CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Metinpehlivan

Edisi Pilem Tak Laku: ahmad Idham salahkan ekonomi negara

[Copy link]
Post time 13-9-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Poster did a little contribution la...... dlm aspek camni i mmg judge the book by it's cover la. Kau dah nampak poster sendu, nak diexpect apa lagi. Punya lah byk hero malaya diletaknya mamat yg dah sepoi2 bahasa tu, hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
knape aku rse yg baju si atika ni merengsakan mata aku ble tgok poster ni?yg gmba kete tu da cm gmba gugel sajorh men tepek kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
poster pun alahai sedih nau
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 09:33 AM | Show all posts
aku rasa kalau ambik pic ni buat poster lagi cantik...org mungkin akan datang sebab teruja nak tgk haliza misbun...

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 11:33 AM | Show all posts
cerita sampah macam ni memang lah tak laku der

aku sengaja TERtengok cerita ni aritu dekat ipTV
sebab nak tahu kenapa cerita ni tak laku
adoimak lah... memang selayaknya

heroin dah lah tak menarik
hero syok sendiri kan... ahmad idham ni sedar tak masa muda pon dia bukan popular sangat
dah tua nak angkat diri jadi hero... a big NO NO ...

jalan cerita sangat bosan...
kisah pasal orang tua jatuh cinta kat orang muda
motif tunjuk banyak sangat kereta mewah..
ko pikir ni fast & furious ke
tak relevan dok...

pelakon pon pakai tangkap muat
jalan cerita hambar dan tak menarik langsung
#silaberkubur


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 12:03 PM | Show all posts
ada org kata filem ni macam tiru Pretty Woman. Akak cuba nak tengok sbb nak mengesahkannya tapi tak sanggup nak teruskan sbb cerita dia hampehh tebu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2017 02:05 PM | Show all posts
balakkampung replied at 15-9-2017 09:33 AM
aku rasa kalau ambik pic ni buat poster lagi cantik...org mungkin akan datang sebab teruja nak tgk h ...

ni gambar haliza yg terbaru ke...
lg ok compare dia dlm citer ni dulu..
hero je makin tua makin ke laut...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 02:49 PM | Show all posts
liyanur replied at 15-9-2017 02:05 PM
ni gambar haliza yg terbaru ke...
lg ok compare dia dlm citer ni dulu..
hero je makin tua makin  ...

haah...gambar terbaru...makin cantik dia sekarang kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa zaman cite ni aku suka soundtrack yg dak haslinda nyanyi tu jeksss..ahmad idham pun kayu kayan zaman tu, tade la popular nau2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tengok cerita ni
kat hujung2 tu nampak uban dah si idham ni
dahla tetiba muncul cik suria dengan cindarella
patut kena jelaskan kenapa cerai dgn cindarwlla dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:03 AM | Show all posts
salimrock replied at 6-9-2017 10:50 AM
aku dgr dpt juga la kutipan 100k,

err hairan juga ye, siapakah golongan2 itu  yg sanggup membeli ...

aku rasa dorang beli tiket stok nak geli2 je kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:14 AM | Show all posts
chinta89 replied at 7-9-2017 11:25 AM
iols tgk dalam tenet je cter Hospital. bg iols ade part2 yg seram. agak best jugak cter ni.

ms ...

release  bila filem tu? sapa berlakon? sbb ada cerita mat salleh scene tukar mentol, tertukar dgn epal jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:22 AM | Show all posts
balakkampung replied at 15-9-2017 09:33 AM
aku rasa kalau ambik pic ni buat poster lagi cantik...org mungkin akan datang sebab teruja nak tgk h ...

aku tak pernah suka haliza ni. kalau berlakon kerja nak marah je mcm sara ali. maybe sebab aku pun muda lagi, zaman2 dia dah berisi baru aku lahir tak pnh tgk filem sheolls tp tgk drama je la but this poster makes me said like, WOW kurusnya!! knp mat deham tak ambik berlakon??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:24 AM | Show all posts
Mat deham nak keluarkan filem lagi ke lepas ni???

Pekin Ibrahim Sindir Ahmad Idham Di FFM 29?

Acara Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29) baru sahaja melabuhkan tirainya pada hari Sabtu yang lalu dan keputusannya pun semua sudah sedia maklum.


Sebelum Cik Kopi nak mengomel panjang-panjang, pertama sekali Cik Kopi nak ucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang, terutama sekali Adiwiraku yang dinobatkan Filem Terbaik.

Cuma, sudah menjadi kebiasaan apabila berakhirnya sesebuah acara anugerah pasti ada isu yang berbangkit, tetapi kali ini bukan berkaitan dengan keputusan.

Pertama, rasanya ramai yang dah tahu tentang kekecohan tentang beberapa artis bergelar Datuk, terutamanya Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof yang kurang senang dengan statement pengacara Zizan Razak.

Bagaimanapun, bukan perkara itu yang Cik Kopi nak ulas, namun ada satu lagi perkara yang agak menarik perhatian.

Sebenarnya, kalau sesiapa yang menonton FFM 29 sewaktu pelakon Pekin Ibrahim menyampaikan anugerah, pasti akan perasan tentang kata-kata awalnya.

“Saya rasa lepas ni kita tambah satu anugerah lagilah. Anugerah tajuk asal filem terbaik, sebelum ada hantu rembat,” ujar Pekin memulakan bicara.

Mungkin kata-kata ini nampak biasa sahaja, namun ada juga pihak yang menyatakan kata-kata itu sebenarnya ditujukan kepada pengarah Ahmad Idham.

Rasanya ramai yang dah tahu sekarang ni Pekin sedang sibuk menyiapkan filem terbaharunya berjudul KL Wangan yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Tup…tup… tiba-tiba muncul pula sebuah lagi filem berjudul seakan-akan sama iaitu Hantu Wangan yang diarahkan oleh Ahmad Idham

Sebelum ini pun dah timbul konflik antara kedua-duanya berhubung dengan pembikinan filem Mat Moto dahulu. Cik Kopi tak sangka pula timbul pula isu mengenai ‘Wangan’ ni.

Entahlah, Cik Kopi sendiri pun tak tahu nak ulas macam mana berhubung perkara ni. Mungkin kalau masih ada lagi rasa tidak puas hati kedua-dua belah pihak, eloklah bersemuka sahaja.

Rasanya itu sahaja jalan yang terbaik!

Cik Kopi: Tak elok gaduh-gaduh, industri perfileman negara kita ni pun taklah besar mana.

Sumber : https://kopiplanet.com/pekin-ibr ... ad-idham-di-ffm-29/
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:27 AM | Show all posts
Tahun 2017 belum habis lagi tapi dah ada dalam senarai....

9 Filem Gagal Box-Office Tahun 2017

Untuk lapan bulan pertama tahun ini sahaja, didapati sembilan buah filem Bahasa Melayu dan Tamil yang sekadar mengaut keuntungan tidak lebih daripada RM20,000.

Mungkin anda juga tidak pernah mendengar tajuk atau melihat trailer filem-filem ini di media cetak mahupun elektronik.

Sembilan filem tersebut adalah Mendidih Bro, Spy In Love, Kamar Seksa, Kerja Kahwin, Hijabsta Ballet dan Pencuri Hati Mr Cinderella bagi filem berbahasa Melayu.

Menurut laporan BH Online, filem-filem ini hanya mampu mengaut jualan tiket dalam purata sekitar RM4,059 hingga RM18,864 walaupun belanja yang dikeluarkan agak besar. Kutipan keseluruhan untuk kesembilan-sembilan filem ini adalah RM106,782.

Menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), kesemua filem ini antara 33 filem yang ditayangkan sejak Januari hingga Ogos lalu dan dihasilkan di bawah Skim Wajib Tayang (SWT) dengan kutipan di bawah RM20,000.

Filem-filem ini juga dianggap sebagai filem yang gagal di pasaran apabila tidak berjaya menandingi jualan tiket filem-filem lain yang ditayangkan pada waktu yang sama.

Richard Ung yang juga penerbit filem Spy In Love mengakui masalah bajet untuk tujuan promosi menjadi faktor utama filem ini tidak dikenali walaupun menampilkan pelakon popular seperti Nasha Aziz dan Siti Saleha di dalamnya.

“Sebagai syarikat ‘independant’, bajet adalah masalah utama. Apatah lagi untuk mengeluarkan sejumlah besar wang bagi melakukan promosi menyeluruh baik di televisyen (TV), radio mahupun papan iklan gergasi,” katanya dipetik BH Online.

Tambahnya lagi, keengganan pelakon untuk mempromosikan filem di bawah syarikat yang kurang dikenali seperti syarikat miliknya iaitu Sheunik Sdn Bhd turut menyumbang kepada kekurangan penjualan tiket.

Khabarnya, para pelakon juga tidak hadir dalam rangka promosi kerana menganggap kerja telah selesai selepas mendapat bayaran.

“Pelakon juga enggan membantu mempromosikan filem lakonan mereka di laman sosial peribadi. Susah bagi kita mendapatkan kerjasama walaupun diminta berbuat demikian,” katanya.

Manakala, pengarah filem Kerja Kahwin, Anwardi Jamil pula menafikan dakwaan filemnya gagal walaupun keuntungan yang diperolehi menerusi jualan tiket sebanyak RM15,293.76.

“Sebelum filem ini dibuat pada 2015, saya ada pelan strategi sendiri di mana karya ini diterbitkan untuk penonton di luar, bukannya dalam pawagam. Ini adalah strategi baharu bagi filem berbajet rendah.

“Saya boleh katakan filem ini tidak rugi. Ini kerana apabila ia siap, saya berjaya mendapatkan persetujuan FELDA untuk menayangkannya di tanah rancangan di seluruh negara selama setahun pada 2016,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh itu, mereka berjaya memperoleh untung bersih sebanyak RM380,000.

Menurut Anwar, dia tidak terbabit dalam tujuan mempromosikan filem itu apabila dibawa ke layar perak. Sebaliknya ia dikendalikan sepenuhnya oleh pihak penerbitan.

Rasanya naskhah yang bagus sahaja tidak menjamin kejayaan sesebuah filem itu jika tidak disertakan kerjasama semua pihak.

Ianya termasuklah daripada pihak FINAS, kru produksi serta pelakon yang perlu berganding bahu membawa sesebuah filem ke puncak bukan sekadar hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. – MYNEWSHUB.CC
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 02:03 PM | Show all posts
aammyy replied at 12-10-2017 11:22 AM
aku tak pernah suka haliza ni. kalau berlakon kerja nak marah je mcm sara ali. maybe sebab aku pun ...

actually haliza ni berlakon best...kalau masa zaman dia muda2 dulu versetail gak la lakonan dia...jadi garang boleh...jadi lawak pon boleh...jadi manja romantik macam dlm drama cinderella tahun 98 dulu...cuma skrg dia jarang berlakon..dia berlakon lawak dalam drama Tumirah jadi pembantu rumah indonesia dulu pon best..sampai menang award...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 05:33 PM | Show all posts
kueng kueng kueng kueng...hahahahahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
iols dah tgk cite ni. Jalan cerita simple gila, bole agak dah..haha. Nasib baik la time tu mmg iols nak buang masa, so mmg terbuang dgn jayanya masa iols ittew

Kesimpulannya, ni filem syok sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
babydoll replied at 6-9-2017 02:48 PM
tu sis belum tgk citer seram hindi lagi. ada satu movie i tgk ni, laki ni nak rogol pmpuan yg dia  ...

Dah mampos pun nak jadik rapist gak...hahaha, siot jek cite
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 01:01 PM | Show all posts
awex^returns replied at 15-9-2017 03:33 AM
cerita sampah macam ni memang lah tak laku der

aku sengaja TERtengok cerita ni aritu dekat ipTV

hahahahahhaa..... sila meninggalll......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.108857 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list