CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kecuali

FILEM MAGIKA [BY KRU PRODUCTION]

[Copy link]
Post time 28-9-2010 12:07 AM | Show all posts
Reply 195# Dicota8

Maka? Sila beri film mElayu yg mane bg anda SGT BESTTT....

Kalo nk dibandingkan cite senario ke...rempit the series ke..cite anak mami ke.. Aku rase cite magic ni lg bagus kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 01:26 AM | Show all posts
magika best100x

x rugi sape tengok
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 01:56 AM | Show all posts
Bagi aku cite ni mmg berbaloi utk ditonton sbb byk sgt nasihat2 berguna utk budak2.. Dari cite2 lain yg konon kata nak mendidik tu lagi jauh panggang dari api. Tunjuk cth tak baik ade la. Cth : bohsia/rempit/etc etc

Mmg cite ni utk level bebudak pun, disamping menghibur.
Paling tidak pun, akan ada bebudak yg takut nak merayau time2 maghrib sbb takut kena sorok ngan bunian. Or jgn gaduh adik-beradik,susah senang mcm mana pun adik beradik gak yg akan tlg. Etc etc..

P/s aku suka je watak nabil tu. Cam lawak je Org Minyak jual minyak urut. Part dia ckp kat Bad "kau pun boleh la bad," satu panggung "eewwww" LOL!


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 02:03 AM | Show all posts
utk orang dewasa yg berotak spt kanak2 , bagi diorang citer ni SGTTTT BEST,......
jdi, tak leh sala ...
Dicota8 Post at 27-9-2010 23:18



   


otak kanak2 suci murni.....


otak org dewasa . KOTOQQQQ
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 02:05 AM | Show all posts
Reply  Dicota8

Maka? Sila beri film mElayu yg mane bg anda SGT BESTTT....

Kalo nk dibandingk ...
247 Post at 28-9-2010 00:07






dorg feeling2 nk filem melayu setaraf the lord of the ring bagai hoccayyyyy. u jgn main2 hoccayyyyy ngn dorg nih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 08:15 AM | Show all posts
Apa sebenarnya yang dikehendaki dalam filem melayu? Meh aku nak tau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2010 09:31 AM | Show all posts
Magika tetap membanggakan
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

2010/09/28
EDRY (empat dari kiri) bersama barisan pelakon filem Magika.

Di sebalik ada kekurangan, ia juga keberanian pengarahnya merintis genre baru filem tempatan

MUNGKIN masih banyak kekurangan dan kelemahan dalam filem Magikatetapi keberanian Edry Abdul Halim ‘main belasah’ saja untukmenghasilkan sebuah karya yang menggabungkan muzikal dan sinematikwajar ada pujian.
Sekurang-kurangnya Edry sudah merintis jalan untuk menghasilkan filemyang membabitkan alam fantasi dan animasi. Dalam erti kata lain, diamengangkat cerita dongeng Melayu dalam bentuk berwarna warni.
Tidak adil, bahkan tidak sepatutnya dibandingkan dengan filem dariHollywood kerana untuk karya seperti ini membabitkan belanjawan puluhanmalahan ratusan juta ringgit.

Oleh itu, kita mengharapkan ada pihak ada kemampuan untuk menghasilkan karya yang lebih baik daripada Edry selepas ini.

Begitupun, buah tangan pertama Edry dalam dunia perfileman bakalmengubah persepsi penonton tempatan yang selama ini mungkin beranggapanfilem Melayu hanyalah filem kelas kedua setelah mereka menonton Magika.

Sebagai orang baru dalam pengarahan filem, sentuhan Edry diakuitidaklah sempurna. Namun keberanian kesungguhannya membawa genre yangberbeza sekali gus membawa perubahan kepada industri filem tempatanitulah yang sewajarnya dibanggakan.
Magika hanyalah sebuah kisah mudah tetapi corak penyampaian secaramuzikal dengan hampir 50 peratus dari dialognya disampaikan menerusilagu itulah yang menjadi keistimewaan kepada filem ini.

Tiada pengarah yang mampu menghasilkan filem sempurna hatta merekayang pernah meraih anugerah sekalipun. Kelonggaran di sana sini adalahlumrah tetapi ia masih boleh diperbaiki sementelah Edry sendiriberhasrat menghasilkan lebih banyak filem muzikal di masa depan.

Edry tidak kisah berapa kutipan yang bakal diperolehi asalkansentuhannya disukai penonton. Sebagai anak seni, berkarya menjadikeutamaannya dan keuntungan difikirkan kemudian.

“Saya tak pasti berapa yang disasarkan oleh KRU Studios. Itu kenatanya kepada Norman kerana soal kutipan adalah tanggungjawab dia. Bagisaya, kalau seringgit pun saya terima dan gembira.

“Kepuasan penonton keutamaan saya. Semangat untuk menghasilkanfilem sebenarnya lebih kuat daripada memikirkan mengenai kutipan,”katanya yang tidak menafikan Magika memerlukan kos yang besar keranamenggunakan ramai pelakon ternama.

Edry tidak menafikan, pembabitan pelakon terkenal dalam filem iniadalah strategi untuk menarik penonton ke pawagam walaupun ia memaksaKRU mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan mereka.

Bagaimanapun, katanya, wang bukan segala-galanya kerana hampirsemua pelakon yang terbabit dalam Magika memiliki nama besar. Dia jugaberpuas hati dengan kesungguhan setiap pelakon malah mengibaratkanmereka seperti magnet yang menjadikan Magika menjadi lebih menariklagi.

“Semestinya penggunaan pelakon terkenal adalah strategi KRU untukmenarik penonton ke pawagam. Mereka menjadi pilihan kerana kamiberasakan watak mitos yang diwujudkan dalam filem ini sesuai dibawakanoleh setiap mereka sejak proses penulisan skrip lagi. Faktor komersialjuga sebenarnya tidak dapat dinafikan memainkan peranan juga.

“Alhamdulillah boleh dikatakan ke semua pelakon yang kamikehendaki setuju bekerja dengan KRU. Kami tak menghadapi kesukarankerana ada di antara pelakonnya adalah teman baik dan juga orang lamayang kami kenali,” kata Edry yang mengarahkan Magika kerana mahu laridari genre filem sama yang hanya membuatkan penonton berasaterkongkong.


RM1.3 juta selepas empat hari

EMPAT hari memasuki panggung, Magika sudah pun menunjukkanpermulaan yang baik apabila berjaya memperoleh kutipan kasar sebanyakRM 1.3 juta bagi pawagam di Malaysia serta Brunei.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim dalamkiriman khidmat pesanan ringkasnya (SMS) berkata, penerimaan positifdaripada penonton tempatan membuktikan bahawa genre muzikal mempunyaitempat di kalangan masyarakat tempatan walaupun genre sedemikian masihbaru untuk sebuah filem Melayu.

“Kami harap perolehan Magika terus meningkat berikutan maklum balaspositif dari laman sosial facebook dan pengkritik filem. Kami jugamenjangkakan jumlah ini terus bertambah pada minggu akan datang keranafaktor hujung bulan serta setelah selesainya musim perayaan,” katanya.

Walaupun mendapat ulasan positif, Norman hanya menyasarkan kutipansebanyak RM 4 juta. Katanya, sasaran itu dianggap realistik keranatidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah.


Pengalaman indah, sukar dilupa

MEMBARISKAN 25 pelakon popular, Magika menggandingkan Mawi dan Diana Danielle sebagai watak peneraju.

Filem ini turut dibintangi Datuk Jalaluddin Hassan, Fauziah DatukAhmad Daud, Ziana Zain, M Nasir, Ning Baizura, Vanidah Imran, RuminahSidek, Zaibo, Norman Hakim, Sabri Yunus, Maya Karin, Adibah Noor,Saiful Apek, Azlee dan Mazlan Senario, Aznil Nawawi, Raja Azura, Nabil,Marsha, pasangan beradik, Sharifah Amani dan Sharifah Aleya serta duapelakon kanak-kanak iaitu Shafimie dan Muhamad Hadziq Mohd Hazem.

Bagi lima pelakon yang terbabit dalam filem ini, pengalaman yangdiberikan oleh KRU adalah satu pengalaman menyeronokkan serta tidakdapat dilupakan sepanjang kerjaya lakonan mereka.

Ziana Zain yang memegang watak sebagai nenek kebayan, menggambarkanfilem ini sebagai ‘sebuah filem suka hati’ kerana dia diberikan sepenuhkebebasan untuk mencorakkan karektornya asalkan mesejnya sampai kepadapenonton.

“Walaupun sedang mengandung ketika menjalani penggambaran filemini, saya seronok kerana Edry memberi sepenuh kebebasan kepada saya.Saya banyak bermain dengan memek muka untuk merealisasikan watak nenekkebayan. Bagi saya ini adalah watak yang paling menyeronokkan sepanjangkerjaya saya,” katanya.

Biarpun cuma muncul beberapa minit, watak M Nasir sebagai PenungguTasik Chini dan juga naga Tasik Chini berjaya meninggalkan kesan kepadapenonton. Pelakon dan penyanyi itu agak malu apabila diminta mengulasmengenai wataknya kerana watak berkenaan terlalu sedikit, tetapi beliaumasih bersedia memberi kerjasama.

Namun, M Nasir memuji kreativiti tiga beradik berkenaan keranaberani menghasilkan filem yang berbeza. “Watak saya kecil tetapi bagisaya watak itu tetap penting. Walaupun sekejap, saya puas hati danmenganggap babak itu memadai buat saya,” katanya.

Aznil juga turut memuji Edry bekerja kerana biarpun masih baru,komitmen pengarah itu hampir setaraf dengan pengarah berpengalaman.

“Meskipun tidak mengenali Pak Pandir yang sebenarnya, saya cubamembawakan watak ini dengan sebaiknya. Saya memang seronok dapatberlakon dalam filem ini walaupun melalui pengalaman sukar dilupakanapabila digigit ulat bulu,” katanya.

Sebagai penyandang watak utama, Mawi yang membawa watak Badangberkata filem ini dari lain kerana filem sebegini belum pernahdihasilkan. Bagi membawakan watak Badang kata Mawi, dia terpaksamembayangkan alam magis.

“Saya kena bayangkan dunia fantasi antara manusia dengan makhlukbunian. Tapi saya tidak berpuas hati dengan mutu lakonan begitu jugadengan sesi memasukkan suara untuk filem ini kerana saya rasa bolehlakukan lebih baik lagi,” katanya. Bagi Diana Danielle yang membawakanwatak Ayu pula, dia mengakui janggal dan tidak berasa wujudnyakeserasian antara dia dan Mawi.

Katanya kelainan watak Ayu dengan filem mahupun drama yang pernahdijayakan apabila dia terpaksa mencuba lakonan komedi. Cabaran utamapula, apabila dia terpaksa menyanyi dalam filem berkenaan.

“Saya tak anggap sebagai pelakon komedi menyebabkan timbul rasajanggal apabila membawakan watak Ayu. Selain itu, kami juga dikehendakimenyanyi sedangkan rakaman sudah dilakukan sebelum penggambaran dibuatlagi. Jadi saya perlu memastikan penghayatan ketika membawakan lagusama seperti rakaman yang dibuat,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 10:28 AM | Show all posts
tak sabar nak beli dvd bila dah kuar nanti..
akan dibuat koleksi yg dijaga dgn rapi..
antara koleksi terbaik anak2 aku..selain ipin upin the movie, ratatouille, ice age,up..etc..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 04:47 PM | Show all posts
ko buat filem plak..aku nk tgk jahanam tak jahanam.. Mengecewakan ke tidak..filem ni dah kutip 1 ...
zeonite Post at 27-9-2010 22:28



                 
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 04:56 PM | Show all posts
sesape yg expect nk efek mcm LOTR ... bajet2 la weii..  guna kn akal anda utk menilai...
BTW .. gud try to Edry & KRU Production.. Congrat ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 05:11 PM | Show all posts
dorang ingat bajet ploh2... ratus2 juta ka.... nak setaraf ngan narnia laaa... LOTR la....

berbaloi la ngan bajet yg dikeluarkan








haku pun blom tgk agik
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 06:18 PM | Show all posts
Reply 157# Mont.Blanc

[quote]ramai lg rupenya yg tak leh terima film muzikal ni. siap tertido2 tgk. kekek..kelakar.
masa aku tgk pun ramai juge la yg mengeluh tiap kali ada nyanyi2 ni.....
aku naik heran...apakah org2 itew x paham konsep film muzikal?
sebelum ni x pernah tgk film muzikal??

pastu cakap boring...padahal diri sendirik yg ketinggalan zaman dan info.
dah namanya film muzikal...mesti la banyak nyanyi...dan lagu2 dia...jgn di abaikan...
seme nye menceritakan kisah film itu sendiri...

rasa nak baling je botol air pd yg nampak boring sesambil  main henpon masa tgk movie ni...kalo dah boring...silalah berambus kuar cinema. aduh....[/quote]


setuju

dulu masa ai ngn kawan tgk citer sweeney todd tensen giler ngn minah2 dlm 5 org yg duduk satu row ngn kitorg...mengeluh sana,merungut sini pasal banyak nyanyi...rasa nak baling je ngn kasut ai

btw, ai tak tgk g magika..ingt nak tgk minggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 07:47 PM | Show all posts
cuma ada part yg kurang ajar sket la... yg part ada m nasir... "jgn jaga tepi kain org" lbih kurg camtu la liriknya... siap badang tendang lgi org tua (m nasir) kan... kan masa tu, dorg lum tau lgi org tua tu sbrnya naga. kalu geram pun tak yah la bwat camtu... mmm.
mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 08:28 PM | Show all posts
bila film2 mcm prof razak keluar, dikatanya sampah, bila keluar film2 seni uwei, dikatanya boring
-keluar film2 mcm ni, tak pouas hati jugak
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 10:06 PM | Show all posts
actually wartawan tak salah..
mawi memang ok, better than jin notti.. rasa kadang2 tu lebih elok da ...
ricapc Post at 24-9-2010 11:50


dlm jin notti dulu aku rasa cam watak mawi tu tak perlu ada pun xpe..
dlm magika xtau la sbb xtgk lg..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 10:57 PM | Show all posts
lantak lah yg orang len kata tp bg aku magika best gler..
sok nak layan kali ke-2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2010 01:42 AM | Show all posts
bila film2 mcm prof razak keluar, dikatanya sampah, bila keluar film2 seni uwei, dikatanya boring
- ...
sekngucing Post at 28-9-2010 20:28



   


malaysians u olss...... LOTR katanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 02:45 AM | Show all posts
utk orang dewasa yg berotak spt kanak2 , bagi diorang citer ni SGTTTT BEST,......
jdi, tak leh sala ...
Dicota8 Post at 27-9-2010 23:18


Bagi orang dewasa yang rasa citer sangat tak best, aku kategorikan orang dewasa berkenaan kurang menggunakan otak yg kunun dewasa sangat tu. cuba berpikir dan melihat keluar dari kotak pemikiran skit... sana sini ada kekurangan tu adalah biasa dalam filem.
Ini adalah percubaan pertama dari seorang pengarah baru, filem muzikal pertama pengarah, teknik CGI dari pengarah yg pertama kali mengarah... di kirakan keseluruhan tidaklah sampai boleh di kategorikan sbgai filem yg buruk...ada yg lebey buruk dr filem ini. Jika di ambil kira dari semua faktor ( ni org2 dewasa yg boleh berpikir panjang dan luas je bole buat) filem ini berjaya menghiburkan dan ia satu sentuhan yg kreatif walau ada cacat di sini sana. Di ingatkan balik... org dewasa yg mempunyai pandangan dan pemikiran yg luas dan matang je yg boleh nampak sisi kreativiti citer ni. Tidak mengangkat filem ini sebagai "sangat baik" or "terbaek" tapi sama sekali tidak boleh mengkategorikan filem ini hanya seswai utk tontonan kanak2, malah x keterlaluan berani di katakan di sini... silap2 kanak2 bukan faham apa lawak2 yg di sampaikan dlm film ni.


Sebagai bukti, sewaktu menonton film ini, banyak sungguh la mak+bapak yg pi bawak anak2 depa...last2nya budak2 itu hanya mengganggu konsentrasi penonton lain apabila sudah mula melalak lalak...berlari sana sini... melompat sana sini...itu belum kira ada yg mintak susu la...makan la...( yg heran mak+mapak bukan main sedap dan menganga nonton wayang, anak sendiri keciciran macam haram).


kesimpulan...budak2 tak paham citer ni..( bukan seme), dan lebeh kasihan apabila ada orang dewasa juga x mengerti makna film muzikal itu sendiri dan mengatakan film ini teruk. tak adil rasanya meletakkan film ini di level teruk or bosan.


tapi masing2 ada pendapat masing2. kena kembali dan terima pendapat memasing. tapi dalam masa 4 hari sudah cecah 1.3juta...adakah terlalu ramai org dewasa yg berotak kanak2 penonton2 di mesia ni?? kahkahakha... bangang punya statement.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 02:48 AM | Show all posts
aku terasa bila ko kata nak baling botol tu wei haha....

mcm aku je yg asyik maen henpon tu ...
sampobo Post at 27-9-2010 22:54


mujur le aku tak tgk kat Alamanda. kikiki. Asalnya nak tgk kat situ le...tapi ada kawan dan belikan tiket kat tempat lain.
kot tak...ko le tu yg bakal aku baling botol air. kihkih. lenkali pakai privacy screen...takde le ngaco orang lain. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 02:53 AM | Show all posts
dorang kena layan teater muzikal so baru boleh layan filem ni. seriously aku rasa mcm tgk  ...
avrilizana Post at 27-9-2010 15:54


tengok film muzikal pun bole terlena  lena tido... ni kan plak nak tgk theater muzikal.
muzikal film or theater ni, tak seme bole terima.
so kalo jenis x suka...x suka la sampai ke sudah.... yg jenis boleh suka...akan terus suka.


Masa memula hotel mania keluar kat TV... aku ingat lagi... ramai betui yg kutuk2 drama tu...komplain macam2...asik2 nyanyi je...keke.. aku bantai gelak je... masih ramai yg tak faham konsep.


yg aku heran...sejak dr zaman pramlee lagi... pastu bolliwood bagai tu.... nilai2 muzikal tu mmg dah lama ada... cumanya nyanyi2 tu tak la banyak macam film muzikal yg tulen.... tapi kenapa ramai yg takleh terima konsep tu...


aku rasa yg jadi masalah kat sini adalah konsep film muzikal tu sendiri. ramai yg mengeluh tiap kali scene nyanyi2 tu...aku heran sungguh le... apa yg depa harapkan dr sebuah film muzikal? kekekeke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.400033 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list