CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 13-3-2006 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by dang_anum at 13-3-2006 03:08 PM


hehe..tak tau pulak ooku-war of belles tu best....nyesal pulak tukar :kant:


hihi takpe, masih ada di pasaran...kite pun tak tengok lagi Ooku 3 tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2006 09:26 AM | Show all posts
a'aaa sabtu hari baru leh tgk tuan punya suara...comel juga....jenis kepala giler2...

tapi ske tgk dia yang penyabar....kalah caiyo...dalam geisha
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 09:57 AM | Show all posts
tukang cerita dlm ni ... otama ke...

perempuan yg kena kurung satu lagi tu .... apa pulak kes dia yek.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 10:19 AM | Show all posts
betul lah... baru fahanm maksud jadi syaitan..
takpelah utuk kebaikan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2006 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by yays at 13-3-2006 12:54 PM
mana la whitedove nih...
tak sabor tunggu summary episod baru nih...


sabor ye...nak kena organize balik scenes2 tu semua dalam kepala baru buleh tulis...;)
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by munna at 14-3-2006 09:57 AM
tukang cerita dlm ni ... otama ke...

perempuan yg kena kurung satu lagi tu .... apa pulak kes dia yek.......


pompuan tu kena kurung sbb masa tu shogun tgh laksanakan penghapusan secara total org beragama kristian....dan pompuan tu pulak lps kena tangkap...cuba larikan diri...kaki pun patah...so tak boleh nak bergerak pegi mana2....:kant:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2006 08:09 PM | Show all posts

si peniup seruling...(apa namanya ntah dalam citer ni)

Noboru Kaneko


Name: Noboru Kaneko
Age: 32
Birthday: 18 October 1974
Star Sign: Libra
Blood Type: O

TV Series:

Ooku -Episode One- (Fuji TV) October 2004
Wonderful Life (Fuji TV) April 2004
Kikutei Happyakuzen no Hitobito (NHK) March 2004
Taiho Shichauzo/You're Under Arrest (TV Asahi) October 2002
Kochira Hon-Ikegami Sho 5/This Is Hon-Ikegami Police Station 5 (TBS)
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 14-3-2006 08:09 PM
Noboru Kaneko


Name: Noboru Kaneko
Age: 32
Birthday: 18 October 1974
Star Sign: Libra
Blood Type: O

TV Series:
...


hencem gak mamat ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2006 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 14-3-2006 08:09 PM
Noboru Kaneko


Name: Noboru Kaneko
Age: 32
Birthday: 18 October 1974
Star Sign: Libra
Blood Type: O

TV Series:
...


:hmm:boleh tahan jugak mamat nie.dia nie yg main cite wl ngan takashi kan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 12:37 PM | Show all posts
bukna hensem gak mmg hensem....antara yang terhensem la dalam citer nie...lepas shogun la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2006 07:40 PM | Show all posts
Originally posted by ayie77 at 17-3-2006 12:34 PM


:hmm:boleh tahan jugak mamat nie.dia nie yg main cite wl ngan takashi kan.


ha'ah, citer Wonderful Life tu dia ada, jadi pemain besbol yg Takashi Sorimachi ajar tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2006 07:42 PM | Show all posts

Ooku -Episode One- episode 5 (11 March 2006)

Sinopsis:

Tokugawa Iemitsu (Hidetoshi Nishijima) dah jadi Shogun ke-3 Tokugawa Shogunate selama 10 tahun...kedudukan tinggi Ofuku (Yuki Matsu$hita) sebagai ketua 'ooku' diiktiraf oleh Maharaja dan Ofuku diberi gelaran Kasuga-no-Tsubone...Ofuku/Kasuga jugak mempunyai pengaruh yg besar dalam politik istana...walaupun Iemitsu dah lama jadi Shogun, tapi beliau belum dapat waris...

seorang ketua biarawati (Asaka Seto) tengah beri restu kat kuil Buddha...Otama (Mari Hoshino) puji2 ketua biarawati tu sebab ramai yg datang semata2 nak jumpa ketua biarawati tu yg diorang anggap macam biadadari...ketua biarawati tu tanya betul2 ke Otama nak jadi biarawati...Otama cakap dia akan ikut ketua biarawati tu ke mana saja dia pergi...masa tu tanpa disedari, Shogun Iemitsu tengah perhatikan ketua biarawati tu dari jauh tapi dia tak cakap apa2...masa tu Iemitsu dalam perjalanan balik dari mengadap Maharaja kat Kyoto...

kat Istana Edo, Ofuku hadiahkan baju tidur baru pada Takako (Tae Kimura) dan letakkan bau kasturi pada baju tu dengan harapan dapat menawan hati Iemitsu sempena kepulangan Iemitsu...tapi malam tu, Iemitsu naik marah pulak sebab dia tak sukakan bau kasturi...makin jauh hati Takako dibuatnya...bila Ofuku tahu pasal tu, dia pergi jumpa Iemitsu...masa tu Iemitsu tengah dengar orang main muzik...Ofuku suruh diorang berhenti main muzik dan rampas seruling dari seorang peniup seruling (Noboru Kaneko)...akhirnya Iemitsu suruh je diorang semua keluar, tapi sebelum tu, si peniup seruling mintak balik seruling dia dari Ofuku...Ofuku rasa curious pasal si peniup seruling tu, jadi Iemitsu beritahu yg lelaki tu seorang pemuzik dari Kyo dan baru sampai di Edo...lepas tu Ofuku tanya pasal Takako...Iemitsu naik geram dan cakap dahlah dia penat2 balik dari Kyoto, kena berdepan pulak dengan perempuan busuk...

Ofuku tanya orang2 suruhan yg mengiringi Iemitsu ke Kyoto sama ada Iemitsu ada bermesra dengan mana2 perempuan atau pelayan sepanjang perjalanan balik, tapi diorang cakap takde...tapi ada sorang tu cakap ada satu perkara pelik dah berlaku...dalam perjalanan balik, rombongan diorang terserempak dengan ketua biarawati dan Iemitsu pandangnya dari jauh...dengar cerita, ketua biarawati tu seorang gadis cantik...

Ofuku aturkan untuk bawa ketua biarawati dan orang2nya datang mengadap Shogun...Otama paling excited sebab dia teringin tengok Ofuku dari dekat...Iemitsu duduk di sebalik tabir semasa ketua biarawati tu datang mengadap dia...Iemitsu cuma pandang je wajah cantik ketua biarawati tu, seolah2 dah terpegun...Ofuku jemput ketua biarawati dan orang2nya singgah kat Edo beberapa lama tapi ketua biarawati menolak...Ofuku tiba2 cakap yg ketua biarawati seorang yg cantik jadi mesti ramai yg masuk meminang, jadi kenapa dia pilih nak jadi biarawati...ketua biarawati cakap sejak kecil dia dah duduk kat biara, dan ramai antara gadis2 kat situ yg mengalami macam2 nasib buruk, ditinggalkan mak ayah ataupun dibuli lelaki jahat...ketua biarawati dalam halus menyindir Ofuku dan menyebabkan Ofuku jeling ketua biarawati dengan pandangan mata yg menakutkan...Otama pun terkejut tengok reaksi Ofuku...tapi Iemitsu pulak tiba2 tergelak dengar kata2 ketua biarawati...

Ofuku suruh orang hantar wang mas pada rombongan ketua biarawati dan suruh katakan duit tu dari Shogun...orang tu disuruh beritahu yg Shogun adalah penganut Buddha yg taat...tapi lepas ketua biarawati dah terima duit tu, tiba2 je orang2 Shogun datang...Ofuku pulak menyusul dan beritahu ketua biarawati yg dia telah 'dijemput' tinggal di 'ooku' untuk melayani Shogun... Ofuku bawak ketua biarawati pergi secara paksa walaupun biarawati2 yg lain cuba halang...

Ofuku kurung ketua biarawati kat bilik rahsia...hari2 dia bagi ketua biarawati makan tapi dia tak nak tanda protes...Ofuku beritahu ketua biarawati supaya bersabar hingga rambut dia tumbuh dan lepas tu ketua biarawati akan jadi gundik Shogun secara rasmi...ketua biarawati yg tengah bersedih cuma senyap je...lepas Ofuku keluar dari bilik tu, dia singgah kat bilik lain pulak di mana ada sorang lagi perempuan tengah dikurung, tapi wajah perempuan tu tak ditunjuk...

Otama pulak datang ke Istana Edo nak jumpa ketua biarawati tapi pegawai bertugas bertegas tak bagi...akhirnya Otama mintak nak jumpa Ofuku...Otama mintak nak jumpa ketua biarawati tapi Ofuku tak bagi...Otama cakap dia sanggup buat apa sahaja asalkan boleh berada di sisi ketua biarawati...akhirnya Ofuku bagi dia masuk 'ooku' dan disuruh buat kerja2 berat...tapi Otama tak kisah tu semua sebab masa kat biara pun dia dah biasa buat kerja2 cuci lantai, potong kayu, angkat air...masa tu Otama dapati orang2 lama layan orang2 baru dengan teruk sekali...masa menari, seorang dari dayang bertiga yg selalu kecoh tu sengaja jatuhkan puntung kat tengah2 dan Otama hampir terjatuh sebab terpijak benda tu...lepas tu untuk balas dendam, Otama sengaja main2 penyapu dan akhirnya kena muka salah sorang dayang tu...Otama cuma senyum je...dia dah pernah dipukul lelaki mabuk, inikan pulak setakat perempuan2 macam tu...

Takako diarah berpindah ke istana lain...dayang2 bertiga tu sibuk gosip pasal tu kat dapur dan didengar oleh Otama...diorang bertiga cakap kalau macam ni lagilah susah Shogun nak dapat waris, kecuali kalau Shogun kahwini gundik...jadi Otama rasa hairan sebab Shogun takde gundik...

Iemitsu pulak datang jumpa Ofuku sambil marah2 dan tunjukkan surat dari biara yg minta diorang bebaskan ketua biarawati...Shogun suruh Ofuku lepaskan ketua biarawati tapi Ofuku tak setuju...kata Ofuku, ketua biarawatilah perempuan pertama yg disukai Iemitsu, jadi lebih baik Iemitsu ambil ketua biarawati tu jadi gundik...Ofuku cakap ketua biarawati dah hampir putus asa dan pasti nak bunuh diri, dan cuma cinta Iemitsu jelah yg dapat selamatkan ketua biarawati...Iemitsu pun tak dapat cakap apa2...

Iemitsu mengadu kat si peniup seruling...katanya dia cuma tertarik pada perempuan yg baik macam dewi...sejak kecil Iemitsu cuma kenal mak dia dan Ofuku je dalam hidup dia dan dua orang perempuan tu selalu bergaduh sesama sendiri, jadi Iemitsu bencikan perempuan...Iemitsu tanya si peniup seruling pernah tak dia jatuh cinta...si peniup seruling tak jawab soalan Iemitsu tapi dia cerita pulak pasal kakak dia...katanya kakak dia pun cantik dan peramah macam dewi, tapi kakaknya dah hilang...tiba2 je Iemitsu suruh si peniup seruling meniup seruling kat pagoda tanpa beri apa2 sebab...

si peniup seruling pun mula meniup seruling kat pagoda malam tu...sambil meniup seruling, dia terkenangkan kakak dia...rupa2nya kakak dia seorang penganut Kristian...masa tu ketua biarawati yg dah putus asa patahkan penyepit dan nak tikam diri sendiri, tapi bila dia terdengar tiupan seruling, dia terhenti...tiba2 je hati dia rasa tenang...lepas habis meniup seruling, si peniup seruling tu nak tinggalkan pagoda tapi dia berhenti bila dia dengar ketua biarawati panggil dia...ketua biarawati cakap pada mulanya dia dah putus asa, tapi bila dengar tiupan seruling tu, dia dah berazam nak hidup...macam mana pun, dia teringin nak tengok langit sebab sepanjang dikurung di situ, dia cuma nampak kegelapan...bila rambut dia dah cecah bahu, dia akan jadi gundik Shogun tapi yg penting, dia dapat terus hidup...ketua biarawati ucapkan terima kasih sebab si peniup seruling sudi dengar isi hati dia...masa si peniup seruling nak tinggalkan tempat tu, dia nampak gumpalan2 nasi dijatuhkan dari sebuah bilik...rupa2nya perempuan lain yg dikurung dalam bilik rahsia lain yg jatuhkan nasi tu semua...tahulah si peniup seruling yg perempuan yg dikurung tu adalah kakak dia...

esoknya, masa ketua biarawati akhirnya tengok bilik rahsia tu betul2, dia ternampak sesuatu kat celah2 dinding...rupa2nya yg dia nampak tu adalah salib...masa tu Ofuku dan orang2nya dah datang, jadi ketua biarawati cepat2 sembunyikan salib tu...Ofuku bukak penutup kepala ketua biarawati dan senyum bila dia tengok yg rambut ketua biarawati dan sampai ke bahu...Ofuku dan orang2nya bawak ketua biarawati ke bilik lain untuk dihias...mulai malam tu, ketua biarawati akan dikenali sebagai Oman...Ofuku suruh ketua biarawati tunggu kat bilik tu hingga Shogun datang...lepas Ofuku dah pergi, ketua biarawati minta tolong dari orang2 Ofuku supaya dia dibiarkan bersendirian untuk sekejap sebab dia nak buat pengakuan dosa...

malam tu jugak, si peniup seruling menyelinap masuk ke 'ooku' untuk cari kakak dia...belum sempat dia sampai ke bilik tempat kakak dia dikurung, tiba2 ada sekumpulan orang datang...jadi si peniup seruling bergegas masuk ke bilik terdekat dan rupa2nya tu adalah bilik Oman...Oman baru lepas buat pengakuan dosa bila si peniup seruling masuk...si peniup seruling terkejut bila nampak dan dengar suara Oman...dia cakap kat Oman yg dia tengah cari kakak dia yg dikurung di situ...masa tu pulak Iemitsu dalam perjalanan ke bilik Oman...bila dia sampai ke bilik Oman, si peniup seruling dah tak kelihatan...sebenarnya si peniup seruling sedang bersembunyi di sebalik pintu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2006 12:37 AM | Show all posts
dah selamat jadi husband & wife pun oman  n iemitsu .....

rasa2 macam oman ada ati ke kat pemain seruling tu .... atau dia rasa kesian je ....
ofuku lak dah perasan yg oman ashik pandang2 kat pemain seruling tu ... sape ekk nama dia ... nagarai ke... risaunye aku .....

bertambah2 jahat nampakye ofuku ..... dia jealous ngan oman kot ... atau dia tak suka oman sbb oman ni cerdik dan tak akan ikut cakap dia camtu je ....

nampakye gudik baru akan kuar next week ..... sian oman .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2006 06:53 PM | Show all posts
hmm, tindakan Ofuku a bit shocking, but not totally unexpected...rasa2nya dia tak nak bagi too much power pada Oman, lagipun Oman banyak kali gak menentang dia...kalau Oman terlalu disayangi Iemitsu, nanti dia pun akan hilang kuasa...padan la dia nak cari gundik lain untuk Iemitsu...

soalnya, boleh ke Iemitsu terbuka hati untuk sukakan pompuan lain pulak? tapi bakal gundik baru tu (Oraku) memang nampak berhati baik sebab sanggup bagi je kain tu walaupun orang tu tak dapat bayar...maybe Iemitsu akan suka Oraku gak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 03:59 AM | Show all posts
salu ter miss cite ni ... basically ooku ni ade baper part of series?  is it 3? satu collection tu bape ek harga?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 08:20 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 19-3-2006 12:37 AM
dah selamat jadi husband & wife pun oman  n iemitsu .....

rasa2 macam oman ada ati ke kat pemain seruling tu .... atau dia rasa kesian je ....
ofuku lak dah perasan yg oman ashik pandang2  ...


gundik baru yg ofuku nak kenalkan pada shogun tu yg belakon cite power office girl tu ek.. ke orang lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2006 08:29 AM | Show all posts
iya ke aku mmg ternanti2kan gundik baru tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 10:55 AM | Show all posts
gundik baru tu mcm best je.... suka tgk dia senyum .... dia yg berlakun dlm power office girl kan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 12:45 PM | Show all posts
nk tanya sikit..
skrg oman jadi isteri iemetsu..
apa jadi kat first wife dia yek...
macam gantung tak bertali ker
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by kayla at 19-3-2006 12:37 AM
dah selamat jadi husband & wife pun oman  n iemitsu .....

rasa2 macam oman ada ati ke kat pemain seruling tu .... atau dia rasa kesian je ....
ofuku lak dah perasan yg oman ashik pandang2  ...


oman cuma kesian kat peniup seruling..dia mmg takder hati kat lelaki...oppss..dia bukan tak normal...cuma sbb dia dah jadi biarawati...so hati dia cam tertutup kat lelaki....

emmm...psl gundik tu....ni aku nak kasi spoiler sikit....akan ada 2 gundik baru masuk....sorang yg ofuku ternampak tgh jual kain tu...sorang lg jiran penjual kain tu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.114212 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list