|
|
PERBEZAAN KOLAR PUTIH & KOLAR BIRU
KOLAR BIRU
Pekerja kolar biru merupakan pekerja yang mengerjakan kerja - kerja manual. Ia biasanya berbeza dengan kelas pekerja yang lain seperti pekerja kolar putih dan sebagainya.
pekerja kolar biru biasanya merupakan seorang pekerja mahir dan pekerja tak mahir dan terlibat dalam industri perlombongan,pembinaan,perniagaan,kerja mekanikal, dan kerja-kerja pembaikan.
KOLAR PUTIH
Pekerja kolar putih merujuk kepada pekerja yang melakukan pekerjaan yang tidak melibatkan kerja manual. Ia berlawanan dengan pekerja kolar biru.
kerja yang dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian dan sebagainya iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga);
JENAYAH KOLAR PUTIH
Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Disebabkan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan, jenayah kolar putih bertindan dengan jenayah korporat kerana kesempatan untuk melakukan penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, penggelapan wang, jenayah komputer, pencurian identiti, dan pemalsuan lebih mudah dibuat oleh pekerja kolar putih.
Si Kolar Putih dan Si Kolar Biru
Kolar Putih kerjanya lebih ekslusif. Di dalam ofis selain melibatkan diri dalam dokumen, pendek kata dalam ruang lingkup pejabat. Manakala si Kolar Biru pula lebih kepada co worker dalam industri atau field. Kuli atau mungkin si pengais pagi makan pagi, petang makan petang.
Skeptikal memandang hina pekerja pengutip sampah sangat tipikal dalam masyarakat kita.
Tapi bagaimana kalau ‘sampah’ itu sendiri dilakukan oleh mereka yang berkolar putih?
Busuknya tidak berbau
Tetapi tetap disanjung.
Pangkat dah makin tinggi kadang-kadang membuatkan manusia buta…
Minum air tin, tin nya usahkan di buang ke dalam tong, diletak sahaja kat sebelah tepi tempat dia duduk.
Makan kuih-kuih/keropok lekor, selamba saja buang plastic bungkus tu kat atas tanah.
Kesedaran harus lah ada di dalam diri tidak kira anda kolar putih atau kolar biru.
sumber dewan bahasa etc.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|