|
Ahahaha... Tapi Faiz tu slow... boleh makan hati kekadang dpt boipren macam ni....
Nicki_Meow Post at 3-5-2012 20:12
nasib baik x dpt Faiz ni, dpt yg kenal je terus ajk kawin |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik x dpt Faiz ni, dpt yg kenal je terus ajk kawin
sarizu Post at 4-5-2012 10:59
Amboiiiiiiii..... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha.... ini mcm vicious cycle....
----> Skrg tunggu hero kecik besar sikit....
-------> K ...
auntieagony Post at 3-5-2012 21:15
Setuju sangat dengan pendapat auntie...
Takpelah... minta-minta di permudahkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Amboiiiiiiii.....
Nicki_Meow Post at 4-5-2012 11:18
next...
selingan2 tu pndg sblh mt je |
|
|
|
|
|
|
|
ahhh...tgugat iman nih
bulan 4 hr tu memg ada plan nk g Redang, tp cancel...huhu...
ni next we ...
sarizu Post at 4-5-2012 10:58
Nah gambar ambik drp pokcik google sebagai motivasi pembakar semangat.... TQ pokcik....
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju sangat dengan pendapat auntie...
Takpelah... minta-minta di permudahkan....
Nicki_Meow Post at 4-5-2012 11:19
Menulis melalui pengalaman... |
|
|
|
|
|
|
|
Nah gambar ambik drp pokcik google sebagai motivasi pembakar semangat.... TQ pokcik....
auntieagony Post at 4-5-2012 12:18
terbakar dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
ish! malu tapi mahu... |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 pon mcm kayu...hik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak lg....hehe...best nie |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 6-5-2012 19:01
Part 2 - Episode 36
“…Tanpamu dari Amir Jauhari” Kedengaran suara penyampai radio memperkenalkan lagu yang bakal di putarkan.
Faiz menyanyi mengikut irama di radio. Dia terlebih ceria hari ini. Perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur yang selalunya sesak juga tidak dirasakan.
“Morning Nadia, Mira” Faiz menyapa setelah pintu di tolak. Satu senyuman di berikan kepada mereka.
“Morning Encik Faiz” Mira dan Nadia menjawab serentak. Faiz mengangguk dan terus berlalu untuk masuk ke biliknya. “Morning” Terdengar pula dia menyapa pekerja yang lain di belakang.
Mira menjengah kepala. Bila dia mendapati majikannya telah masuk ke dalam bilik, dia segera ke belakang, bertenggek di atas meja Aznim.
“Kak Nim, kenapa dengan boss tu? Lain macam punya ceria hari ni?”
“Biasalah. Orang tengah bercinta” Aznim menjawab ringkas.
“Girlfriend dia yang mana satu? Yang vogue tu ke, yang lagi sorang tu?”
“Dah tak ada kerja ke? Pagi-pagi sibuk nak bergossip” Aznim tidak menjawab soalan. Mira hanya tersengih sebelum kembali semula ke depan.
*******************************************************************
“Hi Faiz” Faiz mengangkat muka. Dia tersenyum memandang Emalin. Di sebabkan mood nya baik hari ini, kedatangan Emalin juga tidak dirasakan seperti gangguan.
“You selalu macam ni tau… langsung taknak call I bila balik dari trip’’ Emalin sengaja membuat suara merajuk. Kerusi di depan Faiz di tarik lalu dia duduk.
“Busy’’
‘‘Sikit-sikit busy. Itu je alasan you’’ Faiz hanya tersenyum lagi.
“Best ke Pangkor?” Faiz mengangguk.
“You pergi dengan siapa?”
“Dengan Dani”
“Berdua je?” Faiz diam. Kalau di jawab berempat, sudah pasti Emalin melenting, dan dia tidak mahu memanjangkan cerita.
“Betul ke dengan Dani? Ke you pergi sekali dengan perempuan tu?” Emalin meneka serkap jarang.
“You tak kerja ke?” Faiz menukar tajuk. Malas hendak melayan kerenah Emalin lebih lama.
Emalin menggeleng. “Tak sihat”
“Sakit apa?” Kening Faiz berkerut
“Selsema, batuk”
“Dah tau tak sihat, kenapa keluar? Duduk ajelah rehat kat rumah’’ Faiz menegur membuatkan muka Emalin bertukar masam.
“Dah pergi klinik?” Faiz bertanya lagi.
“Belum”
“Jom, I temankan you pergi klinik” Faiz mengajak.
“Tak payahlah” Emalin sengaja berjual mahal. Tapi hatinya melonjak kesukaan apabila Faiz memberi perhatian kepadanya.
“Tak elok dibiarkan macam tu. Come, let’s go” Faiz sudah bangun. Emalin tersenyum lagi, dia bangun lantas berjalan beriringan dengan Faiz.
********************************************************************* |
|
|
|
|
|
|
|
Farina hanya memerhatikan adiknya yang sedang duduk bermain gitar di luar rumah, melayan perasaan. Sejak balik dari Pulau Pangkor, Faiz kerap termenung. Kadang-kadang tersenyum seorang diri. Gitarnya sentiasa ada di sisi.
“Merenung jauh nampak?” Dia mengambil tempat di sebelah Faiz. Faiz yang sedang duduk bersila menoleh, lalu tersenyum.
“Abah dengan mak mana?”
“Dah tidur” Faiz mengangguk.
“Abang Ngah?”
“Tengok tv” Faiz mengangguk lagi.
“Jangan termenung lama-lama, tak elok. Angah masuk dulu” Farina berkata.
“Ngah.. rileklah dulu. Duduk dulu” Faiz menahan. Farina mengangkat kening, tapi dia menurut juga ajakan Faiz.
“Kenapa?” Tanya Farina. Faiz disebelahnya hanya diam sambil menggaru-garu dagu.
“Masalah apa pula ni?”
“Bukan pasal masalah... tapi pasal...”
“Girlfriend?” Pantas Farina meneka. Faiz tersengih lagi.
Tau-tau je angah aku ni.
“Hah… ceritalah”
“Tak tau mana nak mula”
“Siapa nama dia? Orang mana? Macam mana boleh kenal?” Kata Farina.
“Dah lama kenal. Dah lama suka. Dah lama sayang. Tak terluah je.” Jawab Faiz.
“Iye ke? Angah kenal?”
“Kenal kot”
“Angah tahu. Ni mesti awek yang yang dalam blog tu kan?”
Faiz senyum segan. Agak malu dia nak bercakap dengan Kak Ngahnya pasal perempuan.
“Siapa nama dia?”
“Adalea”
“So, apa masalahnya sekarang?”
“Orang nak kahwin” Faiz berterus-terang, tidak mahu berkias-kias lagi.
“Oh…” Farina tersenyum.
“Bawalah datang rumah dulu, boleh kenal-kenal”
“Bila?”
“Anytime. Kita buatlah makan-makan sikit” Kata Farina.
Faiz senyum sambil mengangguk.
“Faiz”
“Ya?”
“Macam mana dengan Emalin?” Soalan Farina membuatkan Faiz terdiam. |
|
|
|
|
|
|
|
errr...tk ke mak faiz dah mati? |
|
|
|
|
|
|
|
errr...tk ke mak faiz dah mati?
sarizu Post at 6-5-2012 21:55
Mama dia dah meninggal... tapi dia ada 'mak'... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 296# sarizu
Hehehe.. ok
Sweet dreams sis.. (Jangan mimpi Faiz pulak...) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 6-5-2012 23:04
Part 2 - Episode 37
“Hi Lea” Shafiq muncul lagi secara tiba-tiba. Walaupun telahdi larang oleh Lea, Shafiq datang lagi tanpa di undang. Tapi Lea masih tetap melemparkan senyuman.
“Hi Fiq” Sapanya.
“Jom pergi lunch. I belanja” Ajak Shafiq.
Lea diam. Tapi akhirnya dia mengangguk setuju.
***************************************************************
“How’s Pangkor?” Shafiq bertanya.
“Best…” Lea menjawab.
“Suraya mana?’’
‘‘Kerja’’ Mahu tak mahu Shafiq menjawab. Lea mengangkat kening.
“I tak rasa Suraya tahu you datang sini jumpa I, kan?”
‘‘Dia tak perlu tahu’’ Lea menarik nafas.
“You dah nak kahwin Shafiq. Jangan buat macam ni. Kesian Suraya’’
Shafiq hanya diam merenung Lea. Sesekali kelihatan dia menarik nafas.
“Fiq…”
“I sayangkan you” Jawapan Shafiq membuatkan Lea terdiam.
“I masih sayangkan you, sama macam dulu” Katanya lagi.
“Fiq, itu cerita lama. Kita dah ada hidup masing-masing. Lagipun, you dah tunang”
“I sanggup putuskan tunang kalau you terima I balik”
“Fiq. Jangan jadi bodohlah”
“I tak pernah lupakan you selama ni” Lea merenung Shafiq.
“Kalau you tak lupakan I, macam mana you boleh bertunang dengan Suraya?” Shafiq diam.
“Lea… I sayangkan you” Shafiq berkata lagi. Lea hanya mengeluh.
“Fiq, we never meant for each other. Hati you untuk Suraya”
“Takkan sikit pun you tak pernah fikirkan pasal I?” Lea menarik nafas.
“Fiq…” Shafiq mendengar saja, menantikan kata-kata seterusnya.
“Enam tahun dulu, I dah bagi hati I pada seseorang… ” Lea memandang tepat ke mata Shafiq.
“Tapi… orang tu bukan you” Merasakan tiada apa-apa lagi yang perlu diperkatakan, Lea mendiamkan diri, hanya memandang Shafiq di depannya.
“Who’s that lucky guy?” Shafiq bertanya tapi Lea hanya tersenyum. Tak perlu rasanya dia terangkan apa-apa.
“Can we still be friends?”
Lea mengangguk.
************************************************************* |
|
|
|
|
|
|
|
Lea hanya berbaring-baring di dalam bilik, berehat. Walaupun sudah seminggu pulang dari Pulau Pangkor, penatnya masih terasa.
“Esok, aku nak ajak kau datang rumah” Kata-kata Faiz sebentar tadi masih bermain di fikirannya.
“Kenapa?”
“Ada dinner”
“Tiba-tiba je?”
“Isk.. jangan banyak tanya, boleh? Datang je. Aku ambik kau kat rumah”
“Yalah...”
Dinner untuk apa? Otak Lea terfikir-fikir.
Telefon bimbitnya berbunyi lagi menandakan sms baru masuk.
Mariam : Kau baca blog Faiz sekarang.
Lea : Kenapa?
Mariam : Jangan banyak tanya, boleh ? Baca je…
Lea menggeleng kepala.
Kenapa malam ni semua orang tak boleh kena tanya?
Namun, jarinya pantas membuka komputer riba. Blog Fearless & Adventures di klik pada ‘bookmarks’.
Oh.. ada update baru. Apa yang si Yam ni kalut sangat?
Blog Fearless & Adventures terpapar di hadapannya. Dia membaca kemas kini terbaru Faiz yang bertajuk “Heaven on Earth”.
Gambar-gambar di dalam blog itu di tatap satu demi satu. Ayat-ayat nukilan Faiz di baca sebaris demi sebaris. Sesekali tersenyum bila ada kata-kata Faiz mencuit hatinya.
Adalea, I just want you to know that, you are very special to me.
Nafasnya seperti terhenti seketika membaca ayat terakhir... |
|
|
|
|
|
|
|
Part 2 - Episode 38
Lea mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Sudah berpasang-pasang baju yang dicuba. Semua tak kena pada pandangan matanya. Merah sangatlah.. coraknya terlalu berbunga-bungalah.
“Mana satu ni?” Lea berkata sendiri sambil mengayakan baju satu demi satu.
“Kenapa ni?” Tanya Puan Arifah. Terbeliak biji matanya melihat timbunan baju di atas katil anak bongsunya itu.
Lea memandang ibunya, tapi tidak berkata apa-apa.
“Lea nak pergi mana ni? Bertimbun baju atas katil”
“Ada dinner” Jawab Lea sambil membelek-belek lagi baju.
“Habis tu, apa masalahnya? Bukan Lea tak biasa pergi dinner”
“Dinner ni lain bu, kat rumah kawan” Jawabnya lagi.
Rumah kawan? Lain macam bunyinya.
“Kawan mana?”
Lea tersenyum memandang ibunya. Perlahan-lahan dia menolak timbunan baju, lalu mengambil tempat disebelah ibunya di atas katil.
“Faiz” Jawab Lea.
“Siapa Faiz?”
“Kudinlah bu…” Puan Arifah mengangkat kening.
“Jadi, Lea berkawan dengan dialah sekarang?” Puan Arifah meneka.
Lea mengangkat bahu. Yang sebenarnya, dia pun tak tahu apa hubungan sebenar dia dengan Faiz. Hingga hari ini, Faiz tak pernah berbicara tentang hati dan perasaan.
“Tak taulah Bu. Faiz tak pernah pun cakap terus-terang pada Lea”
“Lea suka Faiz?” Tanya Puan Arifah lagi. Lea tersenyum.
Sejak Faiz pergi dulu, barulah hatinya mengakui yang dia juga sayangkan Faiz. Tidak pernah terbuka lagi hatinya untuk orang lain. Ada juga yang datang menagih cinta tapi, Lea tidak memandang serius. Tumpuan penuh diberikan kepada butik pengantin itu. Kini, Faiz telah kembali dan cinta Lea kembali berbunga. Namun, untuk Lea memulakan kata cinta pada Faiz, tidak sama sekali.
“Sukalah tu” Puan Arifah mengusik. Lea ketawa.
“So, mana satu ni?” Tanya Lea.
Puan Arifah membelek-belek baju itu satu demi satu.
“Pakai yang ni” Tangannya mencapai sepasang kurung moden berwarna putih. Terdapat sulaman ringkas di dada dan lengan.
“Tak simple sangat ke?”
“Tak. Just nice. Tak payah over sangat” Kata Puan Arifah.
“Thanks Bu, you are the best” Kata Lea. Puan Arifah tersenyum.
“Dah boleh kahwin” Kata Puan Arifah.
“Isk, ibu ni”
**************************************************************** |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|