|
TRIUMPH IN THE SKIES starting 29 march @ TV3
[Copy link]
|
|
Reply #279 silencez's post
a'ah masa citer jambatan tu lawak je tgk rupa & gelagat sam.. siap leh silap lagu lagi.. :lol Ntah le tu citer dongeng ke citer yg zoe tu sendiri reka.. :lol
Tapi pengajaran yg zoe amik dari citer tu rasa mcm x kena je.. Pengajaran yg sam ckp tu logik le gak.. heheheheh
[ Last edited by captain_f4 at 20-4-2006 08:35 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
uhukss episod arini seeh part nak abis tu cian kt zoe bertepuk sebelah tangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
risau lak tgk gelagat vincent tu.... dia mcm harap sgt jwtn kepten tu.. aku risau dia wat yg bukan2 lak nanti nak nayakan sam... utk jwtn tu... minta2 le xde mende mcm tu... |
|
|
|
|
|
|
|
ala..... x derr org citer eps smlm lak....... aku miss 1/2 jam pertama.... |
|
|
|
|
|
|
|
apsal Bell training jadi pramugari sama dgn adik ipar dia di coco tuh ek? bukan bell mmg pramugari ker sebelum nih? konfuse jap semlam time bell kena g training sama ngan adik ipar dia. ingatkan bell dah senior? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #285 tipahtertipu's post
sebelum ni bell bertugas kat kaunter pas tu dia nak jadi yang bertugas kat airplane sebab tu dier kena training balik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hidden_fear at 21-4-2006 08:32 AM
sebelum ni bell bertugas kat kaunter pas tu dia nak jadi yang bertugas kat airplane sebab tu dier kena training balik
oh ok..baru faham, thanks hidden_fear :tq::tq: |
|
|
|
|
|
|
|
SEMALAM KAKI ZOE TERSELIUH... PASTU TAK LEH GERAK PULAK
BTL2 KE ATAU PUN DIE TIPU JE TU???? MUKE SAM PUN MCM RISAU JE...
ISHK TAK SABAR NAK TGK SAMBUNGAN HARI NI....
[ Last edited by BaBy~Effa at 21-4-2006 09:20 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
episod hari khamis
meh kepten.. citer kat ko & sapa2 yg terlepas tengok.
smlm coco, adik si vincent datang ke rumah diorg. si bell order la katil utk coco. tapi coco kan mcm tak suka sgt bell dari awal kan. waktu katil tu sampai, vincent tanya la apasal tak pasang sekali. org yg hantar tu kata.. katil tu dari jualan murah. jadi tak termasuk pemasangan. kalau nak suruh diorg pasang pun diorg tak tau sbb diorg cuma hantar je. waktu dgr katil tu dibeli dari jualan murah, muka coco dah sepesen. ada la diorg bertekak sikit sbb coco suruh vincent hantar dia ke hotel je.
vincent kata.. mcm tu suruh coco tidur je kat ruang tamu. tapi coco bantah la cakap dia pempuan. takkan nak tidur kat ruang tamu. then vincent kata, mcm tu, coco tidur dgn bell kat bilik biar dia yg tidur kat ruang tamu. coco kata, bell mesti tak nak.
vincent call si sam mintak tolong pasangkan katil. elok je katil terpasang, sam dpt call dari zoe.. zoe ajak dia keluar makan. sam kata la.. dia ada hal kat rumah kawan. & tak lama tu bell kata kat diorg nak keluar makan dgn kawan.
masa ni si coco ada la join. & baru dia kasitau kat vincent yg sbnrnya dia bukan nak tinggal kat rumah abang dia tu utk 2 minggu. tapi sbnrnya dia dpt tawaran jadi stewardess kat solar airways tu. maknanya kena tinggal lama la.
vincent & sam keluar nak makan bubur. tak lama tu si bell datang. & zoe pun ada. lepas makan, diorg suruh sam hantar zoe balik. tapi zoe mcm tak nak. zoe kata kat sam.. dia tak nak sam fikir yg zoe datang sbb tau sam ada jugak. sbb lepas dia call sam ajak makan & sam kata ada hal, dia pun call bell. & tak lama tu vincent pulak call bell.. tu yg bell ajak dia ikut sekali.
dlm perjalanan balik, vincent cakap kat bell yg bell kena sabar dgn si coco. bell kata dia tau.. takpe la.. lagipun dia faham.. maybe coco risau yg vincent dah tak sayangkan dia bila dah kawin.. lagipun cuma utk 2 minggu. vincent baru kasitau yg sbnrnya coco pun kena training sama mcm si bell. bell suruh vincent kasi tau kat coco.
esok pagi waktu nak breakfast.. si vincent suruh coco makan cepat sbb bell nak keluarawal. sblm tu vincent dah belikan breakfast. coco kata kat bell.. apasal beli? tak reti masak ke. camtu la lebih kurang. bell dah kasi hint kat vincent suruh kasitau kat coco. tapi tak kasi tau jugak.
dlm kereta.. coco kata.. apasal mcm nak pegi airport je. baru la vincent kasi tau yg bell pun kena pegi training sama mcm coco. si coco tu mcm tak suka.
waktu training.. waktu utk jerit kalau ada emergency. trainer yg lain konon2 jadi penumpang. bell yg kena jerit suruh diorg keluar. bell dah jerit, semua dah keluar.. cuma si coco je tak keluar. tina suruh bell stop jerit & tanya coco kenapa tak keluar? coco kata kalau waktu tu penumpang tgh bising & suara pramugari tak kuat.. mcmn dia nak dgr? tina suruh bell jerit lagi kuat. baru la si coco jalan slowly keluar.
balik rumah, bell mcm dah takde suara. vincent kata.. mcmn boleh takde suara? coco kata.. dah suara bell tak nyaring. bell dah berubah muka. padahal si coco yg nak kenakan dia.
bell datang rumah ruby. si paul & zoe pun ada. ruby mintak paul sediakan jus. zoe pun ikut ke dapur. waktu kat dapur paul ada la usik zoe pasal sam. bell nak ke dapur & terdengar. tak lama tu bell pegi jenguk zoe kat bilik. & kata.. apa yg pernah jadi hak milik dia.. dah jadi hak milik zoe. mcm bilik tu.. triangle.. & sam. & bell kata nak tolong zoe.
sam, vincent, donald & sorang kepten. kat dlm pesawat waktu tiba2 kepten kapal kena heart attact. sam ganti tmpt kepten tu. waktu tu minyak dah tinggal sikit. si vincent mcm dah kelam kabut. nak singgah ke macau. tapi sam cadangkan terus je sampai ke hong kong. sbb kalau nak singgah ke macau mesti mcm kena berderet tunggu sbb ramai kapal mendarat kat sana. & lama2 vincent ikut cadangan sam.
dah selamat sampai, ada press conference. vincent kata dia yg buat decision tu. ramai orang puji. rasanya sam pun yg mintak vincent kata mcm tu. kat dlm mcm bilik persalinan, isaac datang kat donald suruh cerita. donald kata, sbnrnya tu idea sam. tapi vincent yg dpt nama. vincent terdengar.
vincent kata nak ajak bell pegi satu tmpt.. sbb nak berdua2 je dgn bell. diorg plan nak pegi ke bukit yg sll vincent & sam pegi. sampai kat kaki bukit tu, vincent terkejut gak tengok2 sam dah ada kat situ. bell cepat2 kata dia yg ajak sam bagi pihak vincent. & tak lama tu terdengar suara zoe pulak. bell saja suruh sam & zoe jalan dulu. nak kasi peluang zoe dgn sam. tapi dah sekerat jalan sam nak tunggu vincent & bell. vincent ajak sam lumba lari sapa sampai atas dulu.
sam yg menang. tapi sam kata boleh tak tipu kata kat depan diorg, dia kalah. sbb dia nak biar zoe nampak dia kalah. & vincent pulak teringin nak nampak hebat kat depan bell. bell ada bawak makanan. & kata tu favourite si sam. bell kata.. tapi lagi sedap kalau dimakan dgn air mineral berkarbonat. & suruh si zoe & sam pegi beli. zoe cepat2 bangun pegi. kat tgh jalan sam suruh zoe berenti. zoe kata dia nak jugak cuba rasa makanan tu dgn air berkarbonat. sam kata.. dia tak percaya pada sebarang kemungkinan & dia tak nak ubah kebiasaan dia. mcm berselisih faham sikit & zoe mcm merajuk. tersepak batu besar & terduduk. & zoe kata kaki dia mcm dah tak boleh bergerak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by captain_f4 at 21-4-2006 08:17 AM
risau lak tgk gelagat vincent tu.... dia mcm harap sgt jwtn kepten tu.. aku risau dia wat yg bukan2 lak nanti nak nayakan sam... utk jwtn tu... minta2 le xde mende mcm tu...
a'ah, harap2 takde mende2 mcm tu...kalau boleh nak tgk citer ni dgn harmoni jer...tak mau ada perbalahan antara diorang... |
|
|
|
|
|
|
sernmic6 This user has been deleted
|
WATAK ISSAC...
watak Issac Tong sebenarnya milik Raymond Lam..tapi masa tu dia sibuk bikin satu lagi drama..so dia kasi itu watak kepada Ron Ng...
cis!!! aku tak suka tengok Ron Ng.....
Raymond Lam lagi hebat lakonannya |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni best....bole tak sesapa cite ari ni punya episode...aku miss tadi exam aku sampai 6.30 ptg...tolong |
|
|
|
|
|
|
|
saya sebenarnye lebey suke tgk chemistry zoe & isaac ekekeke..biler derang nak bergurau2 senda tu terdetik gak bakpe la tak kasik itu donald sorang jek ada hati pd zita n kasik isaac & zoe, bell & sam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #291 sernmic6's post
oh macam tu rupanya. tak pernah dengar lagi pasal ni.
yea saya setuju. memang raymond lam jauh lagi baik lakonan dia dari ron ng (even menyanyi pun, ray lagi best dari ron :ting. ron ng ni kaku & kontrol macho sangat sampai nampak pelik. tapi kalau tengok ron ng berdiri sama2 dengan raymond kat real life, memang boleh buat orang terpana sekejap :malu: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #293 emiko's post
tu la kan emi. dah tu biar si vincent tu dgn mimi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #291 sernmic6's post
ooooooooo.....
tp raymond lam ek??
ermm...rasa cam tak sesuai plk ngan zita...
sbb dh biasa tgk zita ngan issac...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
lps tgk ari ni...
rasa mcm sesuai plk sam ngan zoe.... :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
friday - 21 april
sam, vincent & bell bawak zoe ke hospital. rupanya dulu2 zoe penah jatuh. & satu cara nak selamatkan zoe, kena buat pembedahan. sam asyik salahkan diri sbb dia rasa dia la punca zoe terjatuh & sampai mcm tu. paul datang dgn mak ayah dia. waktu nak operation, zoe dah takut. tapi sam mcm kasi semangat. & cakap kat zoe, dia akan tunggu zoe. sblm zoe masuk bilik pembedahan tu, sempat si sam kiss tangan & dahi zoe.
bila dah selamat jalani pembedahan.. sam janji akan datang temankan zoe kalau dia tak keje. & sam byk tolong zoe buat exercise.
1 hari sam tgh makan kat kantin airport. coco datang. & sam tanya2 kenapa marah sgt kat bell. baru la tau punca. rupanya dulu vincent dah janji kat coco, bila coco dah habis study, nak bawak coco melancong. tapi bila vincent dah jumpa bell & kawin, vincent mcm dah lupa janji dia.
si bell dgn coco pulak. 1 hari kena buat latihan utk selamatkan penumpang. ntah apasal si bell asyik dipasangkan dgn coco. coco kononnya penumpang yg pengsan. bell kena selamatkan coco. ntah mcmn waktu buat latihan tu, bila dah dekat dgn coco, bell terpijak kaki coco. marah la si coco. waktu bell pujuk coco cepat keluar sbb dah kesuntukan masa, alat pemadam api tu terkena kat tangan coco. tambah mengamuk si coco. sampai masa dah habis. tina ingatkan bell.. lebih kurang yg bell mungkin boleh gagal kalau buat salah lagi.
bell tgh duduk kat lobi kot waktu sam datang. & sam mcm pujuk si bell.. & cerita jugak kat bell kenapa coco mcm tak puas hati kat bell. bell balik rumah.. si vincent tgh ubatkan tangan coco yg luka. bell baru nak cerita tapi vincent mcm kata.. dia dah tau cerita tu dari coco. muka bell dah berubah. vincent kata, dia nak dengar pulak cerita dari bell nya version. bell terus masuk bilik.
kat bilik, bell kata dia dah tau punca coco mcm tak puas hati. vincent tanya mana tau, bell terus terang kata coco yg cerita kat sam. bell kata jugak, mcm sam tu nak dgr bell cerita & faham keadaan bell. bukan mcm vincent yg asyik2 suruh bell mengalah & sabar.
esoknya waktu sam tgh nak ke hospital jenguk zoe, vincent panggil. vincent tegur sam. mintak sam jgn masuk campur lagi hal keluarga dia. si sam asyik cakap mintak maaf. waktu tu si bell ternampak sam & vincent cakap2 kat luar. bila nak datang dekat, bell terdengar gak si vincent tu marah sam.
vincent tgh sandar kat kereta bila bell call. bell kata dia kat tepi pantai & mintak vincent datang. bila vincent datang, rupanya bell tgh nangis. bell tanya kat vincent, betul ke vincent tak percaya kat bell? syak yg bell & sam ada hubungan? vincent diam je. bell kata, kalau dia nak buat tu, darai awal dulu. bell bukak cerita.. waktu diorg mula2 kawin, baru bell & sam tau yg diorg terpisah sbb salah faham. & kiranya peluang utk bell dgn sam memang ada. tapi bell tetap pilih vincent. vincent diam je & mintak maaf. bila vincent ajak bell balik, bell kata dia nak tenangkan diri dulu.
vincent balik rumah dgn muka monyok. bila coco balik, coco pun terperanjat sbb vincent tak pasang lampu. vincent duduk dgn coco.. & terus terang. dia kata dia dah tau kenapa coco mcm marah.. sbb janji tu. vincent kata tu bukan salah bell.. tapi salah vincent. & tak patut coco marahkan bell. bila coco tengok vincent mcm tak keruan, coco pun janji akan cuba baik2 dgn bell. & vincent bukak cerita jugak yg sam dgn bell dulu penah bercinta. coco suruh vincent pujuk bell & selebihnya dia yg akan uruskan.
vincent ajak sam keluar minum. & mintak maaf. vincent kata sejak diorg sama2 dpt jadi pilot, dia mmg rasa jealous sikit kat sam.. sbb mcm apa2 hal sam lebih baik dari dia. lepas je mintak maaf dari sam, vincent pegi rumah ruby.. sbb bell ada kat situ. vincent pujuk bell & diorg balik rumah. bila sampai rumah si coco sambut diorg. bell terkejut jugak sbb coco mcm dah berubah. coco kata, dia sedih bila tengok vincent mcm tak ok bila bell takde.
sam pegi jumpa zoe kat hospital. yg ni tertinggal sikit. tak tau apa yg sam dah cakap kat zoe sampaikan zoe nak cepat2 naik ke wad. tapi ada la si sam kata kat zoe, anggap yg semu kata2 dia sblm ni mcm satu gurauan. muka zoe mcm sikit berubah tapi control gak. bila zoe nak jalan, sam hulur tangan kata, biar dia papah zoe. tapi zoe tak nak. dia kata dia boleh jalan sendiri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #297 penglipur's post
ingatkan masa zoe nak operate, bila sam cakap mcm tu.. dia nak belajar dah terima zoe. err.. tapi mcm tak padan jugak .. sbb zoe nampak mcm budak2 sgt :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by penglipur at 21-4-2006 10:04 PM
lps tgk ari ni...
rasa mcm sesuai plk sam ngan zoe.... :bgrin:
div pun rasa macam tu gak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|