CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
Post time 7-3-2006 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by munna at 6-3-2006 02:15 PM
ooku tu bukan ke nama  istana tempat perempuan tu semua tinggal.....

yg berkuasa tu ofuku.....


munna ... tq...
kerana betul kan kesilapan saya...
yer.. pn ofuku...
bukan ooku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2006 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by isabel at 7-3-2006 10:14 AM


mati psl tu..dia rindu kat anak yg mana satu..?
byk org mati...?
siapa gi yg mati..?

rasanya minggu ni pun x dpt tgk gi...


anak kesayangan dia.mase tu shogun ngan takechiyo n kunimitsu pegi menghadap maharaja.lame jugak berbulan.tu dia rindu sampai sakit.anak ofuku tu sapa name tah yg jadi bodyguard takechiyo tu mati sebab sakit.mase scene pn oeyo tu nak mati dia still panggil takechiyo macam dah nazak sambil tangan dia angkat,kebetulan takechiyo ade kat situ,tapi dia tak sambut pun tangan mak dia tu.bila mak dia dah mati baru dia nak sambut.adoi mase nie sedih.sy nangis sekejap.mase last takechiyo suruh ofuku anggap dia sebagai anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2006 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by munna at 6-3-2006 02:15 PM
ooku tu bukan ke nama  istana tempat perempuan tu semua tinggal.....

yg berkuasa tu ofuku.....



munna..
tq yer...
betul.. pn ofuku... bukan ooku... :stp:
saya tersilap...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2006 03:26 PM | Show all posts
suka tgk citer nih tp msh blom blh catch up sgt watak2 dier
tp mmg dorg jaga la pakaian....cara duduk pelakon dlm citer nih
spy apa yg diorg buat tuh betul2 dan takde yg salah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2006 07:39 PM | Show all posts

Ooku -Episode One- episode 4 (4 March 2006)

Sinopsis:

Tokugawa Iemitsu (Hidetoshi Nishijima) akhirnya menjadi Shogun Tokugawa ke-3...Ofuku (Yuki Matsu$hita) pulak dilantik menjadi ketua 'ooku' yang pertama dan cuma Shogun Iemitsu sorang je lelaki yg dibenarkan masuk ke 'ooku'...pada tahun kedua pemerintahan Iemitsu, beliau kahwin dengan Takako (Tae Kimura), anak perempuan keluarga 'daimyo lord' (tuan tanah) yg berkuasa, Takatsuka...tapi lepas kahwin, Iemitsu kelihatan tak berminat dengan Takako dan hal ni menjadi buah mulut istana...

Masatoshi, anak bongsu Ofuku yg kini dah jadi pengiring setia Tokugawa Tadanaga beritahu Oeyo (Reiko Takashima) yg khabar angin tentang Iemitsu sukakan lelaki dah tersebar...Oeyo ingatkan Tadanaga supaya dapat waris lebih cepat dari Iemitsu, tapi Masatoshi cakap Oeyo tak payah risau pasal tu sebab Iemitsu tak berminat dengan Takako...anak sulung Ofuku, Masakatsu, asyik pujuk Iemitsu berbaik dengan Takako tapi Iemitsu tetap tak nak...Iemitsu naik marah dengan Masakatsu dan cakap dia benci perangai Masakatsu yg macam Ofuku, asyik suruh dia buat itu dan ini...

masa Oeyo sedang mendengar perbualan Masatoshi dengan pengiring2 lain pasal Iemitsu sukakan lelaki, dia terdengar hal Tokugawa Hidetada yg pernah punyai seorang kekasih bernama Oshizu dan lahirkan anak lelaki...Oeyo naik marah dan bersemuka dengan Hidetada...Hidetada dah naik takut...Hidetada cakap dia dah tak jumpa Oshizu lagi sejak tu, dan cuma Ofuku sorang je yg tau kedudukan Oshizu...Oeyo jadi makin berdendam dengan Ofuku...

Ofuku terdengar khabar angin tentang Iemitsu suka lelaki dari 3 orang pekerja yg suka buat kecoh...jadi masa jalan2, Ofuku tanya Iemitsu tentang khabar angin tu...Masakatsu beritahu yg itu cuma khabar angin, tapi Iemitsu tiba2 mengaku yg dia sukakan lelaki dan buat Ofuku terkejut...Iemitsu seolah2 nak sakitkan hati Ofuku...lepas tu Masakatsu tanya kenapa Iemitsu sengaja cakap macam tu...Iemitsu cakap entah kenapa dia rasa benci bila tengok muka Ofuku walaupun dia tahu Ofukulah satu2nya yg selalu berada di sisinya...Iemitsu tanya sama ada Masakatsu tak bencikan ibu yg tinggalkannya...Masakatsu cakap walaupun mak dia nampak macam tabah, tapi sebenarnya lemah...sebab tulah Masakatsu sentiasa ada perasaan nak melindungi Ofuku...

malam tu, Iemitsu berkeras nak hadiri upacara pemujaan di kota walaupun Masakatsu melarang...Iemitsu seolah2 rasa tertekan duduk dalam istana...bila Iemitsu nampak orang2 menari, dia pun nak turut serta...bila Masakatsu nampak Iemitsu tersenyum gembira masa menari, dia pun senyum sama...masa tu tiba2 seorang lelaki bertopeng cuba serang Iemitsu tapi Iemitsu dapat elak...Masakatsu sempat datang tolong Iemitsu dan bila Masakatsu pecahkan topeng lelaki tu, rupa2nya penyerang tu adalah Masatoshi, adik Masakatsu sendiri...

Ofuku dan Masakatsu mengadap Iemitsu untuk minta maaf atas apa yg Masatoshi dah buat...Masakatsu cakap Masatoshi tu pengiring Tadanaga, jadi mesti buat serangan tu atas arahan Tadanaga...tapi Iemitsu cakap dia takkan jatuhkan hukuman macam tu je...lagipun, dia yakin serangan ke atas dia pasti disokong oleh Oeyo...

Ofuku pergi jumpa Oeyo...secara tak langsung, Ofuku tuduh Oeyo yg rancang serangan ke atas Iemitsu tapi Oeyo nafikannya...Oeyo pergi jumpa Tadanaga dan tanya pasal tu...tapi Tadanaga cakap Masatoshi bersama dia malam tu...rupa2nya Oeyo memang tak tahu-menahu langsung pasal serangan tu, tapi Tadanaga pulak yg nampaknya merancang serangan tu sendiri...

bila Tadanaga beritahu Oeyo yg dia akan ke Kyoto jumpa Maharaja bersama2 Iemitsu dan Hidetada, Oeyo tak benarkan sebab risaukan keselamatan Tadanaga...tapi Tadanaga cakap Iemitsu takkan cuba cederakan dia depan ayah...lagipun inilah peluang Tadanaga nak dapatkan sokongan Maharaja sebagai ahli keluarga Tokugawa kalau dia nak memerintah dunia...lepas pemergian Tadanaga ke Kyoto, Oeyo tak habis2 berdoa demi keselamatan Tadanaga siang dan malam, tak makan minum dan tak rehat...akhirnya Oeyo jatuh sakit...

utusan dihantar beritahu keadaan Oeyo yg sakit tenat pada rombongan Tokugawa di Kyoto...Tadanaga nak balik cepat tapi Iemitsu tak nak...Iemitsu cakap Oeyo tak nak jumpa dia...Ofuku pulak nak jumpa Oeyo bila tahu Oeyo dah jatuh sakit...mulanya Oeyo tak nak jumpa Ofuku tapi lepas sehari semalam Ofuku tunggu, akhirnya Oeyo setuju jumpa Ofuku...bila jumpa Ofuku, Oeyo tuduh Ofuku dah l'etak racun' dalam hatinya..Ofuku dah 'rampas' anak lelaki Oeyo dan buat Hidetada mengkhianati Oeyo...jadi Oeyo sangat bencikan Ofuku....Oeyo tuduh Ofuku sengaja tak maklumkan ahli keluarganya tentang keadaan sakitnya...tapi lepas tu Oeyo mengaku pada Ofuku yg dia sebenarnya sangat rindukan Iemitsu...Oeyo teringin nak peluk dan dukung Takechiyo (Iemitsu) masa kecik2 dulu...Ofuku rasa sedih tengok keadaan Oeyo...

Tadanaga yg tak berhenti rehat 3 hari 3 malam akhirnya sampai di Edo...tak lama lepas tu, Hidetada dan Iemitsu pun menyusul balik ke Edo...Hidetada terus pergi jumpa Oeyo nak mohon maaf, tapi Iemitsu pulak langsung tak jenguk Oeyo dan sibukkan diri dengan hal2 pentadbiran... Ofuku suruh Iemitsu pergi jumpa Oeyo, tapi Iemitsu bertegas yg Oeyo tak nak jumpa dia walaupun Ofuku dah beritahu yg Oeyo tercari2 Iemitsu...Iemitsu cakap masa kecik2 dulu dia selalu cemburu bila nampak Oeyo sentuh dan pegang tangan Kunimatsu (Tadanaga), dan dia rasa sangat sedih sebab Oeyo tak pedulikannya...jadi sejak kecik bagi Iemitsu, maknya dah mati...

malam tu, Iemitsu mimpikan Oeyo...Iemitsu mimpi yg Oeyo senyum pada dia masa kecik dan peluk dia...sedar2 je dari mimpi, air mata Iemitsu mengalir...dengan tergesa2, Iemitsu terus ke bilik Oeyo...masa tu Oeyo dah nazak sangat dah...Oeyo panggil nama Tadanaga, lepas tu panggil Hidetada...akhirnya, Oeyo panggil nama Takechiyo sambil terhulur2kan tangan seolah2 mencari Takechiyo...Iemitsu dah mula nangis dah masa ni...masa tu Ofuku pun dah nampak keadaan Iemitsu...akhirnya Oeyo mati juga...Iemitsu terus pergi peluk mayat mak dia sambil menangis2 dan panggil 'mak'...Ofuku pun turut sedih tengok keadaan Iemitsu yg kematian ibu...

macam2 lagi tragedi menimpa keluarga Tokugawa lepas tu...Hidetada mati 6 tahun kemudian, dan lepas tu, Tadanaga dikurung selepas terlibat dalam pemberontakan menggulingkan Iemitsu...Tadanaga akhirnya mati bunuh diri dalam tempat kurungan dan disaksikan oleh Masatoshi...tak lama kemudian, Masakatsu pulak meninggal...Ofuku rasa sedih sangat bila Masakatsu mati...Ofuku beritahu Iemitsu yg dia adalah ibu yg melampau...dahlah dia tak bagi Masakatsu panggil dia 'mak'...Masakatsu pulak anak yg terlalu baik, walaupun disuruh buat macam2 dan Ofuku pun layan dia dengan dingin, Masakatsu tak pernah merungut...Ofuku rasa segan cakap semua ni depan Iemitsu, tapi Iemitsu tak kisah...kata Iemitsu, seorang ibu tak semestinya tabah...Ofuku pernah suruh Iemitsu anggap dia 'mak' masa Iemitsu keseorangan, dan sekarang, Iemitsu nak Ofuku anggap dia 'anak'...masa nilah Ofuku akhirnya menangis sepuas2nya kerana kehilangan Masakatsu sambil dipeluk Iemitsu...

lepas ni, akan ada seorang gadis membawa cahaya dan menyinari keluarga Tokugawa, manakala Ofuku pulak akan jadi syaitan lagi demi keluarga Tokugawa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2006 09:46 PM | Show all posts
TQ whitedove..
tak sempat tengok tempoh hari...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2006 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by zanierpk at 7-3-2006 12:08 PM



munna..
tq yer...
betul.. pn ofuku... bukan ooku... :stp:
saya tersilap...


no hal punya.... biasalah saling bantu membantu adalah amalan murni rakyat soap opera cari

[ Last edited by munna at 8-3-2006 11:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 12:43 PM | Show all posts
sedih pulak bila Pn. Ooeya tu meninggal dan apa gi Masakatsu tu juga meninggal...terkenang lak masa dia masih kecil dulu..begitu bertanggungjawab gan adik beradik dia dan tetap sayang gan mak dia...

bel nak tanya anak Pn. Ofuku tu..yg seorg gi..x disebut pun..dan apa jadik gan Masatoshi lepas Tadanaga mati bunuh diri dan apakah Masatoshi ni jahat atau baik...?

anyway white thanks so much for your detail summary...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2006 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by isabel at 8-3-2006 12:43 PM
sedih pulak bila Pn. Ooeya tu meninggal dan apa gi Masakatsu tu juga meninggal...terkenang lak masa dia masih kecil dulu..begitu bertanggungjawab gan adik beradik dia dan tetap sayang gan mak dia.. ...


:hmm:ermmm..sy pun tak pasti ape jadi kat masatoshi nie.sebab minggu lepas tak tunjuk pun.tunggu minggu nie pulak.
Reply

Use magic Report

azuwachan This user has been deleted
Post time 8-3-2006 04:51 PM | Show all posts
to whitedove, hontoni arigato for the profile!!!  (I LOVE HIDETOSHI  NISHIJIMA!!!!)
anyway, sy nih bdk baru  =)
hajimema****e!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2006 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by azuwachan at 8-3-2006 04:51 PM
to whitedove, hontoni arigato for the profile!!!  (I LOVE HIDETOSHI  NISHIJIMA!!!!)
anyway, sy nih bdk baru  =)
hajimema****e!!!


hajime ma$hite! watashi mo Nishijima-san ga suki desu! ;) (well, sejak Ooku ni la).. kiut n sorenya pun best la pada pendengaran...

dozo yoroshiku ne! jangan malu2 berkunjung ke sini...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by ayie77 at 8-3-2006 04:18 PM


:hmm:ermmm..sy pun tak pasti ape jadi kat masatoshi nie.sebab minggu lepas tak tunjuk pun.tunggu minggu nie pulak.


hehe..suspen...suspen...:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 01:31 PM | Show all posts
btol ke kat S&M kedai ujung sekali ada cd nih?
esok jugak saya gi carik!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 02:09 PM | Show all posts
a'ah tul tu cd ni dah ada jual kat S&M...

nampaknya bel akan layan citer ni full day ahad ni...x sabar nak tgk kesudahannya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 03:14 PM | Show all posts

Reply #3014 isabel's post

hehe...jom kita layan sesama ahad ni....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by yays at 10-3-2006 01:31 PM
btol ke kat S&M kedai ujung sekali ada cd nih?
esok jugak saya gi carik!


ada...konpem..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2006 03:23 PM | Show all posts

Reply #3015 dang_anum's post

heheh..sesi nak belas dendam ni...tgk epi yg dah tertinggal tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 04:11 PM | Show all posts

Reply #3017 isabel's post

har har har....balas dendam ek....

ff: bel...mana lg best project x or once upon a time in high school...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by dang_anum at 10-3-2006 04:11 PM
har har har....balas dendam ek....

ff: bel...mana lg best project x or once upon a time in high school...



ff:
Once Upon A Time In High School...klu ko tgk Project X tu mesti ko pun x paham ...tapi one thing OST dia bel suka semuanya...best..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by isabel at 10-3-2006 04:31 PM



ff:
Once Upon A Time In High School...klu ko tgk Project X tu mesti ko pun x paham ...tapi one thing OST dia bel suka semuanya...best..


hehe..ok :solute:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.276724 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list