CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 19-1-2026 03:27 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 19-1-2026 03:28 PM

MCCC Sabah, PCCCI kukuhkan kerjasama
Januari 19, 2026, Isnin - 2:38pm



KENANGAN: Dexter bersama delegasi MCCC Sabah dan PCCCI merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) Sabah bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Penampang (PCCCI) diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama seterusnya bergerak ke arah lebih cemerlang.

Presiden MCCC Sabah, Datuk Dexter Lau berkata, kedua-dua pihak perlu manfaatkan sumber bersama dan mengoptimumkan kekuatan masing-masing.

"Saya berharap kedua-dua Dewan dapat bergerak ke arah membentuk hubungan 'Dewan bersaudara', maju melalui kekuatan diantara satu sama lain, pembangunan tersusun, saling menyokong dalam kapasiti masing-masing, serta bersama-sama mencipta nilai lebih besar untuk ahli dan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Tengah Hari baru-baru ini.

Beliau menekankan bahawa sebagai organisasi nasional, MCCC mempunyai kelebihan dalam menghubungkan sumber di semua 14 negeri Malaysia.

Sementara itu katanya, MCCC Sabah sedang giat meneroka penubuhan koperasi sebagai langkah berhemat untuk mengukuhkan asas asetnya secara beransur-ansur, sekali gus meletakkan asas lebih kukuh bagi kerjasama antara wilayah pada masa depan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2026 03:28 PM | Show all posts
STB sokong inisiatif pelancongan sektor swasta
Januari 19, 2026, Isnin - 2:39pm



MESYUARAT: Joniston (tengah) semasa menyampaikan amanat beliau dalam perbincangan itu.

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan memperkukuh peranannya dalam merangka dan menyokong inisiatif pelancongan yang diterajui oleh sektor swasta.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, STB menyediakan panduan strategik, sumber dan sokongan, tetapi pemain industri pelancongan perlu menggerakkan aktiviti dan jualan produk pelancongan.

“Fokus adalah untuk mewujudkan ekosistem pelancongan di mana sektor swasta memacu aktiviti promosi yang dimulakan oleh STB,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi STB berkata demikian pada mesyuarat bersama pengurusan tertinggi dan ketua unit STB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Julinus Jeffery Jimit, hari ini.

Beliau turut menggalakkan penggunaan ekspo domestik sebagai platform untuk pengusaha pelancongan mencapai khalayak lebih luas, manakala di peringkat antarabangsa, Pelancongan Sabah akan memberi tumpuan kepada memudahkan ejen pelancongan sebagai pemacu utama tempahan.

Beliau juga menekankan keperluan meningkatkan promosi Pesta Kaamatan yang berlangsung selama sebulan serta perayaan lain yang unik di negeri ini sebagai pemacu utama pelancongan semasa musim perayaan.

Katanya, langkah itu termasuk mengintegrasikan promosi perayaan ke dalam ekspo domestik dan antarabangsa, memperkukuh kerjasama dengan pengusaha pelancongan dan ejen perjalanan untuk membentuk pakej berasaskan perayaan, serta memanfaatkan aktiviti bandar dan persembahan budaya bagi memanjangkan tempoh penginapan pelawat.

Joniston turut menekankan keperluan kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mempromosikan ibu negeri sebagai destinasi bandar utama.

“Kami akan mengenal pasti peluang bersama untuk meletakkan Kota Kinabalu sebagai pintu masuk utama Sabah sebagai destinasi bandar utama, dengan memanfaatkan acara, tarikan dan kerjasama industri,” katanya.

Menurutnya, usaha itu selaras dengan Visit Malaysia 2026, sementara Sabah turut bersiap sedia untuk Visit Sabah 2027, sekali gus menekankan kepentingan penglibatan bersepadu dengan rakan industri dan pihak berkepentingan kerajaan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 03:30 PM | Show all posts
Gereja St. Margaret terima MRP berjumlah RM48,000 untuk pembangunan, kebajikan
Januari 19, 2026, Isnin - 10:18am



Yap menyerahkan sumbangan kepada Gereja St. Margaret, Stampin di Kuching pada Ahad.

KUCHING: Gereja St. Margaret, Stampin di sini menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM48,000

Peruntukan itu diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wilfred Yap kepada Paderi Father Almond Pritchie dalam satu majlis ringkas di gereja berkenaan pada Ahad.

Menurut Yap, peruntukan itu diberikan bagi tujuan menyokong pembangunan serta inisiatif kebajikan Gereja St. Margaret

“Daripada jumlah tersebut, RM30,000 diperuntukkan untuk tabung pembinaan dan penaiktarafan gereja dan RM15,000 bagi program komuniti dan kebajikan.

“Manakala RM3,000 disalurkan untuk pembelian vest pelayan gereja sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam memperkukuh kehidupan liturgi serta semangat komuniti,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook beliau.

Yap menegaskan rumah ibadat bukan sahaja berperanan sebagai pusat keimanan, malah turut menjadi tonggak perpaduan sosial, kebajikan dan pembentukan nilai moral dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

“Sebagai wakil rakyat, tanggungjawab saya adalah berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, termasuk menyokong rumah ibadat dan aktiviti komuniti bagi memastikan keharmonian dan semangat kebersamaan terus terpelihara di Kota Sentosa,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan Sarawak, di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sentiasa mengamalkan pendekatan inklusif dan adil dalam menyalurkan bantuan kepada semua penganut agama bagi memastikan pembangunan dan sokongan diagihkan secara saksama.

“Justeru, sumbangan itu melengkapkan bantuan berterusan yang telah disalurkan kepada Gereja St. Margaret Stampin sebelum ini melalui pelbagai geran dan peruntukan kerajaan bagi menyokong pembangunan serta inisiatif kebajikan gereja,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 03:31 PM | Show all posts
Terabai Menua Cawangan Bintulu santuni mangsa banjir di Rh Selanjat, Ulu Segan
Januari 19, 2026, Isnin - 10:42am



Ahli-ahli Terabai Menua Cawangan Bintulu menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Rumah Selanjat, Ulu Segan di Bintulu pada Ahad.

SIBU: Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak (Terabai Menua) Cawangan Bintulu telah menyantuni mangsa banjir di Rumah Selanjat, Ulu Segan di Bintulu pada Ahad.

Rumah Selanjat telah dilanda banjir pada 10 Januari lalu.

Menurut persatuan, persatuan telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk barangan makanan dan minuman kepada penduduk rumah panjang.

"Kami berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi mangsa," kata persatuan dalam satu kenyataan.

Walaupun bantuan ini tidak seberapa, persatuan berkata ia amat bermakna bagi penduduk berkenaan.

"Terima kasih kepada ahli-ahli persatuan di cawangan Bintulu kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada mangsa.

"Kita berharap kerjasama sebegini akan dapat diteruskan dalam menjaga kebajikan masyarakat setempat yang memerlukan," tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 03:37 PM | Show all posts
Teresang Dayak Sarawak santuni keluarga mendiang Cheristina
Januari 19, 2026, Isnin - 11:45am



Tedong (empat kiri) menerima sumbangan tersebut daripada Teresang Dayak Sarawak di Sibu pada Ahad.

SIBU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Iban Sibu (Teresang Dayak Sarawak) menzahirkan keprihatinan dan semangat kebersamaan dengan menyantuni keluarga mendiang Cheristina Iti Liang yang meninggal dunia baru-baru ini.

Pada Ahad, rombongan Teresang Dayak Sarawak yang diketuai Pengerusi Bahagian Kanowit Nevin Achut bersama Pengerusi Teresang Dayak Sarawak Ibu Pejabat (HQ) Sibu Lineker Indang serta beberapa ahli persatuan telah mengunjungi kediaman keluarga mendiang di Rumah Ligong, Sungai Lengan, dekat sini.

Dalam kunjungan penuh empati itu, persatuan menyerahkan sumbangan barangan keperluan makanan bagi membantu keluarga mendiang melaksanakan upacara berkabung adat Iban, ‘Ngetas Ulit’, sebagai simbol penghormatan terakhir.

Sumbangan tersebut diterima oleh suami mendiang Tedong Nen yang mewakili keluarga dengan penuh rasa terharu.

Presiden Teresang Dayak Sarawak Robinson Corey berkata, pihaknya berharap bantuan yang disalurkan, walaupun sederhana, dapat meringankan beban keluarga serta melancarkan perjalanan upacara berkabung tersebut.

"Kami mendoakan agar keluarga mendiang diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Semoga segala urusan dipermudahkan," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan ikhlas daripada ahli-ahli persatuan, selaras dengan matlamat Teresang Dayak Sarawak untuk membantu golongan yang memerlukan serta memupuk semangat saling membantu dalam komuniti.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 03:39 PM | Show all posts
Kadar indeks jenayah di Mukah menurun
Januari 19, 2026, Isnin - 12:12pm



Muhamad Rizal (kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang anggotanya pada majlis perhimpunan bulanan IPD Mukah hari ini. - Gambar IPD Mukah

MUKAH: Kadar indeks jenayah di Mukah menunjukkan trend penurunan apabila 224 laporan direkodkan sepanjang 2025, berbanding 258 laporan pada 2024, iaitu penurunan sebanyak 34 kes.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pencapaian itu mencerminkan keberkesanan langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh semua bahagian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

“Penurunan ini adalah hasil kerja berpasukan seluruh warga IPD Mukah, khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, namun cabaran masih belum selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan IPD Mukah bagi Januari 2026, di sini, hari ini.

Walaupun indeks jenayah menurun, Muhamad Rizal menegaskan pihaknya memandang serius peningkatan kes mendatangkan cedera dan pecah rumah yang direkodkan sepanjang 2025.

Menurutnya, rondaan cegah jenayah akan dipertingkatkan di kawasan ‘hotspot’, tindakan pantas diambil terhadap pesalah berulang serta program kepolisan komuniti diperkasa dengan kerjasama pemimpin setempat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau merakamkan penghargaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah atas kejayaan beberapa tangkapan penting melibatkan kes curi sepanjang tahun lalu.

Prestasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah turut dipuji apabila mencatat 292 tangkapan pada 2025, berbanding 221 tangkapan pada 2024, dengan rampasan dadah jenis syabu meningkat kepada 166.44 gram.

Muhamad Rizal berkata, peningkatan itu membuktikan kesungguhan pasukan dalam memerangi ancaman dadah, yang menjadi punca kepada pelbagai jenayah lain.

Bagi jenayah komersial pula, jumlah laporan menurun daripada 144 kes pada 2024 kepada 136 kes pada 2025, manakala kerugian susut ketara daripada RM1.81 juta kepada RM654,221.93.

Sementara itu, statistik kemalangan jalan raya kekal 431 kes bagi kedua-dua tahun, namun kes kemalangan maut meningkat daripada 11 kes kepada 17 kes pada 2025.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik meningkatkan penguatkuasaan dan advokasi keselamatan jalan raya bagi mengurangkan risiko kemalangan maut.

“Kita mesti pastikan tahun 2026 menyaksikan penurunan yang lebih ketara dan mampan serta peningkatan keyakinan masyarakat terhadap PDRM,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2026 03:40 PM | Show all posts
Pertandingan mewarna kanak-kanak Emart Riam dapat sambutan menggalakkan
Januari 19, 2026, Isnin - 12:23pm



Pemenang Kumpulan A yang terdiri daripada kanak-kanak 7 hingga 9 tahun, bergambar bersama pihak penganjur.

MIRI: Pertandingan mewarna kanak-kanak yang diadakan di Emart Riam pada Sabtu lepas mendapat sambutan amat menggalakkan daripada peserta, selain sokongan padu ibu bapa dan barisan juri.

Program ini bukan sahaja mencungkil bakat seni golongan cilik, malah berjaya mewujudkan suasana ceria dan mesra keluarga.

Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori umur iaitu Kumpulan A (7 hingga 9 tahun) dan Kumpulan B (10 hingga 12 tahun).

Setiap peserta yang mengambil bahagian menerima sijil penyertaan serta cenderahati menarik sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kreativiti mereka.

Selain pertandingan mewarna, acara ini turut diserikan dengan persembahan tarian kanak-kanak yang menceriakan suasana dan menarik perhatian pengunjung Emart Riam, sekali gus menjadikan program ini sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.

Bagi Kumpulan A, gelaran juara dimenangi oleh Kayla Tie Kai Lee, diikuti Ashlyn Alicia Anak Mathew sebagai naib juara, manakala tempat ketiga disandang oleh Mieka Lee Hui Jia.



Pemenang Kumpulan B bersama pihak penganjur.

Sementara itu, bagi Kumpulan B, Glenys Ong Yu Tong muncul sebagai juara, diikuti Amber Hii Yu Xuan di tempat kedua dan Celine Hwong En Hui di tempat ketiga.

Juara menerima baucar tunai RM150 berserta hamper alat tulis bernilai RM100, naib juara menerima baucar RM100 dan hamper RM80, manakala pemenang tempat ketiga menerima baucar RM50 dan hamper RM50.

Setiap pemenang turut membawa pulang hadiah menarik termasuk baucar tunai, hamper barangan alat tulis dan trofi.

Selain itu, lima peserta setiap orang menerima hadiah sampingan turut disediakan iaitu beg sekolah.

Lima peserta lain menerima set pensel warna.

Penganjur merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang serta mengucapkan terima kasih kepada seluruh peserta atas penyertaan yang amat memberangsangkan.

Emart turut memaklumkan bahawa lebih banyak aktiviti menarik, menyeronokkan dan mesra keluarga akan dianjurkan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan komuniti dan menceriakan pengunjung.

Program ini jelas membuktikan komitmen Emart dalam menyokong pembangunan bakat kanak-kanak serta menyediakan platform positif untuk aktiviti keluarga.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 03:41 PM | Show all posts
Hab Agro Sanhill tawar tapak niaga buah bermusim dengan sewa rendah
Januari 19, 2026, Isnin - 12:37pm



SAI MALAKA

SIBU: Kebimbangan penjaja buah-buahan bermusim terhadap tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapat perhatian Persatuan Penjaja dan Pengguna Taman Sanhill Sibu Jaya apabila mereka tampil menyediakan penyelesaian mesra penjaja menerusi penubuhan Hab Agro Sanhill.

Pengerusi Protem persatuan berkenaan Sai Malaka berkata, pihaknya berasa terpanggil untuk membantu para penjaja khususnya penjual durian yang terjejas susulan insiden rampasan hasil jualan oleh PBT di Miri baru-baru ini.

Menurutnya, Hab Agro Sanhill menawarkan tapak niaga khas untuk penjaja menjual buah-buahan bermusim dengan kadar bayaran yang minimum, sekali gus meringankan beban mereka yang bergantung kepada hasil jualan tersebut sebagai sumber pendapatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2026 03:42 PM | Show all posts


Sanhill Agro Hub yang menyediakan tempat yang lebih selamat untuk penjaja berniaga.

"Penjaja tidak perlu bimbang atau takut lagi. Kami menyediakan tapak niaga di kawasan persendirian yang mempunyai lesen sah.

"Kadar sewa pula rendah kerana niat kami hanyalah untuk membantu," katanya di sini, hari ini.

Sai menjelaskan, premis yang baharu sahaja mula beroperasi itu terletak strategik di tepi Jalan Tunku Abdul Rahman, tidak jauh dari Lapangan Terbang Sibu, menjadikannya lokasi sesuai dan mudah diakses oleh orang ramai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 03:42 PM | Show all posts


Buah dabai yang dijual di Hab Agro Sanhill di Sibu.

Beliau menegaskan, inisiatif tersebut diwujudkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti rampasan barangan jualan berlaku di Sibu.

"Kami tidak mahu apa yang berlaku di Miri berulang di sini. Sebab itu kami sediakan tapak khas supaya penjaja boleh berniaga dengan selesa dan mengikut peraturan," tegasnya.

Tambahnya lagi, persatuan protem itu ditubuhkan dengan matlamat membantu komuniti rumah panjang dan penduduk luar bandar yang ingin menjana pendapatan melalui penjualan hasil buah-buahan tempatan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 03:43 PM | Show all posts


Hab Agro Sanhill terletak di tepi Jalan Tunku Abdul Rahman tidak jauh dari Lapangan Terbang Sibu.

Dengan adanya tapak niaga berlesen dan teratur, beliau yakin ia mampu mengurangkan konflik antara penjaja dan pihak berkuasa selain memastikan aktiviti perniagaan dijalankan dalam suasana harmoni.

"Hajat kami hanya satu iaitu membantu penjaja agar mereka boleh mencari rezeki tanpa rasa takut atau tekanan,” katanya.

Penjaja yang berminat untuk berniaga di Hab Agro Sanhill boleh menghubungi Sai Malaka di talian 011-55579559 bagi mendapatkan maklumat lanjut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 03:44 PM | Show all posts
Statistik jenayah indeks Miri tunjuk penurunan ketara tahun lepas
Januari 19, 2026, Isnin - 1:06pm



Farhan (depan) bergambar bersama pegawai dan anggotanya pada Perhimpunan Bulanan IPD Miri, pagi tadi.

MIRI: Usaha berterusan Ibu Pejabat Polis (IPD) Miri dalam membanteras jenayah membuahkan hasil apabila statistik jenayah indeks menunjukkan penurunan ketara sepanjang tahun 2025, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan awam di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, jumlah jenayah indeks menurun daripada 395 kes pada 2024 kepada 373 kes pada 2025, iaitu pengurangan sebanyak 22 kes atau enam peratus, hasil komitmen berterusan warga IPD Miri dalam pelaksanaan tugas.

Menurutnya, kadar penyelesaian kes kekal pada tahap membanggakan apabila 297 kes (75 peratus) berjaya diselesaikan pada 2024, manakala 275 kes (74 peratus) diselesaikan pada 2025.

Manakala dari segi keseluruhan jenayah melibatkan kes indeks dan bukan indeks, IPD Miri mencatatkan 1,134 kes pada 2024 dengan 869 kes berjaya dituduh di mahkamah, bersamaan 76 peratus kadar pertuduhan.

“Pada tahun 2025 pula, jumlah kes menurun kepada 928 kes, dengan 746 kes berjaya dituduh di mahkamah, sekali gus meningkatkan kadar pertuduhan kepada 84 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan IPD Miri di sini hari ini.

Hadir sama timbalannya, Superintenden Nur Asyikhin Abdullah, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Miri DSP Sila Kadung serta pegawai kanan yang lain.



Penghargaan turut diberikan kepada tujuh wartawan di Miri atas kerjasama erat dalam usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat khasnya di daerah Miri dengan berkesan.

Dalam pada itu, beliau berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Miri turut mencatatkan peningkatan ketara apabila 1,313 kes dibuka dengan 1,385 tangkapan pada 2025, berbanding 1,001 kes dan 1,045 tangkapan pada tahun sebelumnya.

“Peningkatan tersebut melibatkan pertambahan 312 kes atau 31.16 peratus serta 340 tangkapan atau 32.53 peratus, dengan nilai rampasan dadah bagi 2025 mencecah RM67.19 juta.

“Bagi kes jenayah komersial turut menunjukkan peningkatan ketara apabila 727 kes dilaporkan pada 2025, berbanding 337 kes pada 2024, peningkatan sebanyak 390 kes atau 115.73 peratus,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan itu mencerminkan tahap kesedaran awam yang semakin tinggi untuk tampil membuat laporan selepas pelbagai program pencegahan dan ceramah kesedaran dijalankan.

Bagi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Miri, statistik menunjukkan penurunan kes kemalangan jalan raya daripada 3,516 kes pada 2024 kepada 3,442 kes pada 2025, iaitu pengurangan sebanyak 74 kes.

“Lebih membanggakan, kes kemalangan maut menurun daripada 62 kes pada 2024 kepada 47 kes pada 2025, sekali gus mencatatkan pengurangan sebanyak 15 kes,” katanya sambil menyifatkan keseluruhan pencapaian ini satu peningkatan yang cemerlang untuk IPD Miri.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pendirian tiada kompromi terhadap penyalahgunaan dan pengedaran dadah, termasuk dalam kalangan warga PDRM sendiri, selain mengarahkan tindakan tegas dan bersepadu diteruskan.

Beliau berkata, kualiti penyampaian perkhidmatan yang cepat, mesra dan profesional perlu sentiasa diperkasakan kerana ia mencerminkan imej PDRM, di samping menyeru kerjasama berterusan masyarakat demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Pada majlis sama, Farhan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 14 orang anggota dan dua kakitangan awam atas pencapaian cemerlang mereka di dalam tugasan masing-masing.

Penghargaan turut diberikan kepada tujuh orang wartawan atas kerjasama erat dalam usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat khasnya di daerah Miri dengan berkesan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 03:54 PM | Show all posts
Hope Place Kuching hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran di Siol Kandis
Januari 19, 2026, Isnin - 3:44pm

KUCHING: Dua buah keluarga yang terjejas akibat kebakaran rumah di kawasan setinggan Siol Kandis menerima bantuan selepas kediaman mereka musnah hampir 100 peratus dalam kejadian tersebut.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hope Place Kuching, pihaknya telah dihubungi pada hujung minggu lepas oleh salah seorang mangsa kebakaran terbabit.

"Mangsa kebakaran tersebut telah memohon bantuan sementara daripada pihak kami," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kebakaran itu dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang awal minggu lalu akibat kerosakan peralatan dapur.

Difahamkan, usaha pemadaman api berdepan kesukaran apabila kawasan setinggan berkenaan tidak mempunyai laluan jalan terus, menyebabkan pihak bomba terpaksa menarik hos air dari jalan utama.

Keadaan melambatkan usaha memadam api yang cepat merebak sehingga dua buah rumah hampir musnah semuanya sebelum berjaya dipadamkan.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, mangsa hanya sempat menyelamatkan dokumen penting dan tidak sempat menyelamatkan harta benda lain.

Wakil Hope Place Kelvin Wan telah menyerahkan bantuan makanan kepada Kartini dan Fatimah yang mewakili dua keluarga terbabit

Antara bantuan yang diberikan termasuk beras, mi kering, biskut dan minuman bijirin.

Selain itu, Hope Place turut menyumbangkan keperluan persekolahan bagi murid sekolah rendah dan menengah serta peralatan asas dapur seperti dapur memasak, periuk nasi dan cerek elektrik memandangkan tahap kerugian yang dialami mangsa adalah serius.

Dalam perkembangan berkaitan, Hope Place juga aktif menyalurkan bantuan kepada lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Kuching berikutan kejadian banjir yang berlaku awal Januari lalu.

NGO berkenaan turut memaklumkan bahawa mangsa kebakaran dan banjir yang mempunyai laporan polis dialu-alukan untuk mendapatkan pakaian terpakai secara percuma di Kedai Bajet Hope Place.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (PKHK) di talian 082-505987 atau 013-5672775.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 511289001160 atau melalui kod QR S PAY GLOBAL yang terdapat di laman Facebook Hope Place.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 05:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2026 09:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2026 09:36 AM | Show all posts
amiraira replied at 17-1-2026 02:59 PM
nama2 derang mira x kenal
tapi tgk muka yg mira familiar
br mira tgk

hehe saya kalau dah minat sorang tu saya akan ingat dan akan cari semua drama/movie dia

siap follow insta & rednote @zhoulusi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2026 09:37 AM | Show all posts
amiraira replied at 17-1-2026 03:01 PM
selamat ptg vell

kemana je hujung minggu ni?

hari minggu tu adalah hari yang paling penat

sabtu pagi pi kuching, petang balik btu..

ahad btu/miri

penattt mira

belum citer lagi xtvtnya

sampai sakit mlm minggu tu..

ni baru sampai dari klinik

harap baik lepas ni..

sebab esok nak pi kuching lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2026 09:38 AM | Show all posts
amiraira replied at 17-1-2026 03:01 PM
selamat ptg vell

kemana je hujung minggu ni?

dah tak kerja ni..

bos selalu bawak sana sini..

ikut jer janji orang sanggup

tu yang kadang2 penat ntah apa2

penat berjalan2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2026 09:40 AM | Show all posts
exinco replied at 17-1-2026 10:55 PM
KPI macamana boss. kasi tinguk rakyat lah kemajuan yang di buat

apa yer masalah politik kat sana?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.410908 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list