|
Tajuk: Seindah Rahsia
Penulis: Afiqah Farzana
Harga: RM17.90
SINOPSIS
Demi menjaga maruah keluarga, Sri Atiya terpaksa menjadi galang ganti kakaknya, Atira yang telah menghilangkan diri pada majlis perkahwinannya. Anuar bakal iparnya kini telah menjadi suaminya yang sah. Kehadiran Ilham sebagai 'secret admire' dan kemunculan Hadi secara tidak langsung merubah hidup Sri. Adakah Sri telah berubah hati? Siapakah pilihan Sri sebenarnya?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
semalam wa habis baca buku nie.........bagi 21/2 Bintang
Secara keseluruhan cerita nie baik cuma tidak diolah dengan kemas, plot dari satu cerita ke cerita yg lain adakala tiada kesinambungan & hilang punca..contoh jelas bila secara tiiba2 Sri diceraikan talak tiga.......apa sebabnya tidak dijelaskan dgn nyata...
Tertanya2 serta jadi keliru juga tentang persoalan bila masanya dan bagaimana caranya "ilham" si peminat misteri Sri Atiya mengenali diri Sri sedangkan Hadi ( Ilham yg sebenar) baru mengenali Sri ketika diperkenalkan oleh Hakim secara tidak sengaja ketika mereka mengunjungi bank tempat Sri bekerja....:hmm:
Walaupun demikian, penulis berjaya menimbulkan rasa simpati pada nasib Sri yg terpaksa berkahwin dgn tunang kakaknya tetapi tidak dihargai sebagai isteri walaupun dia sedaya upaya cuba bertahan dgn ikatan perkahwinan tersebut. Malah lebih teruk dia juga didera secara fizikal dan mental oleh suaminya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Alahaiiii..2 setgh bintang jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #245 KRUfan's post
tu pendapat wa lah KRUfan..org lain x tau lah kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #246 aprilsnow's post
That's ok... |
|
|
|
|
|
|
syrzreen This user has been deleted
|
Bagi aku, penulis kurang menonjolkan bagaimana dan berapa lama kedatangan 'ilham' dlm hidup Sri Atiya. Ini memang lumrah dan kesalahan pasti berlaku dlm penulis baru. Anyway penulis baru ni berjaya menghidupkan watak. Jln ceritanya hidup dan tak bosan. Wujud klimaks. Selalunya penulis baru ceritanya berjela-jela dan byk timbul x logik. Penulis lama pun ada gak cerita diulang byk kali dan cerita pasal kenangan je. Tapi SEINDAH RAHSIA ni bahasa menarik, plot cerita tersusun. Aku bagi 3.5 bintang. |
|
|
|
|
|
|
syrzreen This user has been deleted
|
SELUMBAR KASIH Naz Areesya Ameen 496 halaman
Membesar di rumah anak yatim membuatkan Ariana mudah berasa simpati dan kasih trhdp kanak2 yg senasib dgnnya. Keakrabannya dgn kanak2 malang brnama Haziq membuatkan Ariana trsepit antr kasih Haziq dan cinta Iskandar. Namun hati Ariana sudah dimiliki olh jejaka yg tdk setia brnama Daniel. Bg Iskandr, Ariana memiliki ciri2 wanita yg dicari. Kehadiran Ariana membuka pintu hati Iskandr yg telah lama terkunci setelah pemergian Fatihah, isteri trcinta. datin Noni, emk Iskandr tdk merestui hubungn mereka krn Ariana ank yg tdk diketahui asal usulnya. Ariana trpksa mengahwini abg angkatnya Amirul krn terhutg budi dgn En. Rushdi dn Pn Rosmah. Daniel, bekas kekasih Ariana pula telh menodainya sblm hari pernikahan. Rahsia Amirul trbongkar dimlm pertama pernikahan mrk sejak itu Ariana trpaksa menjauhkan diri dr suaminya sendiri. Dptkh Iskandar melenyapkan cinta sucinya thd Ariana? cite sedih...
SEBENARNYA CINTA Haiqal Fahmy 320 halaman
Kisah cinta seorg anak hartawan Seri Anisah yg berjwtn tinggi di syarikat milik ayhnya Dato' Hj Shamsudin tlh jatuh hati pd Azman, pekerjanya dn bekas rkn sekolah. Prhubungn mrk dicemburui olh Syafik, yg menaruh hati thdp Seri Anisah sejak bangku sekolah lg. Antara Azman dan Shafik pernah berlaku pergaduhan ekoran salah fhm sehingga Shafik sanggup putus persahabatn mrk. Pulang Shafik ke tnh air setelah berjaya mencapai cita2nya cuba utk menagih janji di saaat cinta Azman dan Seri sdg mekar. Rafida yg menggilai Shafik kecewa dgn sikap Shafik yg amat dingin trhdpnya. Rafida meranapkan impian Azman dan Seri Anisah di pertengahn jln. Azman pulang ke desa krn malu atas apa yg berlaku. Di desa Azman menemui cinta baru, Aisyah gadis kpg yg amat halus pekertinya. Stlh mengetahui keadaan sbnr, Seri Anisah menyusuri cinta mrk. Dia rela berkorban utk mencari semula cintanya yg hilang dan hakikat sbnrnya cinta....
'Jangan kerana suatu kesilapan, cinta karam di muara yg berkemelut.
Sedangkan pantai kasih menghampar sebegitu luas.' ~ ok not bad cite ni... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
syrzreen This user has been deleted
|
Originally posted by minahleter at 2-7-2007 01:59 PM
tak best langsung ke... kenapa? citer dia ke... kot cara olahan? sebabbaca tajuk tajuk novel prima ni de bomb jugk kan... teringin jugak nakbeli sebab ada yg ok kan...
Bagi aku la cite keranamu sofea aje hancus... aku pun dh baca keranamusofea.. Ada cerita bukannya hambar cuma citenye tergantung. Org kalobaca memang fed up la.. ala.. kalo penulis2 glamer pun terjadi jugakmasalah ni. Kalo cite ni x best tak semstinya yg lain pun begitu kan..Aku try baca yg lain punye. De bomb jugak. Aku beli pun yg member katabest lebih lebih lagi cite SECARIK HARAPAN, SETELUS IMPIAN, TAK KUDUGA,GERIMIS KASIH, CITRA CINTA, HAKIKAT CINTA, KALAU ADA CINTA, SEINDAHRAHSIA, SAKA TOK MUN DAN RINTIHAN MAZLIZA memang best...
Ni baru nak baca SELUMBAR KASIH ngan SEBENARNYA CINTA. |
|
|
|
|
|
|
syrzreen This user has been deleted
|
Originally posted by aprilsnow at 3-7-2007 02:38 PM
http://www.alaf21.com.my/Terbitan%20lain/bukuprima/sara.jpg
Mungkin terlewat haku membaca tapi rasa tidak terlambat utk sama2berkongsi rasa setelah selesai membaca karya terbaru Kak Ramlah R ...
Aku pun stuju ngan komen Aprilsnow. Daripada novel Sara Kiranani buat kita berkongsi kisah sedih Maisarah dan beri kekuatan fizikaldan mental trhdp wanita senasib maisarah. Menarik gak ayat kau niAprilsnow....
Aku pun 4.5 bintang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #253 syrzreen's post
best kan syrzreen buku nie....ko geram tak kat si Zahrin tu, ngok tul, nama jer sekolah tinggi, doktor tapi...issh mmg mangkuk tingkat :@ :@ , sian kat wife dia Sara.. |
|
|
|
|
|
|
syrzreen This user has been deleted
|
Originally posted by aprilsnow at 3-7-2007 05:53 PM
best kan syrzreen buku nie....ko geram tak kat si Zahrin tu, ngok tul,nama jer sekolah tinggi, doktor tapi...issh mmg mangkuk tingkat :@ :@ , sian kat wife dia Sara..
mana tak geram ngan jantan mcm ni... dpt wife punye baik tak reti bersyukur.. ego tinggi gak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #255 syrzreen's post
abang dia yg ego..dia nie ok tapi mangkuk reen's......abg dia yg gatai, Sara lak yg kena....sian Sara kan.......rasa nak ku hempuk jer si Dr Zahrin bangang nie...:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #256 aprilsnow's post
sabar cik sabar |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syrzreen at 3-7-2007 08:30 AM
Bagi aku la cite keranamu sofea aje hancus... aku pun dh baca keranamusofea.. Ada cerita bukannya hambar cuma citenye tergantung. Org kalobaca memang fed up la.. ala.. kalo penulis2 glamer pu ...
mujur ada geng kat sini boleh bagitau... sebab kalau tengokkan tajuk.. mcm best aje kan buku tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #257 NickyAzrai's post
sbb tu wa tulis "rasa nak..".....kalau x sabo mmg dah lunyai wa kerjakan nick... |
|
|
|
|
|
|
syrzreen This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #252 aprilsnow's post
ni sorang lagi, april.. ko nye review ni nak masuk book review competition tak? kalau nak PM aku... leh dpt tacang lebih..
aku hold dulu kacang kat review ko ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk : Meniti Bahagia
Penulis : Zihasra Aziz
Penerbit : Buku Prima
Sendirian Berhad
Harga : RM16.90
Bintang?....4 Bintang dr haku...
Bagi haku apa yang ingin disimpulkan oleh penulis dlm karya ini adalah dlm perjalanan hidup kita adakalanya diuji dgn dipertemukan dgn org yg salah, sebelum kita dipertemukan dgn insan yg sebenarnya diciptakan utk menjadi pasangan hidup kita. Perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik, begitu juga sebaliknya. Disebalik dugaan yang kita terima dalam hidup, ada kebaikan yang tersembunyi...
Itulah yg cuba digambarkan penulis menerusi watak Zailinna Afira Datuk Zaidi, gadis kaya tapi bijak & baik yg awalnya dipertemukan dgn Fazrul Azhan rakan sekelas semasa belajar di kampong. Saling meminati antara satu sama lain, hubungan mereka jadi akrab. Selepas tamat sekolah dan masing2 meneruskan pengajian di universiti; Zailinna di UM sedangkan Fazrul di Australia.
Jarak & masa yg memisahkan menjadi medan ujian utk mereka berdua. Fazrul tewas sedangkan Zailinna terus setia. Selepas 6 tahun Fazrul pulang bersama teman baru, Eliza Datuk Hanif. Zailinna yg kecewa kerana ketidaksetiaan Fazrul kembali membina semangat membangunkan kerjaya & syarikatnya hingga jadi terkenal. Hal yg sama berlaku pada kembar Zailinna, Zailissa Irma yg telah bertunang dgn Addy Zafril Datuk Johan dihantar ke luar negara utk menyambung pelajaran. Zailissa juga seperti Fazrul tewas dgn dugaan hidup di rantauan mengahwini rakan seuniversitinya Izmir.
Demi menyelamatkan maruah kedua2 keluarga ternama itu, Zailinna terpaksa berkorban dgn mengahwini Addy Zafril. Walaupun Addy mencintai Zailinna pada saat pertama melihatnya namun kerana Zailinna adalah kakak bekas tunangnya yg curang, Addy terus-terusan mendera hati & perasaan Zailinna selepas mereka berkahwin.Bila Fazrul yg menyedari kesilapannya mengahwini Eliza cuba memikat Zailinna semula, Addy merasa sgt tercabar dan mendorongnya terus mendera jiwa Zailinna.
Kesabaran Zailinna menerima setiap perbuatan Addy sgt menyentuh hati Addy tapi demi dendam dan sakit hati pada Lissa, Addy tidak mempamerkan perasaannya yg sebenar tika bersama Zailinna. Disaat Zailinna hampir putus asa dgn perkahwinan dan bertindak kluar dr rumah Addy, Addy mula menyedari segala kesilapan tindakan & layanannya terhadap Zailinna kembali mencarinya dan meluahkan perasaannya yg sebenar pada Zailinna. Disaat mereka cuba membina semula ikataan yg hampir terlerai, Lissa yg telah diceraikan suami kembali ke tanahair dan berusaha utk mendptkan Addy semula. Berjayakah Lissa?....
**************************
Dugaan hidup sebenarnya menguji seseorang insan dalam menghadapinya. Kesabaran menerimanya dan cekal menghadapinya akan dibalas dgn seribu kemanisan dan Zailinna menerima anugerah yg tidak ternilai dalam hidupnya atas balasan ketulusan dirinya, suami yg amat menyintainya dgn sepenuh jiwaraga jua anak2 comel serta rezeki yg bertambah...
[ Last edited by aprilsnow at 11-7-2007 04:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|