CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

PROTON MPV [EXORA]

 Close [Copy link]
Post time 3-8-2008 11:01 PM | Show all posts
ni hundai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2008 12:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 12:53 AM | Show all posts
Aku gi ahad td. Punya ramai yg dtg. Auyaiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2008 09:35 AM | Show all posts
sapa yg pegi karnival proton last week? tak dak usha tgk ka MPV nih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2008 09:44 AM | Show all posts

Harga MPV Proton berpatutan, selesa

Oleh ZABRY MOHAMAD

SHAH ALAM 3 Ogos - Proton Holdings Bhd. (Proton) memberi jaminan harga kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama keluarannya yang dijangka dilancarkan Mac tahun depan, amat berpatutan.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (gambar) berkata, selain itu, bentuk serta ciri yang terdapat pada MPV tersebut mampu memenuhi cita rasa dan kehendak pengguna tempatan dan antarabangsa.

"Kalau ditanya tentang harga, saya boleh katakan harga MPV keluaran Proton ini adalah berpatutan dan mampu bersaing di pasaran," katanya ketika ditemui di Kilang Perusahaan Proton sempena Minggu Teknologi Proton di sini hari ini.

Menurutnya, MPV berkenaan menggunakan enjin Campro berkapasiti 1.6 liter.

Beliau menambah, satu pertandingan menamakan MPV tersebut akan dianjurkan tidak lama lagi bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta dalam peristiwa bersejarah itu.

Sementara itu, Pengurus Projek Proton, Izhar Mohd. Noor memberitahu, MPV keluaran Proton dengan tujuh tempat duduk untuk orang dewasa amat mementingkan keselesaan.

Katanya, saiz kenderaan tersebut lebih lebar berbanding MPV jenama lain dan mempunyai banyak ruang untuk mengisi pelbagai jenis barangan.

Beliau berkata, reka bentuk serta ciri-cirinya pula mampu memenuhi pelbagai peringkat pengguna termasuk yang berkeluarga atau golongan muda, yang merangkumi corong penghawa dingin di setiap baris penumpang dan lampu belakang LED.

Menurut Izhar, kira-kira 150 jurutera tempatan terlibat sepenuhnya dalam pengeluaran MPV tersebut dan mengambil masa hampir dua tahun untuk menyiapkan reka bentuknya.

Katanya, ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan sejak hari pertama direka bertujuan memenuhi pasaran tempatan dan global.

"Ciri-ciri yang ada pada MPV Proton mampu memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh United Kingdom dan Australia.

"Justeru, ia sedia untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa sejurus dikeluarkan dari kilang," ujarnya.

Selain itu, tambah beliau, ujian kemalangan yang dilakukan baru-baru ini juga lulus piawaian yang ditetapkan oleh Eropah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 11:48 AM | Show all posts
Proton MPV





MPV Frame Body


Event : Proton Technology Week 2008













Sources : http://guyingreen.blogspot.com

http://picasaweb.google.com/potongsawi/ProtonTechnologyFair


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2008 12:19 PM | Show all posts
dari : http://calvinytl.blogspot.com/2008/08/upcoming-new-proton.html




[ Last edited by  serupahero at 7-8-2008 04:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 04:26 PM | Show all posts
Proton MPV





MPV Frame Body


Event : Proton Technology Week 2008













Sources : http://www.flickr.com/photos/oyf/with/2727980618/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 11:03 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 4-8-2008 09:44 AM
Oleh ZABRY MOHAMAD

...Menurutnya, MPV berkenaan menggunakan enjin Campro berkapasiti 1.6 liter.
...



Kalau setakat mengharapkan enjin 1.6 CPS ni nak tarik body mpv yang saiz macam Wish, nampak gayanya terpaksa la aku kensel hasrat nak beli proton mpv nih...   

Dulu aku test drive grand livina 1.6, memang under powered sangat la.. itupun body livina ni lebih kecik banding dgn wish..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 12:11 AM | Show all posts
org yg suka beranak sesuai la beli MPV...
kalau takat single2 neh mcm tak perlu jer..
ada ker org single beli MPV??

kalau ada mesti org tu sengal kann?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 11:45 AM | Show all posts

Balas #292 zacharygibson\ catat

Nissan Grand Livina tu memang underpowered sesangat, sebab kuasa kuda enjin 1.6 tu cuma 107 bhp jer. Enjin Campro CPS 1.6 tu 125 bhp, so dah tentu la lagi power drp enjin Nissan tu, sebab tu la Proton berkeyakinan nak pakai enjin CPS 1.6 tu... tapi tak tau la kalau pasang kat MPV tu jadik camaner nanti, kita tunggu dier dah kuar test drive la. Kalau underpowered gak, memang kena mintak Proton kuarkan model 1.8 la, cuma masalahnya sekarang Proton still lagi tengah buat R&D untuk enjin 1.8, 2.0 dgn enjin diesel la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 6-8-2008 11:45 AM
Nissan Grand Livina tu memang underpowered sesangat, sebab kuasa kuda enjin 1.6 tu cuma 107 bhp jer. Enjin Campro CPS 1.6 tu 125 bhp, so dah tentu la lagi power drp enjin Nissan tu, sebab tu la P ...



depa keluarkan 1.6 dulu kot .. 2 tahun lepas tu baru keluarkan 1.8. dgn 2.0 ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 04:34 PM | Show all posts
Aku rase la kan...sbb utama Proton taknak guna enjin Campro 1.8 yg dipasang kat Hoverkraft tuh...sbb enjin tuh masih lagi enjin prototaip...dia org nak tunggu enjin tuh betul2 perfect baru nak mass produce....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 04:39 PM | Show all posts

Reply #294 Squall-Leonhart's post

Aku rasa enjin 1.6 CPS MPV ni akan ditune lebih kepada low-end torque daripada top end power macam kat Gen2/Waja CPS. Expect between 110-120 HP and a flatter torque curve. MPV ni drivability lagi penting dari outright power.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 04:44 PM | Show all posts
Originally posted by altimi at 7-8-2008 04:39 PM
Aku rasa enjin 1.6 CPS MPV ni akan ditune lebih kepada low-end torque daripada top end power macam kat Gen2/Waja CPS. Expect between 110-120 HP and a flatter torque curve. MPV ni drivability lagi ...


betul tu...

macam enjin 1.3 avanza dgn myvi 1.3. enjin sama tapi setting lain. mpv mesti torquee...nak bawak body berat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 04:45 PM | Show all posts

Reply #293 ashna's post

senang nak camping tepi pantai atau buat car boot sale!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2008 05:00 PM | Show all posts
lepas keluar bentuk MPV ni ada peraduan taruk nama MPV ,,  ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 05:01 PM | Show all posts

Reply #298 volvomania's post

Mungkin enjin 1.6 CPS tu ada LPT a-la Volvo kot.....leh la dapat dalam 200NM @ 1800-4800rpm.......yummy.........
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 06:19 PM | Show all posts
masa minggu teknologi proton ada pamer casis mpv,nampak besar mcm nazaria...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by ashna at 6-8-2008 00:11
org yg suka beranak sesuai la beli MPV...
kalau takat single2 neh mcm tak perlu jer..
ada ker org single beli MPV??

kalau ada mesti org tu sengal kann?
siot je ashna nie.......


aku minat gak dgn mpv nie........ blh sumbat barang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.235104 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list