CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antara

Gangguan Selepas Berkahwin

[Copy link]
Post time 5-3-2016 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
antara replied at 3-3-2016 06:55 PM
nak berubat ke? nanti saya minta izin dia dulu ye

Haah.... ok sy tunggu . Terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2016 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
antara replied at 3-3-2016 06:55 PM
nak berubat ke? nanti saya minta izin dia dulu ye

Haah... ok sy tunggu... terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:59 AM | Show all posts
ada citer lagi?  lama dah follow...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 05:00 PM | Show all posts
parking dlu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 01:57 AM | Show all posts
Baru start baca kisah dari awal terus lekat. Gigih duk baca sampai page 12. Berdebar-debar jugak baca. sereeemmmm . harap ada update. =)
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
apa khabar tt agaknyer...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2016 02:33 PM | Show all posts
xde citer ke... dah abis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2016 03:31 PM | Show all posts
Shahreen74 replied at 6-5-2016 02:33 PM
xde citer ke... dah abis?

sekarang alhamdulillah kurang 80% gangguan...

cuma baru2 ni ada la dapat berita macam tak syiokkk....

ada jin perempuan / bunian dah kwen dgn husband dari zaman dia sekolah lagi..

dan jin tu takmau kami ada zuriat..wallahualam...hehheeh macam2 ujian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2016 03:33 PM | Show all posts
mama_imanz replied at 17-4-2016 06:37 AM
apa khabar tt agaknyer...?

hi mama hehhe....
terharu tau ada yg tanya khabar heheh
saya alhamdulillah sihat...gangguan berkurangan...
tapi mungkin ganguan lain pulak...cume tak extreme mcm sebelum ni heheh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 09:11 AM | Show all posts
antara replied at 9-5-2016 03:31 PM
sekarang alhamdulillah kurang 80% gangguan...

cuma baru2 ni ada la dapat berita macam tak syiok ...

laaaa... pulakkkk....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2016 05:21 PM | Show all posts
Edited by antara at 27-5-2016 10:54 AM

MIMPI ANEH SEKALI LAGI
Dipendekkan cerita…ehh tibe2 je nak pendek..yang panjangnya tak tau ye hehhehe…
Gedebak gedebuk..urut sana sini..katanya aku dah gugur lebih kurang 3kali…
Aku ingtkan kluar darah biasa…hurmmm takpe..blum rezki lagi…patut la pernah sekali lpas kluar darah banyak, aku demam..mengigil2…

Minggu lepas aku ada balik kampong. MInta urut dengan mak aku apa semua…tapi lain ceritanya bila da kematian…
jadinya mak aku cume buatkan air jelah untuk minum.

Balik dari rumah mak aku dalam 9malam. Kami gerak balik JB.
Agaknya badan dah penat, on the way tu aku dah tido.
TInggal laki aku drive sorang…kahkahhh!! Contoh isteri terbaikkkk…

Sampai je rumah, aku dah letih. Cuci2 muka terus tido.
Aku tak pasti suami aku tido pukul berapa. Tau-tau aku dah mimpi…..

Dalam mimpi tu, aku kat rumah sekarang. Waktu tu tengahari. Yang ada aku berdua je dengan suami.
AKu hantar suami ke depan pintu..dia nak pergi solat jumaat…kereta dua2 takde kat garaj rumah.
Then aku masuk dalam bilik terus, aku bentang sejadah nak solat zuhur. Sambil bentang tu, mulut aku senyum lebar…macam hepi sangat tau.
Aku baca kuat-kuat “subhanallah..walhamdulillah….walailaha’ilallahAllahuakbar…”



Tiba-tiba ada perempuan datang kat aku cakap… “jaga-jaga..nanti ada lelaki datang menyamar sebagai suami kau…dia nak bersama dengan kau..bau dia busuk macam tahi…kau jangan terpedaya tau!!”

lepas tu perempuan tu keluar dari bilik.. aku teruskan bersiap nak solat. Waktu tu aku baru pakai kain..nak sarung telekung ke kepala..pintu dibuka…

Seorang lelaki yang tinggi sangat…aku 157cm ni paras bawah ketiak dia..sasa, kulit putih merah.
Muka berkumis tipis dan berjanggut sama macam laki aku…dia senyum..
masuk bilik…terus baring atas katil sambil tenung aku dengan senyum-senyum…otak aku belum sempat nak cerna siapa dia….


Pintu bilik aku dibuka! Perempuan tadi jerit kat aku “kan aku dah cakap…dia dah datang tu..lari…lari sekarang…!!”
perempuan tu tarik tangan aku..
sekilas aku pandang lelaki tu…muka dia marah..merah menyala..

Aku lari…depan aku..ikut sama lari..budak perempuan tu dengan dua orang budak lelaki..
budak tu dalam lingkungan umur 8 ke 10 tahun.AKu tak kenal siapa..
aku tak kenal siapa perempuan tu..kenapa dia selamatkn aku…tapi apa yang nyata..
memang betul apa dia cakap..busuk macam tahi , bau lelaki tu..takyah cerita lah..perghhh kuat sangat!


Aku lari pergi rumah jiran-jiran. Yang peliknya, rumah jiran semua kosong. Takde kereta dan takde orang.
Aku Nampak budak laki 2 orang tu pergi sembunyi bawah meja lah, dalam almari lah..
budak perempuan tu pun sibuk sembunyi. Aku panjat satu almari ni.
Aku sorok dalam tu. Aku Nampak ada 2 ekor beruk besar warna hitam pergi selongkar rumah-rumah jiran aku cari kami semua
(termasuk budak laki tu agaknya)


Dalam pada tu…aku terus berzikir Allahuakbar…SUbhanallah…berulang-ulang aku zikir..walaupun dalam ketakutan yang amat sangat.
Tiba-tiba bau tahi kuat menusuk hidung..aku dah agak mamat badan besar ni dah sampai..
Aku tak tau aku buat macamana…tapi waktu aku berzikir tu, aku membentuk 1 bulatan putih sekeliling badan aku…aku tak pandai nak explain…

Lelaki tu berdiri depan pintu almari aku. DIa terus tersenyum.
Perempuan tu belakang dia, muka cemas je tapi tak cakap apa-apa.
Baru aku perasan..perempuan tu hadir dalam bentuk macam roh…tapi roh macam budak-budak dalam belasan tahun…
dia mampu cakap je, tapi lelaki tu tak nampak dia pun.
Lelaki tu cube nak capai aku dalam almari…tapi tak boleh…


Aku tersedar….


Jam pukul 1.55pagi. Terasa lama sangat kata alam mimpi..tapi rupenya baru sejam aku tido….

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
antara replied at 25-5-2016 05:21 PM
MIMPI ANEH SEKALILAGI Dipendekkan cerita…ehh tibe2 je nak pendek..yangpanjangnya tak tau ye hehhehe ...

Ngerinya mak baca mimpi uolls ni.  Mak harap sgt uolls sembuh dr semua gangguan.  Sabr ye uolls.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2016 10:44 AM | Show all posts
Edited by antara at 27-5-2016 10:49 AM

Hi semua….
assalammualaikum dan salam sejahtera..


Nak buat penambahan sikit kat stori atas…
Hari rabu haritu ada show kat pandan uptown. Habis pun dah12.30..lebih kurang 1 lebih sampai rumah.
On the way nk balik tu, husband tiba-tiba tegur..” eii busuknya..macam bau tahi..”
Saya bisik kat dia… “ish awak ni..jangan tegur lah. Ini lah bau yang saya bau tu..yang saya cerita kat awak..” dia pun diam.
Sampai dah dekat dengan rumah, tiba-tiba bau tu datang lagi. Dalam hati aku dah pikir …aduhhh jangan kau ikut balik sudah syaitan….

Masuk rumah, aku baca apa yang patut.. aku Nampak biras belum tido. Masih tengok tv. AKu biarkn…terus aku masuk bilik air, cuci muka..baring.
Aku suruh laki aku tido sekejap. 10 minit jadilah..buat hilang penat dia. Sebab dalam pukul 2 dia nak kerja overtime lagi beberapa jam.
Dalam pada tu, aku pun ikut terlelap. Tiba-tiba..aku tersentak bangun….!!

Bau tahi kuat sangat..sampai aku terbangun dari tido. nak termuntah pun ada.
AKu tengok, laki aku tengah pakai baju kerja nak pergi ot.Dia terkejut tengok aku bangun mengejut.
Mengigil tangan aku..aku cakap aku takut..aku bau lagi…
Dia terus buka lampu (asalnya buka lampu tidur je) , peluk aku…dia cakap takde apa lah…awak tidur balik..

Aku pun salam2 dia…dia nak pergi kerja..Waktu dia keluar, aku pun keluar bilik nak ke bilik air.
Aku tengok, biras aku dah takde depan tv. Tapi kipas terbuka..dalam hati nak bebel juga. Dahla aku bayar bil semua…ishh…lepuk kang.

Aku masuk bilik air, ambil air sembahyang.
AKu masuk je bilik, aku bagi salam…’assalammualaina…ha sami’un alim..’ langkah je masuk…merinding bulu roma tangan aku sampai ke tengkuk…
Aku ambil al-quraan, letak tepi aku. Kat bantal laki aku. Aku buka mp3 yasin, aku mengaji sekali.

Habis yasin aku cuba baring, mesej kawan2 yang belum tido. Diorang pun temankn aku sampai aku terlelap lebih kurang 3.30.
pukul 4 laki aku balik..dia sentuh pipi aku cakap..”ayang..abang da balik..” aku boleh pulak melenting..”
cube bagi salam boleh tak..” sebab aku terkejut dan takut sangat kalau benda tu menyamar sebagai dia..
hahaha lepas tu laki aku bagi salam, aku terus pejam mata sambung tido..lega…


SEMALAM…..

Aku berbual dengan adik ipar yang perempuan.
(kalau korang perasan ada kes yang nenek kebayan tu). Waktu tu aku baru lepas goring jemput-jemput ikan bilis.
Laki aku dah pergi busking. Sambil makan kat dapur, kitorang berbual.
Aku Tanya, rumah dia diganggu lagi ke? Dia kata Alhamdulillah takde,tapi masih lagi seram.

Aku pun buka cerita pasal mimpi aku dari first. Dia kata,kalau kita dah sampai luar dari mimpi masih terbau (pagi tu) means, benda tumemang dah dapat masuk rumah kita. Perghhh sentap terus jantung mak! Kecopotan!!

Aku cakap kat dia, sebelum ni pernah ada sorang orang tua ni tegur aku.
Suami kamu rajin balik malam. Ada yang mengikut. Kalau boleh kurangkan balik malam.
Dia cakap, aku takut satu hari nanti akan ada yang cuba menyamar menjadi suami kamu dan meniduri kamu.
Pesan dia, kalau boleh..cari penyapu lidi, letak belakang pintu dan diterbalikkan.

Tapi jangan letak je. Sapu bilik kamu dengan penyapu lidi tu. Jangan anggap macam azimat.
Waktu tu aku just angguk je. Tak bertindak pun.Bila mimpi ni datang, berbual dengan adik ipar.
Baru aku teringat pesan orang tua tu. AKu pun cerita kat adik ipar aku.

Dia cakap, kawan dia satu opis pun pernah pesan. Sebab diorang semua tau yang rumah adik ipar aku ni berhantu huhuhu….
DIa kata, kalau boleh sapu rumah biar pakai penyapu lidi. Jangan pakai penyapu moden tu.
Sebab penyapu lidi ni sifatnya ‘keras’. Lagi satu, pernah pakcik suami 'bersihkan' rumah dia, dia kata rumah tu dulu dah pernah dipagar tapi bocor. Biras aku pun jenis suka balik lewat jumpa kawan. Pakcik ni pesan, kalau setiap kali kita tak bole tido, setiap kali tu benda tu dari luar masuk dalam rumah. Macamana tah ea..

Biras suka ajak anak beranak dia tido kat depan tv (kat rumah dia).
Aku cakap, aku ada baca kat mana tah tapi katanya tak elok tido depan tv sebabnya ruang terbuka macam tu tempat lalu lalang benda tak elok.
Lagi2 sejalan dengan dapur dia. Dia kata pernah juga dengar, tapi nak buat macamana...

Wallahualam….

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2016 10:55 AM | Show all posts
makneng replied at 26-5-2016 08:29 PM
Ngerinya mak baca mimpi uolls ni.  Mak harap sgt uolls sembuh dr semua gangguan.  Sabr ye uolls.



mekasih makneng atas kata2 peransang nye
harap2 benda ni cepat lah berlalu...
buat kita takut nak tido malam...takut dengan suami pun hado
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
antara replied at 27-5-2016 10:55 AM
mekasih makneng atas kata2 peransang nye
harap2 benda ni cepat lah berlalu...
buat kita t ...

Ye mak paham perasaan stress sbb benda2 mistik ni.  Ketakutan uolls yu berasas btl tak,  sbb x sure dpn mata tu laki yg sebenar or jelmaan yg lain     nanti uolls bg tau la kat laki uolls tu,  kalo balik keja bg salam or kejut uolls elok2.  Again,  semoga cepat sembuh dek.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 05:32 PM | Show all posts
antara replied at 27-5-2016 10:44 AM
Hi semua….
assalammualaikum dan salam sejahtera..

Assalamualaikum TT ... (Kena bagi salam, nnt TT marah )

Dah habis aku merempit umah nie, scary betul la...
Harap TT dan suami sihat dilindungi Allah S.W.T. aminn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2016 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 27-5-2016 11:07 AM
Ye mak paham perasaan stress sbb benda2 mistik ni.  Ketakutan uolls yu berasas btl tak,  sbb x sur ...

      tocey tocey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
zameyla replied at 27-5-2016 05:32 PM
Assalamualaikum TT ... (Kena bagi salam, nnt TT marah  )

Dah habis aku merempit umah nie, sca ...

Wassalam wbt...aminn atas doa yang baik yunk    
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
antara replied at 27-5-2016 02:44 AM
Hi semua….
assalammualaikum dan salam sejahtera..


Baru baca ni...teringat kisah semalam tu cik @hest      ruang tv umah sy sebaris ngan dapur...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 05:39 PM | Show all posts
silampumeja replied at 30-5-2016 05:25 PM
Baru baca ni...teringat kisah semalam tu cik @hest      ruang tv umah sy sebaris ngan dapur...

errr.. yeke.. adui, bilik panas ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.109826 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list