CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: halimi78

[Tempatan] BANJIR EDISI KELATE [V2]: semakin surut.............

[Copy link]
Post time 29-12-2014 01:55 PM | Show all posts
naina replied at 29-12-2014 09:23 AM
Iols tumpang simpati putt.kelantan mcm dah lumpuh keseluruhan jer
nak makan susah, letrik sume ke ...

kawan aku kena gali perigi, sebab bekalan air terputus
kembali hidup seperti jaman primitif katanya
ayam pun nampak gayanya kena sembelih yg ada kat laman rumah, sebab kat kedai mahal supo bedil


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 01:56 PM | Show all posts
Changa replied at 29-12-2014 01:41 PM
kalau akak nak beli kain kafan 100gm jah nak beli kat mana sis?

Iols xtaw r kain2 ni beli kena timbang plak
mungkin nk standby kot ada mayat ramai dijumpai

Ni gara2 doktor hannan yusofla ni jd viral posting beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:59 PM | Show all posts
hzln replied at 29-12-2014 01:55 PM
kawan aku kena gali perigi, sebab bekalan air terputus
kembali hidup seperti jaman primitif katan ...

Untungla ada perigiitu kelebihan mereka
klu krna kt belah barat
mati kutu kot nk gali air bersih
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 02:04 PM | Show all posts
naina replied at 29-12-2014 01:56 PM
Iols xtaw r kain2 ni beli kena timbang plak
mungkin nk standby kot ada mayat ramai dijumpai

kalo stakat 10kg maknanya tak ramai yg mati.... kira alhamdulillah la tu... 10kg sama berat ngan 10 peket gula.... atau 2 kampit beras yg kecik tu...

nampak sgt yg reka citer ni budak terencat akal yg tak tau org beli kain ikut ukuran apa... jenis yg nak makan cikencop stahun sekali pun mintak duit ngan mak lagi... pastu kawan yg sama terencat akal ngan dia share apa yg dia tulis... pastu pakcik makcik yg sama terencat pun ikut join share.....

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 02:05 PM | Show all posts
hzln replied at 29-12-2014 01:55 PM
kawan aku kena gali perigi, sebab bekalan air terputus
kembali hidup seperti jaman primitif katan ...

Org di kampung ada telaga. Kalau bekalan air terputus boleh pakai air telaga. Org KL dan Selangor bila terputus bekalan air terus meraung..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 02:45 PM | Show all posts
Edited by tupaiterbang at 29-12-2014 02:52 PM


SEGERAKAN HUKUMAN HUDUD DI KELATE!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2014 02:54 PM | Show all posts
tupaiterbang replied at 29-12-2014 02:45 PM
SEGERAKAN HUKUMAN HUDUD DI KELATE!!!

pembangkang takde jawatan dlm mana2 kementrian pon.
dorang turun hulur bantuan ke tidak seropa mcm rakyat jelata.
atas inisiatip sendiri.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 02:56 PM | Show all posts
letih cr gambor nih.. ingat xde yg upload..
MB ke SK Palekbang semalam.. sms gerakan mhantar bekalan ke kawasan Tumpat..



kbnykn PPS tputus/ kekurangan bekalan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 02:58 PM | Show all posts
tupaiterbang replied at 29-12-2014 02:45 PM
SEGERAKAN HUKUMAN HUDUD DI KELATE!!!

gilos ke apa duk tuduh husam dengan nik aziz ni??  Dorang dari bulan 5 tahun lepas dah takde dalam exco kerajaan soci morni kelate tuh yg bertmb yang gila nak berug. Cuba-cuba la bawak mengucap sikit. Pergi siasat sapa yang duk luluskan tebang balak macam pesta  tuh.

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:10 PM | Show all posts

        TUMPAT - Seorang warga emas ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir di Chabang Tiga Kepulau pagi ini.

        Mangsa, Mat Razali Mat Ail, 58, dari Kampung Palekbang disedari hilang oleh keluarganya jam 3 petang semalam selepas mangsa keluar dari pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Palekbang untuk membeli rokok.

        Mangsa dikatakan keluar meredah banjir sedalam hampir dua meter, sejauh satu kilometer, bagaimanapun ketika dalam perjalanan balik ke pusat pemindahan, mangsa dihanyutkan arus deras.

        Mayat mangsa ditemui anggota bomba pada jam 10 pagi tadi tersangkut di pukat berdekatan jambatan Kepulau. Sinar Harian

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:15 PM | Show all posts
Kudrat maraton jururawat
Kota Bharu: “Hampir 10 hari saya bekerja tanpa henti dan tidur pun hanya lima jam sehari saja, tapi saya puas dapat membantu,” kata jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, Safinah Mohd Idris.

Safinah, 40, yang berkhidmat di Unit Rawatan Rapi Jantung (CICU) HRPZ II, di sini berkata, dia sanggup berkorban masa rehatnya berikutan banjir teruk di Kelantan yang menyukarkan rakan lain untuk bekerja.

Katanya, empat pesakit di unit itu yang memerlukan penjagaan rapi tidak memungkinkannya meninggalkan mereka apatah lagi dalam keadaan berkenaan.
“Ramai kakitangan tidak dapat bekerja kerana banjir, malah hospital juga terjejas kerana paras air meningkat hingga memasuki sebahagian wad di kawasan rendah.


“Rumah saya sendiri di Bunut Susu, Pasir Mas juga terjejas kerana laluan keluar masuk tenggelam. Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk terus kekal di wad dan berkhidmat untuk mereka.

“Sukar itu memanglah sukar terutama apabila bekalan elektrik terpaksa dijimatkan kerana kami hanya menggunakan generator selain makanan tidak mencukupi, namun demi kesihatan pesakit, saya berkhidmat sedaya yang mungkin,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

Beliau berkata, semua pesakit di unit itu kekal di tingkat satu HRPZ II berikutan tidak bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

“Mereka tak guna mesin jadi masih boleh kekal di sini. Semua yang kronik dan perlukan mesin bantuan sudah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak minggu lalu kerana khuatir bekalan kuasa ditutup,” katanya.

Safinah berkata, ada ketikanya dia terpaksa berkongsi memakan roti dengan pesakitnya disebabkan makanan mereka yang dihadkan bagi tujuan penjimatan.
Katanya, tidak merungut dengan perkara itu sebaliknya gembira melihat pesakitnya ceria.

Dalam pada itu, Pengarah HRPZ II Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, beliau sudah meminta bekalan tambahan termasuk makanan daripada pusat kawalan operasi banjir dan pihak berkaitan bagi menampung keperluan 365 pesakit masih dirawat di situ.

“Kita berdepan masalah apabila bekalan air semakin terhad, makanan juga tidak cukup untuk pesakit, malah gangguan bekalan elektrik, namun TNB sudah menempatkan generatornya di sini untuk menampung bekalan kuasa.

“Yang lain-lain masih dalam proses. Permohonan sudah dibuat kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk sediakan sekurang-kurangnya lima tangki air ikut kegunaan sehari di sini, manakala makanan daripada pusat kawalan operasi banjir.

“Saya harap ia sampai segera kerana tidak mahu mengganggu operasi. Buat masa ini kami masih bertahan dan paras air juga nampaknya menunjukkan sedikit penurunan,” katanya.-Harian Metro






MANGSA banjir sanggup tinggal di bawah jambatan Sultan Yahya Petra kerana tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan yang sesak.




MANGSA banjir sanggup tinggal di bawah jambatan Sultan Yahya Petra kerana tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan yang sesak.

MANGSA banjir memilih pakaian hasil sumbangan orang ramai yang dilonggokkan di bawah jambatan Sultan Yahya Petra.








Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:53 PM | Show all posts
tupaiterbang replied at 29-12-2014 02:45 PM
SEGERAKAN HUKUMAN HUDUD DI KELATE!!!

baik kau sembah berhala la bro
sungai kelantan tu punyala dalam sebab selalu korek diambil pasir
lagi dalam dari tahun 60an
banjir besar sebab sungai cetek? wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:00 PM | Show all posts
akuwell replied at 29-12-2014 02:58 PM
gilos ke apa duk tuduh husam dengan nik aziz ni??  Dorang dari bulan 5 tahun lepas dah takde dalam ...

sapa yang tebang balak mcm pesta tu???

btw, yang massive deforestation as reported by NASA dekat area negeri 9 & pahang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:16 PM | Show all posts
ultra78 replied at 29-12-2014 02:05 PM
Org di kampung ada telaga. Kalau bekalan air terputus boleh pakai air telaga. Org KL dan Selangor  ...

kadang terpikir juga
ehhh mengadanya takde air bersih bagai
hujan mencurah2, tadah jelah air hujan tuh, masak atas dapo
mengada aih nak air2 mineral2 bagai bila bekalan air terputus
macam bulih mati menggelupur kena taun kalu masak air hujan
lain lah kalu gas memasak takde/abih
takkan nak bakar perabot lak buat unggun api masak air



Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:22 PM | Show all posts
bila la bencana besar nak menimpa kl
nak tgok caman orang urban, educated lagi modern ni menyambut bencana camana gayanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:30 PM | Show all posts
dulu cikgu aku kata masa depan kalau kita ditimpa bencana memang susah nak survive sebab survival skill dah hilang dek kemajuan teknologi. bila keadaan banjir skrg pun dah nampak kesannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 04:32 PM | Show all posts
sebab tu aku masih guna telepon nokia 301
aku takdak ipad kaa apa pun takde hal
aku takdak facebook, twitter, whastupp
kalau berlaku malapetaka, yang akan mati dulu adalah budak2 generasi z
sebab budak2 tak boleh hidup tanpa henpon dan gajet
kedua mati adalah generasi y
yg last sekali mati mungkin aku, kalau tak dpt makan dlm masa 30 hari
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:34 PM | Show all posts
sekngucing replied at 29-12-2014 04:32 PM
sebab tu aku masih guna telepon nokia 301
aku takdak ipad kaa apa pun takde hal
aku takdak faceboo ...

301 yang ni ke?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 04:35 PM | Show all posts
Senarai Jln Persekutuan Kelantan Terengganu Pahang n Perak yg tutup...
kpd yg bkenaan.... pls take note..



Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:37 PM | Show all posts

lebih kurang laaa
tapi bukan yg ni, model bentuk sama, tp kapasiti dia tak mcm yg ini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.162620 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list