalau tak baik, bole jadi 'kawan'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2016 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 28-7-2016 10:33 PM

Kalau ada yang nak share cerita, mehlah share sama ya? Serious aku kena bertapa dulu, so maybe tak ada update dalam jangka masa yang panjang. (Kali ni serious lama. Maklum aku student. Lagipun baru je jejak kaki kat menara gading gajah ni)

Terima kasih pada yang sudi baca, komen atau sekadar SR je (macam aku dulu pun SR je thread orang). Terima kasih untuk speku spekuan korang. Terima kasih pada yang expect aku ni perempuan, instead of lelaki sebab penceritaan kurang jantan. Terima kasih sebab baca even ada yang tak seram dan mengelirukan.

Yang mana aku tak respon komen korang, jangan kecik hati. Yang mana nampak aku duk berborak je, maklum rumah aku rumah setinggan. Nak kurangkan cerita syok sendiri. Karang aku cerita cerita je, tak respon langsung, sombong nak mampus.

Aku tinggalkan korang sebelum bertapa ni untuk korang fikirkan sendiri lah erk? Aku takkan selesaikan dalam masa terdekat ni.

Sampai sekarang aku masih berkawan sejak Form 1 dengan Shark, Abang Aan, Kak Share, Doeh, Panjang & lain lain.

Yang paling aku rapat tentu tentulah Shark - so aku abadikan nama thread ni dengan nama dia. Ni soalan aku untuk korang :

"Siapa Sebenarnya Shark, Bestfriend Aku Ni?"

P/S : Momod, tolong jangan close thread ni ya kalau aku lambat update. Ampun maaf... Aku akan update jugak nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 12:36 PM | Show all posts
9teen replied at 28-7-2016 11:55 AM
Kalau ada yang nak share cerita, mehlah share sama ya? Serious aku kena bertapa dulu, so maybe tak a ...

Baiklah. As long uols tak lupe nk update.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 10:37 AM
Kerja pun belum. Kahwin pun belum. Cerita cerita ni semua berlaku masa Aku sekolah menengah dulu.  ...

Aikk sama umur laa ghupernyer.
Baru meragas menara gading gak.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:34 PM | Show all posts
Cuppy replied at 28-7-2016 11:22 AM
Dah lame I bertapa kat sini. Tggu cerita u bile nk hbs. TT, kurangkanlah berborak. Sile sambung ce ...

cuppy g makan laksa dulu hoccay

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:39 PM | Show all posts
renko replied at 28-7-2016 01:34 PM
cuppy g makan laksa dulu hoccay

Tgh mkn laksa ni uols.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-7-2016 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
3bidadara replied at 28-7-2016 11:25 AM
Dasyat2 ek hantu kat tempat kau sana. Suke2 dia je nak ajak org pegi jejalan la, ajak sidai baju l ...

Tempat lain pun ada jugak macam tu.

Kalau 3bidadara nak update cerita dekat sini pun, kindly do so. Sebab aku nak tinggalkan rumah setinggan ni kejap. Maybe lama kot tak akan update apa apa dalam ni.

Tolonglah jangan diseru, sebab roh aku ni kalau diseru, cepat je dia perasan seruan tu. Aku nak pergi bertapa dulu. Menjalankan tanggungjawab pada diri, kekuarga, bangsa, negara & agama.

Harap Momod tak katup ni rumah setinggan. Kalau kena roboh dengan pihak kerajaan Momod, habislah aku yang cuma menumpang di pinggiran ni.        
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 03:40 PM | Show all posts
9teen replied at 28-7-2016 03:08 PM
Tempat lain pun ada jugak macam tu.

Kalau 3bidadara nak update cerita dekat sini pun, kindly d ...

Jgn lupakan kami yeeee....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aloooo... Bile updatenye lagi??? Iols SR je
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 05:01 PM | Show all posts
Salah paham jer tu... biasalah tu kalau lelaki ada yang menulis macam pompuan... maksud aku gaya penulisan tu... tak semestinyer lelaki tu lembut... sifat tu tak delah mungkin lebih pada jiwa... bukan ko sorang jer yang tulis camni... sebelum ni si Flash pun orang salah paham dia pompuan jugak... gaya penceritaan dia detail... macam pompuan... tapi lelaki sejati jer pun...

mmg duk asrama ni bukannyer semua dapat merasa pengalaman mistik ni... aku pun lima tahun duk asrama... dua sekolah berbeza... tak de pengalaman mistik pun walaupun aku jenis diam cam ko jugak...

Masing2 ada gaya penulisan tersendiri... macam si JC gaya dia seram-kelakar giler.... mmg lah nampak jantan kan... teruskan jelah penceritaan ko tu... jangan biar gentayangan lama sangat citer ko ni... kipidap dongibab...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 05:06 PM | Show all posts
darlingangel replied at 28-7-2016 12:57 AM
aduh, sudah tahap kejut dari tidur ni.. agak melampau juga sakatan mereka... bahaya pun iya

Hehehe..ini memang biasa jadi kt asrama..
aku pun ada crita kwan aku kt asrama kena kejut tido..
lagi sadis, siap benda tu muka sebijik mcm aku..
nanti ada masa aku bukak thread..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 11:39 PM | Show all posts
9teen replied at 28-7-2016 12:21 AM
Kenal Shark ke?
Kalau kenal nanti aku bagitahu dia, ada forummers Cari kenal dia

Adehhh dah salah paham ni Aku tak kenal Shark...aku cuma dah boleh relatekan peranan Shark dalam setiap cerita TT
tu...tu sebenarnye maksud suci murni aku..huhu

Btw, cerita TT memang terbaikk!
Keep it up!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 02:34 AM | Show all posts
ffawwaz replied at 28-7-2016 05:06 PM
Hehehe..ini memang biasa jadi kt asrama..
aku pun ada crita kwan aku kt asrama kena kejut tido..
...

oooo.. ngeri, ngeri ish....

jangan lupa buka thread dan kongsi tau.. saya tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 08:47 AM | Show all posts
update lagi laa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 03:35 PM | Show all posts
Tq tt...cik tunggu sambungan cite..sape shark nih..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohom tuan rumah jamu buffet kamhing golek sebelum berehat :zz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2016 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaf sebab agak lama tak update sebab menjalankan tugas kepada keluarga, bangsa, negara & agama. Hahahahahah! Macam pergi berperang je!

Terima kasihlah pada yang support. Aku dah cuba tulis gaya jantan. Tapi, bila aku kasik kakak kakak aku baca, kikiki...

Diorang cakap takpe dik, pasni kau maintain jelah bulu ketiak sikit dekat ketiak tu. Baru nampak jantan sikit. Aku memang open je dengan kakak kakak aku. Adik kakak.

Okay. Jom baca selingan selingan sebelum aku bukak balik cerita pemutihan.
---------------------------------------------

CERITA TUJUH BELAS - DEWAN MAKAN (DM)
---------------------------------------------

Macam yang aku cakap budak budak dekat sekolah asrama penuh kitorang tiap tiap bulan akan bayar duit yuran makan dekat Admin. Tak kisahlah kau nak bayar sebulan sekali, atau lumpsump 1 semester atau lumpsump 2 semester sekaligus. 2 semester = 1 tahun. Budak budak semua bayar duit makan ni, tapi yang makannya berapa kerat je yang makan.

Kedudukan Dewan Makan kitorang ni berdekatan dengan asrama budak perempuan & agak jauh dengan asrama budak lelaki.

Kadang, kalau budak lelaki balik dari blok akademik, tak nak balik blok asrama lelaki & nak terus makan lunch, terus menapak je ke Dewan Makan ikut laluan tangga tepi blok perempuan yang berpagar tu. Sebab tu lah kalau bernasib malang, segala mak nenek yang diorang sidai, kau boleh tengok secara percuma.

Kat Dewan Makan ni, kitorang disediakan makan sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam & supper (lewat malam). Terpulanglah untuk kau jadualkan waktu makan mana yang kau nak turun makan.

Budak budak asrama mesti biasa makan dalam tray besi tu kan? Sungguh menyelerakan makan dalam tray besi tu. Nak nak kalau makanan berkuah. Hahaa!

Benda ni jadi pada salah sorang pekerja kontrak kat Dewan Makan ni. Sekolah kitorang memang outsourcekan pengurusan makanan budak budak asrama dekat company yang dapat tender. Kalau jadi kes keracunan makanan, siaplah kena tukar tender lain.

Mak Cik yang badan dia bersaiz agak besar yang jadi supervisor diorang ni selalu cakap dekat pekerja pekerja kontrak yang uruskan Dewan Makan ni, "Jangan datang terlalu awal & jangan balik terlalu lambat".

Tapi, dia tak pernah nak bagitahu sebab apa dia mintak diorang buat macam tu.

Masalahnya, ada satu masa ni, sorang pekerja kontrak ni ditakdirkan untuk datang terlalu awal berbanding orang lain. Maybe dah nasib dia agaknya.

Dia bukak kunci grill hitam untuk masuk ke Dewan Makan (DM), tiba tiba dia terdengar bunyi bising dekat bilik belakang. Dia ingat dah ada orang lain yang datang sebelum dia. So, dia buat derk je lah.

Lepas tu bunyi bising dekat bilik belakang senyap sendiri. Then, time dia tengok tengok ruang makan yang bersusun meja makan panjang warna hijau pekat dan kerusi kerusi plastik warna hijau tu, dia perasan bunyi bising dekat satu sudut pulak. Ruang makan pelajar lelaki dengan ruang makan pelajar perempuan memang takde divider. Jenis yang open gitu. So dia pergilah tengok apa yang bising sangat tu.

Depan mata pekerja kontrak ni, dia nampak ada orang tengah selongkar selongkar sampah dalam plastik hitam tong sampah, bagi berterabur. Orang yang menyelongkar sampah ni membelakangi dia. So dia memang tak nampak muka si penyelongkar sampah tak bertamadun ni.

"Hoi! Kau buat apa tu!"

Diam. Makhluk tu diam. Then, pekerja kontrak tu sound lagi bila makhluk tu selongkar balik.

"Hoi! Janganlah main main!"

Diam. Tiba tiba je makhluk tu hilang.

Pekerja kontrak ni dah lega. Dalam hati dia menyumpah sebab makhluk tu sepah sepahkan sampah. Jadi satu kerja untuk dia kutip sampah sampah tu sebelum mak cik cleaner sampai. Nanti kena bebel pulak.

Time dia kutip kutip sampah yang dah bersepah sepah ni, dia rasa ada nafas yang agak panas hembus hembus dekat belakang leher dia. Dia telan air liur. Dia nak toleh tapi serba salah. Nak toleh, takut benda lain. Tak toleh, dia agak tu mesti budak budak kontrak lain saja nak nyakat dia. Karang kena jadi bahan gelak pulak.

So, dia pun toleh. Dah toleh, dia nampak beberapa. Diulang, beberapa makhluk.

Satu tengah bergayut dekat jeriji besi. Spesis yang jenis pakai baju tak reti nak berfesyen. Baju kelawar putih dia tu lah dengan rambut tak pernah syampu.

Dewan makan kitorang ni ada jeriji besi dekat kelilingnya, so tak payah nak guna aircond. Cukuplah udara nyaman termasuk bau najis haiwan haiwan yang berada di sekelilingnya.

Yang satu tengah duduk dekat atas meja makan hijau yang panjang tu. Pandang dekat dia. Pandangan menganjing macam tu. Seolah olah macam seronok kenakan orang. Muka dah naik urat urat biru hijau dengan mata tersembul keluar. Silap haribulan kalau mata tu melompat keluar. Naya!

Yang 2 ni lain dari makhluk yang dia nampak sepah sepahkan sampah tadi. Abang tu terus belah dari tempat kejadian. Lari sambil tutup mata. Dia dah tak kisah dah pasal sampah sampah tadi.

Ada sikit tabahlah abang ni dari kitorang yang jumpa, terus pengsan.

Cerita ni aku collect dari mak cik supervisor yang uruskan Dewan Makan ni. Mak cik ni serius garang. Dengan saiz dia yang agak besar tu, memang budak budak takut.

Tapi, kitorang kan spesies yang pandai ambik hati. Kalau time dia jaga, memang dapat request makanan lebih lebih & sangat lebih dari orang lain.


P/S : Patut tak aku tukar tajuk thread aku ni?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2016 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
boerbekeng replied at 28-7-2016 05:01 PM
Salah paham jer tu... biasalah tu kalau lelaki ada yang menulis macam pompuan... maksud aku gaya pen ...


Setuju! Setuju! Setuju!

So, aku akan maintain cara penyampaian aku since dah cuba tulis cara jantan, but jadi santan...   
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah baca dari no 1 smpi 17, jarang betul watak syark keluar. Kata dia hero..

Ke kau gunakan konsep hero kne kluar lmbt
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa aku rasa seram semacam baca episod selingan ni???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.121594 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list