CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)

  [Copy link]
Post time 2-3-2012 11:19 AM | Show all posts
AKU MENANGIS SEBAB KAU TAK SAMBUNG2 CRITE NI LAGI!

{:4_502:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 03:04 PM | Show all posts
mana ni? lama dah tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 10:53 PM | Show all posts
setia menanti n3....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 10:57 AM | Show all posts
Fizz mana ko menghilang ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 02:57 PM | Show all posts
salam fizz..... sy suka part part azah kenakan harris dan part mereka ada identiti ke 2....

dan macam biasa penceritaan fizz menarik...

dan kalau boleh biar lah ada jiwang2 sikit  terutama bab kekeluargaan azah dikampung...

dan tak sabar tunggu n3 baru.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 01:00 AM | Show all posts
rindu kat haris & azah
mana fizzi???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2012 09:14 AM | Show all posts
dun tell me if fizziany ni = Cik Es...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 09:45 AM | Show all posts
dun tell me if fizziany ni = Cik Es...
want2bhappy Post at 9-3-2012 09:14



ahahahaha... tk kottt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 09:03 PM | Show all posts
Entry...entry....entry......
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:07 AM | Show all posts
dun tell me if fizziany ni = Cik Es...
want2bhappy Post at 9-3-2012 09:14



    hehe...seram aku...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:30 AM | Show all posts
Reply 287# want2bhappy


    Aku tak rasa orang yang sama.....dan harap2 bukanlah orang yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:44 PM | Show all posts
uiks tengah syiok3 baca harris nak jumpa azah...
n3 seterusnya xder plak...
harap penulis dapat menyambung n3 nyer...
sebab tengah syiok nih...
aper yang akan dilakukan oleh aris kepada azah yang meninggalkan dier yer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 04:35 PM | Show all posts
Loo siapa pulak cik es tu???
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 10:46 AM | Show all posts
Reply 293# qimi08


    Cik es penulis kontroversi kat board MPS....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 11:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 16-3-2012 11:13

Reply 294# alifinara


Oh ye ke cam pernah dgn je kisah org ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 10:51 AM | Show all posts
fizzi, cpt la sambunggg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2012 05:57 PM | Show all posts
sorry ya,
memang terrrsangat bizi...tak sempat jenguk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2012 05:58 PM | Show all posts
“Ikut aku kejap…” kata Harris dalam nada yang tegas. Matanya merenung Azah tajam. Azah mendongak.

“Kalau aku tak nak?” soal Azah kembali, jua dalam nada perlahan. Enggan membiarkan pekerja lain mendengar perbualan mereka.

“Aku cium kau kat sini…” gertak Harris. Bulat mata Azah mendengar ugutan Harris. Pantas Azah bangun dan mengekori Harris yang berjalan laju keluar dari pejabat menuju ke gudang belakang.

“Kau ingat aku anak patung? Suka-suka nak cium…Balik KL nanti, aku nak report kat Encik Rashid! ” bebel Azah bila mereka sudah berada di luar. Harris diam, berjalan laju menghampiri longkang besar yang agak jauh dari orang ramai. BIla tiba betul-betul di depan longkang, Harris berhenti berjalan lalu berpusing memandang Azah.

“Apasal kau tinggal aku tepi jalan tadi?” soal Harris tegas. Mendidih betul darahnya dengan perbuatan Azah. Seumur hidupnya, tak pernah terfikir dia akan melalui perkara sedemikian.

“Kau pun, kenapa tipu aku? Kau ingat aku tak tahu madah berhelah kau?” soal Azah kembali dengan kasar. Kini, sama-sama sudah bercekak pinggang.

“Kalaupun aku menipu, aku takdelah sampai nak buat aniaya kat kau. Nasib baik ada teksi lalu. Kalau tak..” kata –kata Harris tergantung di situ. Dia marah betul dengan tindakan Azah yang dirasakan sudah melampau.

Kalau diceritakan hal ini kepada Din mahupun Halim, mahu gelak besar mereka nanti.

“Kalau tak, apa?” soal Azah kasar. Muka Harris di depannya nampak begitu kecil. Kalau Harris nak bertumbuk dengannya pun, dia sedia. Dia sudah nekad tidak mahu dibuli lagi.

Harris terdiam sejenak memandang Azah. Memandang wajah ayu gadis itu, entah mengapa tiba-tiba membuatkan hatinya yang mendidih macam air panas dalam periuk tadi sejuk. Padahal, sejak dalam teksi tadi, dia bukan main marah lagi. Bermacam-macam sumpah seranah dihambur di dalam hatinya buat Azah.

Alih-alih, bila dah berdepan dada ke dada macam ni, bibirnya terkatup rapat pula.

“Kalau tak, apa???” sergah Azah lagi.  Harris mencemuh Azah dengan nafasnya.

“Kalau tak…aku balik jalan kaki sajalah…” balas Harris. Azah yang mendengar jawapan itu, terkedu sekejap. Budak ni berloyar buruk dengan aku kah?

“Memang padan pun dengan muka kau tu. Memang patut kena tinggal tepi jalan. Itulah balasannya kepada orang yang menipu…” kata Azah lagi. Darjah kemarahan masing-masing sudah reda sedikit. Entah apa sebabnya. Padahal, tadi bukan main lagi mahu berperang.

“Apa yang aku tipu?” soal Harris. Pura-pura lupa akan kesalahannya.

“Kau tipu aku 2 kali. Satu, kau tipu budak-budak ni kata kita dah janji nak lunch sama. Sebab tu diorang pergi makan tak ajak aku. Secondly, kau buat-buat macam motor tak jalan…” kata Azah kasar. Harris terdiam, merenung Azah.

Harris membuang pandang kea rah lain. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Ni mulut tempayan mana pulak yang terbukak ni…Nafas dihembus lemah. Harris memandang Azah kembali.

“Okeylah. Aku minta maaf…” Harris menghulurkan tangannya, mahu bersalam. Tanda minta maaf. Azah memandang tangan yang dihulur. Dalam ragu-ragu, salam itu disambut jua. Terasa lembut jari-jemari Azah dirasakan Harris bila tangan itu sudah digenggamnya erat. Tapi, cepat-cepat Azah menarik kembali tangannya usai mereka bersalam. Salam buat syarat saja.

“Aku pun minta maaf…sebab tinggalkan kau tepi jalan tadi,” ujar Azah perlahan. Harris senyum pendek sambil mengangguk. Sejuk hatinya mendengar kata-kata itu dari mulut Azah. Azah memandang Harris lagi.

“Kau naik teksi pakai helmet ka?” soal Azah hairan. Dari tadi lagi dia hairan juga melihat helmet di kepala Harris yang masih belum dibuka. Harris yang baru tersedar melopong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2012 05:59 PM | Show all posts
Harris merenung Azah yang sedang membuat kerja bersama seorang pekerja bawahan mereka. Gadis itu manis sungguh. Meskipun dia memang garang dan tegas bab kerja, tapi bila dia mengukirkan senyuman, tiap kali itulah Harris merasakan pandangannya terpaku pada wajah gadis itu.

Tak tahu mengapa, sejak mereka berbaik, atau dalam erti kata lain, sejak mereka melucutkan genjatan senjata di tepi longkang belakang gudang tempohari, hubungan mereka bertambah baik. Azah juga udah mahu tersenyum buatnya bila saja mereka berbual.

Kalau dulu, naik teksi, Harris lebih senang duduk di depan macam bos besar dan membiarkan Azah seorang di belakang, tapi sekarang dia lebih suka duduk di tempat duduk belakang bersama Azah. Dan mereka akan bersembang panjang.

Bila memandang wajah itu, hati Harris tenang. Harris mengukir senyum tanpa disedarinya. Azah ni simbah gam gajah kah kepadanya sampaikan setiap masa Harris rasa mahu berada bersamanya selalu? Hmm… Harris mengeluh panjang.

Diperhatikan calendar di hadapannya. Diam tak diam, sudah 2 minggu pun mereka di Kuching. Isk…akan samakah layanan Azah padanya apabila mereka pulang ke semenanjung nanti? Manalah tahu….kalau-kalau bila sudah berjumpa pakar ayat-ayat cinta, si Din tu, Azah sudah tidak mahu makan bersamanya lagi…

Harris merenung lagi wajah Azah yang sedang duduk selang 5 meja dari tempat duduknya. Bibirnya diketap, merenung saja tingkah laku Azah dalam diam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2012 05:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 22-3-2012 12:52

Pintu bilik Azah sudah berada di hadapan mereka. Harris memandang Azah yang berjalan mendahuluinya. Hasrat yang terpendam di hatinya sejak tadi harus segera diluahkan. Kalau tidak, melepaslah dia kali ini.

“Azah,” panggil Harris. Pantas Azah menoleh, reaksi spontan terhadap panggilan Harris.

Harris senyum kelat. Langkah kedua-duanya mati di depan pintu bilik hotel Azah.

“Esok cuti…” suara Harris tersekat-sekat. Bibirnya diketap.

“So?’ soal Azah tegas. Harris merenung Azah sambil mengetap bibir. Garangnya budak ni….

“Kita keluar,” Harris menelan air liur pekat. Terluah juga isi hatinya.

Azah melopong. Dia merenung wajah Harris dalam-dalam. Benarkah ini adalah Harris yang dikenalinya di Kuala Lumpur? Barangkali angin di Sarawak ini telah mengubah kepala otak Harris?

“Kemana?” soal Azah. Hampir dua minggu berada di Sarawak, dia belum berkesempatan untuk mengelilingi kota Kuching ini sepenuhnya.

Mata harris bersinar. Lega kerana Azah tidak menyoalnya bukan-bukan kali ini.

“Jalan-jalan je la…Aku pun tak berapa tahu Bandar ni jugak. Kita redah je lah…” kata Harris. Azah terus mengangguk tanpa berfikir panjang. Malas hendak berdiri lama-lama di depan pintu bilik hotelnya.

“Pukul 10 pagi esok, jangan buat-buat lupa pulak!” pesan Harris sebelum Azah hilang di balik muka pintu. Azah angguk. Itu sudah cukup buat Harris. Sebaik Azah hilang ke dalam pintu biliknya, Harris mengulum senyum panjang lebar.




________________________________________________________________________________________________



Azah duduk melepaskan lelah, siang tadi sehari suntuk dia berjalan sakan dengan Harris. Malam ini, Harris mahu membawanya makan di restoran tempohari. Restoran mewah yang terletak di dalam restoran itu.

Kata Harris, itu hadiah buat Azah kerana sudi menemaninya berjalan-jalan siang tadi. Azah meninjau sekeliling ruang yang terdapat di restoran itu.

Harris yang baru datang, terus menarik kerusi dan duduk di hadapannya.

“Awal kau turun,” sapa Harris.

“Saja nak ambil angin,” balas Azah. Harris mengangguk. Pelayan datang dan melakukan rutinnya. Harris dan Azah menjadi pemerhati setia sehingga pelayan tersebut beredar dari meja mereka.

“Berapa gaji kau sebulan?” soal Azah tanpa diduga. Azah duduk bersandar sambil menyilangkan tangannya ke dada. Harris dipandangnya tajam. Macam gangster kampong pisang saja!

“Apasal kau tanya?” soal Harris pula sambil tersenyum.

“Banyak duit kau. Siang tadi, kau belanja aku shopping. Malam ni, kau belanja aku makan kat sini. Aku takut, hujung bulan, poket kau kering je…” duga Azah. Harris tergelak kecil sambil menggeleng.

“Dah orang belanja, makan jelah mak cik…” selamba jawapan Harris. Ada rasa kurang enak di hatinya dengan soalan Azah. Dia tidak gemar hal peribadinya diketahui orang lain.

Azah mencebik. Dia meraup-raup dagunya.

“Sorryla kalau soalan aku sensitif sikit pada kau. Aku curious je…” kata Azah perlahan. Harris diam, tidak berkata apa. Buat seketika, pelayan tadi kembali semula dengan pesanan. Usai makanan dihidang, pelayan itu mengundur diri.

Azah dan Harris yang sememangnya sudah lapar, tidak menunggu lebih lama. Masing-masing diam  dan hanya ditemani muzik latar perlahan dari restoran itu. Sesekali, bunyi sudu dan garpu berlaga sesama sendiri malatari mereka berdua.

Harris memotong daging dipinggan. Sesekali Azah di hadapannya dikerling. Lahap sungguh gadis itu makan. Langsung tak toleh kiri kanan! Daging yang sudah dipotong dimasukkan ke dalam mulutnya.

“Abang Harris….” belum pun sempat daging di masukkan ke dalam mulutnya, tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan dari belakang.

Pantas Harris menoleh ke tepi, mendongak memandang seorang lelaki muda lengkap dengan sut Armani hitam yang sedang berdiri di tepinya.

Harris dan lelaki itu berpandangan. Azah turut sama memandang ke dua lelaki muda di hadapannya. Harris bungkam. Lebih-lebih lagi, bila lelaki muda itu tersenyum ke arahnya sambil mengusap bahunya perlahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.070073 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list