KOMEN RASMI ANUGERAH JUARA LAGU 23
oleh beta_carotene
1. Bukan Di Sini - Sofaz
Persembahan/Gimik/Kostum:
Takde gimik, prop gempak, kostum pelik2 whatsoever. Sangat jimat bajet sbb diorang tau diorang xkan menang dan xde expectation tinggi dari penonton.
Ok la, persembahan warming up. Orang boleh gi bancuh2 susu anak atau bancuh kopi sementara tunggu persembahan2 seterusnya.
Vokal/Diction:
OK je. Sama dengan radio version. Xde beza. (A good live performance kena la ada improvisation here and there)
(2/5 bintang)
2. Lagu Kita - Aizat
Persembahan/Gimik/Kostum:
Satu spesis dengan Sofaz. Xkisah sgt pasal persembahan. Kostum pun ala2 selekeh jer tp badge 'No War' tu sangat menarik perhatian. Gimik yang ada cuma ahkak bertudung hitam yang tetiba jadi backup singer dengan baris "aa...aa" sebanyak 2-3 harakat.
Vokal /Diction:
Merdu. Sedap didengar. Almost perfect. (Meleleh la airmata anak2 gadis)
(3/5 bintang)
3. Dusta Berkalang - Aiman
Persembahan/Gimik/Kostum:
Fashion disaster to the highest degree. Penyanyi baru dan still takut2 macam Aiman diberi pakai kostum yang setaraf dengan kostum Kak Ani, malah lebih over! Suara perempuan merintih kat awal2 tu, hmm.. xtau apa relevan. Si Aiman ni pulak, pekejadah tetiba menyanyi kat tepi pentas? Kata nak buat persembahan ala2 mengingati mangsa peperangan, tapi nampak macam persembahan ala zaman Firaun je?
Vokal/Diction:
Takut2 budak ni. Culture shock agaknya dengan penari ke hulu ke hilir, diction berterabur. Vokal ok la, bagi la pujian sikit sbb lenggok suara dia sedap.
(1/5 bintang)
4. Cuba - Faizal Tahir
Persembahan/Gimik/Kostum:
Save the best for the last konsepnya. Katanya ada kelainan segala, tapi alih2 bawak diri dengan gitar je. Biasa2 je dari segi persembahan, tapi dengarnya harga gitar tu mahal.
Vokal/Diction:
Semua sedia maklum Faizal Tahir ni jarang sangat pancit/terkucil nyanyi live, almost xpernah. Suka time dia pause kejap masa intro. Semua pun terdiam. Diction dia sangat jelas.
(3.5/5 bintang)
5. Yang Pernah - Estranged
Persembahan/Gimik/Kostum:
Konsep white screen sangat menarik, membuatkan persembahan ni macam video klip. Tapi Rich xpayah la ke hulu ke hilir. Pening kepala tengok.
Pastu kostum tuxedo Rich xsesuai dengan lagu. Macam baju nak kahwin je. Rich nampak distracted tp ahli2 band yang lain nampak bersungguh2 main alat muzik.
Vokal/Diction:
Rich macam semput je mula2. Certain words pun mumbling. Tapi momentum builds up towards the end. Good job.
(4/5 bintang)
6. Hanya Di Mercu - Ayu
Persembahan/Gimik/Kostum:
Ramai orang condemn imej terbaru Ayu. Macam Oprah la, macam Whitney Houston la. Tapi bagi aku, ni lah make over terbaik utk dia. Tak dapat bayangkan dah makeover macam mana yang sesuai. Konsep persembahan warna putih sangat cantik, dengan ada penari2 ballet. Tak over, just nice, sesuai dengan konsep lagu.
Vokal/Diction:
Suara Ayu ni husky tapi kalau high note jadi kasar. Dan tak sah kalau tak terkucil dia ni, mesti ada terkucil hatta satu note pun. Overall vokal dia OK.
(3/5 bintang)
to be continued
[ Last edited by beta_carotene at 20-1-2009 01:35 AM ] |