|
UMRAH V, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Kaabah Yang Tidak Mahu Bergerak
Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi..
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga..
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia. Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya. Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....
Subhanallah
Allahuakbar
Betapa pengampun dan penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-Nya
Keampunan Allah tidak mengenal siapa..... semua yang layak akan牋dapat pengampunan-NYA.... Semoga ALLAh mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.牋Amiin. |
|
|
|
|
|
|
|
DOA SOLAT DUHA
揧a Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu,
kecantikan itu ialah kecantikanmu ,
keindahan itu keindahanmu,
kekuatan itu kekuatanmu ,
kekuasaan itu kekuasaanmu
dan perlindungan itu perlindunganmu |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by HUSSAINTAHIR at 9-6-2009 19:18
safwa tamiz ni mase kite duduk kat mekah, tp kite duduk 4 orang. susah sikit nak sidai kain sebab x mcm hotel kat madinah ade tempat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 9-6-2009 18:20
kawan saya pun sedang berada di mekah ni guna pakej hijaz ni bayar 2999 katanya..tapi kena ramai yang join baru dpt pakej ni kan? dia bawa hijaz ni pegi sekolah dia daftarkan cikgu2 lain so dpt l ...
memang kena pegi ramai2 baru leh dapat . sebab yg pegi same kite kebanyakkan memang orang satu taman. so memang kenal satu same lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3146 HUSSAINTAHIR's post
thanks for the info Hussein. Jadiknya hotel Safwa Taamiz nih sederet dgn Firdous Palace ler yerk, kalau berhadapan dgn Hotel Firdous Tower tuh. Okay jugak since tak payah lintas jalan. Masa buat Umrah dulu pernah duduk dekat Firdous Tower, kena lintas jalan yang busy....Antara Hotel Hijaaz dgn Safwa Tammiz ni mana yang lebih dekat? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3148 HUSSAINTAHIR's post
Boleh tahan jugak hotel dia...macam baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3149 HUSSAINTAHIR's post
Samalah tuh harga dia untuk pakej Tiram Travel untuk 3 org sebilik. Hussein, saya sebenarnya book Pakej Firdous dari TH travel juga, harga lebih kurang sama tapi duduk 5-6 org di Firdous Palace. Pakej TH tuhh saya dah book awal, tapi member beriya2 ajak naik tiram travel sbb dia kata lebih murah and lebih dekat. So, kami just pergi office Tiram Travel nak tengok2, lepas tuh mak (yang turut serta) interested pulak yang duduk 3 org sebilik. Jadik kami buat booking, agency tu kata sekarang dah 280 tempat telah habis, tinggal lagi dalam 20 tempat yang available. Booking RM500 seorang, kalau tak jadi ambil pakej tu, kira burn ler. Saya bagitahu kat family, ni kita macam investment jerk ler, in case kalau pakej TH travel tak dapat......at least kita dah mencuba utk pergi Haji tahun ini..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3152 HUSSAINTAHIR's post
emmm, betul flight dari KLIA...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3167 ruhanizza's post
Ruhanizza, rasanya semua hotel kat mekah macam tuh, tak ada tempat sidai baju, harapkan yang ada sikit kat dlm bilik air. kebanyakkan hantar dobi, tapi kos lebih siit ler. Masa saya buat umrah dulu, saya tak hantar dobi pun, sidai kat bilik air, kat tepi2 tingkap, tepi2 almari.......asalkan boleh sidai...tapi kena dapat persefahaman dgn rakan sebilik ler..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by masjidsan at 10-6-2009 12:09
Ruhanizza, rasanya semua hotel kat mekah macam tuh, tak ada tempat sidai baju, harapkan yang ada sikit kat dlm bilik air. kebanyakkan hantar dobi, tapi kos lebih siit ler. Masa saya buat umrah du ...
masa mimi pegi aritu..setiap floor ada ruang dapur..kat ruang dapur tu hanya ada peti ais dan sinki..so makcik2 group mimi ikat tali kat ruang dapur tu...so memang lapang la, puas kami sidai baju...cepat lak tu kering
tp kaminye penginapan, budget punya..takde bintang..pic kat sebelah yg mimi post tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Travelog Umrah dari Prof Muhd Kamil dah ada dalam blognya "K...ehidupan Ringkas tapi Signifikan" |
|
|
|
|
|
|
| |
|