sorry klu n3 ni x best...
Imbas kembali
Hanim menariknafas perlahan. Perbualan Aizad dengan rakan-rakannya membuatkan dia kaku.Mangkuk tingkat yang dibawa digemgam erat. Ingin membuat kejutan pada lelakiitu tapi dia yang dikejutkan. Pedihnya rasa hati.
“Habislah youLinda. Terbukti tanpa youpun Zad boleh bahagia,” Liam bersuara. Ketawakedengaran dari rakan-rakan yang lain. Aizad sekadar tersenyum. Linda yangberada disebelahnya menarik muka.
“I tak kisah,Biarlah. Aizad still love me. I’m right sayang? Darling I ni kahwin dengan diapun sebab cabaran korang. Nasiblah. Kesian wife you? Mesti dia ingat youtergila-gikan dia,” Linda menjhawab angkuh. Tangannya membelai wajah Aizad.Lelaki itu hanya membiarkan sahaja.
“lepas ni kalauZad lamar you, you kena terimalah,” Katherin tunang Liam merangkap sahabat baikLinda bersuara.
“Betul tu,kalau tidak you yang menyesal,” sokong Kamal. Aizad ketawa sahaja. Gembira.Akhirnya pertaruhan itu dimenanginya.
“I akan terimabut you kenalah ceraikan wife you dulu,” jawab Linda yakin. Yakin Aizad akantinggalkan Hanim. Senyuman terukir di wajahnya.
Katherin, Liam dan Kamal hanya ketawa. Entah bagaimana boleh keluarrancangan itu. Rancangan bermula saat Linda menolak lamaran Aizad untuk kaliyang ke lima. Lalu Kamal telah mencabar Aizad untuk berkahwin dan buktikan padaLinda yang dia boleh hidup tanpa wanita itu. Kebetulan Hanim turut berada direstoran tersebut. Hanim merupakan pilihan Liam. Semuanya menjadi mudah bagiAizad bila Hanim merupakan setiausahanya. Linda hanya ketawa saat itu.
Namun ternyata Lindasilap. Aizad berkahwin dengan Hanim dan kini mereka bahagia dengan kehadiranseorang cahaya mata. Linda mula panik. Apatah lagi Aizad dan hanim makin mesra.Ternyata rancangan Aizad berjaya. Akhirnya Linda mula mengalah. Kini Linda pulamemujuk rayunya. Ternyata lakonannya berkesan sekali. Akhirnya Linda akan jadimiliknya. Aizad senyum. Bangga.
“I kan yangterbaik, tapi I takkan lepaskan wife I ok. Kalau you nak, kenalah jadi nombordua,” Aizad bersuara. Mengusik. Linda menarik muncung. Sakit hatinya. Linda?Nombor 2? Tak mungkin. Dia akan berusaha untuk singkirkan Hanim.
“Betul tu.Lagipun you kenalah terima hakikat yang Zad ni dah ada anak dengan perempuan tudan yang paling penting perempuan tu merupakan menantu kesayangan Tuan Farukdan Puan Nora,” Kamal bersuara.
“Betul tu. Youterpaksa berusaha. My parent dah tak suka you. You kenalah ambilk hati mama Isemula. Opah I pun sama. Bukan senang tau. Sekarang ni papa I pun dah bising. Ithink dia tahu hubungan kita,” Aizad mengeluh. Teringat amaran papa. TinggalkanLinda atau dia akan hilang segalanya.
Papa hanya pentingkan kebahagian Hanim dan cucunya.
“Wah...habislah you Lin...”
Hanya itusahaja. Dia sudah tidak mampu mendengar lagi. Air mata yang mengalir di kesat.Langkah terus di atur. Ruang pejabat itu sudah lama sepi. Sudah hampir pukul 7petang. Biasalah sudah lewat petang. Dia datang ke pejabat setelah Kak Monamemberitahu Aizad masih di office. Tidak sangka Aizad tidak berseorangan.Ternyata perkahwinan mereka hanya satu lakonan. Satu sendaan bagi Aizad danrakan-rakannya. Rasa cinta Aizad hanya palsu. Lakonan yang baik hingga diaterpedaya.
Hanim melangkahtanpa arah. Akhirnya dia terduduk di satu sudut. Tidak dipedulikan keadaansekeliling. Terus menangisi nasib diri. Kelukaan yang bukan sedikit. Takpercaya dengan apa yang didengari dan dilihat. Pada siapa dia harus mengadu.Mak sudah pergi. Zahir pula sudah melanjutkan pelajaran ke UK. Tiada siapa lagiyang tinggal. Dia keseorangan kini. |