CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katt

MATCH MADE IN HEAVEN (starts at pg 40)

[Copy link]
Post time 30-6-2003 01:26 AM | Show all posts

erm..

actually..aku bab2 nak decide nie mmg payah skit..apatah lagi kalau kena pilih 1 jer..kena pilih 1 jer ker?..tak kan?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2003 01:29 AM | Show all posts
Tak ada limit. Lebih dari satu pun boleh.....lelaki ke perempuan ke, tak kisah.

Bukannya poll rasmi pun......the more the merrier! :2cool:
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2003 01:55 AM | Show all posts
kalau camtu..aku pilih semua..kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2003 05:35 PM | Show all posts
errr...sesape tolong citer sinopsis ari ni..isnin..termiss la plak...camner jadik aa.. thanks..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2003 10:10 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2003-6-30 01:55 AM:
kalau camtu..aku pilih semua..kuikuikui


Hmm.....kalau camtu, kenapa pilih semua :2cool: ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2003 10:14 PM | Show all posts
Originally posted by w|nTer^GurL at 2003-6-30 05:35 PM:
errr...sesape tolong citer sinopsis ari ni..isnin..termiss la plak...camner jadik aa.. thanks..


Hi w|nTer^GurL.....

Kalau tiada aral.....kita postkan sinopsis ep. 33 esok malam, ok tak? Nak kena re-call dulu.......:2cool:.

Btw, siapa w|nTer^GurL punya favourite character(s)?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2003 10:24 PM | Show all posts

Siapa favourite character(s) anda di dalam RFL ni & why

Park Sung-jin sebab dia comel......no, no, not really

Sebab dia suka dan cintakan Min-young dari mula sampai habis & tak pernah berubah hati walaupun Min-young selalu tak pedulikannya ataupun take him for granted. Sanggup bergaduh dengan Sang-hyun kerana nak mempertahankan Min-young :bg:.

Dari episod 1 lagi, Sung-jin memang dah suka dengan Min-young & dia tak kisah pun kalau cinta Min-young tak se'dalam' cinta dia. Akhirnya, Min-young terharu dengan cinta Sung-jin yang ikhlas.

Lagi satu, Sung-jin kalau dalam menguruskan hal-hal 'rumahtangga' punyalah bagus sampai Sang-hyun sendiri kata Sung-jin seperti seorang 'isteri' yang cekap (cuma satu je, Sung-jin ni lelaki) :2cool:.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2003 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by katt at 2003-6-30 10:10 PM:
Hmm.....kalau camtu, kenapa pilih semua :2cool: ?

actually aku main2 jer tu..just kidding ..
nantilah bila drama nie dah habis baru aku komen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2003 12:07 AM | Show all posts
aku kagum juga dgn Sung-jin tu..
he stick with his first choice..
dia sanggup berusaha bersungguh-sungguh demi memenangi hati Min-young..

dia tak kisah..walaupun Min-young take him for granted [macam pernah ku dgr..tapi di mana ya]..yg paling penting bg dia..dia betul2 sukakan Min-young..
aku kagum lelaki begini..

oh ya..mood cerita hari nie lain skit dr selalu..ntah mengapa cam moody jer..maksud aku blue..

for the first time..ari nie aku nampak akan kecantikan yg ada pd wajah Min-young..sebelum nie aku heran kenapa Sung-jin beriya-iya pilih dia..masa permulaan cerita tadi..tiba2 aku tertarik dgn raut wajah Min-young..mungkin disebabkan mood dia waktu tu yg reflect pd muka dia..yg aku notice..dia nie lebih sesuai kalau biarkan rambut dia terurai atau diikat macam biasa..kalau sanggul tak berapa sesuai..

ada bbrp quotes menarik tadi..tak ingat sgt macam mana susunan ayatnya..[mintak tolong katt ar]..something pasal Snow White..Cinderella..cuka..

ada2 saja yg terjadi antara Sang-hyun & Seung-lee..
mungkin yg tadilah yg paling teruk sekali..
sampaikan Sang-hyun minum arak termabuk-mabuk..
sampaikan meratap..meraung..akhirnya bercucuran air mata..
sedih pula melihatkan perihal kesedihan dia yg tak segan-silu lagi menangis sekuat-kuatnya..

tadi rasanya ada 2 part jer yg buat aku tersengih..masa En. Shin ngan Hae-jin tgh cakap benda berbeza tapi menyangka bercakap perkara yg sama..terer betul org yg buat skrip utk babak tu..ngan time Hae-jin terover marah sampai malu tu..lagi 1..yg aku tergelak..masa diorg cakap "kami nampak"..kui kui kui..


[ Last edited by yellow belmont on 1-7-2003 at 12:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2003 02:32 PM | Show all posts

last episode

meh kita saksikan sekarang

~~~~~~

eh!..apa betul ker hari nie last episode?..atau perasaan aku jer ..:re:

~~~~~~

ermm..dah habis akhirnya..ntah apa pula yg kuar besok :re:


[ Last edited by yellow belmont on 1-7-2003 at 04:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2003 05:05 PM | Show all posts

Episod 33 - 30/6/03

Masa berjalan pulang lepas menonton wayang bersama, Min-young terpandang kasut yang dipamerkan di cermin sebuah kedai. Min-young nampaknya berkenan betul dengan kasut tu tapi harganya mahal. Min-young menggelarkan kasut tu kasut Cinderella. Sung-jin sengaja memerhatikan Min-young begitu tapi dia tak cakap apa-apa.

Tuan punya bangunan tempat Happy Virus datang mengutip sewa. Kebetulan masa tu Seung-lee juga ke pub tu sebab menghantar barang. Bila tuan punya bangunan tu tengok Seung-lee, dia punyalah berkenan dengan Seung-lee dan nak jodohkannya dengan anaknya yang mengambil ijazah kedoktoran di Amerika. Mau tak mau Seung-lee terpaksa berikan kad namanya kepada landlord tu supaya diaturkan temujanji.

Seung-lee memang tak mahu keluar dengan orang lain sebab dia dah ada Sang-hyun dan Seung-won  pun dah pesan jangan. Tapi lepas tu Hee-soo pujuk Seung-lee cuba keluar date sekali just nak tengok bagaimana anak landlord tu. Tapi Seung-lee tetap tak mahu. Kebetulan Min-young baru balik dan dia pun terdengar perbualan mereka tu. Apalagi, Min-young pun berminat nak jumpa lelaki tu.  Manalah tahu…

ada bbrp quotes menarik tadi..tak ingat sgt macam mana susunan ayatnya..[mintak tolong katt ar]..something pasal Snow White..Cinderella..cuka..


Date tu sebenarnya untuk Seung-lee, tapi Min-young yang pergi menyamar sebagai "Seung-lee". Oleh kerana Min-young nak sangat jumpa lelaki tu, terpaksalah Seung-lee mengalah. Walaupun Min-young dah ada Sung-jin tapi katanya dia perlukan seorang putera raja, bukannya orang gaji dengan membuat perbandingan bahawa even Snow White pun akan pilih prince charming dan bukannya one of the dwarfs (pandai pulak Min-young ni buat comparison) ^_^.

Esoknya sebelum Min-young pergi date tu, Sung-jin datang jumpa dan bawakan poster filem yang Min-young hendakkan tu. Rupanya Sung-jin awal-awal pagi dah ke pawagam dan tanggalkan poster tu untuk Min-young. Sedikit-sebanyak Min-young mula terasa tak berapa seronok bila tahu Sung-jin sanggup buat begitu. Masa menunggu lelaki tu datang pun, Min-young tak percaya sebab dia masih boleh terfikirkan pasal Sung-jin lagi ^_^.

Anyway, lelaki yang datang jumpa "Seung-lee" (Min-young) tu muda orangnya. Min-young macam suka dengan dia dan berjanji nak jumpa lagi. Malam tu "Seung-lee" dapat bunga hadiah dari lelaki tu. Bila Hae-jin nak tahu apa rahsia di antara Seung-lee & Min-young, mereka tak mahu beritahu. Min-young pun mula pasang angan-angan dapat kahwin dengan seorang jutawan hartanah & doktor.

Sung-jin buat kerja sambilan waktu malam sebagai delivery boy sebab nak kumpul duit. One night Min-young ternampak Sung-jin buat delivery tu. Jadi, sebab kesiankan Sung-jin, Min-young pun make sure yang Seung-lee & Hae-jin terutamanya berjanji takkan beritahu En. Shin pasal Sung-jin. Sebabnya staf hotel tak boleh buat kerja yang lain, melanggar polisi kakitangan dan boleh dibuang kerja kalau bersalah.

Kebetulan pula anak tuan punya bangunan yang berkenan pada Seung-lee tu kawan satu U dengan En. Shin. Masa mereka minum bersama, dia tanya En. Shin pasal Seung-lee. Katanya, dia tak mahu jumpa Seung-lee sebab dia dah ada an American girlfriend. Walaupun ayahnya tak suka dengan menantu bangsa asing, dia nak pujuk ayahnya juga sebab girlfriendnya tu dah pregnant. Dan orang yang berjumpa dengan Seung-lee tu adalah salah seorang pekerja yang diupah supaya menyamar sebagai anak landlord tu. Rupa-rupanya dua-dua pihak pun menyamar sebenarnya.

tadi rasanya ada 2 part jer yg buat aku tersengih..masa En. Shin ngan Hae-jin tgh cakap benda berbeza tapi menyangka bercakap perkara yg sama..terer betul org yg buat skrip utk babak tu..ngan time Hae-jin terover marah sampai malu tu..lagi 1..yg aku tergelak..masa diorg cakap "kami nampak"..kui kui kui..


En.Shin terkejut & ingatkan memang betullah Seung-lee yang pergi date tu. Dia tak sangka Seung-lee sanggup buat begitu pada Sang-hyun. Jadi dia pun pergi dapatkan kepastian daripada Hae-jin. Bila dia tanya Hae-jin, berlakulah miscommunication. En. Shin cakap pasal Seung-lee tapi Hae-jin ingatkan dia tanya pasal Sung-jin. Dia pun mengaku pasal Sung-jin perlukan duit tapi mereka berdua tak cakap dengan jelas iaitu tak mention nama Seung-lee ataupun Sun-jin. Lagipun Hae-jin tak tahu rahsia Seung-lee dan Min-young.

ada2 saja yg terjadi antara Sang-hyun & Seung-lee..
mungkin yg tadilah yg paling teruk sekali..
sampaikan Sang-hyun minum arak termabuk-mabuk..
sampaikan meratap..meraung..akhirnya bercucuran air mata..
sedih pula melihatkan perihal kesedihan dia yg tak segan-silu lagi menangis sekuat-kuatnya..


Akhirnya En. Shin terpaksa beritahu Sang-hyun pasal Seung-lee. Bila Sang-hyun tahu, dia punyalah kecewa. Sangkanya Seung-lee curang kepadanya. Teruk betul Sang-hyun minum sampai mabuk-mabuk dan menangis-nangis depan En. Shin & abang Seung-lee. Seung-won mulanya tak percaya tapi landlord tu sendiri beritahu yang "Seung-lee" dah 2 kali keluar dengan "anaknya".

Sebab kesiankan Sang-hyun, mereka pun pergi bersemuka denagn Seung-lee dan tanya kenapa dia sanggup buat begitu. Seung-lee bila dah tak tahan asyik disalah-sangka oleh semua orang pun beritahu perkara yang sebenarnya iaitu Min-young yang menyamar jadi dia. Dan secara tak langsung cerita Sung-jin buat kerja sambilan tu pun sampai ke pengetahuan En. Shin.

Esoknya Sung-jin kena tegur dengan En. Shin sebab buat kerja sambilan dan diberi warning.  Min-young bila dengar Sung-jin kena marah pun bermasam muka dengan Hae-jin sebab katanya Hae-jin beritahu En. Shin. Sung-jin pula rasa susah hati masa di dapur sampai tak sedar terluka jarinya terkena pisau yang tajam. Bila Min-young tahu pasal kecederaan Sung-jin, dia pun rasa susah-hati. Tambahan pula bila Sang-hyun beritahu yang Sung-jin buat kerja sambilan tu semata-mata nak belikan kasut Cinderella yang Min-young sukakan tu.

Akhirnya Min-young sedar siapa yang lebih penting padanya. Dia pun tolong masakkan makan malam untuk Sung-jin. Min-young juga mengaku dia memang suka dengan Sung-jin walaupun Sung-jin bukan kaya dsb. ^_^
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2003 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by Takki_Aniki at 2003-6-29 02:07 PM:
TV2 takde coming soon ad ye? Ler... tapi hari tu cam penah nampak jer. Hmm... salah tgk kot.


Takki memang betul rupanya.....:2cool:

Kita yang tersilap, yellow belmont

Memang ada 'coming soon' punya ad tu. Drama ANGELS IN MY HEART.

Sedang  berusaha cari info cerita ni, susah juga sebab tak cam seorang pun pelakonnya tadi. At least kalau cam sorang, boleh buat reference :2cool:.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2003 05:13 PM | Show all posts

katt

laaa..ye ker?..tu la ko..ngko arr nie punya pasal ..kweng kweng kweng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2003 05:16 PM | Show all posts
Yelah...yelah...TV2 punya pasal, kita yang silap lapor....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2003 05:23 PM | Show all posts

katt

eh! eh!..dia yg silap lapor..salahkan TV2 plak..dunia..dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2003 09:06 PM | Show all posts
nak tanya ..nama betuiii En shin tuh sapa ekk .. puas dah carik .. cute sangat tuh nak tahu nama .. nak carik dia ada act dalam cite apa lagik ...

tulun ekk ..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2003 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by Meteor^Girl at 2003-7-1 09:06 PM:
nak tanya ..nama betuiii En shin tuh sapa ekk .. puas dah carik .. cute sangat tuh nak tahu nama .. nak carik dia ada act dalam cite apa lagik ...

tulun ekk ..hehehe


Hi Meteor^Girl....

Tak pastilah....anyway, ada info dari sokorean board.....iaitu namanya Shim Hyeong Tak.

Cuma tak dapatlah nak really confirm betul ke tidak sebab tak dapat cross-check dengan gambar & profile. Sorry...:cf:.

Kalau sesiapa tahu, tell us....ok :2cool:.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2003 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2003-7-1 05:23 PM:
eh! eh!..dia yg silap lapor..salahkan TV2 plak..dunia..dunia..


Yelah.....I surrender . My mistake......:2cool:.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2003 12:13 AM | Show all posts
Originally posted by katt at 2003-7-1 11:30 PM:
Yelah.....I surrender . My mistake......:2cool:.


haaa..tau pun..kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2003 12:40 AM | Show all posts

watak fav...hm..

Siapa favourite character(s) anda di dalam RFL ni & why


:cool::2cool:rasanya Min Young..sebab dia lawa.. pastu dah tentu la sbb perangai dia yang selamba badak tu.. tak kira depan sesape pon kalo dah dtg perangai dia yag suka berangan tu dia main sebat je.tapi dalam lok lat macam tu dia still bagus dlm kerja dia. kalo sesape yg follow citer ni dr awal mesti tgk part seung lee yg 'sumbelewang' (apa tu sebnrye?) pastu siap curah air kat customer lagi, hae jin pon ada jugak camtu.. tapi min young tak penah .. dan watak laini mestilah hae jin n mr shin sbb diorg nyer personality.. hae jin yg garang tp berpendirian, kira ngam la ngan mr. shin tu yg ego tinggi tapi tahu sape yg dia suke cuma tanak tunjuk

;)

ok tak katt?

so camna ngan final episode tadi? tunggu korg post dulu ar baru kite komen:re:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060795 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list