|
Fatwa Ulama Warisatul Anbiya terhadap Fahaman Hulul dan Wahdatul Wujud
[Copy link]
|
|
Aahil_adha posted on 9-11-2012 04:41 PM 
APA FAHAMAN CIRI-CIRI KONSEP NUR MUHAMMAD AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
APA FAHAMAN CIRI-CIRI KONSEP ...
Tiada konsep Nur Muhammad dalam fahaman salaf (tentunya mereka ini Ahlus Sunnah yang paling hampir dengan Nabi)
|
|
|
|
|
|
|
|
Aahil_adha posted on 9-11-2012 05:18 PM 
Dato' Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan, penasihat Sultan, Ahli Jemaah Majlis DiRaja Johor, Ahli Maj ... Dan tiada syak lagi bahawa Rasulullah itu 'waashitah', bahkan Rasulullah itu:
اصل الإيجاد لكل مخلوق
كما قال ذو العزة و الجلال: لولاك لما خلقت الأفلاك
"Asal bagi kewujudan setiap makhluk", sebagaimana firman Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran (yakni dalam hadits qudsi) yang ertinya: " Jika tidak wujud Rasulullah, Allah ta'ala tidak menjadikan bumi dan langit."
Ini yang kamu katakan sunni ?
Adz Dzaariyaat:56
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Makhluk diciptakan adalah kerana untuk mengabdi kepadaNya - Bukan kerana Muhammad !
|
|
|
|
|
|
|
|
Aahil_adha posted on 9-11-2012 05:12 PM 
Izinkan saya berkongsi sedikit petikan dari Kata Tuan Guru Haji Wan Mohd Soghir dalam " enutup Perde ... Di antara mereka ada yang mengkhayal bahawa hadis Nur Muhammad adalah doktrin Syi`ah, golongan ini mungkin lebih banyak mempelajari Mazhab Syi`ah atau hidup dilingkungan mazhab itu ketimbang belajar secara mendalam Islam cara tradisional.
Yang lain mengkhayal pula, bahawa hadis Nur Muhammad adalah doktrin berasal ajaran Greek ajaran Platonisme, sama dengan yang di atas golongan ini mungkin lebih banyak mempelajari ajaran Greek-Platonisme atau hidup dilingkungan itu ketimbang belajar secara mendalam Islam cara tradisional.
Yang lain mengkhayal pula hadis Nur Muhammad adalah doktrin berasal dari ajaran trinitas dalam Kristian.
Yang lain pula mengkhayal berasal dari ajaran al-Hallaj, yang lain pula mengkhayal berasal dari Abi Yazid al-Bisthami, dll. ... Patutpun.... mereka tidak tahu apa yang ada dalam doktrin greek, Platoism, triniti-kristian, hindu, budha, sufism !
Lalu menyangka 'konsep Nur Muhammad' itu ajaran Islam 
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 9-11-2012 05:30 PM 
Aduhsss .... sila lihat sini
Saya minta sanad lengkapnya .... mana ?
Minum air ketum ke? takda kene mengene hadith awak bagi tu dgn hadith atas?reti baca bahasa arab dan bahasa inggeris tak? cuba jgn buat keje bodoh yg camtu. tak cerdik namanya. Ynag awak minta sanad ni, awak dah baca habis belum?dah baca belum sape pentahqiq? tak kaji hujah pentahqiq ke yg nk tunjuk cerdik tak tentu hala? adeh, masuk air mamat ni, merapu... . Hang betul buat malam aku harini ceria, terima kasih . keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 9-11-2012 05:35 PM 
Tiada konsep Nur Muhammad dalam fahaman salaf (tentunya mereka ini Ahlus Sunnah yang paling hampir ...
Kata siapa? bawak bukti? Yang dok bagi hadith-hadith tu bukan dari salaf ke wahai mat biot? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 9-11-2012 06:43 PM 
Ini yang kamu katakan sunni ?
Adz Dzaariyaat:56
A'ah. Kenapa? ada masalah? takyah nak auta
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 9-11-2012 05:35 PM 
Tiada konsep Nur Muhammad dalam fahaman salaf (tentunya mereka ini Ahlus Sunnah yang paling hampir ...
Cuba baca fatwa Majlis fatwa ulama saya ambil sikit :-
Ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
i) Tidak semua fahaman dan pegangan kepada "Nur Muhammad" itu sesat, kerana sebahagian ulama mu'tabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas 'aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka "Nur Muhammad" adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah swt, bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan.
iii) Konsep "Nur Muhammad" sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah
iv) Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep "Nur Muhammad" itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep "Nur Muhammad" secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat
Menurut Pengerusi salah faham mengenai "Nur Muhammad" hendaklah ditangani dengan memberikan penjelasan yang sewajarnya berpandukan para ulama terdahulu disamping menjaga adabul-ikhtilaf.
Jadi kamu lagi ilmiah dari Majlis fatwa pulak? bila nak hentam org pakai fatwa ulama bab nur muhammad versi syi'ah, skg taknak pulak ikut majlis fatwa? kenapa bwt perangai ala hindu bang? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak boleh jawab soalan ngaku je.
maknanya kamu buat tuduhan tanpa mengaji.
Jadi fitnah terhadap org sunni, ulama warisatul anbiya, dan Islam.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 9-11-2012 06:52 PM 
... Patutpun.... mereka tidak tahu apa yang ada dalam doktrin greek, Platoism, triniti-kristian, ...
Cuba baca balik majlis fatwa. cuba jgn cerita ala hindu.
Ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
Tidak semua fahaman dan pegangan kepada "Nur Muhammad" itu sesat, kerana sebahagian ulama mu'tabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas 'aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka "Nur Muhammad" adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah swt, bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan.
Konsep "Nur Muhammad" sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah
Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep "Nur Muhammad" itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep "Nur Muhammad" secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat
Menurut Pengerusi salah faham mengenai "Nur Muhammad" hendaklah ditangani dengan memberikan penjelasan yang sewajarnya berpandukan para ulama terdahulu disamping menjaga adabul-ikhtilaf.
Kan dah ludah kelangit 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata/FATWA @Nazrulism (BUKAN ULAMA, SEKADARA TUNJUK PANDAI, IKUT NAFSU, BOLEH TOLAK ULAMA YANG TAK KENA DENGAN DIA)
"Patutpun.... mereka tidak tahu apa yang ada dalam doktrin greek, Platoism, triniti-kristian, hindu, budha, sufism !Lalu menyangka 'konsep Nur Muhammad' itu ajaran Islam"
"Tiada konsep Nur Muhammad dalam fahaman salaf (tentunya mereka ini Ahlus Sunnah yang paling hampir dengan Nabi)"
DARI JAKIM MAJLIS FATWA (YANG MEMANG TERDIRI DARI ULAMA)
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... sunnah-wal-jamaah-0
Nur Muhammad Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Akidah
Huraian Tajuk/Isu:
Setelah dibincang ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
Keputusan:
i. Tidak semua fahaman dan pegangan kepada 'Nur Muhammad' itu sesat, kerana sebahagian ulama muktabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka 'Nur Muhammad' adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah s.w.t bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan
ii. Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada 'nur allah' atau denga tafsiran yang seolah-olah 'Nur Muhammad' itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t, yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung
iii. Konsep 'Nur Muhammad' sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasmuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah
iv. Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep 'Nur Muhammad' itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep 'Nur Muhammad' secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat
JADI KITA NAK IKUT SARANAN ULAMA MANA? ULAMA MANA LEBIH ILMIAH ? @NAZRULISM ATAU JAKIM?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 9-11-2012 02:07 PM 
Untuk kajian pokcik usin. Seorang lelaki badui yang berwatak keras. Ia yang tidak beralas kaki itu setelah mengucapkan salam bertanya kepada Nabi Saw. "Mana di antara kalian yang bernama Muhammad Rasulullah?", begitu ia bertanya. Nabi Saw lalu menjawab, "Saya"............hingga akhir Ini kamu yg bawa xde kena mengena ngan saya, Yg saya suruh kamu tempekkan text arob benda yg ni,
Sebagai contoh; Dalam Dalail al-Nubuwwah, karya al-Baihaqi ... ada riwayat tentang berimannya seekor Dhab (biawak pasir) pada Nabi s.a.w. sila sertakan text arobnya jgn suke sangat buat fitnah atas nama Ulama' dan jgn putar belit
|
|
|
|
|
|
|
|
Aahil_adha posted on 6-11-2012 11:18 PM 
Ok now, i think i would like to refer back to the past hadith denied by Mr. @Nazrulism that was narr ...
Alang-alang kita bangkitkan Hujah Hadith dan tambahkan sedikit maklumat pada yang saya repost ni dan lihat contoh perawiannya, siapa yang mentahqiq dan kemudian merawikannya :-
" Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jama`ah" mukasurat 116 di mana katanya:-
1. Aku (yakni Mohd Zaidi 'Abdullah) meriwayatkan hadis ini daripada:-
2. Syaikh kami 'Abdullah secara sama`an dan Syaikh kami Muhammad al-Banjari, daripada;
3. Musnid Dunya al-Fadani, (yakni Syaikh Yaasin) daripada;
4. Muhammad 'Ali al-Maaliki, daripada;
5. as-Sayyid Abu Bakar Syatha al-Makki, (yakni Sidi Syatha ad-Dimyathi) daripada;
6. Syaikhul Islam Ahmad Zaini Dahlan, daripada;
7. Utsman bin Hasan ad-Dimyathi, daripada;
8. al-Mujaddid 'Abdullah asy-Syarqawi, daripada;
9. asy-Syam Muhammad al-Hifni, daripada;
10. 'Abdul 'Aziz az-Ziyaadi, daripada;
11. asy-Syam al-Baabili, daripada;
12. an-Najm Muhammad al-Ghoithi, daripada;
13. al-Qadhi Zakaria al-Anshari, daripada;
14. al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalaani, daripada;
15. Abil Faraj 'Abdur Rahman al-Ghazzi, daripada;
16. Abin Nun Yunus bin Ibrahim ad-Dabus, daripada;
17. Abil Hasan 'Ali bin al-Muqir, daripada;
18. Muhammad bin Nashir as-Salaami, daripada;
19. 'Abdul Wahhab bin Muhammad bin Mundah, daripada;
20. Abil Fadhl Muhammad al-Kawkabi, daripada;
21. Abil Qasim ath-Thabarani, daripada;
22. Abi Ya'kub Ishaq bin Ibrahim bin Makhallad bin Ibrahim al-Mirwazi al-Handhzali, daripada;
23. al-Hafiz Abi Bakar 'Abdur Razzaq bin Humam bin Nafi' ash-Shan`aani dengan sanad yang shahih kepada Jabir r.a. berkata:-
Aku bertanya pada Rasulullah tentang perkara yang pertama yang Allah cipta sebelum segala-galanya. Maka Nabi Muhammad menjawab:
Huwa nuru Nabiyyika !!! Ya Jaabir, khalaqahu-Ullahu tsumma khalaqa minhu kulla khairin wa khalaqa ba'dahu kulla syai-in."
"Ia (yakni perkara pertama yang diciptakannya oleh Allah) adalah nur Nabimu, wahai Jabir, Allah menciptakan nur kemudian diciptakan daripada nur itu akan setiap kebaikan dan diciptakan selepas nur itu setiap sesuatu." Abdurrazzaq
pada mukasurat 117:-
Antara ulama hadis yang menyokong Nur Muhammad sebagai makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah semasa alam arwah ialah Ismail al-'Ajluni dan al-Amir al-Kabir. Muhaddith al-Syam Ismail ibn Muhammad ibn Abdul Hadi (1087/1676 - w. 1662/1749M) telah memaparkan hadis riwayat Abdurrazzaq tersebut dalam kitab 'Iqdul Jawhar ats-Tsamiin. Dalam kitab ini, al-'Ajluni tidak berani langsung memaudhu'kan hadis ini sedangkan beliau seorang tokoh hadis utama di Syam serta mempunyai sanad dalam meriwayat dan menerima sesebuah kitab hadis untuk diterima pakai. al-Imam al-Muhaddith al-Musnid al-Faqih Muhammad bin Muhammad al-Maliki yang terkenal dengan gelaran al-Amir ul-Kabir (1154.1742 - w. 10 Zulqaedah 1232/1817M) telah memaparkan mafhum Nur Muhammad dalam kitab "Saddul Arabi min 'ulumil isnadi wal adabi" yang amat terkenal. Kalau hadith ini tidak disokong dan palsu, ulama-ulama mujtahid dan muktabar, imam mukmin ini tidak akan merawikannya, mengijazahkannya kerana akan menimbulkan fitnah, adab menyampaikan ilmu, sunnah 
Pada tahun 1428H / 2007M, Syekh 'Isa bin Abdulloh al-Khimyari, seorang ulama ahli hadits, mengaku telah menemukan manuskrip kuno kitab Musnad Abdur Rozaq yang didalamnya tertulis beberapa hadits yang tidak ditemukan dalam cetakan yang beredar saat ini. Termasuk di dalamnya hadits tentang Nur Muhammad SAW ini.

Last edited by Aahil_adha on 9-11-2012 09:30 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
callmeuncleusin posted on 9-11-2012 08:59 PM 
Ini kamu yg bawa xde kena mengena ngan saya, Yg saya suruh kamu tempekkan text arob benda yg ni,
...
Kamu ni keling ker apa ?... kamu minta matan arabnya hadith(?) ketika post tentang yahya al basri
Kuat belit nampak !
Sebagai contoh; Dalam Dalail al-Nubuwwah, karya al-Baihaqi ... ada riwayat tentang berimannya seekor Dhab (biawak pasir) pada Nabi s.a.w.
sila sertakan text arobnya jgn suke sangat buat fitnah atas nama Ulama' dan jgn putar belit
kamu ni tak pernah baca buku itu ker... sampai tak tahu ada riwayat berkenaan ?
Saya memberi contoh itu untuk menunjukkan yang Baihaqi memuatkan riwayat2 yg diterima olehnya.. dengan itu buku Dalail al Nubuwah turut dimasuki riwayat seperti itu.
Teksnya seperti berikut;
أن رسول الله كان في محفل من أصحابه إذ جاء أعرابي من بني سليم قد صاد ضبا وجعله في كمه ليذهب به إلى رحله فيشويه ويأكله فلما رأى الجماعة قال ما هذا قالوا هذا الذي يذكر أنه نبي فجاء حتى شق الناس فقال واللات والعزى ما اشتملت النساء على ذي لهجة أبغض إلي منك ولا أمقت ولولا أن يسميني قومي عجولا لعجلت عليك فقتلتك فسررت بقتلك الأسود والأحمر والأبيض وغيرهم فقال عمر بن الخطاب يا رسول الله دعني فأقوم فأقتله قال يا عمر أما علمت أن الحليم كاد أن يكون نبيا ثم أقبل على الأعرابي فقال ما حملك على أن قلت ما قلت وقلت غير الحق ولم تكرمني في مجلسي قال وتكلمني أيضا استخفافا برسول الله واللات والعزى لا آمنت بك أو يؤمن بك هذا الضب وأخرج الضب من كمه وطرحه بين يدي رسول الله فقال رسول الله يا ضب فأجابه الضب بلسان عربي مبين يسمعه القوم جميعا لبيك وسعديك يا زين من وافي القيامة قال من تعبد يا ضب قال الذي في السماء عرشه وفي الأرض سلطانه وفي البحر سبيله وفي الجنة رحمته وفي النار عقابه قال فمن أنا يا ضب قال رسول رب العالمين وخاتم النبين وقد أفلح من صدقك وقد خاب من كذبك قال الأعرابي لا أتبع أثرا بعد عين والله لقد جئتك وما على ظهر الأرض أبغض إلي منك وإنك اليوم أحب إلي من والدي ومن عيني ومني وإني لأحبك بداخلي وخارجي وسري وعلانيتي أشهد أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله |
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 10-11-2012 12:36 AM 
Kamu ni keling ker apa ?... kamu minta matan arabnya hadith(?) ketika post tentang yahya al basri
...
habis tu kamu ingat riwayat ni palsu rekaan kaum sufi/tasawuf/wahdatujud, apa niat kamu sebenarnya !
“Sesungguhnya RasulAllah s.a.w. sedang berjalan bersama para sahabatnya, kemudian datang seorang A’rabiy(Arab badwi) daripada Nabi Sulaim yang bersamanya seekor dhab disisipan lengan bajunya yang telah diburunya dan bercadang untuk dibakar dan dimakan. Apabila dia terlihat terdapatnya satu jamaah, dia pun bertanya, “Apakah ini?”. Orang disekitarnya pun menjawab, “Itulah dia yang memberitahu bahawa dia adalah Nabi”. Maka orang ‘Arab badwi tadi pun meluru ke arah Rasulillah s.a.w. sambil menolak-nolak manusia disekelilingnya lalu berkata, “Demi tuhan Laata dan ‘Uzza! tidak ada orang yang dilahirkan oleh wanita lebih aku benci dan murkai daripadamu. Sekiranya bukan kerana memanggilku dengan tergesa-gesa, nescaya aku telah datang dan membunuhmu. Maka aku akan membahagiakan orang berkulit hitam, merah, putih dan lain-lainnya”. Mendengar ucapan ‘Arab badwi yang mencela Baginda s.a.w. itu telah menjadikan sayidina ‘Umar ibn al-Khattab marah lalu berkata, “Wahai RasulAllah! Biarkan sahaja aku untuk bangun dan membunuhnya”. Baginda s.a.w. pun bersabda, “Wahai ‘Umar! Apakah engkau mengetahui bahawa berlemah-lembut itu adalah hampir sahaja menjadikan seseorang itu Nabi?”. Baginda s.a.w. pun menerima kedatangan ‘Arab badwi yang tidak beradab itu lalu bertanya, “Apakah yang membuatkan kamu berkata bahawa apa yang telah aku katakan adalah bukanlah yang haq? Kamu juga tidak memuliakan aku di dalam majlisku”. ‘Arab badwi itu pun berkata dengan angkuh tanpa menghiraukan ucapan Baginda s.a.w., “Kamu harus bercakap kepadaku juga!”. “Demi tuhan Laata dan ‘Uzza! Tidak akan aku beriman kepadamu melainkan setelah dhab ini beriman kepadamu”. Maka dia pun mengeluarkan dhab tersebut dari sisipan lengannya dan melontarkan dhab tersebut ke hadapan Rasulillah s.a.w.. Baginda s.a.w. pun bersabda, “Wahai dhab!”. Dhab tersebut pun menjawab seruan Baginda s.a.w. dengan bahasa ‘Arab yang jelas yang didengari oleh kesemua kaum disitu, “Aku menyahut seruanmu dan membantumu wahai perhiasan yang menghubungkan hari kiamat”. Baginda s.a.w. pun bertanya, “Kepada siapakah kamu sembah?”. Jawab dhab tersebut, “Aku menyembah Dia yang mana di langit ‘ArasyNya, di bumi kekuasaanNya, di lautan jalanNya, di Syurga rahmatNya, dan di Neraka seksaanNya”. Baginda s.a.w. pun bertanya lagi, “Dan siapakah aku?”. Jawab dhab tersebut, “Engkau adalah pesuruh Tuhan sekalian ‘alam, dan penyudah bagi sekalian Nabi, dan sesungguhnya berbahagialah orang yang membenarkanmu dan rugilah sesiapa yang menolakmu”. Mendengar jawapan dhab tersebut, orang ‘Arab badwi tersebut pun berkata, “Sesungguhnya aku tidak akan mengikut lagi anutanku sebelum ini bermula sekarang. Demi Allah! Sesunguhnya aku telah datang kepadamu tadi dengan perasaan yang penuh kemarahan, dan sekarang kamulah orang yang paling aku cintai lebih daripada ibu bapaku, dan daripada harta-bendaku dan diriku. Bahkan aku mencintaimu dari dalam dan luar jiwaku, dan dari hatiku hinggalah zahirku”.[ (Kitab Dalail an-Nubuwwah karangan Imam al-Baihaqi rahimahUllah, juzuk ke-6, m/s 36) terdapat byk lagi termasuk didlm kitab al-Bidayah wan-Nihayah karangan al-Imam Ibn Kathir, Imam at-Tabrani di dalam kitab Mu’jam al-Aushot, al-Imam al-Muttaqiy al-Hindiy di dalam kitab Kanzul al-‘Amaal dll ) ada masalah ke ?!
Diriwayatkan oleh sayidina ‘Umar al-Khattab ;
أن رسول الله (ص) كان في محفل من أصحابه إذ جاء أعرابي قد صاد ضباً فقال : من هذا قالوا : نبى الله ، فقال : واللات والعزى لا آمنت بك أو يؤمن بك هذا الضب وطرحه بين يدى النبي (ص(، فقال النبي (ص) له : ياضب ، فأجابه بلسان مبين يسمعه القوم جميعاً لبيك وسعديك يا زين من وافى القيامة ، قال : من تعبد ؟ ، قال : الذى في السماء عرشه وفى الأرض سلطانه وفى البحر سبيله وفى الجنة رحمته وفى النار عقابه : قال : فمن أنا ؟ ، قال رسول رب العالمين وخاتم النبيين وقد أفلح من صدقك وخاب من كذبك ، فأسلم الأعرابي
[Kitab asy-Syifa bi Ta’rif Huquq al-Mustofa, karangan al-Qadhi ‘Iyadh, bahagian pertama, m/s 309]
Byk jalurnya, kat mana masalah cerita tu ? perawi yg bermasalah atau kamu sebenarnya yg bermasalah ?!
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana nk bezakn
ulamak yg jahat dgn ulamak yg baik2 adja?
p/s: Umpama ular dlm semak membezakan antara
daun ketum dgn penadol...yg nyata dgn yg syubhah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aahil_adha posted on 9-11-2012 09:24 PM 
Alang-alang kita bangkitkan Hujah Hadith dan tambahkan sedikit maklumat pada yang saya repost ni d ... 21. Abil Qasim ath-Thabarani, daripada;
22. Abi Ya'kub Ishaq bin Ibrahim bin Makhallad bin Ibrahim al-Mirwazi al-Handhzali, daripada;
23. al-Hafiz Abi Bakar 'Abdur Razzaq bin Humam bin Nafi' ash-Shan`aani dengan sanad yang shahih kepada Jabir r.a. .. Abdur Razzaq lagi ...
Abdurrazzaq bin Humam bin Nafi’ al Himyari ash shan’ani
Ia adalah sokoh Syiah yang terkemuka, sebagimana disebutkan Ibn Qutaibah. Ia yang meriwayatkan tentang keutamaan ahlul ba’it. Ibn Khallikan menyebutkan bahawa bahyak pula yang meriwayatkan hadis darinya di antaranya : Sufyan bin Uyainah, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Mu’in. Az Dzahabbi sang polemis, tidak menolak pandnagan itu bahkan dia berkomentar dalam dua halaman dengan mengutip pandangan para ahli hadis sunni tentang ketsiqahan dirinya.
Al Mushawi menyebutkan dalam kitabnya al Muraja’at :
`Abdul-Razzaq ibn Humam ibn Nafi` al-Himyari al-San`ani Seorang dari pemuka Syiah dan dari keturunan yang dihormati, beliau telah dijumlahkan oleh Ibn Qutaybah di antara yang terkemuka Syiah di dalam Ma`arif. Ibn al-Athir, pada muka surat 137, Vol. 6, dari bukunya Al-Tarikh Al-Kamil, menyebutkan kematian `Abdul-Razzaq pada penghhujung peristiwa di dalam tahun 211 H. iaitu: “Dalam tahun itu, ahli tradisionis `Abdul-Razzaq ibn Humam al-San`ani, seorang dari penasihat Ahmed, yang Syiah telah meninggal.” Al-Muttaqi al-Hindi menyebut beliau ketika membincangkan hadis no 5994 di dalam bukunya Kanz al-`Ummal, pada muka surat 391, Vol. 6, mengatakan bahawa beliau adalah Syiah. Al-Thahbi, di dalam Al-Mizan, berkata, “`Abdul-Razzaq ibn Humam ibn Nafi`, penasihat Abu Bakr al-Himyari, adalah seorang Syiah.
Al-`Abbas ibn `Abdul-`Azim, yang menuduh beliau sebagai penipu. Walau al-Thahbi telah menolak tuduhan yang sedemikian. “Bukan sahaja Muslim, tetapi semua mereka yang telah menghafal hadis telah bersetuju dengan al-`Abbas, sedangkan para Imam-imam yang berpengetahuan bergantung kepada penyampaian beliau.” Dia terus menyampaikan biografi beliau, dengan menyebut dari al-Tayalisi sebagai berkata: “Saya telah mendengar Ibn Ma`in mengatakan sesuatu yang darinya saya telah yakin bahawa `Abdul-Razzaq adalah seorang Sh’a. Ibn Ma`in bertanya kepadanya: `Guru kamu seperti Mu`ammar, Malik, Ibn Jurayh, Sufyan, al-Awza`i, semuanya adalah Sunnis. Di mana kamu belajar golongan Syiah?’ Dia menjawab: `Jaafar ibn Sulayman al-Zab`i suatu ketika datang melawat, dan saya dapati beliau amat dihormati dan mendapat petunjuk yang benar, dari itu saya mempelajari Syiah dari beliau.’ ” `Abdul-Razzaq, seperti yang disebutkan di atas, dalam kenyataan di mana beliau berkata bahawa beliau adalah seorang Syiah.
Rujuk juga keterangan Ini
Menurut Ibn Taymiyah (Minhaj as-Sunnah, juz 1, hal. 14) para ahli hadis menolak riwayat pembid'ah yang mempromosikan bid'ahnya, atau orang yang mengakui kebenaran bid'ah itu. Kerana itu, di buku-buku induk hadis (kitab sahih, sunan, dan musnad), tidak terdapat riwayat dari perawi bid'ah yang mempromosikan bid'ahnya.
jika di buku-buku induk hadis ada periwayat dari pembid'ah, (misalnya Khawarij, Syi'ah, Murji'ah dan Qadariyah), itu karena riwayat itu tidak mengajak kepada kefasiqan. Namun pembid'ah yang mempromosikan bid'ahnya mesti ditolak. Ditolak, maksudnya, antara lain mencegahnya melahirkan bid'ah. Dan siapa yang mencegahnya, pasti tidak mengambil ilmu darinya atau mengakui kebenaran bid'ahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
callmeuncleusin posted on 10-11-2012 03:57 AM 
habis tu kamu ingat riwayat ni palsu rekaan kaum sufi/tasawuf/wahdatujud, apa niat kamu sebenarnya ...
Memang bermasalah jika semua riwayat-riwayat itu dijadikan sebagai akidah. . Hadis-hadis itu tidak dapat dijadikan pegangan untuk menetapkan sesuatu yang merupakan keluarbiasaan Nabi Saw. Dan meskipun Hadis-hadis itu memiliki sanad (jalur periwayatan. silsilah keguruan) yang banyak, sehingga Hadis itu tidak dapat disebut Hadis palsu; tetapi penisbahannya-yang merupakan mu'jizat Nabi itu- tidak dapat ditetapkan dan dibuktikan kecuali dengan Hadis yang sahih.
Begitu juga dengan kisah seekor Kijang yang bersalaman dengan Nabi yang terdapat dalam kitab2 tasawuf yang dijadikan tarian hadrah oleh orang2 sufi.
Dan Hadis-hadis yang lemah (dha'if) tidak dapat dipakai sebagai dalil untuk menetapkan adanya mu'jizat, karena masalah mu'jizat adalah masalah aqidah yang tidak dapat ditetapkan kecuali dengan al-Our'an dan atau Hadis yang sahih.
Walau hadith itu berada dalam Dalail-Nubuwwah - Baihaqi sebagaimana Hadits Jabir... ia tidak dapat dijadikan sandaran Akidah !
Byk jalurnya, kat mana masalah cerita tu ? perawi yg bermasalah atau kamu sebenarnya yg bermasalah ?! Satu lagi masalah... adalah orang yang suka dengan hadith palsu dan sebarkannya macam kamu !
Rujuk Apa yang kamu tempek ! Last edited by Nazrulism on 10-11-2012 02:17 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Aahil_adha posted on 9-11-2012 08:37 PM 
Cuba baca balik majlis fatwa. cuba jgn cerita ala hindu.
Ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan ... Ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
Tidak semua fahaman dan pegangan kepada "Nur Muhammad" itu sesat, kerana sebahagian ulama mu'tabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas 'aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka "Nur Muhammad" adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah swt, bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan.
Konsep "Nur Muhammad" sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah Merujuk kepada kesimpulan Ahli mesyuarat;
1. Tidak semua 'sesat' - bermakna ada yang sesat.
2. Bagaimana pegangan kepada 'konsep Nur Muhammad' oleh personaliti yg disebut itu yang tidak melampaui batas 'aqidah dan syariah Islam ?. Sebagaimana batas yang dihuraikan oleh JAKIM sebagai Kurafat
a. Nur Muhammad bersifat Qadim dan Azali.
b. Dijadikan Nur Muhammad terlebih dahulu sebelum dijadikan alam.
c. Semua alam dijadikan dari Nur Muhammad.
Setakat ini... semua posting saya menunjukkan pelanggaran kepada batas itu dan hujah kamu juga tidak menafikan kesemua 3 perkara berkenaan.
3. Kenapa konsep Nur Muhammad pegangan 'ulama' yg disebut itu hanya sebagai perkara khilafiyah sedangkan pada pegangan yang lain sebagai menyentuh Akidah - dikatakan sebagai 'sesat' ?
Pada saya... kesimpulan dan cadangan ahli mesyuarat itu tidak konkrit sebagai fatwa... ia hanya sebagai 'sangka baik' sahaja untuk 'cover' ulama tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aahil_adha posted on 9-11-2012 08:28 PM 
Kata siapa? bawak bukti? Yang dok bagi hadith-hadith tu bukan dari salaf ke wahai mat biot? {:mlla ...
Memang bukan lah mat biol ! ... itu hadith2 palsu ciptaan syiah dan puak sufi seperti Ibnu 'Arabi imam besar kamu itu !
Pandangan Ibnu Arabi berkisar pada:
-Berusaha menghancurkan atau membatalkan agama dari dasarnya.
-Semua orang berada pada As-Shirath Al-Mustaqim (jalan lurus).
-Wa’ied (janji) dari Allah tidak ada sama sekali.
-Khatim al-Awliya’ (penutup para wali) lebih tinggi daripada Khatim Al-Anbiya’ (penutup para nabi), karena wilayah (kewalian) lebih tinggi daripada Nubuwwah (kenabian).
Antara pendapat dari Ibnu Arabi dan pengikut-pengikutnya adalah:
-Wali lebih tinggi dari nabi (Masra’ At-Tasawwuf, 22).
-Untuk sampai kepada Allah, tidak perlu mengikuti ajaran para nabi (syara’), (Masra’ At-Tasawwuf, 20).
-Semua ini adalah Allah, tidak ada nabi/rasul atau malaikat. Allah adalah manusia besar. ( Fushush Al-Hukm, 48, Masra’ At-Tasawwuf, 38).
-Tidak sah khilafah kecuali kepada insan kamil.
-Allah memerlukan pertolongan makhluk. (Fushush Al-Hukm, 58-59).
-Nabi Nuh as. termasuk orang kafir (Masra’ at-Tasawwuf, 46-47).
-Da’wah kepada Allah adalah tipu daya. (Fushush Al-Hukm, 772/Masra’ At-tasawwuf, 66).
-Al-haq adalah al-khalq/ makhluq (Masra’ At-Tasawwuf, 62).
-Hukum alam adalah Allah itu sendiri. (Masra’ At-Tasawwuf, 70).
-Hamba adalah Tuhan. (Fushush Al-Hukm, 92-93; Masra’ at-Tasaw¬wuf, 75).
-Neraka adalah surga itu sendiri. (Fushush Al-Hukm, 93-94).
-Al-Quran mempunyai dua arti, lahir dan batin.
-Dalam anggapan Ibnu Arabi, dia berkumpul dengan para nabi.
-Perbuatan hamba adalah perbuatan Allah itu sendiri. (Fushush Al-Hukm, 143).
-Ad-dhal (orang yang sesat) adalah al-muhtadi (orang yang mendapat petunjuk), al-kafir adalah al-mu’min. (Masra’ at-Tasawwuf, 108).
-Hawa nafsu adalah tuhan terbesar.
-Fir’aun adalah mukmin dan terbebas dari siksa neraka. (Fushush Al-Hukm, 181; Masra’ At-Tasawwuf, 111).
-Wanita adalah tuhan. (Fushush Al-Hukm, 216; Masra’ at-tasawwuf, 143).
-Hakekat ketuhanan tampak jelas dan utuh pada nabi-nabi as.
-Fir’aun adalah tuhan Musa. (Fushush Al-Hukm, 209; Masra’ at-Tasawwuf, 122).
Inikah ulama Warisatul Anbiya ? 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|