CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 4-8-2009 09:00 AM | Show all posts
thank you!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2009 11:22 AM | Show all posts
lambat la nazrin ni .....
bila nak action nya....sempat melepas karang           
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 11:35 AM | Show all posts
tq..tq..smiley..:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 01:42 PM | Show all posts
thanks...ada masa sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 02:16 PM | Show all posts
279# sang_arjuna

Tk sang Arjuna..cukup menghiburkan... kelakar ya amat...Tahniah... Tapi.."part" Nazrin saja2 pegang tangan anak dara org tulah yg tak syok dan tak 'best' nya Nazrin ni...Ni nak kena ceramah percuma niih... Macamana nak jadi suami org kalu perkara2 asa tak 'beres' niih... Maaf lah Sang Arjuna..aku lak yg emosi lebih2... heh..heh...  Terus Maju Sang Arjuna...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 04:08 PM | Show all posts
APER YANG TERJADI...., CEPAT2 LA SMBUNG..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2009 05:50 PM | Show all posts
sambung lg
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 05:51 PM | Show all posts
sambunglah lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2009 06:10 PM | Show all posts
hehehe...  rilek cool
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 06:43 PM | Show all posts
tq...smiley..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 10:44 PM | Show all posts
smbg lagi yer....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 04:21 PM | Show all posts
camne tue...sian Hani...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 11:45 PM | Show all posts
nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 07:47 AM | Show all posts
tak sabar nak tau aper terjadi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 01:48 PM | Show all posts
nanti mesti mak tok tu tinggalkan wasiat tu... mesti kena fulfill tu... hehehehehehheee
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 03:02 PM | Show all posts
mmm... dah nk start dah konflik2 ni...
chaiyok!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 03:10 PM | Show all posts
nanti mesti mak tok tu tinggalkan wasiat tu... mesti kena fulfill tu... hehehehehehheee
cikwawi Post at 6-8-2009 13:48


nanti kot wasiat mak tok nk satukan hani ngan nazrin, kire ala2 kawin terpaksa. peh tu cite pasal konflik rumahtangga... hehehe.. aku suka, aku suka klu ada kisah2 gini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2009 05:27 PM | Show all posts
pandainya semua meneka..... 10 markah sorang

...........................................................................................................................

Hani memerhati wajah tua yang terbaring layu. Tangan Mak Tok di usap perlahan. Sayu rasanya.  Beginilah keadaan Mak Tok sejak pengsan dua hari lalu. Adakala matanya terbuka dan dia mampu bercakap dan menjamah sedikit makanan. Namun  tak sampai sepuluh minit dia akan lelap semula.

Acik Mah masuk ke bilik dengan wajah sugul. Dr Aminuddin menelefonnya setelah  berbincang dengan doktor di Hospital Besar Langkawi. Meskipun berat,  dia terpaksa berterus terang. Jangkitan kuman di paru paru Mak Tok semakin serius. Jantung dan buah pinggangnya juga lemah. Harapan  untuk sembuh amat tipis. Ajal maut ketentuan Illahi, kita berdoa dan bertawakkal sahaja lah, pesannya.

" Hani, kalau letih pergilah balik ke hotel. Biar Acik Mah yang jaga." katanya sambil mengusap kepala anak buahnya.

" Tak apalah Acik Mah. Hani boleh tunggu. Kalau letih Hani baring kat kerusi"

" Mah... Hani " Mak Tok tiba tiba bersuara. Jelas dan bertenaga. Hani dan Acik Mah memandang sama sendiri. Petanda baik kah ini?

" Mana Rohana dengan bapak kamu? Baru sekejap tadi dia orang ada, kita  sama sama makan laksa." kata kata Mak Tok membuat bulu roma Hani berdiri. Uh oh.... seram sejuk rasanya. Mata Hani meliar ke seluruh bilik. Meracau ke Mak Tok ni?

Acik Mah menahan sebak. Mak aku ni dah ternampak orang yang sudah tak ada. Ada tanda tanda dia " di panggil" ke alam barzakh. Atau dia teringin nak makan laksa?

" Mak nak makan laksa? Mah boleh belikan"

" Tak apalah. Dah kenyang Mak makan tadi. Hani, ada hal mustahak Mak Tok nak cakap." Mak Tok tersenyum. Kemudian menarik nafas panjang.

" Apa dia Mak Tok?" Hani kebingungan. Takkan Mak Tok nak sampaikan wasiat terakhir kot.

" Ada orang datang merisik Hani. Mak Tok suka kalau Hani kahwin, ada orang boleh jaga Hani. Hani taklah terkontang kanting nanti kalau Haris ke luar negara dan Acik Mah sibuk dengan kerja dia. "

Memang sah nenek aku ni meracau. Kena dos ubat berlebihan agaknya. " Mak Tok, Hani masih belajar. Hani tak nak kahwin lagi." Lembut tuturkatanya. Takut juga melawan cakap Mak Tok yang sakit tenat.

" Bukan Mak Tok suruh kahwin sekarang. Lepas Hani habis belajar nanti. Mak Tok dah janji dengan keluarga lelaki. Ini satu satunya hajat Mak Tok. Mak Tok harap sangat Hani dapat tunaikan.Walaupun Mak Tok rasa Mak Tok tak sempat nak tengok Hani kahwin" Suaranya makin perlahan dan dia terlelap semula. Hani menoleh pada Acik Mah dengan jiwa rusuh.

" Siapa yang nak kahwin dengan Hani? Zaman ini ada lagi ke kahwin paksa macam ni?" soal Hani. Tak puas hati langsung. " Pandai pandai saja Mak Tok. Mana aci. Buatnya lelaki itu duda anak lima yang botak dan gendut, tak ke aniaya namanya?"

" Takkanlah Mak Tok nak buat macam tu kat cucu dia. Acik Mah tahu siapa orangnya. Bujang, rupa pun boleh tahan." Acik Mah tersenyum sambil mengangkat sebelah kening.

" Alaa.... kalau hensem saja tapi perangai buruk buat apa. Hani tak suka lah kena matchmake. Hani nak pilih sendiri, biar suka sama suka. Tak syok lah kalau......" Ayatnya tergantung bila Acik Mah berdehem kecil sambil meneleng kepala ke arah pintu. Hani dapat menangkap isyaratnya. Tok Putih melangkah masuk.

" Macam mana dengan Mak kamu? Apa kata Amin?" Wanita tua itu berbisik. Kesedihan jelas terlukis di wajahnya. Hajjah Mariamlah sahabat sejatinya sejak anak dara lagi. Makan sepinggan dan tidur sebantal.

Acik Mah melepaskan keluhan. Kepalanya di geleng perlahan " Kita berdoa sajalah"

Tok Putih mengangguk tanda faham apa yang ingin di sampaikan. Luluh rasa hati melihat sahabat karibnya terlantar tak berdaya. Cuma mampu menunggu waktu. Tak sangka percutian mereka berakhir begini.

" Duduklah Tok Putih. Hani nak ke kantin" Hani terus bangun , meluangkan kerusi untuk Tok Putih. Tekaknya terasa haus pula. Baik aku pergi minum. Sebaik saja keluar, dia terserempak dengan Nazrin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 05:36 PM | Show all posts
lagilah n3nya...best...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2009 05:38 PM | Show all posts
" You nak pergi mana?"

" Kantin. Haus" jawabnya pendek. Mereka berpapasan menuju kantin di tingkat bawah.

" Hani, I want to talk to you. Important ni" Setiap patah perkataan di tekankan. Aikk... tadi Mak Tok cakap benda penting dengan aku , sekarang  Nazrin pula.

" Apa dia?" Mata mereka bertentangan.

" I kena balik KL hari ni, nak siapkan barang barang I. Dua hari lagi I kena report for work.  Nadia pun nak dapat result PMR dia minggu ini. Sorry lah kita tak boleh duduk lagi lama."

"  Its okay.  I faham.  All the best to you. I harap kerja baru you okay.  "Hani berbasa basi. Sejak Mak Tok masuk hospital, bukan main baik lagi si Nazrin terhadapnya. Tak ada lagi kesengalan dan keceluparan. Tapi itu sajakah berita penting Nazrin? Atau ada lagi? Jari jemarinya di patah patahkan. Entah kenapa dia terasa cuak.

" Er...kejap I pergi beli air. You duduklah dulu"

Dua gelas teh o ais di letak di meja. Nazrin duduk bertentangan dengan senyuman tenang di wajahnya.

" Hm... macam mana I nak cakap ya?  Straight to the point sajalah. Tok I dengan Tok Yam dah setuju... kita kahwin" luahnya. Jari telunjuknya di gerakkan kepada Hani dan kemudian dirinya. "You and I"

Hani mengerdipkan mata. Mulutnya melongo. Betul ke apa yang aku dengar? Nazrin kah orang yang di maksudkan Mak Tok? Rasa panik mula merenggut jantung. Debarannya bagai paluan gendang tarian singa masa perayaan tahun baru Cina.  Adeh... silap haribulan aku temankan Mak Tok " di sana"  nanti.

Saat demi saat berlalu " Orang kata diam tanda setuju" tutur Nazrin lembut.

" Hoi... lawak antarabangsa apa ni? Kenapa kita kena kahwin pula? Kita baru kenal berapa bulan. Tak logik lah" selar Hani. Pipinya terasa panas.

Senyuman di bibir Nazrin masih memekar. " Kenapa tak logik? You tak ada boyfriend lagi kan? Atau you tak suka I? Cuba bagi tahu." Dia menduga perasaan gadis manis itu. Makin gelabah , makin manis pula.

" Macam mana kita nak kahwin? I tak bersedia nak jadi isteri orang. I ni budak kecil lagi lah."sanggah Hani.  Apa punya alasan lah, Hani. Cuba cakap pakai akal sikit.

" Kat mana yang kecil tu? " tanya Nazrin. Dia tersengih nakal bila Hani melarikan mata. " Hani, bukan I paksa you kahwin sekarang. I tunggu sampai you grad. I pun nak kena kumpul duit, takkan nak bagi you makan pasir berlauk daun kering. Lagipun kita kena belajar hukum hakam hidup berumahtangga, tanggungjawab suami isteri. Kalau nak bimbing you, I kena banyak bersabar. Bukan senang nak jinakkan anak rimau"

Muka Hani terasa pijar.Ciss.... kau main main dengan aku ya? Okay... tarik nafas.Tumpukan perhatian. Cari fakta yang munasabah, jangan pakai taram. Atau sememangnya aku tak ada alasan nak menolak. Best juga kahwin dengan Nazrin, hati kecilnya berbisik.

"  I tahu ini semua Tok kita punya idea. I rasa its not fair to both of us. Mana tahu kalau you akan jumpa somebody masa you kerja nanti. Atau mungkin ex tunang you nak balik kat you. I tak nak jadi isteri tangkap muat. Tak guna kalau kita nak puaskan hati orang lain, tapi kita tersiksa. Perkahwinan bukan untuk sehari dua."

" You cakap macam skrip drama lah. Tak original langsung." ujar Nazrin dengan selamba

Adehh... ada pula camtu. Susah susah aku susun ayat. Hani menarik nafas. " Tapi betul kan,  apa yang I cakap. Macam macam boleh jadi dalam masa setahun"

" I akan pegang pada janji. Kalau dah jodoh, tak ke mana" balas Nazrin. Sembahyang istikharah yang di buat tiga malam berturut turut memberinya jawapan yang pasti. Tiada lain, cuma Hani. Kenangan dengan Fifi sudah jauh di usir.

" Huh... apa you cakap tu lagi klise. Pegang pada janji konon, macam lirik lagu jiwang je. " dengus Hani. Otaknya ligat berputar mencari hujah hujah. Padahal hati sudah mula berlagu indah. Aaahh... konfius nya aku. " Serius,  I rasa kita tak sesuai. I ni jenis kampung, you orang bandar. Kenapa you tak pilih si Shazlin yang da bomb itu?"

" Dah tak ada modal lain ke? Okay Hani, macam ni lah. I akan tunggu jawapan you. I tak paksa tapi I cuma berdoa. Its all in Allah's hands. Tapi I janji I akan jadi suami yang baik, insyaallah. "

Aiseyman... dah masuk gear ustaz pula. Hani menggigit bibirnya. Tak masuk akal langsung, berkahwin dengan pilihan keluarga. Bukan pilihan mak bapak, pilihan nenek pula tu..... adoyaii! Gelak sakan Aina dan kawan kawan lain kalau dengar. Aku yang tak ada boyfriend, tak pandai cintan cintun, tiba tiba dah ada calun suami.

" Hani, I  kena balik dulu. You take care ya. I'll see you soon" Nazrin bangun dari bangku.

" I sibuk tahun ni. Subjects yang I kena ambil semua very tough. Lagipun you jauh. Tak payahlah susah susah "

" Alaa... jangan risau. Kita bukannya jauh sangat. I mesti  jenguk bakal isteri I." Nazrin mengenyitkan mata.

Henfon Hani berdering di saat itu. Melihat nama Acik Mah tertera, dia dapat mengagak petanda yang tidak baik.

" Mak Tok dah tak ada" suara Acik Mah di sulami tangis.

" Innalillah wa inaillaihi rojiun" ucap Hani. Nazrin meraup mukanya. Rancangannya untuk balik terpaksa di tunda. Banyak perkara yang perlu di uruskan.

" Wasiat orang wajib di tunaikan selagi tak melanggar hukum syarak" Suara Nazrin antara dengar dan tidak menyapa gegendang telinga Hani. Airmata Hani yang bertakung terus melimpahi tubir matanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.308957 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list