|
|
Dah langsai la bil air normiang yg dah lama tertunggak..
Gedebook Post at 25-9-2011 15:07
betulkah lama tertunggak? Bersangka baik je la. .hehe
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dh selamat pun.
doakan jer la terbaik.
tahniah norman n memey. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Huhu kat twitter pon penoh org dok mengutuk depa ni malam ni..trending abes.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau si Norman ni cerdik, mesti dia takkan ulangi kesilapan lalu.... untung lah memey... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak aku rasa kat memey ni...aku pun byk je sepupu-sepapat kat kg species cam ni, muka cun tapi bila ketuk kepala...kosong... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ada seri langsong....apa2 pun aku doakan korang bahagia la..normiang pun dah dapat perempuhan yag sempurna kannnn |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
check in.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik jugak memek pakai baju pink |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm ni je ke tajaan jotajota tu? hish. kalau x taja mcm mana la pulak rupe. anyway semoga korang 2 bahagia laa ye.kunci kaki normiang tu ketat2.kasi pasang 1 gps dlm bdn dia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tunggu lak resepsi kt Kl lak...
mcm mana rupanya wedding tajaan berjota2...
belah normiang takde ek?kalau takde untung betul dia... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
si memek ni x naik seri sbb org ramai kebanyakkan nye dah selalu sgt tgk diorg ni bergambo berdua.... nak2 lagi part pakai baju pengantin.. dah banyak sgt la gambar diorg pakai baju pengantin.. kad kawen , majalah,paper.. boleh dikatekan hari2 kuar paper...
so, mane nak naik seri lagi klau org dah biase sgt tgk bende2 mcm tu... buat majlis pun mcm x de makne jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk utube dorang akad nikah.. yg xboleh blah c memey dok prasan tgk kamera lgsg xtgk c norman sarung ...
sara_thrash Post at 25-9-2011 14:59 
aku ingatkan aku jek perasan sensorang... masa tu aku rasa irritated sangat... bukan ke biasanya pengantin dok sibuk tengok pasangan dia sarung cincin... bila orang panggey soh tengok kamera, baru la pusing muka... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sekepingnya kemek.... dada leper
alfrina Post at 25-9-2011 22:36 
anak dara lar...btw lawa memey nih |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 266# alfrina
dulu sya teringin jugak kek kawen ada muka sendiri.. gaya narcissistic.. husband sya menentang sekeras2 nye, dier kate gaya kampung sgt.. fuhhh, nasib tak buat.. kalo buat, mesti ada member2 yg melahar di blakang tabir.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baju sanding memek ni seriously cantik gila... tapi oleh kerana si memek ni yang pakai so aku tak nampak cantik... boleh gitu?? huhu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah memey dan norman.. semoga bahagia.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Si memeh ni pakai bj glemer cmne pon still nmpk kampung...kesiyam  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik baju memey.....baju je okey....!!!
siyes anak abby-norman yg kedua tu cantik kann....
sweet giler muka dia.....
ngalahkan suri |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Isnin September 26, 2011
Norman Hakim Janji Tidak Abai Memey
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ & ZAZALI MUSA

Memey dan Norman bergambar dengan dua anak Norman. - Foto RAHMAN EMBONG
PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim yang menangis sebak selepas diijabkabulkan dengan pelakon Memey Suhaiza, Sabtu di Kota Tinggi, Johor, berjanji tidak akan mengabaikan isterinya itu.
Dia tidak dapat menahan sebak setelah memikirkan kegagalan dalam perkahwinannya yang pertama dengan pelakon Abby Abadi.
“Saya rasa sebak selepas akad nikah kerana rasa kesal dengan kegagalan perkahwinan saya sebelum ini.
“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi dan berharap kehidupan yang terbaik pada masa akan datang,” ujarnya kepada pemberita.
Sementara itu, Memey berkata dia akan meneruskan karier seninya setelah mendapat kebenaran daripada suaminya itu.

“Setelah berbincang dengan suami, saya masih akan berlakon dan melakukan aktiviti seni.
“Saya akan cuba membahagikan masa antara keluarga dan karier selepas ini. Diharap semuanya berjalan dengan baik,” katanya.
Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.
Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.
Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.
Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.
Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.
Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.
Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.
Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman.
Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.
Sebelum ini, Memey dan Norman pernah menimbulkan kontroversi dengan isu ditangkap khalwat. Bagaimanapun kes tersebut telah selesai dan pasangan ini dibebaskan dari tuduhan itu.
-mstar-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga bahagia
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
2011/09/26

Norman sebak, Memey bersyukur
BAGAI pesta malam minggu begitulah meriahnya majlis pernikahan pasangan sensasi, Norman Hakim dan Memey di kampung halaman pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor apabila masyarakat kampung dan penduduk sekitar berpusu-pusu menuju ke rumah keluarganya.
Anak muda kampung berduyun-duyun menunggang motosikal, manakala ibu bapa mengendong anak kecil mereka semata-mata mahu menyertai acara joget lambak dan karaoke yang diadakan pada sebelah malam selepas majlis berinai dan potong kek.
Malah pasangan bahagia itu cukup sporting apabila mendendangkan lagu Jangan Pisahkan khusus buat tetamu, malah turut meluangkan masa bergambar dengan peminat.
Pasangan merpati dua sejoli ini dirai cukup meriah keluarga Memey yang bertungkus lumus membuat perancangan sejak berbulan-bulan lalu bagi memastikan majlis pernikahan mereka menjadi yang terhebat di Felda itu. Status sebagai selebriti juga menyebabkan majlis ini diadakan penuh meriah.
Kemeriahan majlis perkahwinan mereka mula dapat dirasakan menerusi deretan 'banner' yang tertera gambar pasangan sejoli ini tergantung di sepanjang panjang jalan sejauh 20 kilometer dari rumah Memey.
Sebaik tiba di pekarangan rumah Memey pula, 14 buah khemah sudah menanti menyambut kehadiran tetamu.
Majlis yang mengundang hampir 4,000 tetamu. Bapa Memey, Suhaimi Sarwani, 49, berkata mereka cuma mahu berkongsi kegembiraan menyambut menantu dengan penduduk kampung.
"Tujuan kami tidak lebih untuk meraikan keluarga saja. Saya sudah lali dengan kisah yang berlaku kepada anak saya, apapun saya tahu anak saya tidak bersalah. Saya percayakan Memey, malah saya yakin dia tidak melakukan semua itu. Sebagai bapa, saya gembira dan terharu apabila anak perempuannya sudah berkahwin. Sebelum ini dia berada dalam jagaan saya, sekarang dia menjadi milik Norman.
Kini Norman menerima amanah untuk menggalas tanggungjawab saya pula. Saya doakan semoga mereka bahagia ke akhir hayat," kata Suhaimi yang mengakui kelam kabut menguruskan majlis perkahwinan anak ketiganya itu.
Sementara itu, hanya dengan sekali lafaz, kira-kira jam 5.10 petang, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohd Norhakim Zaidon, 35, dan Suhaiza Suhaimi, 23, sah bergelar pasangan suami isteri.
Air mata tidak dapat Norman bendung sebaik selamat dinikahkan Imam 1 dan Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi. Sebaik perkataan sah dilafazkan saksi, hujan yang sebelum ini renyai-renyai, tidak semena-mena menjadi lebat seakan-akan merestui perhubungan suci itu.
Memey yang duduk di pelamin indah ditemani dua anak tirinya Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut tidak dapat menahan rasa sebak saat lelaki dicintai membaca lafaz taklik.
Norman menyerahkan mas kahwin RM 22.50, wang hantaran RM24,000, lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pengantin perempuan.
"Harapan saya tentulah mahu ikatan ini berkekalan, saya juga berharap dapat membina masjid yang terindah untuk kehidupan akan datang. Saya sebenarnya bimbang untuk menjadi nakhoda semula. Setiap manusia tidak sempurna, apabila saya kaji dan kenang semula ketidaksempurnaan saya, perkara itu membuatkan hati saya jadi sebak.
"Perasaan saya begitu tenang, aman dan damai ketika hendak bernikah. Pernikahan adalah satu ibadah, oleh itu saya akan tunaikan ibadah ini dengan sebaiknya," kata Norman yang merancang ingin menunaikan umrah dan juga ke Paris sebagai destinasi bulan madu mereka.
Bagaimanapun katanya, setakat ini mereka masih belum membuat keputusan bila akan berbulan madu memandangkan masing-masing masih lagi terikat dengan jadual kerja.
Mengimbau pula detik perkenalan mereka, Memey mengakui terpesona dengan sikap penyayang, tanggungjawab serta kelembutan bapa kepada tiga cahaya mata itu melayan karenah manjanya.
"Sikapnya yang bertanggungjawab serta penyayang. Begitu juga dengan ilmu agama yang dimilikinya. Saya mengaku seorang yang manja tetapi suami tahu bagaimana untuk melayan saya, walaupun untuk hal-hal kecil.
"Semakin mengenali suami, saya rasakan diri semakin bertuah. Saya berharap ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat," kata Memey yang merancang mengadakan majlis pernikahan di kampung kerana mahu disaksikan anggota keluarga, sanak saudara dan jiran-jiran.
Katanya, dia sering berada di Kuala Lumpur, justeru dia jarang dapat bersama keluarga di kampung. Biarpun ibunya mengatakan majlis di Kuala Lumpur sudah memadai, Memey tetap ingin hari bersejarahnya diraikan di kampung halamannya sendiri.
"Sejak menjadi pelakon, saya jarang pulang ke kampung menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ini hari bahagia saya, saya mahu keluarga, saudara-mara, sahabat- handai dan penduduk kampung meraikannya bersama-sama saya," katanya.
Terharu, terima kasih kepada Abby
BIARPUN Abby Abadi tidak hadir pada majlis bersejarah itu, namun Norman tetap terharu dengan bekas isterinya, Abby Abadi malah berterima kasih kerana mengizinkan dua anak mereka menyaksikan hari sejarahnya.
"Saya ingin berterima kasih kepada bekas isteri kerana mengizinkan anak mengikut saya. Sebenarnya saya sendiri tidak bercadang membawa mereka kerana saya bimbang tidak mampu melayan mereka kerana kesibukan.
Bagaimanapun, sebelum saya bertolak ke sini, dia menghubungi saya meminta ambil anak kerana sudah menyiapkan pakaian mereka.
"Pada Selasa lalu saya ke rumah bekas isteri untuk makan malam bersama anak.
Saya ada beritahu mereka yang saya akan berkahwin, tapi tak sangka bekas isteri begitu baik hati memberikan keizinan pada anak untuk ikut saya.
"Saya dengan Abby memanglah sudah berpisah, tetapi kami tidak terpisah sebagai ibu dan bapa kepada anak kami," kata Norman.
Bekas isteri doakan kebahagiaan
"Alhamdulillah mereka sudah dapat apa yang dimahukan. Saya mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat," kata Abby ketika dihubungi.
Menurutnya, dia tidak berasa apa-apa melihat bekas suaminya akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya. Lagipun, dia sudah lama melupakan episod hitam yang melanda rumah tangga mereka tiga tahun lalu.
"Saya lepaskan anak mengikut papa mereka kerana memikirkan masa depan mereka. Saya mahu bekas suami sama-sama jaga anak kami. Saya bimbang putus rezeki untuk anak. Jadi saya mahu bekas suami sama-sama menjaga anak.
"Manalah tahu satu hari nanti saya tidak ada duit, bekas suami bolehlah sama-sama membantu menanggung anak," katanya.
Sementara itu, anak sulung Norman, Danish yang turut hadir menyaksikan perkahwinan bapanya, berkata seronok dan sedih melihat bapa dinikahkan dengan Memey. Katanya, dia menangis kerana gembira bapanya berkahwin dengan wanita yang baik.
"Danish nangis sebab semua orang menangis. Danish menangis sebab gembira dapat mak baru. Kalau boleh Danish nak dapat adik kecil cepat sebab sekarang ada dua adik saja," katanya senyum.
-bharian- |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|