CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 7-5-2008 07:33 PM | Show all posts
Betullah tu....orang lebih larat buat Tawaf Kedai dari Tawaf Kaabah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 01:51 PM | Show all posts
Ustaz dapat maklumat di luar Masjidilharam & Masjid Nabawi akan dibina payung2 besar seperti dalam masjid nabawi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 01:52 PM | Show all posts
Puas ustaz cari thread 'HAJI', rupa2 telah disatukan dgn thread Haji Rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 02:59 PM | Show all posts

Reply #275 ustaz's post

test page
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 04:09 PM | Show all posts
Cuba bayangkan, jemaah2 sekarang buat saie tanpa dapat menjejakkan kaki di batu2 di Safa dan Marwah seperti dulu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 11:07 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 7-5-2008 04:26 PM
Kita melencong sikit dari topic haji sekejap.
Ustaz terjumpa blog yang telah menarik perhatian ustaz.
Dan ustaz bersetuju dengan pandangan penulis tentang kota suci Mekah yang kita menjadi lebi ...



iya betul tu ustaz, Kota mecca dah jadi syurga tempat mereka membeli belah,..
instead of concentratye dengan ibadah

Tai selain dr star buck, saya sungguh sedih apabila bertandang dengan salah sorang rumah pak arab..
dengan tech parabole, rumah beliau less than 1km dapat masjidil Haram, boleh melihat banyak channel filem lucah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2008 02:04 PM | Show all posts
Haji 2007

Melontar di Jamrah & keadaan di Mina

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 02:15 PM | Show all posts
waiting list utk tunaikan haji ni 5 tahun kan....
saya register 2004, so by next year bole pegi la?
tp cemana nk pegi ni....muhrim blom ada....tumpang org sekg. bole ka....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2008 02:26 PM | Show all posts
Kalau nak pergi cepat boleh tulis surat rayuan kepada Tabung Haji
mahram belum ada?
tak semestinya suami... bapa, adik, abang, pakcik, atuk... semua boleh.
kalau takde mahram, boleh letak nama wanita yang mengiringi kita nanti.
Cumanya seeloknya pergi dgn mahram, senang nak ke mana2 dgn orang lelaki mahram.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 10:17 PM | Show all posts
Apakah hukumnya bagi wanita kerjakan umrah atau haji sunat tanpa mahram lelaki? Amat hargai jika ada yg dapat kemukakan dalil sekali. tk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 07:22 AM | Show all posts
Originally posted by jadree00 at 12-5-2008 10:17 PM
Apakah hukumnya bagi wanita kerjakan umrah atau haji sunat tanpa mahram lelaki? Amat hargai jika ada yg dapat kemukakan dalil sekali. tk.


Ibadat Haji Orang Perempuan:
Orang perempuan tidak wajib mengerjakan Haji sehinggalah dia mempunyai suami atau mahram yang boleh menemaninya di dalam perjalanannya berdasarkan kepada hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang perempuan tidak boleh bermusafir melainkan bersama marham." Seorang lelaki telah berdiri lalu berkata: "Wahai Rasulullah, isteriku telah keluar untuk mengerjakan haji sedang aku ditugaskan menyertai peperangan?" Lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Pergilah dan kerjakan haji bersama isteri kamu."


Mengikut pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Hambali, kedua-duanya meletakkan syarat:
Orang perempuan tidak boleh keluar (untuk mengerjakan Haji) melainkan bersama suami atau mahram.

Mengikut pendapat Mazhab Syafie:
Disyaratkan bersama suami atau mahram atau beberapa orang perempuan yang thiqah (dipercayai) dan ada yang berpendapat cukup hanya dengan seorang perempuan yang thiqah sahaja.

Mengikut pendapat Mazhab Maliki:
Orang perempuan dibolehkan keluar untuk mengerjakan Haji dengan ditemani oleh seorang perempuan yang dipercayai dengan syarat jarak di antara dia dan Mekah adalah perjalanan selama satu hari satu malam dan apabila seorang perempuan menyalahi syarat ini dan mengerjakan Haji tanpa ditemani suami atau mahram, Hajinya dikira sah tetapi dia berdosa.

Meminta Keizinan Suami Untuk Mengerjakan Ibadat Haji:
Suami tidak boleh menegah isterinya dari mengerjakan Haji yang fardu dan Haji yang dinazarkan manakala Haji sunat bolehlah dia menegahnya.Orang perempuan wajib ditemani mahram atas perbelanjaannya manakala mahram atau suami tidak diwajibkan bermusafir bersamanya.

Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas, dia dibolehkan mengerjakan semua perkara yang dilakukan oleh orang Haji tetapi tidak boleh melakukan Tawaf di Baitullah, berpandukan kepada hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: "Aku tiba di Mekah ketika sedang haid dan aku tidak melakukan Tawaf, sama ada di Baitullah ataupun di antara Safa dan Marwah."Katanya lagi: "Aku telah mengemukakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w laluBaginda s.a.w. bersabda: "Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang Haji tetapi janganlah mengerjakan Tawaf di Baitullah sehingga kamu telah suci."

Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Qudum gugurlah pekerjaan tersebut dan dia tidak dikenakan apa-apa.Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Ifadhah, dia hendaklah kekal berada di dalam Ihram sehingga telah suci kemudian bolehlah mengerjakan Tawaf. Sekiranya seseorang perempuan mengerjakan Tawaf sedangkan dia didatangi haid, Tawaf tersebut tidak sah mengikut pendapat Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, manakala mengikut pendapat Mazhab Hanafi pula tawaf tersebut sah tetapi makruh yang membawa kepada haram dan dia juga berdosa serta dikenakan Badanah (Dam seekor unta atau lembu).Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas selepas Tawaf Ifadah dia tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Wida'.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 11:15 AM | Show all posts
Tn Haji Rezeki, minta laluan dan keizinan untuk mengabadikan catitan pengalaman tn haji sebagai koleksi dan juga untuk saya sebarkan kepada kawan-kawan sepejabat untuk pengetahuan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by dalnas at 13-5-2008 11:15 AM
Tn Haji Rezeki, minta laluan dan keizinan untuk mengabadikan catitan pengalaman tn haji sebagai koleksi dan juga untuk saya sebarkan kepada kawan-kawan sepejabat untuk pengetahuan mereka.


Silakan, semoga memberi manafaat yg berguna kepada semua.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 12:44 PM | Show all posts

Balas #293 rezeki\ catat

hj rezeki
saya ada soalan, harap dpt respon
kalo jemaah nak tunaikan hj, sudah berniat di Mekah menunggu utk pegi Arafah
adakah boleh kita tunai tawaf rukun dan saei dulu, pastu pegi Arafah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by yusrin at 13-5-2008 12:44 PM
hj rezeki
saya ada soalan, harap dpt respon
kalo jemaah nak tunaikan hj, sudah berniat di Mekah menunggu utk pegi Arafah
adakah boleh kita tunai tawaf rukun dan saei dulu, pastu pegi Arafah?


Tidak boleh , rukun haji ada 6 iaitu :

1. Niat
2. Wuquf
3. Tawaf
4. Saei
5. Bercukur atau bergunting
6. Tertib bagi kebanyakan rukun .

jadi mengikut tertib bagi kebanyakkan rukun, selepas memasang niat mengerjakan haji kita akan terus wukuf di padang arafah pada 9 Zulhijjah dan tawaf haji ialah tawaf rukun yang MESTI dilakukan oleh jemaah haji setelah masuk waktunya iaitu bermula separuh malam 10 Zulhijjah , sekiranya melakukan tawaf haji itu tadi sebelum masuk waktunya  samada sengaja atau tidak , maka tidak sempurnalah hajinya. Tawaf haji ini juga dikenali sebagai Tawaf Ifadah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 04:28 PM | Show all posts

Balas #295 rezeki\ catat

terima kasih hj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2008 08:41 PM | Show all posts
hj rezeki...mcmna nk register utk haji??
betul ke klu register sekarang ..tahun 2015 baru dpt pergi???
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 10:41 PM | Show all posts

Reply #297 rinafarha1709's post

Adik beradik saya Daftar Haji Tahun 2006.Ikut kat Borang Pendaftaran Haji tu dia orang
dapat pergi Tahun 2014...Ikut kata kakitangan Tabung Haji tahun tu mungkin cepat lagi sekiranya
setiap tahun ada penambahan pada kuota Haji yg diberikan oleh Kerajaan Saudi.Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 07:47 AM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 13-5-2008 08:41 PM
hj rezeki...mcmna nk register utk haji??
betul ke klu register sekarang ..tahun 2015 baru dpt pergi???


Pendaftaran boleh dibuat dimana2 kaunter LUTH atau melalui web www.tabunghaji.gov.my.
Keperluan semasa mendaftar :
1. i.c atau buku simpanan TH
2. Maklumat peribadi spt nama DATUK LELAKI , no. tel rumah atau pejabat
3. Jenis darah (boleh buat pemeriksaan di klinik swasta sebelum pendaftaran)

Syarat2 Pendaftaran
1. Warganegara Malaysia atau PR beragama Islam
2. Mesti mempunyai simpanan minima RM1300.00 dlm akaun semasa mendaftar
3. Pemohon yg diisytiharkan muflis perlu mengemukakan surat pelepasan dr Jabatan Insolvensi Malaysia
4. Jemaah haji wanita yg tidak mempunyai mahram semasa mendaftar perlulah memberitahu nama
    mahram/pengikut lelaki apabila mendapat surat tawaran menunaikan haji
5. Pemohon yg telah pernah menunaikan haji hanya akan dipertimbangankan selps 5 tahun dr tahun
    terakhir ia menunaikan haji
6. Mengikut peraturan Kedutaan Di Raja Arab Saudi Kuala Lumpur, jemaah haji wanita yg berumur
    45 tahun ke bawah hendaklah pergi bersama-sama suami atau mahram dan mendapatkan surat
    akuan mahramnya yg disahkan oleh Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri pada tahun terpilih
    menunaikan haji (JIKA PERLU)

Bayaran Perkhidmatan Pendaftaran
1. Setiap pemohon akan dikenakan caj perkhidamatan RM90.00 bagi pendaftaran dikaunter LUTH
    dan RM 100.00 bagi pendaftaran melalui laman web.
2. Bayaran tersebut akan ditolak dari akaun simpanan

Alhamdulillah saya telah mendaftar lagi bersama isteri dan anak2 awal bulan Mac 2008 dan mengikut pengesahan pendaftaran tahun 2020 akan tibalah giliran utk mengerjakan haji.Sekiranya dipanjang umur dan dimurahkan rezeki kami akan pergi bersama-sama . Ini bermakna "waiting list" sekarang adalah hampir 12 tahun . Kuota haji negara kita hanya sekitar 26,000 org sahaja setiap tahun . Sekiranya ramai yg medaftar , maka waiting list semakin lama dan panjang.
Nasihat saya , mendaftar segera . Apabila telah mendaftar, kita telah berniat utk mengerjakan rukun yg ke 5 ini dan
Insyallah, ALLAH akan mempermudah dan memperkenan setiap hajat hambaNYA .

[ Last edited by  rezeki at 14-5-2008 11:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:02 AM | Show all posts
terima kasih aziefa dan hj rezeki byk2  utk info ini....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.060364 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list