|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Salam semua....
lama dah rasanya tak masuk sini....
tak lama lagi mak ryna nak balik...
lagi 4 hari....
tak sabar nak pelukkk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tikusmondok at 11-12-2008 02:04 PM
maktab 79 katner? Ajyad ke?..gue gi dgn parents & 2 siblings
Nak jawap bagi pihak Haziq - Maktab 79 kat area Hassan Khazhidar bersebelah dengan Maktab 78. Akak sama maktab dengan Haziq tapi lain KT. TM duduk kat area mana? |
|
|
|
|
|
|
|
wah bestnyer dgr pengalaman sumer ni kan..bila la gaknyer el dpt gi haji yer..tgk jemaah kat padang arafah tu...x terbilang el... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Kak Ros: terima kasih kerana bertanyakan khabar. Alhamdulillah, saya sihat. Maaf kerana dah lama tak berposting. Tengah sibuk dgn kerja. Akan tetapi sy kerap hubungi sepupu saya yang sedang bertugas mengendalikan jemaah di sana.
Aily: Saya tak jadi ke Jeddah kerana pakej yg ditawarkan kita sampai ke tahap yg saya kehendaki. Akan tetapi malam tadi saya hantar kawan saya ke KLIA. Dia dapat kerja di Riyadh. Saya tumpang gembira untuk dia. Kesian dia terpaksa tinggalkan anak & isteri buat sementara waktu. Merah mata masing2 malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Jemaah dah balik ke Mekah setelah 5 hari di Arafah, Muzdalifah & Mina. Keadaan di Mina tak sesejuk tahun lepas.
Alhamdulillah tiada masalah tahun ini. Tahun lepas jemaah Malaysia tersangkut di Muzdalifah. Tahun ni pihak TH & muasassah telah mengambil langkah yg lebih teratur.
Lagi 4 hari jiran ustaz yang naik KT5 akan pulang ke tanah air. Tidak sabar ustaz menunggu kepulangan mereka. Sepatutnya tahun lepas mereka pergi bersama2 ustaz dan isteri, namun saat terakhir status mereka ditarik balik. Kesian mereka, bukan rezeki utk kita pergi sesama jiran. Alhamdulillah, mereka telah selamat menunaikan haji tahun ini. Ustaz tumpang gembira. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 11-12-2008 05:56 PM
Salam
Kak Ros: terima kasih kerana bertanyakan khabar. Alhamdulillah, saya sihat. Maaf kerana dah lama tak berposting. Tengah sibuk dgn kerja. Akan tetapi sy kerap hubungi sepupu saya yang se ...
Salam,
Bila lama tak nampak posting rakan-rakan yang dulunya rancak berposting di sini , terasa sepi dan muram je thread ini.
bagaikan terasa sukar untuk mengembalikan semula kerancakan rumah ini seperti beberapa bulan yang lalu.
Suatu ketika dulu, hati ini teringatkan forum umrah dan haji je. siang dan malam mesti teringatkan
rumah ini,rancak berposting , sambil bergurau dan bersembang di sini. Ikatan silaturahim terasa amat jitu sekali.
Mari rakan-rakan semua,
terutama adik-adik dan anak-anak yang dulu silent readers, kini dah mula berposting di sini, teruskan berposting untuk meriahkan thread ini.
kita kembalikan keceriaan dan kehangatan berforum di rumah umrah ini semula. |
|
|
|
|
|
|
|
11 Disember, 2008 20:51 PM
Musim Haji 1429 Hampir Selesai, Berjaya Dan Tanpa Insiden
Daripada Zulkefli Salleh
MEKAH, 11 Dis (Bernama) -- Musim Haji 1429 Hijrah kini hampir tiba ke penghujungnya dengan diwarnai tiga faktor utama --
tiada wabak penyakit dilaporkan, tidak berlaku kesesakan lalu lintas teruk sehingga menjejaskan ibadah haji dan tidak berlaku rempuhan semasa melontar jamrah di Mina.
Kebanyakan lebih 250 wakil media asing yang membuat liputan musim haji ini dan wakil rasmi termasuk dari Malaysia, dilaporkan menyimpulkan sebagai berjaya penganjuran ibadah yang membabitkan perhimpunan terbesar manusia atas nama agama di dunia
oleh Kerajaan Saudi dan agensi-agensi hajinya.
Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal yang juga pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji mengucapkan tahniah kepada Raja Abdullah selaku Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota Sultan, Putera Naif bin Abdul Aziz yang juga Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji.
Menurut Jabatan Perangkaan Pusat Saudi, 2.5 juta ummah menunaikan rukun Islam yang kelima itu musim ini, iaitu 1.7 jemaah asing dan selebihnya rakyat tempatan (tidak termasuk jemaah tanpa permit).
"Tiada wabak penyakit dilaporkan musim haji ini," kata Menteri Kesihatan Hamad Al-Manie pada sidang media hari Rabu sambil mengaitkannya dengan penguatkuasa ketat peraturan mewajibkan jemaah mengambil suntikan vaksin meningitis dan selesema di mana perlu.
Abdullah selaku Penjaga Masjid Suci juga memberi peruntukan besar untuk membiayai 10,000 petugas kesihatan yang berkhidmat untuk jemaah di 24 hospital dan 188 pusat kesihatan di sini dan sekitarnya serta di Madinah.
"engelolaan ibadah haji tahun ini menunjukkan tahap kecekapan dan kemahiran pihak berkuasa Saudi. Mereka menjadi semakin pandai dalam pengurusan orang ramai yang bersesak-sesak.
Sebelum ini, kami hampir mengalah kepada kejadian rempuhan," Ali Akbar Dareini, wartawan Associated Press dari Tehran dipetik sebagai berkata oleh harian Arab News.
Ritual haji yang paling mencabar daripada segi keselamatan dan keselesaan jemaah iaitu bermalam di "Kota Khemah" Mina dan melontar jamrah pada siang harinya tahun ini berjalan lancar tanpa kejadian rempuhan.
Keadaan ini dikaitkan dengan siapnya jambatan tiga tingkat ke jamrah Ula, Wusta dan Kubro sejauh 1.2km dan selebar 100 meter dan penguatkuasaan berkesan peraturan laluan sehala, melontar mengikut jadual waktu tertentu bagi jemaah mengikut wilayah dan negara, serta larangan membawa bagasi bersama ketika melontar, juga menyumbang kepada keadaan itu.
"Apa yang berlaku di Mina sekarang adalah terlalu baik berbanding tahun-tahun lalu.
Atas kelancaran ini kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan Saudi khususnya Kementerian Haji,"
kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita Malaysia semalam
sebelum bertolak ke Jeddah.
Beliau berada di sini untuk mengerjakan haji dan memantau perkhidmatan Tabung Haji di sini dan Madinah sejak 23 Nov sebelum berlepas pulang ke Malaysia malam ini.
Aliran sistem pengangkutan ulang-alik 'taraduddiyah' untuk jemaah diperkenalkan sejak dua tahun lepas, ditambah baik tahun ini dengan penggunaan 70,000 bas sahaja di laluan lebuh raya khusus bagi jemaah menyumbang kepada kelancaran pergerakan jemaah dari sini ke Arafah bagi ibadah wukuf dan seterus ke Muzdalifah dan Mina.
"elaksanaan sistem pengangkutan jemaah 'taraduddiyah' adalah suatu kebaikan yang sangat dihargai," kata Zahid.
"Mengikut pengalaman saya semasa mengerjakan haji pada 2006, ada jemaah yang mengambil masa 22 jam untuk perjalananan 22 kilometer dari Makkah ke Arafah," kata beliau.
Sementara itu, bandar Mina tengah hari mulai lengang ditinggalkan jemaah haji yang berduyun-duyun membanjiri Masjidil Haram.
Bagi hujjaj yang melontar jamrah tiga hari berturut berakhir hari ini, mereka meninggalkan Mina hari ini (Nafar Thani) untuk melakukan Tawaf dan Saie haji.
Bagi jemaah yang memilih Nafar Awal (melontar sampai hari kedua Tasyriq sahaja) dan terus keluar meninggalkan Mina sebelum waktu Maghrib, kini mengerjakan Tawaf Wida' (Selamat Tinggal) sejurus sebelum berangkat keluar meninggalkan Kota Suci ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Salleh Abdul Mubin berkata bagi jemaah Malaysia yang melakukan Nafar Thani , menjelang tengah hari ini mulai bertolak kembali ke Kota Suci ini untuk melakukan Tawaf dan Sai'e dan tahlul (gunting atau cukur) sebagai penutup ibadah haji mereka.
-- BERNAMA
Alhamdulillah...
Moga Kepulangan membawa Haji Yang Mabrur..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jemaah Haji Indonesia di Terminal Haji...tak sabar nak pulang bertemua keluarga..
Unik...bekal air..Ole Ole Mekah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 12-12-2008 06:29 AM
11 Disember, 2008 20:51 PM
Musim Haji 1429 Hampir Selesai, Berjaya Dan Tanpa Insiden
Daripada Zulkefli Salleh
MEKAH, 11 Dis (Bernama) -- Musim Haji 1429 Hijrah kini hampir tiba ke ...
Assalamualaikum azie da semua,
Ya... hampir selesai musim haji 1429 Hijrah
semoga mereka semua mendapat haji mabrur
Tak sabar juga menunggu adik yang akan kembali dari Makkah pada 17 Dis. ini, nak dengar sangat pengalaman mereka ketika berada di tanah suci.
Kita berharap selepas ini ada antara forumer kita yang mengerjakan ibadah haji kali ini menitipkan catatan harian pengalamannya mengerjakan haji seperti yang dilakukan oleh Haji Rezeki pembuka thread ini dan juga Ustaz di awal thread untuk dikongsi bersama.
Catatan pengalaman yang sentiasa didahagai oleh pencinta kedua-dua Kota Suci Makkah dan Madinah untuk dikongsi dan dihayati bersama.
[ Last edited by Rosputih at 12-12-2008 10:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Terbayang wajah keriangan utk bertemu keluarga..
Apalah yang dibawa tu..macam berat sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3003 Rosputih\ catat
Walaikumsalam...
Betul tu Kak Ros...
Harap harap bay balik nanti dapat menceritakan Pengalaman Haji dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 12-12-2008 10:13 AM
http://www.informasihaji.com/hdm11en/bankfoto/images/pl-2.jpg
Terbayang wajah keriangan utk bertemu keluarga..
Apalah yang dibawa tu..macam berat sangat..
Nampak berat,
agak-agaknya dalam beg itu buah kurma untuk sanak saudara dan jiran tetangga
tampak kepuasan terpancar di wajahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Suasana di Terminal Haji Jedah..
Keberangkatan Pulang Jemaah Haji... |
|
|
|
|
|
|
|
x sabarnya nk tunggu kepulangan makcik pd pagi 16/12 ni...
x sabar nk peluk cium dia...rindu sgt dkt dia...dh lega rasa hati yg asik bimbangkan dia
dr start dia pegi arituh..
semoga selamat semuanya...aminnn... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3010 Rosputih's post
Yelah kak,masa g haji tu xlah beli pun...tp masa g umrah my mother in law ada juge beli.. sampai sekarang bekas tu masih ada dlm almari dia.. suruh gunakan....syg katanya... yng sebenarnya kat Msia ada juga bekas macam tu.. klau kita rajin survey ....he he he |
|
|
|
|
|
|
| |
|