aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by -A-M-A-R- at 15-10-2003 18:51:
tidakku duga begitu caranya,
silapku juga maaf dipinta,
Rasa malu macam baba & nyonya,
Mungkin kurang berminat taktahu nak kata.
Kuala Lumpur menjadi kebanggaan menteri,
Bangunan mencecah tinggi lautan putri,
Teman sejati memang susah dicari,
tambah-tambah lagi teman sehidup semati
Kawan punya kawan macam dah takde adat,
Peluk sana peluk sini tak peduli pak imam mana,
Alahai saudari berkwn biar adat,
Kalau ada jodoh tak kemana.
apa dirisau maksud hamba,
sekadar pesanan buat teman;
adat berkawan sesama manusia,
wajiblah kita ingat mengingatkan
teman bergembira mudah dicari,
berkongsi ceria dan cerita ria;
belum tersua teman sehidup semati,
aweX kan sabar menunggu masanya
tua muda bukan halangan,
sekadar kawan bertukar cerita;
aweX sentiasa membuka fikiran,
menambah kawan tak kira usia |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by -A-M-A-R- at 15-10-2003 19:01:
Budak sekarang brutal orangnya,
ikut fesyen kononnya segak bergaya,
Daripada melepak taktentu halanya,
Baik kurang seninya drpd lingkup imannya.
keyboard dihempuk tensen katanya,
mencari idea hilang kemana,
bukan membisu cuma tertanya-tanya,
Adakah saudari sentiasa disana?
cakap Tuan ada betulnya,
dari duduk membuang masa;
melepak merapu tak tentu hala,
lebih baik berpantun bersama-sama
hantarlah posting tak kira masa,
bila log-in akan ku balas;
usah ditanya ke mana hamba,
kadangkala dibataskan tugas |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by -A-M-A-R- at 15-10-2003 19:55:
Berkenalan dengan awek bagai nak gila,
Sumbong dia kalahkan dewi,
Wahai aweks mesia jgn sumbung sgtla,
Segak bergaya hanya diduniawi.
enak sungguh ketupat sotong,
masakan ibu jadi hidangan;
berdiam diri bukannya sombong,
sedang sibuk rancang masa depan
pergi belayar ke tanah seberang,
hajat nak cari si anak dara;
janganlah silap menilai orang,
kalau tak kenal mana nak cinta |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aweXgiloz at 16-10-2003 04:43 PM:
tersepak batu di atas tangga,
sakitnya terasa luka di kaki;
berforum bercerita tiada salahnya,
asalkan kerja dijamin berkualiti
Kejujuran dan dedikasi sebahagian sahaja,
Diantara ciciciri untuk kita berjaya,
Waktu pejabat untuk bekerja,
Curi tulang berdosa setahu saya.
Nak senang bukannya mudah,
Harus berusaha dan beruasaha baru berjaya
Nak berpantun atau beriadah,
Biarlah dimasa lapang atau rihat sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Akar diguna pengganti rotan,
Kerana rotan habis ditebang
Bayangkan anda sebagai majikan,
Mahukah anda staff yang curi tulang.
Buah mangga buah mempelam,
Masak sebiji diatas peti,
Lepas pejabat atau pun malam,
Berforum lah kita sesuka hati. |
|
|
|
|
|
|
rodriguez This user has been deleted
|
pergi pagi balik senja,
lepak warung layan kerom,
waktu kerja aku kerja,
abis kerja aku berporum |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by si^etok at 16-10-2003 18:14:
Kejujuran dan dedikasi sebahagian sahaja,
Diantara ciciciri untuk kita berjaya,
Waktu pejabat untuk bekerja,
Curi tulang berdosa setahu saya.
Nak senang bukannya mudah,
Harus berusaha dan beruasaha baru berjaya
Nak berpantun atau beriadah,
Biarlah dimasa lapang atau rihat sahaja
ekekeke... :stp:
yang penting tugas tidak bertangguh,
semua tugasan siap dikehendaki;
masa kerja bersungguh-sungguh,
bila terluang forum dikunjungi
tidak elok mencuri tulang,
apatah lagi masa bekerja;
manusia ni memang serba kurang,
apa nak buat, terpengaruh jiwa |
|
|
|
|
|
|
|
Indahnya tukangan barangan antik
Perak permata menghiasi kayu
Klik sambungan paparan eletronik
Bacalah kita pantun Melayu |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by si^etok at 16-10-2003 19:16:
Akar diguna pengganti rotan,
Kerana rotan habis ditebang
Bayangkan anda sebagai majikan,
Mahukah anda staff yang curi tulang.
Buah mangga buah mempelam,
Masak sebiji diatas peti,
Lepas pejabat atau pun malam,
Berforum lah kita sesuka hati
tiada majikan yang senang hati,
tahu pekerja mencuri tulang;
tapi kita sebagai pekerja ni,
pandai-pandailah untuk mengimbang
siang dan malam tak kira masa,
bila berpeluang tak ku lepaskan;
berforum ria memeriah suasana,
janji tugasan sudah kusiapkan |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
rodriguez This user has been deleted
|
jebat bukan sebarang jebat,
tajam lidahnya umpama jarum,
hebat bukan sebarang hebat,
waktu tidur pun bleh berporum |
|
|
|
|
|
|
|
Dari kampongmengunjungi kemari,
Sebuk bertugas tak kira masa,
Riang dan ceria menambah seri,
Hilang mengantuk waktu bercanda. |
|
|
|
|
|
|
|
No sleep no rest,
No bullet no gun,
No work no cash,
No forum no fun |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aweXgiloz at 16-10-2003 07:23 PM:
ekekeke... :stp:
yang penting tugas tidak bertangguh,
semua tugasan siap dikehendaki;
masa kerja bersungguh-sungguh,
bila terluang forum dikunjungi
tidak elok mencuri ...
20 tahun dulu tak kita terbayang,
Malaysia mampu buat Proton saga
Memang betul awex ku sayang,
Abg pun kadang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 16-10-2003 09:53 PM:
Dari kampongmengunjungi kemari,
Sebuk bertugas tak kira masa,
Riang dan ceria menambah seri,
Hilang mengantuk waktu bercanda.
Bunga cempaka dan bunga seroja,
Buat hiasan dirambut adinda
Hilangkan tension selepas berkerja,
Sambil kita meluaskan minda. |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
[quote]Originally posted by si^etok at 17-10-2003 18:46:
20 tahun dulu tak kita terbayang,
Malaysia mampu buat Proton saga
Memang betul awex ku sayang,
Abg pun kadang |
|
|
|
|
|
|
|
Mengharap jangan bulan jatuh keriba,
Nanti awak akan menyesal
Awex, bulan puasa menjelang tiba,
hutang lama sudahkah langsai.
Jangan sesekali memakan riba,
Jika termakan cepat bertaubat
Menjelang ramadhan yang akan tiba,
Apakah persiapan yang awex dah buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Air takungan di dalam besen,
Dibiar berhari denggi pon mari,
Kalau kepala tengah tensen,
Forum Cari penawar hati. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|