aku zmn remaja dulu minat Micheal Jackson taww....agaknya kalu MJ dpn mata aku, aku pun naik syeh gak kot,,,ilang ingatan kejap....after dia pass away, weol adek beradik semua pegi tgk doc pasal dia kt wayang, " This is it"....sedihh sgt....
aku dpt detect mcm mana life org2 dlm agensi2 agama ni....drg hidup dlm kerangka drg sendiri...dlm gua gitu...x amek tau hal2 luar....bila hal2 jd viral gini baru drg tersentak...baru nk nmpk kemaksiatan yg berlaku....then baru nk bertindak...tindakan dr org2 yg baru keluar dr gua mcm nilah....jumud yg amat caranya.....mcm org tak bertamadun aka bodoh bengap.....
Kenapa nak tangkap Kpop ....bukan ka depa di jemput???? Kesilapan depa mungkin tak faham ngan agama dan budaya m'sia....ada akak terbaca dlm fb ,satu blog ni hentam KJ bila dia pun buat komen bodoh.....rasa betui gak apa yg depa tulih....iaitu sapa yg bagi kelulusan / jalan benda2 cam ni yg berlaku....nk tanya konsert ni berbayar ka atau free???
kadangkan ..
terlampau baik membuat orang sering mempermain2kan kita
bertegas skit
jadikan ni pengajaran
untuk band2 lain / penyanyi2 lain
jangan nak buat onar kat Malaysia
dan
untuk peringatan kat penyanyi2 dan pelakon2 tempatan no more pelok2 rapat2 masa konsert / pertunjukan / filem / drama
sebab si kpop tu yang tanya
boleh pegang?
boleh pelok?
boleh segala2 boleh?
memang dasar miang
pastu nak salah kan remaja2 tu sebab mengangguk .. yess yess yess pelok me and i pelok you back
idak ler betul2 sepatah2 gtu
ni umpama si lelaki bertanya budak 15tahun .. boleh rogol dak?
perempuan tu pun yer .. yess .. yess masuk hotel
walaupun persetujuan bersama
salah tetap pada si perogol tu
kita bukan nya apa
geram gak menda ni d besar2kan
tak yah la nak waran2 tangkap bagai tu
kalo nak buat gak
berlaku adil la
hukum semua yang terlibat
Jemput artis K-Pop untungkan negara ‪#‎SHNasional‬
KUALA LUMPUR - Keputusan Kementerian Belia dan Sukan
memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012 sebenarnya telah berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu antara kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada negara hasil keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajuinya tahun lepas.
Di sudut lain yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit pula, ia merupakan
suatu inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan kerajaan.
"Sambutan Hari Belia itu telah berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta
pengunjung," katanya pada persidangan akhbar selepas berjumpa dengan
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di pejabat jawatankuasa itu di Parlimen
pada Khamis.
Beliau berkata kerana daya tarikan K-Pop, ia telah menyemarakkan sambutan
Hari Belia itu sehingga mendapat tajaan yang besar daripada pihak swasta.
Bertabahlah adik2 oi....taulah korang tak matang..pi peluk retis kpop(bukan melayu) tu buat apa? kan dah hazab.
Cer tengok mak2 budak tu, rilek jer peluk retis , tak kecoh & tak kluar waran tangkap pun sbb depa peluk retis MELAYU..jadi akdak sapa rasa tercabar..& marah...
bagi kauseling senyap2 sudah lah. tak payah panggil deorg tampilkan diri semua. in macam nak aib kan deorg ja. memang apa yg deorg buat salah disisi agama..tp muka deorg dah pemes 1 dunia. cukup2 lah...
dalam ramai2 penyanyi kat Malaysia ni
walaupun takde waktu Sudirman glamer
bila bacer2 tentang Sudirman ..
dengar lagu2 arwah
terpesona dengan kretiviti beliau dalam setiap persembahan
hahaha mau rasa nya naik syeh gak
tapi ..
arwah tak sekeji dak kpop tuh
arwah hormat perempuan
arwahnya Sudirman mmg akak minat sgt2 masa kecik2 dulu....terpesona tgk dia dlm tv....dia sgt kreatif dan talented...klu lagu2 dia yg rancak mesti dia dia menari lincah....penyanyi lain xde yg mcm dia.....akak mmg suka penyanyi yg lincah atas pentas....pasal tu akak suka MJ jugak...niwei, sudirman tu mmg la tahu adat budaya agama kita...haruslah...kalu x dah dihencap dia masa tu.....